BAB 30

Romance Completed 175736

Tangannya laju sedang mengetik sesuatu di laptopnya.. Sekali membalas emel-emel yang penting mewakili tuannya.. Megatur jadual tuannya untuk esok hari.. Waktu terluang inilah dia membereskan apa yang patut.. Agar keesokannya.. Urusannya berjalan lancar. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi.. Segera dia melihat nama si pemanggil.

"badrul".. Lalu dia menyambungkan panggilan tersebut.

"ya bad.."

"apa.. Kau gila.." marahnya.

"sekarang dia dimana.." tanyanya cemas.

Panggilan dimatikan.. Sebaik saja cukup maklumat yang diterimanya. Tanpa perlu dia menunggu, bercakap panjang dengan badrul. Manakala di sebelah sana.. Badrul merasa kesal. Tambah pula panggilan dimatikan begitu saja.

Dia meyalin pakaiannya.. Menyarungkan pakaian formalnya.. Sambil memerhati imejnya di pantulan cermin besar yang terdapat di ruang bilik tidurnya. Sekalian dia mengemas beg galas nya, mengambil apa yang rasanya perlu untuk dibawa.

Dia bergegas keluar dari kondominium mewahnya menuju ke lif terus turun ke lantai bawah.. Menuju ke pakir keretanya.. Memandu dalam kadar sederhana ke rumah keluarga tuannya.

Sebaik sampai di satu simpang.. Dan lampu isyarat mula bertukar merah.. Dia menekal butang panggilan di stering keretanya.. Lalu membuat panggilan kepada tuannya.

"tuan.. Saya dalam perjalanan.. Nak berjumpa dengan tuan.."

"ini mengenai taufiq.."

"bukan.. Macam tu.."

"ya saya dalam perjalanan"

Panggilan dimatikan.. Dia melepaskan keluhan berat. Menghentak tangannya kasar, di stering berkali kali..

"sial.. Lain yangbaku suruh buat.. Lain pulak yang jadi.." bentaknya. Tak puas hati.

Sebaik sampai di rumah agam milik keluarga tuannya. Dia memandu masuk lalu memakirkan keretanya di tempat yang sudah disediakan.. Seperti biasa.

Pengawal yang menjaga pintu utama menyapanya. Seorang pelayan mengiringinya ke laluan bilik tidur tuannya.

Tok.. Tok..

"tuan muda.. Marwan sudah sampai" kata si pelayan.. Sopan dan tertib. Sebaik. Menerima balasan dari dalam. Pelayan itu mempersilakan marwan untuk masuk. Begitulah prosedurnya kalau nak berjumpa dengan tuannya..

Marwan melangkah masuk ke ruangan bilik tidur tuannya, haidan. Melihat lelaki itu sedang duduk disofa.. Sudah memakai jubah mandinya.

"kenapa" haidan bertanya.

"taufiq kemalangan.." jawap marwan jelas.

"APA!! Apa yang badrul buat sampai dia kemalangan.." marah haidan.. Dia yang tadinya duduk terus berdiri.

"mulanya badrul.. Menyuruh dia mengundurkan diri... Menghilangkan diri.. Tapi tak sangka dia pergi.. Pergi begitu saja.. Dan selepas tu badrul dapat tahu,lelaki tu kemalangan.." terang marwan.

"dia ambil apa yang kita beri" tanya haidan lagi. Kali ini marwan mengangguk.

"anggarkan saja dia setuju untuk mengundur diri... Kamu selesaikan semuanya.." putus haidan.

"baik" jawap marwan. Mula mengundurkan diri.

"faham.. Marwan. SEMUANYA!! .." tegas haidan, mengulangi katanya.

Marwan mengangguk faham.. Dia keluar dari bilik tersebut.. Lalu memandu ke hospital yang menempatkan taufiq sekarang.

Sebaik tiba di hospital.. Badrul sudah sedia menunggu kedatangannya di depan bilik rawatan taufiq. Marwan mengepal tangannya.. Melepaskan satu tumbukan padu, kearah wajah badrul.

Badrul menerima tumbukan itu, dengan rela.. Tidak membantah, tidak memberontak sedikit pun. Melihat keadaan badrul. Marwan merasakan. Lelaki itu sudah tahu akan kesalahannya.

"maaf tuan.. " ucap nya sambil menunduk.

"bagus.. Kalau kau tahu.. Kau salah" kata marwan.

Lalu dia melangkah masuk kedalam bilik rawatan taufiq.. Melihat keadaan taufiq yang cedera. Berbalut kaki dan tangan..

"tuuuaaan.." panggil taufiq. Membuka matanya perlahan memerhatikan pelawatnya.

"baguslah kau sedar.. Tapi tak perlulah sampai kau susahkan diri.. Buat sampai macam ni.." perli marwan.

"akku"

"aku.. Taknak nama tuan aku kotor.. Kau perlu faham maksud aku.. Ingat. Yang kau taruhkan adalah nyawa ibu dan adik perempuan kau.. Hutang ayah kau.. Semua dah dilangsaikan.."

"dan sebagai bayarannya.. Kau perlu lenyap kan diri kau dari sini.. Sejauh mungkin..dan tak kembali lagi.. Ikut saja apa yang telah diatur kan kepada kau.. Kalau taknak orang lain susah.." taufiq melihat badrul.. Jelas wajah itu mula membengkak.. Ya.. Dia dengar semuanya yang berlaku diluar bilik rawatannya tadi.

"faham kan.." ugut marwan.. Taufiq diam tak memberi riaksi apa-apa..

"jangan lupa.. Kami tahu siapa kau.. Kau nak risiko kan keluarga angkat kau yang banyak berjasa tu.." tambah marwan lagi.

"takkk.."

"baa ikkk.. Aaaku peerr giii" taufiq memberi persetujuannya.

"bagus.. Malam ni jugak kau akan pergi.. Jangan risau.. Ibu dan adik kau sudah berada disana..hiduplah dengan baik disana.."

"DAN JANGAN KEMBALI!” tegas marwan.

Taufiq diam dikatilnya.. Melihat lelaki itu pergi.. Dengan keadaannya sekarang. Apa lagi yang mampu dia lakukan.. Berjuang demi cintanya yang baru berputik, atau korbankan nyawa-nyawa ahli keluarganya..

Dia sendiri tahu, dari awal lagi.. Lelaki yang bernama Zayn Haidan.. Adalah lelaki yang perlu dia hindari. Dia dari awal lagi memang tak mahu terlibat dengan lelaki yang berpengaruh kuat itu.

Malam itu dia hanya mengikut sahaja, badrul membawanya pergi. Memang betul semuanya telah disiapkan oleh mereka.. Umi dan adik perempuannya turut ada bersama.

"kamu sekeluarga bebas tinggal disini.. Selama mana kamu mahu.. Rumah ini milik kamu sekeluarga.." kata badrul kepada taufiq..

Umi taufiq.. Tak henti henti mengucapkan terima kasih.. Kepada lelaki yang membawa mereka kerumah baru mereka.. Dan memberikan izin agar mereka tinggal disitu. Badrul kemudiannya, meminta diri.. Kerana waktu sekarang, lagi beberapa jam saja lagi akan masuk waktu subuh.

"taufiq.. Boleh umi tanya.. Sebetulnya.. Apa yang berlaku" tanya uminya masih kebingungan.

"anggap saja.. Orang tu.. Tolong kita jauh kan diri dari lelaki jahat tu.. Umi.." kata taufiq.

"taufiq.. Umi tak ajar tau, anak umi biadab.. Biarlah sejahat mana lelaki tu.. Dia tetap ayah taufiq dan tarnisha.." uminya menyeka air mata yang hampir jatuh dari hujung matanya.

Ya.. Lelaki itu memang jahat.. Buruk sifat, dan perangainya.. Tapi sebagai ayah kepada anak-anaknya.. Mereka perlu menghormati ayah mereka.. Tanpa protes begini.

"maafkan taufiq.. Umi.." sayu suara taufiq..

'kalau umi nak tahu.. Ni harganya yang taufiq bayar untuk melepaskan diri kita semua, dari lelaki itu.. Kita akan hidup lebih selesa, selepas ini umi.. Tapi taufiq terpaksa lepaskan shofie.. Cinta hati taufiq..' jerit batin taufiq, lalu memandang uminya. Perlahan-lahan dia memejamkan mata.. Kepalanya yang sarat dengan segala-galanya. Dia sudah tak berdaya lagi nak terus berfikir..

Keesokannya.. Shofie pagi-pagi lagi sudah sampai dihospital dimana taufiq mendapatkan rawatan.. Dia berjalan ke bilik rawatan taufiq semalam. Menolak pintu bilik tersebut.. Namun bilik rawatan itu kelihatan kosong.. Katilnya juga sudah dikemaskan rapi.. Shofie membuka pintu bilik air.. Juga masih kosong.. Lalu dia berjalan ke kaunter dimana ada beberapa jururawat sedang bertugas disitu.

"hai.. Boleh saya nak tanya.. Dimana patient yang kemalangan kemarin ya.. Di bilik itu.." tanya shofie kepada nurse india sambil menunding jarinya kearah bilik taufiq.

"oh itu ya.. Dia sudah keluar.. Keluarga dia yang jemput dia semalam.." jelas jururawat tersebut.

"tapi dia cedera parah kan.. Semalam waktu saya melawat.. Doktor...Tak benarkan saya masuk.. Nurse yakin dia boleh keluar.." tanya shofie.. Dia sendiri melihat keadaan taufiq semalam.

"itu saya tak pasti lah.. Tapi memang ada yang datang.. Semalam.. Itu.. Ahli keluarga dia.." kata jururawat india tersebut.

Shofie merasa seperti ada sesuatu yang tak kena.. Seperti ada sesuatu.. Taufiq tak pernah berpergai sebegini.. Dengan langkah yang lemah.. Dia keluar dari hospital tersebut. Menahan teksi untuk balik kerumahnya semula... Mulanya dia hendak terus ke hospital.. Tapi entah kenapa dia memberitahub kepada pemandu teksi untuk pulang ke rumah. Sedar-sedar dia sudah sampai di depan pagar rumahnya.

Sebaik sampai. Dia berjalan masuk ke perkarangan rumah dengan berjalan kaki.. Sinaran matahari yang memancar terang tak langsung shofie hiraukan.

Sebaik sampai dipintu utama.. Dia melangkah masuk begitu saja.. Memandangkan sabri berada dihospital. Kakinya memanjat anak tangga naik keatas.. Sayup-sayup dia mendengar suara seperti orang berbincang. Shofie melangkah berhati-hati menghampiri suara tersebut.

Terdapat rafie, abangnya yang sedang berbincang disitu.. Di ruang terbuka di bahagian tengah ruang tersebut.. Bersama dengan pembantu peribadi ayah mereka firas. Shofie bersandar di dinding.. Menenangkan diri disitu. Memasang telinga.

"abang.. Macam mana.." tanya rafie.

"abang dah cuba bincang dengan haidan.. Tapi dia mengelak dari jumpa abang.." keluh raffa. Melalui pembesar suara telefon milik rafie. Yang diletakkan di atas meja ditengah antara mereka berdua.

"huh.. Dia.." rafie tak menyambung ayatnya. Malah menyerabutkan rambutnya sendiri.

"tuan muda kedua.." panggil firas.

Anak muda tersebut memandang lelaki yang memanggilnya.

"saya cadangkan.."

"jualkan aset.. Yang dalam simpanan.. Seperti villa datuk.."

"ini cuma cadangan..saya" katanya berhati-hati.. Dia bukannya nak dua anak muda itu terasa dengan cadangannya. Makala raffa yangbberada didalam talian senyap tak memberi jawapan.. Begitu juga rafie.

Shofie yang mendengar.. Membeliakkan mata.. Tak percaya apa yang didengarinya..

'perlukah.. Sampai begitu sekali.. Dan hanya haidan kah saja yang mampu menolong mereka..' tanggannya memegang dadanya

'apalah sangat kalau aku..'

'kalau aku yang..'

'berkorban..'

'untuk keluarga ini'

'keluarga yang aku menumpang kasih'

'membesarkan aku..'

'kasih sayang mereka.. Tak ternilai'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience