BAB 91

Romance Completed 175736

Seorang wanita mengendong bayinya.. Menapak keluar dari pesawat yang baru saja mendarat.

'akhirnya aku balik juga ke sini..' bisiknya hatinya.

"kamu dukung dia.." arah wanita itu menghulurkan bayi yang dikendongnya kepada lelaki yang dari tadi mengikutnya dari tadi.

Lelaki itu mengambil bayi yang sedang tidur itu dengan hati-hati..

Haidan, shofie dan mahira. Ke rumah utama rahimi untuk membincangkan perihal majlis resepsi mereka.. Ainun melihat tiga tetamu itu datang dari jauh memasuki perkarangan rumahnya menyembunyikan dirinya didalam bilik.. Dia tak mahu berjumpa dengan mereka.. Selepas apa yang dia dah buat kepada shofie sebelum ini..kalau tersalah langkah lagi.. Silap-silap ainun akan ditendang keluar dari rumah itu sehelai sepinggang.

"papa tak ada apa-apa bantahan.. Papa ikut saja.." kata rahimi.

"alhamdulillah.. Jadi.. Majlis akan diadakan lagi dua minggu.. Ya.." kata mahira sambil gelak kecil.. Dia tidak dapat menyembunyikan lagi kegembiraan yang jelas terpancar diwajahnya.

"dua minggu??"

"adakah puan sri pasti.. Sempatkah nak buat semua persiapan..?"

Rahimi tercengang.. Dia tak menjangka majlis tersebut akan berlangsung secepat itu.

"jangan risau datuk.. Sebelum ni. Memang kami dah rancang.. Sebelum shofie pergi ikut mummynya lagi.. Haidan memang nak adakan majlis ni.. Berlangsung secepat yang mungkin... Dia sendiri tak mahu bertangguh tangguh lagi.." kata mahira melihat kearah pasangan itu yang duduk bersama sambil memegang tangan pasangan masing-masing.

"oh.. Begitu.." kata rahimi.

"datuk.. Saya pulangkan kembali cek yang datuk berikan kepada saya tempoh hari.." kata haidan lalu meletakkan cek tersebut di meja didepan mereka.

"kenapa kamu kembalikan... Saya taknak berhutang dengan kamu.." kata rahimi..

"datuk.. Saya minta maaf.. Hal yang lepas kita lupakan sahaja.. Anggap saja semua saya buat sebelum ni sebagai menantu datuk.. Tak da niat apa-apa.. Kita mulakan semuanya dari mula.." kata haidan..

Rahimi gelak sambil memegang dadanya. Rahimi menggamit shofie untuk duduk di sebelahnya..

" papa.. "

" shofie yakin, dengan keputusan shofie ni sayang...? "tanya rahimi.

" InshaAllah pa.. "kata shofie.. Mengengam tangan rahimi yanga ada diatas ribanya.. Sambil tersenyum.

" baiklah kalau macam tu.. "kata rahimi.. Menepuk tangan shofie beberapa kali.

" saya akan jaga shofie semampu saya datuk.."kata haidan yang duduk bertentangan dengan rahimi. Mendengar rahimi mengeluh membuatkan haidan mengerutkan dahinya.

" dia masih panggil papa.. Datuk..!! Nampaknya dia masih marahkan papa sebab bawa lari shodie tempoh hari... " usik rahimi sambil tersenyum kearah haidan.

"terima kasih datuk.. Papa.. Terima haidan sebagai suami kepada shofie.." kata haidan.

"bukan macam tu caranya anak muda.. Mari sini.." rahimi bangun dari duduknya dan mendepa kan tangannya..

Haidan bangun.. Tapi masih teragak agak untuk berjalan dan memeluk rahimi..

"mari.. Jangan segan.. Saya belum pernah lagi, makan daging manusia.." usiknya sambil ketawa..

Haidan senyum mendengar kata yang diucapkan oleh rahimi.. Mahira dan shofie turut ketawa kecil.

"manis rupanya menantu lelaki saya kalau dia senyum.." rahimi memeluk haidan..

"terima kasih papa.." ucap haidan perlahan.

"jaga anak kesayangan saya baik-baik" rahimi menepuk belakang bahu haidan.

"InshaAllah pa.. Sampai hujung nyawa saya.." balas haidan.

"amin...mulai hari ini.. kita buka lembaran baru.. "kata rahimi, haidan mengangguk.

Mereka meleraikan pelukan.. Dua wanita yang duduk di sofa tersenyum lebar.. Senang dengan apa yang berlaku.

" datuk.. "tegur sabri.. Yang baru datang.

" ya sabri kenapa..? "tanya rahimi.

Sabri mengundur.. Memberi laluan buat, Rania berdiri disitu bersama andi dibelakangnya.. Andi sedang mengendong bayi ditangannya. Mereka yang ada disitu tercengang terutama sekali haidan.

'kenapa dia kembali..'

" papa!! " jerit rania.. Lalu berlari memeluk rahimi yang sedang berdiri disebelah haidan.

Rahimi membalas pelukan rania.. Mengusap kepala anak perempuan bongsunya itu..

"maafkan nia.. Pa.." rania menangis dibahu rahimi...

"sudah.. Yang lepas tu biar lepas.." kata rahimi memujuk rania yang sedang menangis.

"datuk" tegur andi.

"andi... Kemari, bawa cucu saya kesini.." panggil rahimi.

Andi menghampiri lalu menyerahkan bayi yang masih lena dalam gendongannya.

"lelaki atau perempuan..?" tanya rahimi.

"lelaki datuk.." andi yang menjawap bagi pihak rania.

Rania duduk disofa bersebelahan dengan mahira..

"puan sri" tegur rania..

"apa khabar rania.." tanya mahira. Sekadar berbasa basi.

Haidan melihat Shofie yang duduk sendirian.. Shofie sedang memandang kearah mahira dan rania yang sedang berbual.

"sayang.." panggil haidan jelas dan terang..lalu duduk di sebelah shofie.

Shofie berpaling memandang haidan.. Dan melayangkan senyuman manis kepada haidan.

"are you okay.." bisik haidan ditelinga shofie.. Shofie mengangguk.. Shofie tahu rania sedang memandang ke arahnya dengan pandangan tajam. Tambah lagi dia melihat haidan yang duduk di sampingnya.

"papa.. Kami balik dulu lah.. Rasanya semuanya dah selesai.." haidan meminta diri.. Dia bangun dan bersalaman dengan rahimi..

"shofie nak balik juga..?" tanya rahimi.

"ya pa.." kata shofie.

"balik kemana,papa..?" tanya rania mencelah.

"balik ke rumah suami dia lah.. Haidan ni suami shofie.." terang rahimi.

"hah..mereka dah kahwin..!?" kata rania kuat. Sambil merenung wajah shofie.

"kau..!!!" rania menunding jarinya kepada shofie..

"rania.. Malu sikit dengan keluarga haidan.. Jaga kelakuan kamu..!" tegur rahimi.

"tapi pa.. Haidan kan tunang nia.. Kenapa shofie yang nikah dengan haidan." kata rania tak puas hati.

"rania.. Mereka sudah datang berjumpa papa sebelum ni.. Dan minta untuk putuskan pertunangan tu.. Semasa kamu pergi.." terang rahimi.

"pa.. Ini tak adil.. Ya.. Memang nia ada buat salah.. Tapi.. Nia pergi sebab dia.. Dia yang nak nia pergi.." rania menunding jarinya kearah haidan.

Semua menumpukan perhatian memandang kearah haidan.. Haidan memandang wajah mereka satu persatu dan berakhir di wajah shofie. Shofie menunduk saja, pada ketika itu. Haidan tahu apa yang dipandang shofie.. Siapa lagi kalau bukan cinta hati mereka..

"dia bagi duit dekat nia.. Supaya nia pergi bersembunyi.. Dan dia suruh ni jangan-jangan balik lagi..kesini" kata rania lagi.

"apa kau cakap ni nia.. Hormat sedikit dia sudah jadi abang ipar kamu.." tegur rahimi.

"haidan.. Baliklah dahulu.. Biar papa selesaikan, dengan rania.." kata rahimi. Dia tak mahu keadaan itu menjadi lebih buruk.. Memandangkan mereka baru saja berbaik.. Tapi kalau lah benar salah haidan.. Lelaki itu haruslah bertanggungjawab.

"minta diri dulu papa" shofie di belakang haidan bersalaman dengan rahimi..

"balik dulu datuk" kata mahira.

"sabri.. Tolong hantarkan tetamu.. Maaf saya tak hantarkan puan sri.." kata rahimi.

"tak mengapa.. Kami balik dahulu." kata mahira.. Wajah cerianya juga sudah melayang pergi..

Mereka bertiga beransur pergi keluar dari rumah tersebut.

"nia.. Kenapa kamu menjerit jerit di hadapan tetamu..?" tanya rahimi.

"kenapa papa benarkan mereka balik.. Haidan perlu jelaskan semuanya kepada semua.. Kenapa dia menyuruh nia pergi menyembunyikan diri.." rungut rania.

"kalau haidan tak suruh kamu bersembunyi.. Mungkin papa yang akan paksa kamu untuk bersembunyi di mana-mana.." kata Rahimi, duduk di sofa.. Sambil mengendong cucunya.. Dia melihat wajah bayi tersebut.. Bayi yang tak melakukan apa-apa kesalahan pun.. Rahimi memikirkan apa akan jadi kepada cucunya di masa hadapan.

"tapi.. Dia tunang nia..pa..!! " rania masih berusaha mencuba nasibnya.

"nia.. Seperti yang papa katakan tadi.. Pertunangan kamu sudah diputuskan.. Yang lebih penting sekarang.. Shofie adalah isteri sah haidan.." kata rahimi lagi.. Agak keras sampai cucunya yang dalam dakapan nya mula terjaga dan menangis.

"ni ambil anak kamu.. Dia dah terjaga.. Mungkin dia lapar.."rahimi menyuakan bayi itu kepada rania..

" andi.. Kamu ambil dia.. "arah rania.. Dia tak mahu memegang anaknya dengan perasaan marahnya yang sedang membuak-buak.. Silap-silap bayi itu menjadi tempat dia melepaskan geramnya..

" tak apa datuk.. Bagi kepada saya saja.." kata andi.

" kenapa kepada kamu .. Nia kamu ibunya.. Anak kamu lapar..kenapa kamu minta andi yang uruskan.." tanya rahimi..

"selama ni pun andi yang uruskan Mikail pa.. Bagi saja andi.. Dia tahu macam mana nak pujuk mikail.." kata rania..yang sudah beranjak pergi meninggalkan ruang tersebut..

"apa betul yang rania katakan tu.."

"ya datuk.. Semasa cik muda melahirkan.. Tubuh cik muda agak lemah.. Jadi saya uruskan semua keperluan mikail.. Dan bila cik muda mula kuat sedikit.. Dia meminta saya untuk segera membawanya pulang.. Jadi saya bawanya pulang.. Walaupun cik muda belum selesai tempoh berpantang.. " jawap andi sambil memujuk mikail..

" dia masih belum selesai berpantang..?" tanya rahimi keras.. Andi mengeluarkan susu yang dibancuhnya tadi semasa mereka dalam perjalanan kesini.. Dan segera memberi kepada mikail.

Mikail minum susu yang diberikan oleh andi.. Rahimi melihat saja perlakuan andi.. Walaupun pasa dasarnya andi ternampak kasar dengan wajahnya dan juga tubuhnya yang besar.. Tapi ternyata.. Lelaki itu sangat boleh diharapkan untuk menjaga mikail.

"terima kasih.. Kamu rawat puteri dan cucu saya andi.. Kalau tiada kamu.. Entahlah apa nasib mereka..." ucap rahimi.. Dia sangat beruntung mempunyai andi.

"saya hanya buat, setakat mana yang sama mampu datuk.. Saya ikhlas.. Lagipun menjaga cik muda memang bawah tanggungjawab saya.. Cuma.."

"cuma apa andi.. Tak perlu segan dengan saya.." tanya rahimi.

"mengenai lelaki yang bernama gibran itu.. Ayah kandung kepada mikail.. Apa datuk akan lepaskan begitu saja.. Sia telah menipu cik muda dan melarikan wang milik cik muda.." kata andi

"jangan risau.. Saya dah laporkan kepada pihak berwajib..dan mereka telah dapat menjejakinya.. Kita tak perlu campur tangan lagi.. Biar dia dikenakan tindakan undang-undang.. Yang setimpal dengan pelakuannya." kata rahimi..

"baiklah.. Kalau begitu kata datuk.." balas andi.. Masih memegang botol susu menunggu mikail minum susu sehingga selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience