BAB 92

Romance Completed 175817

Haidan melihat.. Shofie diam sahaja sepanjang perjalanan pulang..

'kenapa dia diam saja.. Adakah dia marah dengan apa yang rania kata kan tadi..'

Bukan hanya haidan yang perasankan hal itu. Mahira yang duduk dibelakang turut merasakannya..

"sayang.." haidan mencuit hidung shofie.

"hmmm"balas shofie..

'sah.. Di marah..!!!' fikir haidan.

" sayang marah..?? Kenapa diam saja dari tadi.. Hubby minta maaf.. Hubby akan jelaskan semuanya.. Kepada sayang.. Tapi jangan marah sayang.. Jangan diam saja macam ni.. " kata haidan.. Mengengam jari jemari shofie.. Lalu menciumnya lama.. Haidan tak peduli lagi.. Walaupun bondanya ada dibelakang memerhatikannya merayu shofie. Dia tak mahu shofie terus diam sebegitu.

" hemmm.. " balas shofie.

" sayang.. Dari tadi hmmm.. Hmmm saja.. Cuba sayang cakap.. Jangan buat macam ni.." shofie menarik tangannya.. Lalu memandang keluar.

Mulut shofie berdecit beberapa kali.. Menambahkan kekeliruan di benak haidan..

"sayang.."

"jangan macam ni.." pujuk haidan.

Mahira dibelakang turun risau.. Tak senang duduk dirinya yang berada di kerusi belakang.. Dia juga tak mahu menganggu emosi shofie yang sedang hamil kini.. Apa yang berlaku di rumah rahimi tadi memang tak dapat mereka jangkakan.. Tanbah pula dengan kenyataan dari rania yang melibatkan haidan tadi..

"fiya lapar.. Tadi bukan hubby, dah janji nak pergi makan dekat restoran depan mall tu.. Sebelum kita balik..." rungut shofie manja, lalu memeluk tubuhnya.

Haidan menampar dahinya... Manakala mahira mengurut dadanya..

'semakin menjadi jadi.. Ya dia kenakan aku.. Fiya.. Fiya..'

"sorry.. Sorry lupa sayang.. Tapi kita dah nak sampai ni.." kata haidan..

Shofie diam.. Masih memandang kearah tingkap.. Dengan menggigit bibirnya geram.. Bila tak dapat makan di tempat yang di harapkan.

"idan.. Kita pusing balik saja.. Bonda pun teringin nak makan disitu" mahira memihak kepada shofie.

"sayang bonda.!!! .. Balik nanti.. Fie duduk belakang dengan bonda ya.." kata shofie kembali ceria.. Tambah tambah lagi melihat haidan kembali mengambil lorong untuk berpatah balik..

"sayang bonda saja.. Hubby ni..?" tanya haidan.

"tak geng.. Sebab lupa kan, honey bump.." kata shofie sambil menunduk bercakap dengan perutnya.

"geng dengan nenda saja.." tambah mahira dari belakang..

"ya.. Kita geng nenda saja.." kata shofie setuju dengan mahira.

"ok. My bad..sorry.."akui haidan.. Mahira yang dibelakang tersenyum saja..

' Haidan sudah berubah sepenuhnya..' mahira tersenyum sendiri.

" hukumannya.. Hubby kena belanja aiskrim.. Hubby sendiri yang kena belikan.. "

" ice cream again sayang.. Hubby rasa macam dah banyak sangat sayang makan aiskrim kebelakangan ni.." tegur haidan.. Seraya itu bahunya ditampar oleh mahira dari belakang.

"auhh.. Bonda.."haidan mengaduh. Bukan sebab sakit.. Tapi tergejut. Dia mengintai melalui cermin oandang belakang simana bondanya sedang mengeleng kearahnya.

" belikan saja.. Kenapa nak berkira.. Aiskrim saja pun.. Bukannya shofie minta, kamu panjat gunung kinabalu ke.. Gunung everest ke.. " rungut mahira.

" bonda jangan... Kejap lagi takutnya.. "

" cadangan yang baik bonda.. Akan dipertimbangkan..." kata shofie laju.. Sambil jari telunjuknya mengetuk getuk dagunya sendiri.

" tengok.. Bonda..!!"kata haidan kesal..

Mahira ketawa.. Begitu juga shofie..

'dua lawan satu.. Redo sajalah haidan..'haidan pasrah.

Mereka sampai di restoran yang shofie mahu makan.. Haidan menurunkan Mahira dan shofie di hadapan pintu restoran tersebut.. Manakala haidan pergi mencari pakir.. Agak sesak sedikit dikawasan itu.. Tapi mujur ada juga pakir.. Walaupun agak jauh sedikit.

Dua wanita itu melangkah masuk kedalam restoran tersebut.. Ini pertama kali shofie dan mahira makan bersama diluar.. Dan masing-masing nampak teruja.. Walaupun hanya makan.

"bonda pernah makan disini?" tanya shofie.

"tak.. Ini pertama kali.. Nampak menunya macam sedap-sedap semuanya.." kata mahira melihat menu yang ada di dinding restoran itu..

"shofie nak makan apa..?" tanya mahira.

"shofie nak makan asam laksa dan.. Mee kari.." kata shofie..

"ok kita order terus.. Nanti idan datang.. Biar dia order sendiri.." kata mahira.

Semasa haidan sampai.. Dia melihat dua wanita itu sedang berborak ceria. Tanpa menghiraukan orang ramai yang memenuhi restoran tersebut.

"hai tuan muda.. Buat apa di tempat terbuka begini..tak takut paparazzi ker.." tegur suara wanita.

"hayfa.!! . Kenapa kau disini.. Sepatutnya saya yang tanya kamu soalan tu.." balas haidan.

" I ada shooting area sini.. Kru ajak makan disini.. Jadi I join lah.." katanya manja.. Seperti selalunya.

"ok.. Saya dah kena pergi.." haidan mahu melangkah pergi tak mahu berlama lama bersama hayfa.

"wait tunggu lah.." hayfa merangkul lengan haidan..

"lepaskan tangan kau hayfa.. Sebelum aku malu kan kau depan orang ramai.." ugut haidan..

"hey sombong..!" ni lah lelaki.. Bila nak minta tolong.. Cari.. Dah taknak buanglah kita. "kata hayfa.. Lalu melepaskan tangan haidan.

" cermin diri kau dulu..apa hak kau cakap aku macam tu.. hayfa.. "kata haidan.. Dia berlalu pergi.

Shofie dan mahira sama-sama memerhatikan apa yang berlaku.. Mahira bangun dari duduknya.. Mahu saja dia pergi menyerang wanita tak sedar diri itu.

" bonda.. Jangan..! "shofie menarik tangan mahira.

" bonda geram dengan perempuan tu.. Kenapa dia masih nak kacau haidan... "kata mahira.

" sabar bonda.. "shofie berusaha memujuk ibu mertuanya.

" Kenapa ni bonda? " tanya haidan melihat shofie sedang menarik tangan mahira.

"kenapa dengan perempuan tu.. Dia nak apa lagi.! ." marah mahira.

"bonda.."shofie mengurut belakang mahira.

" biarlah dia bonda.. Perangai dia memang macam tu.. "kata haidan. Lalu duduk di kerusi..

Dari jauh mahira melihat hayfa bersama kawan-kawannya yang duduk makan tak jauh dari mereka.

'apalah nasib dapat bertemu dengan perempuan tu sisini.. Kalau tak ingatkan shofie mahu makan disini.. Sudah lama aku keluar dari sini..' fikir mahira. Dia kembali duduk dikerusinya semula.

Datang pelayan menghantar makanan ke meja mereka.. Terkebil kebil haidan memandang melihat makanan diatas meja. Ada mee kari, asam laksa, mee goreng mamak, ais kacang dan cendol..

"sayang order semua ni.." tanya haidan.

"ni dan ni.. Dan ni.. Yang lain bonda punya.." jawap shofie.

"kita share.. Laksa dan mee kari ni boleh.. Fiya nak makan dua-dua.. Tapi takut tak habis.. Boleh?" shofie memandang haidan dengan mata yang terkebil kebil..

"tak perlu buat muka comel macam tu.. Ramai orang tengok ni.." bisik haidan di telinga shofie..

Bekerut muka shofie.. Mendengar apa yang dicakapkan haidan.

"ish.. Tak habis-habis.." shofie mencubit peha haidan..

Tersentak haidan di buatnya.. Nasib dia tak terbangun secara mendadak.. Mau terbalik meja dibuatnya.. Ini pertama kali di merasa sakit sebegitu di pehanya.. Terasa pedih.. Dia mengurut pehanya..

'fiya buat apa tadi tu.. Dengan tangan yang sekecil tu boleh membuat sakit yang pedih begitu..'

"sakit..!"

"apa yang sakit..?" tanya mahira..

"tak ada apa bonda.." jawap shofie. Senyum kearah mahira.

Haidan mengangguk perlahan berulang kali,memandang shofie dengan mata yang dikecilkan.. Shofie membalas dengan menayangkan senyuman lebarnya..

Hayfa dari jauh memandang dengan rasa tidak puas hati.. Tangannya digengam membentuk penumbuk.. Menahan amarahnya.

"lepasni jangan lupa, aiskrim..!"

"ok sayang.." kata haidan.

Dulu dia takut untuk membawa shofie ke tempat terbuka begini.. Tapi sekarang tiada apa lagi yang perlu dia takutkan lagi.

"fiya nak ke washroom kejap.." kata shofie.

"hubby temankan.. Bonda boleh tunggu sekejap disini?" tanya haidan.

"tak perlulah.. Kejap saja.. Lagipun washroom tu tak jauh.." shofie menunjuk kearah lorong menuju ke bilik air.

"hubby ikut.."

"ingat fiya budak-budak ke.. Pergi washroom pun nak kena temankan.." bantah shofie.

"macam ni lah.. Biar bonda saja yang temankan shofie... Adilkan.." kata mahira.

Haidan akur lalu membenarkan dua wanita itu pergi..

"bonda nak masuk..? " tanya shofie.

"bonda tunggu disini sajalah.. Shofie masuk lah" kata mahira sambil menunggu di hadapan bilik air..

"hai puan sri.. Tunggu siapa disini.."

Mahira malas mahu melayan perempuan yang menegurnya itu..

"sombongnya puan sri.." katanya lagi.

"kau nak apa lagi.. Bukan aku kata tak nak tengok kau lagi.. Tak faham bahasa..". Arah mahira.

"faham datin.. Faham sangat.. Maaflah menganggu datin.." kata hayfa dan cepat-cepat berlalu pergi..

"ada-ada saja perempuan ni" mahira berpaling ke bilik air..

"kenapa lama sangat ni shofie."

"bonda mana shofie.." tanya haidan. Dia yang menunggu lama dimeja merasa mereka berdua pergi agak terlalu lama..

"masih didalam..belum keluar lagi" kata mahira..

"boleh bonda masuk tengok ada tak shofie.. Haidan tak sedap hati ni.." kata haidan..

Mahira mengangguk dan melangkah masuk kedalam.. Sambil memangil nama shofie.. Namun sepi.. Tiada sahutan. Mahira dihambat resah. Dia, menolak satu persatu pintu, bilik kecil yang ada disitu.. Sampai ke akhirnya.

'ya allah... Mana menantu aku'

Mahira berlari keluar, mencari haidan..dan memegang kedua-dua lengan anaknya itu..

"kenapa ni bonda.?mana shofie?" tanya haidan..

"SHOFIE TAK ADA!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience