BAB 36

Romance Completed 175817

Urusan mereka akhirnya selesai.. Masa untuk pulang ke Malaysia. Semuanya diuruskan dengan lancar oleh marwan.. Sepanjang ada shofie bersama haidan.. Haidan langsung tak melepaskan pegangan tangannya dari tangan shofie. Shofie pula hanya membiarkan saja. Dia sendiri tiada pilihan.. Kalau itu dapat membuatkan haidan senang..

Mereka tiba di malaysia.. Marwan memandu ke sebuah restoran.. Shofie memandang wajah kacak haidan yang mengenakan cermin mata gelap.. Lelaki itu nampak segak.. Walaupun apa saja pakaian yang dikenakan dibadannya..

"dah puas pandang" haidan membuka cermin matanya. Manakala shofie melarikan wajahnya memandang ke luar tingkap.

"kita makan dahulu.. Kemudian, hantar riya balik.." shofie mengangguk.

Mereka tiba di Restoran. Shofie hairan melihat restoran itu kosong.. Seperti tidak beroperasi. Kemudian datang beberapa orang pelayan.. Menunduk datang menyambut kedatangan mereka. Lalu mengiringi mereka masuk duduk ditempat yang sudah disediakan.. Marwan duduk jauh sedikit dari pada mereka.namun masih dapat dilihat antara satu sama lain.

Selesai makan.. Kini pelayan datang menyajikan hidangan pencuci mulut. Shofie menjamahnya dengan nikmat.. Haidan suka melihat wanita itu sedang mengunyah makanan.. Bibir itu begerak-gerak mengikut irama kunyahan.. Dengan pipi yang kembung. Sungguh shofie sangat menarik dimatanya.

Haidan meletakkan sekeping kad di meja makan kemudian disorongkan dekat dengan shofie. Shofie yang sedang menikmati makanan manis itu memandang haidan dengan wajah hairan.

"kad ini.. Untuk apa" tanya shofie.

"duit belanja.. Sekalian dalam tu ada duit maskhawin.. Dan juga duit hantaran.." terang haidan.

Shofie mengambil kad tersebut.. Belum sempat dia bertanya lanjut.. Haidan sudah memotong katanya.

"Your birthday date.. Kata kuncinya.." potong haidan. Shofie tersenyum . Mengangguk kecil. Mengambil kad tersebut lalu menyimpan didalam begnya.

Selesai makan.. Haidan menghantar shofie kembali ke rumah keluarganya.. Sempat dia berpesan. Agar tak mengendahkannya jika dia menelefon atau menghantar pesanan kepada shofie nanti.

Haidan melihat wanita itu masuk kedalam pagar.. Berjalan kedalam..dan terus masuk kedalam rumah orang tuannya.

"hantarkan saya balik marwan.. Kamu boleh rest seharian,selepas ini.."arah haidan. Dia puas hati dengan hasil kerja yang telah marwan lakukan dari mula sehingga akhir. Haidan melihat melalui cermin.. Wajah lelaki yang sedang memandu itu. Sedang tersenyum.

Pelayan menyambut kepulangan tuan muda mereka di hadapan pintu utama. Mengangkat beberapa beg milik haidan lalu dibawa naik ke biliknya..Manakala haidan ke ruang rehat keluarga.. Mencari bondanya..Namun hampa..Bondanya tiada di situ. Haidan naik ke biliknya.. Merebahkan diri diatas katil.

Dress nikahnya milik shofie.. Sengaja dia sangkutkan di tengah, ruang bilik tidurnya.. Bau wangi dari dress tersebut mendamaikan haidan.. Bila dia pandang baju itu sedang menari-nari ditiup angin penghawa dingin.. Dia seperti merasakan shofie turut berada disitu dengannya.

Segera dia mengambil telefon bimbitnya.. Lalu membuat panggilan kepada isterinya.. Shofie fitriyani. Tanpa menunggang lama.. Panggilan sudah disambut di seberang sana..

"assalamualaikum" suara shofie kedengaran jelas..

"waalaikummusalam" sambut haidan.

Mereka bersembang mengenai, hal yang remeh temeh.. Sekadar memastikan buah hatinya disana baik-baik sahaja.. Walaupun hal yang remeh temeh.. Panggilan berlanjutan selama satu jam. Tanpa mereka sendiri sedari. Itupun, disebabkan kerana ada ketukan, di pintu bilik haidan. Lalu dia memilih untuk memutuskan panggilan tersebut.

"Bonda.." haidan melihat bondanya sudah berdiri di hadapan pintu biliknya.

Mahira masuk kedalam bilik anak lelakinya, tanpa perlu menunggu pelawaan dari haidan.. Kemudian dia berhenti di depan gaun putih milik shofie. Menyentuh baju cantik tersebut.

"kemana idan dua harini.." tanya mahira. Haidan menutup pintu biliknya.

"idan ke Thailand.. Bonda.. Nikah.." jelas haidan tanpa ragu.. Atau berselindung dari bondanya.

"dengan siapa" tanya mahira.. Jantungnya agak berdebar.. Ingin mendengar nama bakal menantunya. Bukan boleh harap.. Anak lelakinya yang seorang ni.. Takut, bila dia ikutkan akal gilanya.. Lain yang jadinya nanti.

Haidan menghampiri bondanya.. Menyentuh bahu bondanya.. Lalu memalingkan bondanya supaya mengadapnya.. Dari terus merenung baju nikah mereka.

"nanti.. Idan bawa menantu bonda balik.. Ya.. " jawap haidan santai.

"ya Allah budak ni.. Bonda nak nama.. Siapa nama menantu bonda.." kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh haidan.. Lalu dia memukul rawak anaknya itu. Haidan malah ketawa.. Geli hati melihat bondanya yang sedang memarahinya..

"kita tanya.. Dia boleh ketawa.. Bonda serius ni.. Nak bonda upah penyiasat.. Bonda call marwan sekarang.." mahira mula menekan nekan telefon bimbitnya yang berada di tangan.

Haidan segera menghalang bondanya. Menutup tangannya di paparan telefon bimbit bondanya.. Memberi isyarat tunggu dengan jari kepada bondanya. Lalu dia berpaling.. Menghampiri kotak berukuran besar yang terletak diatas katilnya..

Membuka kotak tersebut dengan hati hati.. Mahira sabar menanti di sofa. Melihat saja si anak.. Sedang, Mengeluarkan sesuatu dari kotak itu.. Lalu mengangkat dan membawa kearahnya dengan senyuman manis. Sebaik sampai didepan mahira.. Haidan berhenti.. Dan memusingkan benda nipis itu.. Satu gambar besar.. Sebesar pemeluk..

"Alhamdulillah.. shofie fitriyani.. Menantu bonda.." mahira bagun lalu. menyentuh gambar tersebut.. Jelas gambar itu menantunya.. Memakai dress putih yang sedang tergantung dibilik anak lelakinya sekarang.

"macam mana bonda.. Ok tak.. menantu bonda" usik haidan. Dia tersenyum.. Sampai menampakkan lesung pipit di pipinya.. Yang jarang-jarang orang dapat melihatnya..

"sengaja tau.. Buat bonda takut..." mahira merungut.. Mencubit lengan haidan yang berotot itu.. Tangan haidan, masih kukuh memegang gambar dihari pernikahan mereka.. Cubitan mahira tak terkesan langsung buat haidan.

"nanti bonda suruh pelayan gantungkan ya.. Cantik, menantu bonda.." kata mahira senang..

"bonda nak lihat album.."tanya haidan.

" ada album.. Cepatnya.."mahira sudah kembali.. duduk di sofa bilik itu.

" ya bonda.. Ni semua kerja marwan.. Entah apa yang dia ugut budak-budak photographer siam tu.. Mereka menurut saja.. Rasanya tak tidur semalaman budak-budak tu.. "haidan menyelongkar kotak besar tadi.. Lalu mengeluarkan sebuah, album gambar.. Diberikan kepada bondanya.

" cantiknya.. Nanti bolehla bonda buat majlis .. Bonda nak buat besar-bee.. " haidan segera memotong ayat bondanya..

" no bonda.. " bantah haidan. Mahira yang tadi berwajah ceria dan berbunga-bunga menceritakan suasana majlis yang bakal diadakan terus berubah riaknya menjadi masam semasam cuka..

" tapi kenapa.. Idan tu public figure.. Semua orang kenal siapa Zayn Haidan.. Dan menantu bonda tu.. Anak orang ada-ada, bukan anak orang sebarangan... Mama nak buat juga majlis tu" tegas mahira.

"kalau.. Bonda sayangkan menantu bonda.. Baik bonda rahsiakan siapa sebenarnya menantu bonda.." haidan kini bersandar di tempat duduk nya di sofa.

"tapi kenapa.." mahira berkeras meminta penjelasan. Dia tak puas selagi tak mendapat alasan yang kukuh daripada anak lelakinya yang berfikiran yang tak dapat nak dijangkakan nya itu..

"idan" panggil mahira sedikit tinggi. Haidan masih diam ditempatnya. Mahira menutup album gambar yang berada diribanya.. Dia bangun lalu berjalan, ingin keluar dari bilik tersebut..

"bonda.. Please.. Idan ada alasan idan.." suara haidan kedengaran lemah.. Merayu bondanya.

"tell me.. I'm your mother.. Bukannya orang lain.. Bonda akan sokong kalau itu benar untuk kebaikan shofie.." ucap mahira. Dia berpaling dan berjalan mendekat semula kepada haidan.

"idan cuma mahu dia selamat bonda.. Bonda jangan lupa.. Kita ada musuh.. Dari segala segi, baik dari business, family and lot off other.. Idan nak dia jauh dari segala sumber media.. Idan tak nak siapa tahu isteri idan.. Terutamanya sekali.. Jauh dari pergetahuan nenda.." kata haidan tegas.

Mahira mendengar gelaran terakhir yang disebut oleh haidan itu.. Membuatkan kakinya lemah.. Dia segera duduk di sofa.. Mertuanya.. Apa yang bakal dilakukan kalau betul mertuanya kembali campur tangan dalam kehidupan keluarga mereka.

Sejak kematian haiman.. Mertuanya sudah tidak mengatur atur keluarga itu lagi. Cukuplah dulu dia terpaksa melepaskan haidan membesar dibawah telunjuk mertuanya.. Sampaikan haidan menjadi seorang yang tak berperasaan, sama seperti suaminya.. Waktu diawal perkhawinan mereka.. Haiman yang dibesarkan bagai seorang raja yang bersedia menakluk, merampas dan menghapuskan sesiapa saja yang menghalang jalannya.. Dan begitulah mereka cara mereka mengekalkan kekuasaan mereka hingga kini.

" tapi sampai bila.. Sampai bila idan nak sembunyikan dia.. Idan tak boleh cakap idan bujang lagi bila ada orang yang bertanya tentang status idan sekarang.." kata mahira.

"idan faham.. Idan akan mengaku.. Idan sudah bernikah.. Tapi.. Siapa isteri idan tu.. Idan akan rahsiakan.."jelas haidan.

" hmm.. Dulu masa ayahda minangkan rania, untuk idan... Tak pula.. Idan, pikirkan semua ni..sekarang bila shofie.. Pandai pula nak Sorokkan.. Sampai bonda pun idan tak terkecuali.. " mahira sengaja mengusik anak itu. Haidan diam membisu.. Kemudiannya dia tersenyum kepada mahira.

" janji dengan bonda.. Jangan sekali-kali sia-siakan menantu bonda.." tegas mahira.

" idan janji bonda.. "balas haidan.

" bila nak bawa.. menantu bonda, balik sini" tanya mahira..

Haidan masih tiada jawapan untuk itu.. Perancangannya hanya sampai mereka menikah, buat masa kini..

"idan akan usahakan.. Menantu bonda balik kesini dengan segera..." janji haidan..

Mahira mengangguk.. Dia kemudiannya bangun.. Membawa album gambar nikah anaknya keluar bersamanya.

'betul juga.. Takkan kami akan hidup begini.. dia disana.. Sedangkan aku disini.. Kena cari marwan ni.. Tapi.. Harini aku bagi dia rest.. Ahhhh.. Tunggu haidan.. Jangan gelabah.. Jangan jadikan diri kau nampak bodoh..' dia yang tadinya berjalan mundar mandir.. Merebahkan dirinya di katil.. Memicit-micit dahinya mencari cara agar wanita itu boleh tinggal disini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience