BAB 65

Romance Completed 175817

Tamat waktu kerja shofie seperti biasa turun kebawah mencari ruhaina.. Tapi bukannya ruhaina yang di ketemu di lobi utama tersebut.

'kenapa dia disini.. Apa aku nak buat. Apa kata orang nanti..' pikir shofie

Lelaki itu menghayun kaki berjalan menuju kearahnya..dengan wajah yang manis tersenyum kepadanya.

"assalamualaikum.. Cantik.."

"waalaikummusalam... Saif.. Buat apa disini..."

"saya.. Cari shofie.."jawapnya.

"cari shofie.." shofie menunjuk kearah dirinya..

"boleh temankan saya sekejap" katanya.

"ehmm.. Shofie ada hal.." kata shofie sekali menunjuk kearah ruhaina yang sedang jalan menghampiri mereka.

"please.. Sekejap saja" rayu saif..

"please"

"please"....... Rayunya lagi.

"hmm.." shofie buntu.. Lelaki di hadapannya nampak sangat bertekad.

"shofie.. Kalau awak tak temankan saif..saif akan melutut dan terus merayu disini.." kata saif.. Dia mula membengkokkan satu kakinya ingin melutut..

"ehh.. Jangan.. Ok.. Baik.. Tapi kejap saja...dan....hmm...dekat-dekat sini saja.." kata shofie gagap.. Sambil menahan agar saif tak melutut dihadapannya..

"ok jom..kemana kita. " katanya ceria..

"saif.. sengaja kan..kamu pura-pura ya.." tanya shofie.. Melihat saif berubah tiba-tiba.

"mana ada.. Saif serius.. Saif akan melutut sekarang.." saif terus menjatuhkan sebelah kakinya..

"oh no.. Saif.. Jangan bagi fie, ubah fikiran.. Bagun cepat.. Malu la.. Kalau orang tengok.." shofie pula yang merayu kali ini..

"betul ni.. Saif boleh melutut disini, tunggu sampai fie setuju nak teman kan saif.." kata saif.

"bangun dulu atau fie cancel kan.." balas shofie.. Saif ketawa puas.. Melihat wajah shofie yang sudah merah.

"ok baik.. Saif bangun.." saif bangun berdiri tegak.. Sambil tayang senyum kemenangan.

"shofie.." tegur ruhaina.. Yang tadinya berdiri saja.. Melihat aksi saif.

"kami akan pergi minum dulu kak aina.." shofie memberitahu ruhaina.

"shofie.. Jangan lama-lama" bisik ruhaina ditelinga shofie sambil menunjukkan jam tangannya.

Shofie faham maksud ruhaina.. Dia pun tak nak lama-lama menemankan saif. Dia tak mahu haidan salah faham.. Memandangkan hubungan mereka sudah membaik..

"kita minum di situ saja saif.." shofie menunjukkan cafe yang tak jauh dari situ..

"ya.. Boleh." saif mengangguk.

Mereka berdua berjalan menuju ke cafe tersebut. Diiringi ruhaina berjalan bersebelahan dengan shofie. Shofie memilih meja yang dekat dengan cermin.. Tempat yang agak terdedah.

"boleh saif cakap dengan shofie sendiri.." saif menunjuk ruhaina dengan pandangan matanya.

"kak.. Boleh tinggalkan kami.." kata shofie.

"tapi fie.." ruhaina membantah.

"tak apa kak.. Kak tunggu di meja tu.." shofie menunjuk ke arah meja kosong yang tak jauh dari mereka.

"susahnya saif nak jumpa dengan puteri MegahRaya.." sindir saif..wajahnya masih tersenyum.

"kenapa, nak jumpa fie.."

"kita pesan air dulu" saif memanggil pelayan..

Mereka berdua membuat pesanan.. Hanya air.. Tanpa memesan makanan.

"kenapa shofie cuba mengelak dari saif.." tanya saif sebaik pelayan berjalan pergi.

"sofie tak mengelak.. Kenapa saif cakap macam tu.." jawap shofie.. Saif menyandarkan tubuhnya.. Kemudian dia melepaskan keluhan.

"terus terang saja shofie.. Kenapa.."

"saif.."

Pelayan datang menghantarkan minuman yang dipesan mereka.. Shofie mengambil air itu lalu mengacau-ngacau air tersebut. Dia memandang ruhaina sekilas,wanita itu sedang memerhatikan kearah luar..

"shofie.." panggil saif. Bila melihat shofie seperti tak memerhatikannya.

"ya.. Saif.."

"boleh saif tanya sesuatu.."

"boleh.. Tanyalah.."

"boleh kita jadi... Lebih daripada sekadar kawan.." tanya saif. Menatap tepat kemata shofie.. Shofie segera mengalih pandangan matanya.. Kembali memandang ruhaina.

"saif.. Kamu baik.. Sangat baik.. Tapi tak boleh kah kita sekadar menjadi sahabat.." balas shofie.

"hanya sahabat... Shofie tahu tak.. Apa yang saif rasakan.. Saif rasa.. Saif dah jatuh cinta dengan shofie.. Saif nak, shofie jadi pasangan hidup saif.. Tolong jangan tolak permintaan saif.." jelas terpancar keikhlasan di wajah saif.. Membuatkan shofie serba salah..

" saif.. Shofie tak boleh.. Maafkan shofie.. " kata shofie, dia tak mahu memberikan sebarang harapan buat saif.. Dia tak mahu saif fikir dia sedang mainkan perasaannya.

" tapi kenapa.. Apa.. Saif ada buat salah.."

"Cuba shofie berikan saif sebab.. Kenapa shofie menolak saif.. Supaya saif boleh terima.. Taklah saif rasa tewas sebelum berjuang.." kata saif bersemangat.. Dia menegakkan tubuhnya.. Memberikan tumpuan penuh kepada shofie.. Mahu saja dia menyentuh tangan shofie diatas meja.. Tapi dia menahan.. Dia tahu batasnya.. Itu bukannya jalan terbaik.

"fie.." shofie menunduk..

"maaf saif... Fie tak boleh.." sambung shofie.

"tapi kenapa shofie....." lirih suara saif..

"because she mine.." bunyi satu suara.

Saif dan shofie sama-sama memandang ke arah sumber suara..

Haidan sedang berjalan masuk kedalam cafe tersebut.. Jalan dengan penuh pesona.. Wajah shofie bertukar pucat.. Dia takut melihat haidan disitu.. Dia berpaling mencari ruhaina, namun tiada.. Malah seisi ruang itu telah dikosongkan..

'what!!! Sejak bila cafe ni kosong.. Kak aina pun hilang.. Mati aku.. Mati kau shofie..' jiwanya sudah menangis.

"haidan.. Apa maksud kau..?" tanya saif.

Shofie memandang haidan.. Haidan malah tersenyum.. Lalu duduk di sebelah shofie..

"hai sayang.." haidan menyentuh hidung shofie dengan jari telunjuknya.. lalu mengelus pipi shofie lembut. Saif memandang tak percaya.. Shofie hanya diam.. Mematung disitu.

' adakah kau akan beritahu hal sebenarnya haidan.. Atau kau akan buat aku nampak murah didepan saif..' shofie menunduk, dia tak sanggup hadapi situasi ini.

"seperti aku katakan tadi.. Dia milik aku.. Maaf sahabat.." kata haidan.

"haidan jangan kelirukan keadaan.."

"dia isteri kepada zayn haidan..isteri aku" kata haidan santai..dan ketika itu, shofie memandang wajah haidan.. Kemudian saif.. Kerana saif sedang ketawa.

"jangan buat lawak haidan.. Setahu aku.. Kau tunang adik shofie.. Rania.." kata saif.

Haidan mengeluarkan dompetnya.. Lalu meletakkan sekeping kad di atas meja..

"itu buktinya.. Kalau kau tak percaya.." kata haidan.

Saif mengambil kad tersebut.. Wajahnya bertukar merah.. Dia memandang shofie..

"apa betul ni shofie.." saif kembali meletakkan kad tersebut di atas meja.. Lebih dekat dengan shofie.. Shofie memandang kad tersebut.. Ternyata itu kad akuan nikah mereka..

'macam mana ada kad nikah.. Sedangkan aku.. Tak ada apa-apa.. Salinan sijil nikah pun aku tak pernah tengok..'

"maaf saif.. Ini benar.." kata shofie perlahan. Saif meraup wajahnya.. Dia bersandar ke kerusi.. Kemudian dia melepaskan nafas berat.. Memandang shofie dan haidan silih ganti.

"kau tahu apa nya hukum jatuh cinta kepada isteri orang.." kata saif memandang haidan.

"haram haidan.. Haram.."

"aku bukannya perosak rumah tangga orang.."

"kau.. Hampir menyebabkan aku jatuh kejurang tu haidan.." marah saif.. Tetapi dia masih boleh bertutur dengan baik.

"kenapa rahsiakan.. Kalau bukan aku yang terkena.. Kau boleh jamin orang lain tak akan jatuh cinta dengan isteri kau.. Hah.. Nak saja aku tumbuk muka kau sekarang." sambung saif lagi.

"saif..kau sahabat aku.. Kita sudah dewasa saif.. Bukan budak-budak lagi.. Perlukah bertumbuk semua.." kata haidan santai...

"kalau kau sia-sia kan dia.. Aku akan sambar dia, tanpa boleh kau ambil lagi haidan.." kata saif lalu bangun meninggalkan mereka.

Shofie memandang saja, apa yang berlaku.. Saif pergi begitu saja.. Dengan muka yang merah.. Dia tahu saif marahkan nya..

"balik" haidan mengambil kad nikah mereka.. Lalu bangun.

Shofie turut bangun mengikut langkah haidan.. Keluar saja dari cafe.. Haidan terus masuk kedalam keretanya di bahagian pemandu..shofie pun segera berjalan ke arah pintu penumpang.. Dimana marwan sudah membuka untuknya.. Belum sempat shofie memasang tali pingang.. Haidan sudah memecut laju..

"haidan.." panggil shofie.. Haidan langsung tak memandangnya.. Masih memandu dengan laju.. Shofie segera memasang tali pinggang keselamatannya. Lalu memegang erat tali pinggang tersebut.

Kereta dipandu laju.. Berkali kali shofie memanggil haidan namun lelaki itu seperti tak mendengar suara shofie.. Shofie memandang kehadapan.

"haidan..kita nak kemana.. Ni bukan jalan balik ke rumah..." haidan masih sama..

"haidan.."

"haidan.." dan kali ini shofie menyentuh bahu haidan..

"haidan.."

Sssrrrreettt........

Haidan menginjak pedal break.. Mengejut.. Sampaikan shofie tersentak di tempat duduknya.. Kereta dihentikan ditengah tengah jalan.. Shofie memegang dadanya.. Jantungnya berdebar hebat.

"turun" kata haidan.

"tapi haidan ni dah malam.." balas shofie

"turun sekarang" ulang haidan..

"haidan.." shofie mula merayu.

"TURUN!!!!" tengking haidan..

Tangan shofie terketar - ketar membuka pintu kereta.. Lalu turun dari kereta..

"tutup pintu.." arah haidan dari dalam kereta. Shofie lalu menutup seperti yang disuruh haidan..

Haidan memandu pergi begitu saja.. Shofie memandang kereta yang dipandu haidan pergi.. Semakin lama semakin jauh sampai shofie tak nampak lagi lampu belakang kereta itu.. Ditelan gelap malam.

"dia marah kan.. Kejap lagi, bila dia dah baik.. mungkin dia datang balik.." kata shofie.. Memujuk dirinya..

Shofie memandang keliling.. Sepertinya dia berada di kawasan bukit.. Tak ada langsung kereta lalu di kawasan itu..

"call kak aina lah.." shofie mencari telefon bimbitnya.. Dia meraba tubuhnya sendiri..

"alamak... Ada dalam handbag.. Handbag ada dalam kereta.. Shofie.. Kenapa kau tak ambik tadi" shofie memarahi dirinya sendiri.. Mengetuk dahinya berulang-ulang kali.

"bodoh lah kau shofie.."...

Tinn.. Tiinn..

Shofie melihat sebuah kereta dari jauh mula menghampirinya.. Kemudian berhenti di hadapannya.. Kemudian keluar seseorang di bahagian pemandu. Shofie tak dapat melihat siapa.. Akibat silau lampu depan kereta itu.

"shofie.. Naiklah.." katanya.

"farid.. Farid kan.." tanya shofie. Mencari kepastian.

"yes sister.. It me.." katanya

Shofie berjalan ke arah pintu penumpang.. Lalu membukanya dan masuk duduk di kerusi.

"buat apa disini.." tanya farid. Padahal dia dari tadi sudah mengekori shofie sejak di MegahRaya lagi..

"hmm.." shofie bermain dengan tangannya.. Sambil mencari jawapan yang sesuai.

"ok.. Tak perlu jawap.. Kita nak kemana.." tanya farid.

"boleh hantarkan shofie balik.." kata shofie.

"I have better ideas.. Apa kata balik kerumah kita.. Kesian mummy.. Dia rindukan shofie.. Dah berapa hari shofie tak kesana.." kata farid. Shofie diam tak menjawap.. Dia hanya mengangguk memberi kata putus.

"cantik.. I love you sister.." kata farid santai..

"kenapa panggil fie, sister.." tanya shofie.

"because we sibling dear.." bekerut dahi shofie merenung wajah farid.. Lelaki itu senyum melihat wajah shofie yang penuh dengan, tanda tanya.

Haidan menekan pedal break.. Menghentikan kereta di bahu jalan.. Dia cuba mengawal nafasnya.. Sehingga kembali stabil.. Bila semuanya kembali semula normal.. Dia memandang kerusi kosong disebelahnya..

Haidan mengambil telefon bimbitnya di dalam kocek lalu mendail nombor shofie.. Kedengaran bunyi musik nyaring memenuhi ruang keretanya. Haidan mencari dimana letakkan bunyi tersebut. Ternyata dari dalam beg tangan shofie..

"damn it.. Apa kau dah buat haidan." marahnya, steering kereta menjadi tempat dimana di melepaskan amarahnya. Di ketuk berkali kali steering tersebut.

Share this novel

awer
2022-06-26 23:23:26 

wlupun ko ceo bodoh ko tebal jgk tu

Syahferi Suhana
2020-06-15 23:26:47 

Tinggal kn bini begitu jer.. Itu bukan cinta.. Itu celaka..

Syahferi Suhana
2020-06-15 23:26:07 

Bodoh haidan.. Jantan tak guna..


NovelPlus Premium

The best ads free experience