BAB 43

Romance Completed 175736

Majlis berinai selesai.. Para tetamu sudah beransur untuk menjamu selera.. Diluar.. Penuh dibawah khemah.. Hanya para gadis dan dayang-dayang masih duduk didalam rumah.

"nis.. Lupa nak sampaikan.. Papa fie kirim salam dekat tan sri.." kata shofie.

"tu papa.. Pergilah sampaikan sendiri" hanis memuncungkan bibirnya menunjuk kearah tan sri tajuddin yang sedang berdiri di pintu. Shofie bagun menghampiri tan sri tajuddin..

"tan sri.."

"ya saya.."

"papa kirim salam.. Dia minta maaf tak dapat hadir, majlis esok.. Dia wakilkan saya sampaikan ini" shofie menyerahkan sampul ke tangan tansri tajuddin.

"papa kamu.."

"ya.. Saya anak datuk rahimi.."

"oh ya.. Shofie ya..pengapit hanis kan.. Maaf la.. Ramai sangat harini.. Sampai tak kenal yang mana satu shofie.. Papa kamu macam mana.."

"papa alhamdulillah.. Semakin pulih.."

"alhamdulillah.. Uncle ada melawat dia di hopital sebelum ni.. Papa kamu seorang yang kuat.. InshaAllah dia akan pulih seperti sediakala.."

"Amin... Terima kasih tan sri"..

"dah makan belum ni.." tanya tajuddin lagi.

"sekejap lagi lah fie makan, masih ramai tu.." shofie memujuk kearah luar.

"pergilah makan.. Ajak kawan-kawan tu.."

"hanis.. Suruh dayang-dayang kamu makan.. Jangan biar mereka tunggu-tunggu.. Dari petang tadi kamu perap diaorang dalam bilik.." kata tajuddin sambil berseloroh..

Ruhaina datang mendekat kearah shofie..

"shofie nak makan.. Kak ambilkan.."

"tak apa kak.. Kejap lagi kot.." balas shofie.. Melihat rombongan lelaki masih mendominasi tempat makan..

Suara gelak ketawa kedengaran di merata rata.. Shofie kembali mendekatkan diri kepada hanis.

"fie.. Kau nak makan pergi lah.. Kau tak makan lagi kan sejak balik kerja.. Nanti pengsan.. Aku jugak susah.." kata hanis.

"kejap lagi lah.. Ramai lagi di luar tu.."

"pergi saja lah.. Nak tunggu dia orang.. Pasti lambat lagi.."

"esok akad nikah pukul brapa.."

"esok sepuluh pagi.. Kau bermalam sini. Nak tak."

"tak kot.. Esok. Fie terus ke surau.. Kita jumpa disana.." shofie menolak.. Memandangkan rumah hanis penuh dengan sanak saudaranya.

"kejap lagi nak balik.. Ambik baju ya.. Baju pengapit untuk esok.." hanis berpesan..

"ada baju untuk fie..." shofie ketawa.

"mestilah ada.. Best friend kot.. Makan tido sekali.. Kau ja suka lupa aku.." rungut hanis manja.

"jangan la marah hanis.. Tak cantik tau.. Kau kena senyum.. Baru naik seri.." usik shofie.

"dah la.. Fie nak pergi basuh tangan kejap.."

"yea.. Pergilah.. Kat dalam tu ramai sedang sibuk basuh pinggan.. Pergi kat luar.. Kalau ramai dekat luar tu.. Dekat tepi ni apa paip.. Sebelah depan taman tu.." terang hanis.. Agar shofie lebih selesa.. Tak bersesak dengan ramai orang.

Shofie berjalan keluar bersama ruhaina.. Mereka berdua melihat ramai orang di bawah khemah.. Malah tempat basuh tangan pun masih ramai yang beratur..

"jom kak kita ke depan taman tu.. Ada pili.." ajak shofie.

Mereka ke taman.. Keadaan agak gelap sikit disitu.. Namun masih dapat dilihat dengan jelas kerana sinar lampu jalan masih menerangi kawasan tersebut..

Ruhaina memusing kepala pili.. Manakala shofie menunggu di hujung hos sana.. Tak jauh mana pun.. Jarak antara mereka.

Shofie duduk bertinggung menggosok - gosok tangannya.. Tiba-tiba tangannya terasa digenggam oleh seseorang lalu tangan itu mengosok-gosok tangannya.

"ahh.." jerit shofie. Tapi jeritannya mati bila melihat wajah lelaki yang sedang menggosok tangannya.

"haidan.." shofie memandang ke kiri dan kanan.. Takut ada orang lain disitu. Hanya ada ruhaina sedang membelakangkan mereka.

"bermalam di sini?? " tanyanya sambil membasuh tangan shofie dengan lembut. Shofie menggeleng.

"ikut saya balik.." shofie ingin menarik tangannya.. Tapi haidan dengan pantas memegang tangan shofie.

"tapi.. Kak aina.." shofie menunjuk kearah ruhaina dengan dagunya.

"ya.. Fie datang dengan kak aina.." terang shofie dengan yakinnya. Haidan memandang ke arah yang dirunjukkan shofie.

"dia boleh balik dengan marwan" jelas haidan dengan santai.

"jadi.. Tak ada alasan apa - apa kan.. Kita balik rumah saya.." kata haidan lalu membasuh tangannya, sebelum berlalu pergi..

Sebaik melihat haidan pergi.. Ruhaina berpaling melihat shofie yang sedang termenung sendirian.. Dia mendekat kepada shofie.. Lalu membasuh tangannya..

" fie.. Kena balik dengan haidan.. Kakak tak kisah.. Kalau balik dengan marwan.." tanya shofie.

"kak tak kisah fie.. Fie jangan risau.." shofie kemudiannya tersenyum mendegar kata ruhaina.

Mereka kemudiaannya makan bersama.. Ruhaina sudah naik keatas mengambil baju shofie dan bajunya yang sudah dipakai tadi.. Hanis sempat memberi baju shofie untuk dipakai esok..

Selepas meminta izin dari tuan rumah.. Mereka keluar dan berjalan menuju ke kereta.. Shofie memandang keliling tak nampak kereta haidan disitu.. Mereka meneruskan jalan sampai ke kereta.

Ruhaina meletakkan pakaian kotor mereka dibelakang.. Sementara shofie masih memegang baju untuk majlis esok ditangannya. Ketika itu ada sebuah kereta Audi A9 hitam berhenti di hadapan mereka. Shofie memandang ruhaina.. Cepat-cepat ruhaina menarik shofie berdiri dibelakangnya.. Sebagai langkah berjaga-jaga.

Keluar marwan dibahagian pemandu.. Menunduk kearah shofie.

"puan" tengurnya.

Haidan yang berada di kerusi penumpang bahagian belakang turut keluar waktu itu..

"wan.. Ambilkan barang puan.. Letak di kerusi belakang..kamu hantarkan ruhaina pulang.." arah haidan.

"come riya.." kata haidan.. Melambai tangannya memanggil shofie. Marwan menyambut pakaian yang berada di tangan shofie.

Shofie melangkah pergi.. Haidan menutup pintu belakang kereta itu.. Memaut pinggang shofie.. Lalu membawa wanita itu ke kerusi penumpang bahagian hadapan.. Membuka dan memberikan shofie masuk kedalam kereta. Dia kembali ke pintu pemandu dan duduk bahagian kerusi pemandu. Mereka sedang menunggu marwan selesai mengambil barang peribadi shofie lalu diletakkan di bahagian kerusi belakang. Selesai semua mereka bertolak pergi.

Marwan memerhatikan kereta yang dipandu haidan pergi.. Kini tinggal dirinya dan ruhaina..

"marilah.. Dah lewat ni.. Saya hantarkan kamu balik.."

Tanpa membantah ruhaina masuk kedalam kereta.. Duduk dibahagian penumpang bahagian hadapan.

Marwan mula memandu.. Suasana didalam kereta mereka agak sunyi..

"nak kembali ke rumah utama" tanya marwan.

"tak.. Hantarkan saya ke kondo yang saya pernah hantarkan lokasi kepada tuan, sebelum ni.." balas ruhaina.

"hmm.. Lupa saya nak tanya.. Sebenarnya tu kondo siapa.." tanya marwan..

"kondo puan.. Kami akan pindah masuk tak lama lagi.." terang ruhaina.

"kondo puan.. Jadi puan akan tinggal diluar selepas ni..."

"ya..tapi kami belum pindah masuk.."

Marwan mengangguk faham.. Kemudian dia tersenyum.. Nampaknya tuan muda sangat beruntung...

Shofie memandang keluar tingkap kereta.. Memandang lampu-lampu jalan.. Memandang kereta yang melintas.. Pandang apa saja yang berada diluar.. Selain lelaki di sebelahnya. Entah kenapa..

Haidan menarik tangan shofie yang berada di atas ribanya.. Lalu menciumnya lembut.. Membuatkan shofie berpaling memandang haidan..

"pandang suami kan dapat pahala.." kata haidan lembut. Shofie kembali kearah hadapan memandang jalan..

"kenapa.. Tak sudi pandang suami sendiri.." tanya haidan..

Haidan membawa tangan shofie.. Diletakkan tapak tangan shofie di pipinya..dan kali ini shofie berpaling.. Haidan sedang tersenyum kearahnya..

"lapar?? "tanya haidan.. shofie menggeleng.

"kita balik terus ya.."

"baik" jawap shofie.

"kenapa riya tak pernah call atau mesej saya?? "

"fie takut mengganggu..."

'alasann... tahu tak.. Setiap masa aku menunggu call dan mesej dari kau riya..'

"kenapa tak gunakan duit yang saya berikan..??”

"hmm.. Tak apa yang nak dibeli.."

"mulai. Saat ni.. Riya kena belanja guna duit yang idan beri.. Tak perlu guna duit riya sendiri.. Riya pasti, tak suka idan marah kan.." katanya.. Memandang kearah shofie.

"ya ya. Baik. Pandang depan.. Bahaya la.." gesa shofie.. Seraya menolak pipi haidan memandang ke hadapan..

Haidan tersenyum.. Dia mengeratkan lagi pengangannya di tangan shofie..

"jauh lagi"..

"dah tak jauh.. Kenapa.."

"kita macam keluar dari hmm.."

"ya.."

"kejap lagi sampai.."

"boleh buka tingkap"

Haidan meletakkan tangan shofie diatas pehanya.. Menekan punat mematikan penghawa dingin kereta.. Kemudian menekan butang untuk menurunkan cermin kereta..

Bila tingkap dibuka.. Sayup-sayup kedengaran bunyi ombak ditelinga shofie..

"bunyi ombak.. Kenapa kita kepantai.."

"kita balik rumah."

Haidan memandu masuk kejalan lurus yang agak gelap.. Shofie menaikkan sedikit cermin keretanya.. Kerana dia tak dapat melihat apa-apa, kecuali bahagian hadapan.. itupun kerana ada lampu hadapan kereta..

"situ pantai.." tunjuk haidan..

"tapi kenapa gelap sangat.."

"ni kawasan persendirian.. Sebab tu gelap.."

Jalan lurus itu membawa mereka sampai ke sebuah rumah.. Haidan memandu masuk sebaik pagar besar hitam itu terbuka.. Penglihatan shofie agak terbatas.. Oleh kerana waktu malam.. Dia tak mampu meneka dimana mereka berada..

"kita dah sampai.." haidan keluar dari tempatnya.. Lalu membuka pintu untuk shofie.. Shofie menyambut huluran tangan haidan.. Yang membantunya keluar dari kereta.

"nak ambil" shofie menunjukkan pakaian yang tergantung di bahagian belakang, untuk majlis esoknya..

"it's okay. Pelayan akan datang ambilkan nanti.." haidan merapatkan dirinya kepada shofie.. Lalu mencium pipi shofie.. Shofie mahu menolak dengan meletakkan kedua tangannya didada haidan.. Belum sempat dia menolak, ciuman itu sudah terlerai.. Haidan mengambil tangan shofie yang berada di dadanya.. Mengengam jari itu erat..

"jom.."ajaknya..bukan hanya wajah shofie yang kemerahan.. Wajah haidan juga turut kemerahan.. Dia berhenti mencium shofie bila melihat pintu utama rumahnya sudah dibuka oleh pelayan.

" ambilkan barang puan ya.. "arahnya. Seraya memberikan kunci keretanya.

Shofie mengikut langkah haidan.. Masuk kedalam rumah tersebut.

" bonda.. Mungkin dah tidur.. Jadi kita tak perlulah kejutkan dia.. Memandangkan dah lewat.. "terang haidan kepada shofie.

" idan.. "

Mendengar suara seorang yang memanggil haidan.. Shofie spontan menarik tangannya.. Tiba-tiba dia merasa takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience