BAB 44

Romance Completed 175736

" idan.. "

Mendengar suara seorang yang memanggil haidan.. Shofie spontan menarik tangannya.. Tiba-tiba dia merasa takut. Dia bersembunyi dibelakang haidan.. Mengengam erat belakang baju melayu haidan.

"bonda.." sengaja haidan mencemaskan nada bicaranya.

"kenapa lewat sangat baliknya. Kata temankan hizer.. Ke idan singgah mana-mana ni.. Apa tu.. Bachelor party.. Ke apa tu.." bebel mahira..

"apa pula bachelor party bonda.. Kan idan dah bagitahu.. Malam berinai.. Tak percaya bonda tengok ni.." haidan menarik tangan shofie.. Melalui celah lengannya.. Sampaikan shofie memeluk erat belakang tubuh haidan tanpa segaja.. Haidan kemudiannya gelak.

"kenapa pula kamu yang berinai.. Kamu tu lelaki.." marah mahira.. Sambil memegang tangan yang sudah dilukis inai cantik tersebut.. Ternyata tangan itu sejuk membeku.

"bila masa idan kata.. Idan pakai inai.."

"anak betuah ni.." marah mahira.. Dia yang tak bercermin mana.. Dikelabui oleh haidan..

"betul lah bonda.. Tengok hasil idan culik satu bukti idan ke majlis berinai tunang hizer.." haidan beranjak ke tepi.. Menampakkan susuk shofie yang sedang menunduk disitu.

"idan bawa balik bidadari.. Bonda" haidan berbisik di telinga bondanya..

Mahira melihat seorang wanita berpakaian kurung kedah.. Berkain batik.. Dan ada sehelai kain batik menutup separuh wajahnya.. Hanya kelihatan hidung dan mulutnya sahaja.. Kerana wanita itu dari tadi hanya menunduk.. Dengan lukisan inai di tangannya.. Haidan pula berbaju melayu putih..bersampin pelikat. Mahira sudah berfikiran yang bukan-bukan tentang haidan. Mahira terus memukul haidan..

"CULIK !!!. Jangan buat kerja bukan-bukan haidan.. Culik anak dara orang.. Bawa balik malam-malam ke rumah kita.. Bonda tak pernah ajar idan, buat kerja jahat macam tu.. Hantarkan dia balik.. Jangan sampai bonda naik hantu.. ZAYN HAIDAN.." kini marahnya tak terbendung lagi..

"bonda pasti.. Nak idan hantarkan dia balik.." haidan mendekat kepada shofie.. Lalu menyentuh dagu shofie dengan jari telunjuk dan ibu jarinya.. Mengangkat wajah cantik itu.. Mendongak sedikit keatas..

"shofie.. Menantu bonda.." kata mahira ceria.. Dia mendekat kepada shofie.. Shofie malah mengundur selangkah..jelas terpancar wajahnya yang dalam ketakutan.

"shofie.. Jangan takut.. Bonda tak marahkan kamu.." mahira menampar lagi haidan.. Haidan hanya membiarkan..

"tengok.. Kamu dah bagi menantu bonda takut dengan bonda.." marah mahira kepada haidan.

Mahira mendekat memegang tangan shofie, yang sudah membeku .. Shofie segera bersalaman dengan mahira..

"kenapa pakai macam ni.." tanya mahira hairan. Nyaris-nyaris dia menghalau menantunya sendiri.

"bonda.... Ni tema malam berinai rumah tunang hizer.. Hanis.. Hanis tu kawan kepada menantu bonda... Dan esok kami berdua.. Jadi, Pengapit mereka.." terang haidan..

"esok balik sini ya.. Kita boleh berbual panjang.. Sekarang dah sangat lewat. Esok nak bangun awal kan.." kata mahira.. Shofie hanya mampu tersenyum sebaris.. Dia masih berasa kekok.. Walaupun ini bukannya perjumpaan yang pertama..

"idan.. Bawa menantu bonda naik rehat.." arah shofie.. Shofie tadi tadi diam sahaja.. Mengangguk dan senyum saja.

"ni baju apa pula.." mahira bertanya kepada pelayan yang berada dibelakangnya..

"baju puan muda.." jawap mereka..

"dah.. Pergi hantar. Lepas tu turun.. Saya dah nak masuk tidur ni. Sudah lewat ni.." arah mahira..

Shofie naik keatas mengikut langkah haidan.. Haidan kemudiannya berhenti di satu pintu.. Membuka pintu bilik tersebut..

"masuk lah.. Ni bilik kita.." katanya..

Shofie melangkah.. Masuk kedalam bilik yang luas yang mengunakan banyak warna emas dan sedikit sentuhan warna hitam.. Di atas kepala katil tergantung besar gambar yang diambil semasa akad nikah mereka.

"tuan" kedengaran pelayan menegur haidan yang masih berada di luar bilik..

"masuklah.. Letakkan di ruang pakaian.." arahnya..

Melihat pelayan yang masuk dengan baju dan beg pakainya.. Shofie segera menahan pelayan yang membawa beg pakaiannya.. Mengambil beg tersebut..

Kemudian dua pelayan itu keluar dari bilik haidan..

"mandilah dulu.." kata haidan.. Shofie mengangguk.

Dia membawa beg pakaian itu ke dalam bilik air.. Melepaskan kain sarung yang menutup kepalanya.. Sebelum dia berpaling semula.. Dia terpandangakan haidan sedang duduk dikatil.. Dengan pantas shofie berlari keluar dari bilik air..

"kenapa.." tanya haidan..

"macam mana fiya nak mandi.."

"kenapa.. Pula.." haidan bangun dari duduknya..

"cermin. Cermin ni tembus sampai kedalam..." rungut shofie.. Mukanya sudah merah..menunjuk kearah cermin yang memisahkan ruang tidur dan bilik mandi..

"kenapa.. Malu.. Jangan risau.. Idan tak intai.." usik haidan.. Wajah shofie sudah bertukar masam.. Tangannya sudah mengengam erat kain batik yang dipakainya..

Haidan menunggu apa lagi yang bakal keluar dari mulut shofie.. Tapi ternyata tiada.. Lalu dia menarik tangan shofie.. Mengajak shofie masuk kedalam bilik air..

"tak.. Tak.. Fiya taknak mandi.."kata shofie

" kenapa pula.. Ni tengok.. Ni suisnya untuk blur kan cermin ni.. " haidan menekan satu suis yang berwarna merah yang berada didinding bilik air tersebut..

" tak percaya sekarang fiya keluar tengok dari luar.. " lalu shofie keluar melihat melalui cermin diluar.. Hanya menampakkan wajahnya sendiri.. Kemudian dia masuk.. semula kedalam bilik air.. Tapi boleh melihat lagi katil yang berada diluar bilik air..

"jangan risau.. Ok.. Lainlah kalau fiya tekan sekali lagi.. Dia akan kembali tembus pandang.. Dalam bilik air masih sama.. Masih boleh lihat diluar." terang haidan.. Haidan menekannya sekali lagi.. Shofie keluar melihat dari luar.. Haidan sedang tersenyum kearahnya dari dalam bilik air..

"ok.. Mandi ya.. Idan pun nak mandi lepas ni.." kata haidan..

Shofie kembali menekan suis tersebut..dan keluar semula melihat diluar.. Haidan di atas katil mengeleng melihat sifat lucu shofie..

'kenapalah comel sangat kamu shofie..' haidan mehempas tubuhnya diatas katil..

Shofie selesai mandi, keluar dengan membungkus rambutnya dengan tuala.. Dia sudah siap berpakaian tidur.. Baju tidur berlengan pendek dan berseluar paras lutut.. Berwarna pink lembut..

Mata haidan...memandang saja shofie yang baru keluar dari bilik air.. Shofie berjalan ke sofa membimbit beg pakainannya.. Lalu duduk disitu.. Mengeringkan rambutnya.. Kerana bilik haidan tidak mempunyai meja solek.. Jadi di memilih untuk duduk disofa..

Shofie membongkokkan badannya.. Membuka ikatan tuala dirambutnya.. Dilap-lap rambutnya sehingga separuh kering.. Kemudian mengambil sesuatu didalam beg pakaiannya lalu dipicit ke tangan.. Dibawa gosok kerambutnya.. Harum semerbak bau wangi bilik mereka.. Shofie mengelap tangannya dituala.. Mengambil losyen.. Melumurkan ditangan dan kakinya.. Haidan memerhati sahaja tingkah isterinya... Shofie berpaling.. Melihat haidan sedang memerhatikannya.

"tadi kata nak mandi.." tegur shofie. Haidan bergegas bangun.. Lalu berjalan masuk ke dalam bilik air..

Siap mandi.. Dia keluar semula.. Mencari shofie..

"aahh.." jerit shofie.. Lalu menutup wajahnya..

"kenapa tak pakai baju.." tanya shofie.

"tunggu fiya ambilkan baju.." alasan haidan. Dengan sengaja dia mengibas-ngibas rambutnya yang masih basah.. Sampaikan air dari rambutnya terpercik mengenai shofie.

"kat mana baju.." tanya shofie masih menutup wajahnya dengan tangan.

haidan menunjuk kearah pintu.. Yang dimasuki oleh pelayan tadi.. Shofie hanya melihat hujung jari haidan, menunjuk kearah pintu tersebut. Lalu dia bangun berjalan ke pintu yang ditunjukkan haidan.. Sebaik pintu itu terbuka.. Lampu yang didalam bilik tersebut turut menyala secara automatik.

Melopong shofie seketika.. Bukannya dia tak pernah lihat ruang pakaian.. Malah dia turut mempunyai ruang pakaian nya sendiri.. Yang hairannya adalah sebelah kiri memang terdapat pakaian dan aksesori lelaki.. Sudah tentu itu sememangnya milik haidan..

Tapi disebelah kanannya.. Segala jenis pakaian wanita.. Siap lengkap dengan beg dan kasut tersusun kemas disitu.. Shofie menyentuh pakaian wanita yang berada disitu.. Dress nikahnya tak terkecuali turut digantung disitu.

"pakaian perempuan.." katanya perlahan.. Dia turut melihat baju yang diberikan oleh hanis tergantung disitu.

"jumpa.." tanya haidan.. Berdiri di pintu masuk bilik tersebut.

"tak.." jawap shofie.

"memang tak jumpa kalau fiya tengok pakaian fiya.. Baju idan sebelah sini.." haidan menunjuk kearah kirinya..

"ni baju fiya.." tanya shofie..

"ya.. Baju fiya lah.." haidan turut masuk kedalam ruang pakaian tersebut dan duduk di kerusi panjang yang berada di tengah-tengah ruang tersebut..

"disana ada meja solek.. Fiya boleh letak barang fiya disana.." shofie melihat kearah yang ditunjukkan haidan.. Ada beberapa barangan milik haidan disitu.. Terdapat juga cermin besar disitu..

'jadi.. Meja solek disitu rupanya..'

"baju..baju..lama dah bogel ni.. Kalau kejap lagi kain ni lucut.. Jangan salahkan idan ya.." ugut haidan.

"ah.. Ya.. Ya..." shofie berlari ke sebelah kiri bilik tersebut.. Membuka laci pintu satu persatu.. Dan akhirnya jumpa baju tidur untuk haidan.. Dia kemudiannya menyuakan kepada haidan.

"pakaikan.." kata haidan.. Shofie memerhati wajah haidan..

"kenapa.. Pakaikan.."tekan haidan.

Shofie meletakkan seluar di sebelah haidan.. Dia membuka butang baju tidur itu satu persatu.. Membongkok badan.. Kerana haidan sedang duduk ketika ini.. Menyarungkan baju tersebut di tangan haidan.. Kiri dan kanan.. Manakala haidan mengusap pipi shofie dengan lembut mengunakan belakang tangannya.. Puas dia dapat menatap wajah shofie sedekat ini.. Membawa rambut shofie diselitkan dibelakang telinga.

Tangan haidan turun ke rahang.. Kemudiannya leher.. Bermain-main disitu.. Sampai shofie merasa kegelian..

"tak boleh.. Nah pakai sendiri.." kata shofie.. Menyuakan seluar tidur haidan didada bidang lelaki itu.

"tak ada istilah tidak.. Ditujukan buat Zayn haidan.." kata haidan. Kini haidan sudah berdiri..

Akhirnya shofie pakaikan juga.. Memakaikan seluar diatas lapisan tuala.. Bila selesai.. Shofie menarik keluar tuala haidan....

"ok siap.. Sayang.." perli shofie..

"apa.." tanya haidan.. Shofie segera menutup mulutnya dengan tangan.. Dia segera lari keluar dari bilik tersebut.. Tuala haidan sudah dia campakkan begitu saja.. Tanpa dia sedar tuala itu melekat di kepala haidan.

"FIYA..!!!."

Shofie lari ke katil.. Menarik selimut.. Berselubung dibawah lapisan selimut itu. Berbaring di bawah selimut tanpa begerak gerak lagi..

"tidur sayang.. Esok kita kena bangun awal.." haidan naik ke katil lalu tidur disebelah shofie. Tangannya mengosok gosok kepala shofie... Sehingga dia sendiri akhirnya turut terlena sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience