BAB 35

Romance Completed 175736

Haidan merasa tak keruan hari ini.. Yang dia risaukan hanya satu..risau kalau shofie membatalkan perjanjian mereka di akhir akhir waktu.. Emosinya agak terganggu.. Risau.. Semuanya harus berjalan lancar.. HARUS!!

Pagi-pagi bila dia menjemput shofie. Gadis itu, seperti mahu melarikan diri.. Marahnya kembali mengelegak.. Namun dia cuba untuk bertenang dengan diam.. Sampai di masjid.. Hanya beberapa minit sebelum akad nikah shofie tak memunculkan diri. Berdiam didalam kereta. Kini dia sudah tak mampu lagi menahan amarahnya.. Sampai dia tak sedari telah berkasar dengan shofie. Sungguh itu bukan niatnya..

Dia melihat shofie dari jauh ditinggalkan berseorangan, mereka baru selesai sesi mengambil gambar nikah mereka. Hujan mula turun rintik-rintik..

Haidan segera mengambil payung hitam dari dalam kereta.. Lalu berjalan ke arah shofie. Yang sedang mendongak memandang awan yang kelam diatasnya.. Haidan memayungi wanita didepannya.. Sehingga wanita itu berpaling..

'cantik umpama bidadari..walaupun dia sendiri belum pernah melihat bagaimana rupa sebenar si bidadari..'

Mata mereka bertembung.. Shofie tersenyum memandang haidan.. Kemudian beberapa sinaran cahaya memancar mereka berdua..

"Good"

"Good.." kata lelaki itu sambil menayangkan ibu jarinya.. Kearah mereka.

Shofie yang tersedar mereka tak bersendirian.. Terus terasa malu.. Wajahnya bersemu merah dan terasa panas.. Segera dia menutup wajahnya dengan tangan.. Haidan juga mula tersedar.. Dia kemudiannya tersenyum kearah jurukamera.. Lalu memandang shofie.. Perlahan lahan menarik tangan shofie dari terus menutup wajah manisnya..

"mari.. Hujan semakin lebat ni.. Lagipun baju kamu putih.." ucap haidan.. Lalu mengengam erat, jari jemari milik shofie..

Marwan melihat pasangan itu sudah melangkah beriringan, berjalan kearah kereta.. Dia pun segera menghampiri kumpulan jurugambar yang diupahnya..

"tomorrow ok.. I will take all the photo's..As we discussed earlier" kata marwan.

"yes sir.. Don't worry.." kata ketua mereka.

Marwan segera berlari lari anak ke kereta.. Lalu mengarahkan kepada pemandu untuk terus bertolak ke hotel penginapan mereka..

Haidan membuka pintu bilik hotel.. Memberi laluan buat shofie masuk .. Sementara dia dan marwan turun semula ke lobi.. Kerana ada urusan yang perlu dilakukan oleh mereka.

Shofie terpegun melihat suite mewah hotel tersebut.. Cukup lengkap segalanya.. Lalu dia membuka tirai yang menutup tingkap kaca besar itu.. Jelas menghamparkan permandangan indah, dengan posisi menghadap kearah pantai yang luas.. Kemudian dia berpaling.. Beg pakaiannya, sudah berada di dalam bilik tersebut. Shofie menuju ke bilik air.. Sungguh ia merupakan bilik air yang cukup besar.. Siap tersedia dengan jakuzi didalamnya.. Tanpa berlenggah lagi.. Shofie memulakan rutin membersihkan diri.. Selesai membersihkan diri.. Dia berbaring di katil besar.. Yang empuk itu.. Sampai tak sedar dia sudah terlena.

Haidan melangkah masuk kedalam bilik hotel.. Lalu melihat shofie sudah terlena di atas katil.. Lalu dia menghampiri katil.. Lalu membongkok sedikit disitu.. Mengalih perlahan lahan rambut yang menutup wajah shofie.. Lalu mencium lembut dahi wanita itu.

"tidurlah sayang.. Malam ni.. Saya izinkan kamu berehat.." kata haidan.

Haidan lalu duduk di sofa.. Menghidupkan komputer ribanya.. Lalu dia kembali bangun masuk ke dalam bilik air membersihkan diri.. Selesai mandi. Haidan sempat membuat kopi mengunakan mesin kopi yang sudah tersedia didalam bilik tersebut... Kini dia menumpukan perhatiannya kepada komputer ribanya seratus peratus..

Shofie terjaga dari lenanya..membuka mata perlahan-lahan..memandang sekeliling.. Langit diluar sudah menjadi gelap.. Dia baru teringat yang dia berada di bilik hotel.. Dia memandang jari manisnya.. Sebentuk cincin berlian tersarung dijarinya..

'Allahuakbar.. Aku terlena.. Macam mana aku terlena..' shofie segera bangun.. Berlari dan terus menuju ke pintu biliknya.. Lalu membukanya.

Haidan yang melihat shofie berlari ke arah pintu terus mengejar shofie.. Lalu menarik wanita itu kedalam dakapannya. Sehingga wajah shofie terbenam didada bidang haidan.

"nak kemana.." tanyanya.. Shofie mendongak.. Melihat haidan. Haidan segera menutup semula pintu bilik mereka.

"kenapa diam" shofie menampan tangannya didada haidan, agar mereka tak terlalu dekat..

"saya.. Hmm.. Tergejut.. Mamai" alasan shofie.. Sedangkan dia tadi sebenarnya, takut juga kalau tiba-tiba ditinggalkan sendirian disini.

'ya Allah.. Mamai.. Sampai lari keluar.. Apa yang dia pikir.. Sebenarnya.. Jangan-jangan dia cuba-cuba nak lari.. Dan segaja bagi alasan mamai..' pikir haidan.

Haidan merangkul pinggang shofie.. Lalu mengajaknya masuk semula ke dalam.. Lalu dudukkan shofie ke sofa.. Kemudian dia kembali ke mesin kopi.. Lalu membawa secawan kopi kepada shofie.. diletakkan didepan shofie.

"lapar" tanya haidan.. Shofie mengangguk.

"nak makan apa" tanya haidan lagi.. Shofie mengangkat kedua-dua bahunya..

"sejak bila.. Isteri saya bisu.." tanya haidan lagi.. Kali ni dia mula menyentuh pipi shofie dengan belakang jarinya.

Haidan kemudiannya menyuakan sekeping kertas kepada shofie.. Lalu Shofie menyambut helaian kertas itu.. Lalu membacanya..

'1. Mesti patuh.. Tak boleh membangkang setiap arahan yang diberikan oleh Zayn Haidan.
2. Tak boleh masuk campur urusan peribadinya.
3. Dilarang menganggu urusan ahli keluarga Zayn. Setiap ahli keluarga iaitu bonda, haikal, dan dua adik perempuan kembarnya.
4. Menjaga peribadi, maruah diri.. sebagai seorang isteri kepada zayn haidan.. Bila berada di umum.
5. Tidak boleh membocorkan ikatan perkahwinan ini.. Tanpa persetujuan daripada Zayn Haidan.

Apa maksud dia semua ni.. Perjanjian!!!' shofie memandang tajam kearah haidan.

"apa ni.." tanya shofie, walaupun dia sendiri tahu apa yang berada ditangannya.

"hmm.. Rasa-rasa..itu apa" tanya haidan.

' wah.. Soalan dibalas.. Soalan.. Jadi siapa yang nak jawap.. Meja.. Kerusi' bentak shofie..

"perjanjian ya.." kata shofie.. Tersenyum palsu.

"hemm" jawap haidan. Tanpa membuka mulutnya.

"saya ingatkan, pernikahan kita sama seperti pasangan lain" kata shofie.

"kamu rasa begitu.. Bukan sejak dari mula lagi.. Kamu datang membuat kesepakatan dengan saya dua hari lepas... Lupa.. " kata haidan. Shofie menunduk..

'betul juga.. Lagipun.. Kita, nikah bukan atas dasar sama-sama suka.. Jauh sekali lah cinta. Tapi maksud fie.. Kenapa perlu ada perjanjian.. Kenapa tak letakkan sekali tempoh perjanjian nikah ni.. Agar senang fie bersedia nanti.. Fie tahu.. Rania, dia boleh balik bila-bila masa saja...tapi tengok disini permintaan pertama saja.. sudah susah nak diterima.. Permintaan selayak raja.' rungut shofie.. Tapi dia kembali tersenyum.

"baik.. Tapi.. Izinkan saya terus bekerja.. Bebas seperti sebelum saya nikah.. Boleh" kini shofie, pula meletakkan syaratnya.. Agar lebih adil. Rasanya lah..

"baik.. Setuju.." sambut haidan tanpa ragu-ragu. Lalu mereka berdua saling menandatangani dua keping kertas tersebut selepas menambah syarat yang diminta oleh shofie tadi.

"so.. Boleh kita sambung dengan upacara malam pertama kita.." usik haidan. Shofie seraya menutup tubuhnya dengan dua tangannya.

"iiitu..." haidan mula ketawa kuat. Melihat wajah shofie mula cemas.

"saya tahu.. Malam ni saya bagi riya rest.. Tapii.. Esok- esok ni.. Saya tak pasti.." katanya.. Membuatkan shofie menelan ludahnya. Tanpa dia sedari. Dia sudah menukar nama panggilan dari kamu, shofie kepada riya..

"Riya???” haidan mengangguk.

Haidan sengaja memangil nama akhir shofie. Iaitu fitriyani.. Singkatannya adalah riya.. Agar nama itu exclusive digunakan olehnya seorang.

" ok.. " shofie tersenyum kepada haidan.

"minumlah kopi tu...jangan risau.. Saya tak letak benda pelik-pelik dalam tu.. Kalau betul.. Saya nak.. Saya minta.." haidan tersenyum sinis memandang shofie yang nampak gugup dihujung sana.

"saya pesankan makanan" kata haidan.. Shofie duduk ditempatnya, lalu menghirup kopinya..

Selesai makan..shofie menonton siaran televisyen.. Hanya sekadang duduk untuk tunggu makanan yang dimakannya tadi turun, sebelum dia melangkah masuk ke bilik dan tidur..dan memang benar.. Malam itu tiada apa yang berlaku.. Haidan masih berjaga di hadapan laptopnya..

Sepaginya esok.. Shofie yang sudah terbiasa bangun awal pagi tergejut.. Bila terasa bahagian perutnya dan kakinya merasa berat.. Rupanya haidan tidur memeluk dirinya.. Dengan hati-hati shofie megalihkan tangan haidan, namun haidan kembali mengeratkan pelukannya..

"haidan.. Bangun saya nak mandi.." shofie menepuk tangan haidan. Tiada riaksi.. Lalu shofie mengambil bantal tidurnya menukarkan dengan dirinya.. Sebaik saja dia berjaya keluar dari pelukan haidan.. Dia berdiri tegak. Shofie ketawa,melihat haidan memeluk erat bantal tersebut.. lalu dia, masuk kedalam bilik air.

Haidan sebenarnya sudah sedar. Tapi dia merasa kekok untuk bangun bila teringatkan dirinya sudah terlanjur memeluk tubuh shofie.. Jadi dia bepura-pura saja seperti masih tidur.. Melihat shofie sudah ke bilik air.. Dia pun bergolek, telentang memandang syiling hotel.. Semalaman dia berjaga disamping shofie. Sedangkan wanita itu tidur dengan nyenyaknya.. Tanpa sedar apa yang haidan lakukan kepadanya semalam.. Merenung wajah cantik wanita itu dan mencium bibir merah milik wanita itu.. Haidan mengusutkan rambutnya secara kasar.

'sabarlah haidan.. Tak lari kemana shofie.. Dia sudah menjadi isteri kau yang sah..'

Pintu bilik air dibuka.. Shofie keluar sudah siap berpakaian.. Shofie siap membalut rambutnya dengan tuala.

"dah bangun.. Boleh kita jemaah sama.." pintanya. Haidan mengangguk.. Lalu bangun mencapai tuala.. Kemudiannya masuk kedalam bilik air.

Selesai solat jemaah.. Haidan kembali duduk di sofa.. Mengadap komputer ribanya..

"kemas barang riya.. Kita akan balik harini.. Sekejap lagi, kita ke pejabat agama.. Bila selesai.. Kita terus balik ke Malaysia.."

"takut.. nanti bapa mertua saya risau pula.. Bila dia mencari puteri kesayangannya hilang.. Dibawa khawin lari.." kata haidan bergurau.

Shofie diam.. Dia mengemas bajunya.. Perlukah dia menjawap.. Bila haidan sedang bergurau perkara yang serius begini. Shofie memandang gaun nikahnya yang masih tergantung di dalam almari.. Lalu diambilnya.. Dan diletakkan ke atas katil..

" baju tu letak dalam beg saya" kata haidan.. Kemudian menunjukkan kearah bagasi miliknya.

"ok" balas shofie. Sebenarnya dia pun tak nak berlama-lama disini.. Dia nak segera balik ke Malaysia ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience