BAB 85

Romance Completed 175817

Hayfa bersama dengan taufiq datang ke pejabat utama Zayn holding.. Dia dengan senangnya naik kelantai atas dimana adanya pejabat haidan disitu.. Taufiq memilih untuk tunggu di lobi sahaja.

Seperti biasa.. Tanpa hayfa memberitahu kepada gina.. Dia meloloskan diri kedalam bilik haidan begitu saja..

"sayangggg...." panggilnya dengan nada manjanya..tapi dia terkaku sebaik pintu dikuak dengan lebar.. Ada mahira, haikal dan marwan disitu.

"kamu siapa..!! Dimana adab kamu.. Beraninya kamu masuk kedalam ruang kerja ini tanpa menerima arahan dari saya..!!!" lantang suara mahira kedengaran..

"kamu... Siapa.. Marah-marahkan saya.. Saya hayfa!! ."

"Datang kesini untuk bertemu haidan.. Dia dimana..?" kata hayfa sombong.. Lalu duduk di kerusi di depan meja kerja mahira. Tanpa menerima pelawaan dari mahira.

'siapa perempuan yang biadap ini!!!' getu hati mahira.

"mana tuan muda kamu..?" tanya hayfa kepada marwan yang sedang berdiri tegak disitu..

Marwan hanya memandang.. Dia mendapat pandangan mata yang tajam dari dua orang yang turut berada disitu.. Iaitu, Mahira dan haikal..

'aduh.. Kenapa tuan tinggal beban seberat ini dibahu aku..' keluh marwan.

" cik hayfa.. Kenalkan ini puan sri.. Bonda tuan muda..dan juga ini tuan muda kedua.." marwan memperkenalkan mahira dan haikal..

Hayfa bangun dari duduknya..

"maafkan.. saya puan sri.."

"atas ketelanjuran dan tidak sopan saya tadi.. Saya hayfa.." hayfa menyuakan tangannya.. Namun huluran tangannya itu dipandang saja oleh mahira.

'dasar orang kaya sombong!!' kata hayfa.. Namun wajahnya masih tersenyum memandang kearah wanita sebaruh baya yang masih cantik, walaupun sudah ada sedikit kedutan garisaan usia diwajahnya.

" kamu buat apa disini.. Dan kenapa kamu mencari anak saya..?" tanya mahira.

"saya ada urusan dengan tuan muda.." kata hayfa sopan.. Sambil tersenyum..

"sekarang segala urusan mengenai anak saya.. Boleh berurusan terus dengan saya.." kata mahira jelas.

"tapi.. Puan sri.. Saya dan tuan muda.. Ada perjanjian.. Tak boleh diboleh melibatkan orang lain.." hayfa masih berkeras..

"maksud kamu.. Perjanjian ini..?" mahira mengeluarkan satu dokumen dari laci, lalu dilemparkan ke meja kerjanya..

Hayfa memucat melihat surat perjanjian yang ditandatangani olehnya dulu berada didepan matanya..

'cis.. jadi dia dah tahu!!..' getu hati hayfa.

Mahira duduk tenang di mejanya.. Mengeluarkan cek dan menulis beberapa angka di cek tersebut..

"anggap saya ini bayaran akhir bagi perjanjian ini..dan kamu.. Tak ada kaitan lagi dengan anak saya.. Dimasa hadapan.. Saya juga harap.. Kita tak akan bertemu lagi..." kata mahira sinis.. Dia tak menyukai wanita yang bernama hayfa yang sedang, berdiri didepannya kini.

" sesuai dengan janjinya.. Saya terima pemberian dari puan sri.. "kata hayfa sambil tangannya mengambil cek yang dilemparkan oleh mahira.

'aku tahu.. Kau dekat dengan anak aku hanya untuk duit..aku berikan apa yang kau mahu.. Ternyata betullah.. Tekaan aku.. Kau memang mata duitan..' mahira melihat hayfa yang tersenyum lebar melihat angka yang tertulis di cek tersebut..

"marwan hantarkan dia keluar" arah mahira.

"eh.. Tak perlu.. Puan sri.. Saya akan keluar sendiri..saya tahu jalannya.." kata hayfa.

' kau nak humban aku keluar ya.. Kau ingat aku siapa.. Kau nak aku dimalukan.. Sial..' hayfa berpaling dan berlalu pergi..

"siapa tu bonda.. Skandal abang ke..?" tanya haikal..

"tuan muda tak pernah ada skandal, puan sri.. Tuan muda kedua.." marwan cepat-cepat menjawap..

"cara perempuan tu masuk kesini.. Seolah-olah dia sangat dekat dengan abang.." kata haikal lagi.

"itu cuma.." marwan tak sempat menghabiskan ayatnya.

"baca sendiri perjanjian ni haikal.. Kamu akan tahu nantinya.." mahira mencelah..

Haikal cepat cepat mencapai kertas di meja bondanya..dan membaca sepertimana yang disuruh bondanya.

"untuk apa semua ni.." tanya haikal.. Masih bingung..

"tuan muda buat semua ni.. Hanya untuk menutup puan muda.. Tuan tak mahu sesiapa pun tahu identiti sebenar puan muda.. Jadi.."

"jadi abang gunakan perempuan yang macam ni.." keluh haikal.. Memotong percakapan marwan.. Marwan mengangguk.

"Kenapa Abang terlalu...."

"Terlampau melindungi kak shofie.." haikal mengaru kepalanya..

"sudah.. Tak perlu kamu serabutkan kepala kamu dengan persoalan tu.. Benda sudah selesai.. Sekarang, cepat pikirkan masalah ini lagi bagus.. Masih banyak yang belum selesai disini " kata mahira sambil menunjuk ke meja kerja yang penuh dengan kertas-kertas itu.

"alah bonda.." keluh haikal..

Hayfa keluar dari bilik pejabat itu dengan perasaan.. tak puas hati.. Berjalan kearah lif dengan wajah yang mencuka..

"kenapa muka macam tu.. Macam mana tadi." tanya taufiq.. Hayfa memandang taufiq dengan wajah masamnya.

"diamlah..!!" marah hayfa..

"eh marah pula.. Tadi bukan main semangat saja, naik.. Takkan jumpa buat hati.. Jadi masam macam ni.." usik taufiq.

"bukan jumpa haidan.. Ada singa betina didalam tu.. Haiish.. Benci betul!!" hayfa menghentak kakinya tak puas hati..

"singa betina.. Siapa.. Shofie.???" tanya taufiq..

"kau tak habis-habis perempuan tu. Shofie.. Shofie.. Shofiee..!!!"

"Kau pun sama saja macam haidan.. Aku yang didepan mata ni.. Buat macam tak nampak saja..." rungutnya lagi.

"chill lah.. Jangan marah macam ni.." pujuk taufiq..

"lagipun memang plan kita macam tu kan.. Kau kena tolong aku dapatkan shofie..dan aku dapatkan haidan untuk kau.." kata taufiq lagi. Hayfa melepaskan nafas berat.

Taufiq memeluk bahu hayfa sambil mereka berjalan pergi.. Sambil itu taufiq memujuk hayfa supaya tak marah-marah lagi.

Pagi itu mereka bersarapan di ruang terbuka dekat dengan taman.. Walaupun dikatakan ruang terbuka.. Mereka masih berada didalam rumah. Tapi disajikan dengan permandangan taman yang luas didepan mata..

Firdaus terpaku memandang wanita yang duduk bersarapan di sebelah wadhiah.. Tak sangka wanita itu lebih cantik bila betul-betul berada di depan mata..

Wadhiah tahu, tentu Firdaus terpaku melihat kecantikan cucu menantunya.. Yang selama ini adalah misinya mencari kesahihan status wanita itu.. Kini, wanita yang bernama shofie fitriyani itu datang sendiri kerumahnya.. Tanpa perlu dia merancang untuk menjemput wanita itu kesini..

Wadhiah mengangkat jari terlunjuknya dan diletakkan ke bibirnya.. Supaya lelaki itu tak membicarakan apa-apa yang bakal membuatkan cucu menantunya itu tidak selesa.

"macam mana.. Makanan itu shofie.. Adakah kena dengan tekak kamu.." tanya Wadhiah..

"ya nenda.." jawap shofie.. Dengan senyuman manis diwajahnya.

Shofyna awal-awal lagi sudah bertolak pergi kerana ada urusan yang datang mendadak.. Dia membiarkan shofie tidur lebih lama dan tak mahu kejutkan anaknya diawal pagi..

"mummy kamu bagitahu nenda.. Kamu masih mual ya.." kata Wadhiah ramah.

"ya nenda.. Masih juga mualnya.. Kadang dipagi hari.. Kadang pada waktu petang.. Macam tu.." jawap shofie.

"ni.. Minumlah sup ini.. InshaAllah.. Mualnya akan berkurangan.." kata Wadhiah. Sambil menyuakan semangkuk kecil yang bertutup.. Kepada shofie..

" terima kasih nenda.. " kata shofie.. Seraya menyambut mangkuk tersebut.

"hati-hati masih panas.." Wadhiah memberikan dengan hati-hati..

Shofie menyambut lalu cepat-cepat diletakkan di atas meja..

"kan nenda dah cakap itu panas sayang..." ulang Wadhiah.. Shofie hanya menayangkan senyumnya.. Sangat manis..dimata wadhiah.

"nenda.. Boleh shofie melihat lihat rumah ni.." tanya shofie..

"boleh saya sayang.. Silalah.. Lihat rumah tua ini.." kata Wadhiah.

"eeh nenda..jangan kata begitu.. Rumah ni sangat cantik.. Tentu orang yang design rumah ni.. Bukan calang calang orang.." puji shofie.

Wadhiah melihat shofie yang nampak bersemangat.. Dengan mata yang indah, sedang bersinar sinar.. Seperti dirinya yang pertama kali datang ke rumah agam ini..

" ya betul tu sayang.. Rumah ni.. Turun temurun dari keluarga suami nenda.. Nenda hanya penjaga warisan ini.." kata wadhiah. Shofie sekadar mengangguk saja.. Mendengar penerangan wadhiah.

"nanti bawa pelayan bersama kamu.. Nenda tak mahu kamu lelah.." kata wadhiah lagi..

Firdaus melihat sahaja perbincangan dua eanita itu.. Ini kali pertama dia melihat wadhiah bercakap dengan ramah bagi orang asing yang baru dikenali oleh wadhiah.. Wadhiah seorang yang sangat tegas orangnya..terutama sekali kepada ahli keluarganya kerana mereka adalah pewaris yang memegang dan membawa nama keluarga..

"daus..." panggil wadhiah.. Sebaik melihat shofie berjalan pergi bersama dengan dua orang pelayan..

"ya.. Saya" firdaus berjalan menghampiri wadhiah..

"kenapa kamu kemari.." tanya wadhiah..

"oh ya.. Saya dikhabarkan haidan turut ada disini.." kata firdaus bila dia kembali teringat tujuan asalnya kemari..

"hemmm" wadhiah tersenyum lebar.

"berani dia datang sini.. Tanpa menjenguk satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal disini.."

"Anak itu.. Memang selalu suka membuatkan saya marah.." kata wadhiah..

"pergi jemput dia kesini.. Kalau dia menolak. Paksa dia kemari.." tambah wadhiah lagi..

"baik.. Saya akan lakukan mengikut seperti yang diarahkan" kata firdaus.

"satu lagi... Jangan sesekali beritahu dia.. Tentang isterinya ada disini.." pesan wadhiah lagi..

"baik.. Saya pergi dahulu" balas firdaus.. Mengundurkan diri.

'antara yumna dan shofie.. Tak ada kurangnya kalau shofie menjadi ahli keluarganya.. Mungkin takdir sudah ditentukan..dan shofie yang terpilih untuk menjadi ahli keluarganya bukannya yumna..'

Yumna adalah perancangan suaminya dan juga usahasama antara Kedua-dua belah keluarga untuk memantapkan lagi ikatan perniagaan melalui pernikahan..

' jadi kau dah membuat keputusannya.. Jadi.. Kau kenalah berani hadapinya..'

Pada ketika itu.. Wadhiah teringatkan sesuatu..

'bukankah dulu haidan telah bertunang dengan seseorang.. Apa yang jadi dengan keluarga itu.. Dan apa status wanita yang menjadi tunangan haidan..'

Wadhiah mengeluh.. Dia memicit pelipisnya..

Share this novel

WaneyZack
2020-06-25 19:05:42 

Tq sara ameilia.. (n_n)

WaneyZack
2020-06-25 19:05:42 

Tq sara ameilia.. (n_n)

Sara Ameilia
2020-06-25 19:02:04 

x sabarnye tggu esk...apa akn jd ae...terkejutkah aidan...bagaimane ngn sofia...aaaahhhhh x sabarnye...ape pn terbaik la waniezack...hahaha..;)


NovelPlus Premium

The best ads free experience