BAB 80

Romance Completed 175817

Mereka berasa berdebar debar pada ketika itu.. Segalanya akan terbongkar. Semuanya yang mereka sembunyikan selama ini..

"boleh.. Sesiapa terangkan"

"kepada saya.. Apa sebenarnya yang belaku"

"sebelum saya buat andainya saya sendiri.."

Rahimi memulakan bicaranya .. Bila melihat masing-masing senyap membeku di posisi masing-masing.

"papa.. Fie akan terangkan.." shofie duduk melutut di hadapan rahimi..tangannya menyentuh lutut rahimi merayu.

Rahimi melepaskan nafas berat.. Menyentuh kepala anak kesayangannya.

"kemaskan barangan kamu shofie..ambik hanya barang milik kamu" kata rahimi tegas. Sambil memandang kearah haidan.

"tapi papa.."

"datuk..shofie perlu tinggal dengan saya... Kenapa datuk nak pisahkan kami.."kata haidan..

" kamu.. Akan membuatkan keluarga saya menjadi huru hara...haidan." kata rahimi.. Keras.

" apa yang kamu tawarkan agar shofie tetap tinggal di sini? disamping kamu..? "

" adakah kerana pelaburan kamu kepada MegahRaya.. " rahimi meletakkan cawan kopinya.

"saya sebelum ini.. Pernah tegaskan.. Kepada kamu anak muda.. Saya tak suka anak saya mejalinkan hubungan melibatkan urusan business..terutama sekali shofie.. "

" shofie.. Balik ikut papa.. Kalau shofie anggap.. Papa ni, masih papa shofie.. " kata rahimi yang berbaur ugutan.. Rahimi bangun.. Dia agak kecewa.. Dengan haidan dan shofie.. Tambah-tambah lagi haidan yang masih diam.

" papa... "shofie bersuara sayu. Dia kembali memandang haidan. Haidan malah diam..

'kenapa dia diam.. Mana janji-janji dia sebelumnya.. Dia malah tak menyatakan aku isterinya.. Dia lelaki kejam' shofie berjalan naik keatas dengan perasaan yang bercampur aduk.. Marah. Kecewa. Benci. Semuanya.

Shofie mengambil beg bersaiz sederhana, yang pertama kali dia bawa kerumah itu.. Dia hanya mengambil barangan miliknya.. Dan satu sampul yang tertulis nama.. Sampul yang dia ambil secara, senyap-senyap dalam bilik bacaan haidan.. Hanya itu yang dia perlukan..

"sabri.. Bawa shofie masuk kedalam kereta.." rahimi mengarahkan sabri sebaik melihat shofie, sedang berjalan menuruni anak tangga..

"silakan cik.." kata sabri. Dia mengambil beg yang berada di tangan shofie.

"sayang.." haidan memanggil.. Shofie malah tak berpaling memandang kearah haidan..

Mahira sudah cemas melihat situasi itu..

"haidan.. Jangan benarkan shofie pergi.." mahira mengoyangkan lengan haidan..

"saya.. Bayar semula nilai yang telah kamu laburkan kepada MegahRaya.."

"Walaupun saya terpaksa menutup syarikat saya di cawangan yang lain..dan mengadaikan semua aset yang saya ada"

"Saya tak akan serahkan shofie.. Ingat itu.. Tuan muda zayn haidan.." kata rahimi.. Sekali dia meletakkan sekeping cek diatas meja kopi.

" saya minta diri dulu.. Puan sri.. Tuan muda haidan.. Maaf saya menganggu keluarga zayn.. Diawal pagi begini.. "kata rahimi.. Senyum masih terukir diwajahnya..

" saya akan jemput shofie kembali" kata haidan tekad.. Sambil mengengam kedua-dua tangannya. Rahimi menyembunyikan tersenyum sinisnya.. Dia terus berjalan keluar dari rumah besar itu..

"idan..idan.."mahira memukul lengan haidan..sambil tangannya menunjuk kearah pintu.. Tangisannya sudah pecah disitu...

Mahira berlari kearah pintu.. Melihat kereta mereka sudah keluar dari perkarangan rumahnya.

" apa yang idan dah buat ni.. Kenapa.. Kenapa benarkan shofie pergi.." marah mahira memukul haidan.. Sampai tangannya terasa sakit.

"bonda.."

"haidan akan ambil shofie.. Dengan cara yang betul.. Seperti yang sepatutnya.." ucap haidan

"shofie akan kembali ke rumah keluarga zayn.. Kerana ini rumahnya, bonda." haidan kembali naik keatas menuju ke biliknya.. Meninggalkan mahira sendirian disitu.

"papa marahkan shofie.. Shofie minta maaf.. ampun pa.. Maafkan shofie.." shofie memohon kepada rahimi..namun rahimi masih diam di kerusinya.

"pa.. Papa.. Shofie sayang papa.." shofie menjatuhkan kepalanya di bahu rahimi. Kalini dia terpaksa melanggar janjinya.. Tangisannya terhambur juga dibahu rahimi.

"don't cry.. Shofie.." kata rahimi.. Dia paling tak suka melihat air mata mengalir di wajah anaknya itu.

"papa sebelum ni.. Pernah bagitahu shofie.. Papa tak suka shofie rapat dengan keluarga Zayn.."

"kenapa shofie degil.." rahimi bertanya..

"maafkan shofie.." kata shofie lemah.

"shofie sendiri tengok kan.. Macam mana riaksi dia.. Dia tak hiraukan shofie.."

"Malah dia tak mengaku shofie ni isteri dia didepan papa.. Lelaki macam tu shofie nak papa percaya untuk jaga puteri papa..." suara rahimi mula meninggi.. Dia merasakan dada sakit.. Lalu memegang dadanya..

Pada mulanya memang Rahimi, mahu saja menampar wajah kacak haidan.. Biar lelaki tu tahu apa kesalahan yang dilakukannya..mengambil shofie dwngan cara yang sala.. Tapi.. Bila melihat shofie yang beria memohon kepadanya.. Rahimi menguburkan saja hasratnya..

"pa.. Baik.. Baik.. Fie ikut cakap papa.. Papa jangan marah lagi.." shofie mengurut belakang rahimi.. Dia lebih risaukan kesihatan papanya..

"papa bukannya sekejam itu, sampai sanggup nak pisahkan seorang isteri dari suaminya.. Tapi.. Dia perlu jelaskan semuanya kepada mama.. Papa taknak shofie yang tanggung seorang diri.." kata rahimi menyandarkan tubuhnya ke kerusi.. Meletakkan kepalanya di kerusi.

"maksud papa.." rahimi berpaling dan menyeka air mata shofie.

"papa tak tahu apa yang terjadi sampai kamu bernikah.. Kalau atas persepakatan business.. Lebih baik shofie putuskan.."

"anak papa lebih layak bersama dengan orang yang benar benar ikhlas sayangkan kamu.. Mencintai kamu.."

"dan.. Kalau dia.. Sayang dan cintakan anak papa.. Dia pasti akan berusaha pertahankan perkahwinan ini.." terang rahimi

"tapi..dengan syarat.. Dia perlu jelaskan kepada semua.. Terutamanya mama..dan Rania.." sambung rahimi lagi..

"papa tak halang.. Kalau kami.. Bersama.."tanya shofie bingung.

" kalau itu yang shofie mahu.. Kalau itu boleh bahagiakan shofie.. Atas sebab apa papa melarang.. Tapi seperti yang papa katakan tadi.. Dia harus perbetulkan semuanya.. "

" kalau betul dia mahukan isterinya semula.. Itu yang perlu dia buat.. Kamu itu puteri papa.. Kenapa senang - senag saja dia rampas dari papa macam tu saja... " kata rahimi tak puas hati.

Shofie memeluk papanya.. Dia terharu dengan segala ucapan papanya..

'tapi.. Adakah, haidan sungguh akan datang mempertahankan pernikahan ini.. Lelaki itu senang dan mudahnya menyatakan cinta.. Sayangnya..aku sendiri tak pasti dia akan datang.. Dan.. Perjuangkan nasib anak kami..' jiwa shofie meronta..

Shofie kembali menangis di bahu papanya.. Menangis sampai dia sendiri letih sehingga tertidur. Rahimi membawa kepala shofie turun ke atas ribanya.. Rambut shofie yang ikal mayang itu dielus elusnya..

"sabri.. Adakah saya terlalu kejam tadi.." tanya rahimi sambil mengambil rambut shofie dibawa ke belakang kepala shofie.

"agak kejam buat tuan muda.. Tapi datuk dah terangkan kepada cik muda.. Saya rasa cik muda akan mengerti kenapa datuk buat begitu.." kata sabri.

"saya sayangkan dia.. Dimata saya dia masih seperti puteri kecil yang rapuh.. Walaupun dia sering tersenyum di hadapan saya.."

"Kalau haidan ada niat tak baik kepada shofie saya.. Biar saya nampak kejam dan keji di mata anak muda itu.. Saya tetap akan lakukan, sabri.." kata rahimi..

"bagaimana dengan keadaan datuk.." tanya sabri.

"saya masih baik..tak lerlu risaukan saya" balas rahimi.

Mereka tiba di rumah utama keluarga rahimi.. Rafie melihat kereta papanya masuk kedalam perkarangan rumah.. Lalu dia menunggu untuk menegur.

"tuan muda.." tegur sabri kepada rafiee, dia yang baru keluar dari tempat duduk pemandu.

"kemana.. bawa papa pagi-pagi begini.." tanya rafie.. Dia lebih tergejut bila sabri membuka pintu belakang.. Bila melihat shofie sedang terbaring di situ beralas peha rahimi.

"kenapa dengan shofie.. Pa.. Dia pengsan lagi ke.?? ." tanya rafie cemas.. Rafie tak sedar yang dia juga turut masuk kedalam kereta.

"apa maksud kamu dia pengsan..! Shofie hanya tertidur.." balas rahimi.

"kenapa dia menangis pa..? " tanya rafie melihat wajah shofie masih bersisa air mata.

"kamu angkat adik kamu keatas.. Papa ada benda nak bincangkan dengan kamu.. Papa tunggu kamu di bilik bacaan.." kata rahimi..

"angkat fie..!!! " kata rafie cemas..

"kenapa?.. Bukannya kamu sudah biasa.."

"ah.. Ya.. Baik.. Rafie angkat fie" katanya gugup.. Rafie mengangkat shofie ke atas dengan hati-hati.. Apa yang dia risaukan sekarang..kerana, Shofie sedang berbadan dua.. Bukannya seperti dahulu lagi..

Selesai meletakkan shofie dibiliknya,dengan selamat rafie berjalan ke bilik bacaan.

Rahimi sudah menunggu rafie.. Dia duduk di kerusi meja kerjanya.. Kemudian rahimi, menceritakan apa yang sudah terjadi di rumah keluarga Zayn.. Kepada rafie.

"jadi papa sudah tahu.. Rafie pun baru tahu pa.. Maafkan rafie.. Sebab tak terus beritahu kepada papa.." kata rafie lemah.

"hem... Kenapa kamu kata shofie pengsan lagi.. Apa, sebelum ni.. Shofie pernah pengsan.." tanya rahimi.

"hmmm... Pa.. Sebenarnya.." rafie mengaru kepalanya..

"sebenarnya apa rafie.. Terus terang saja.. Apa lagi yang kamu nak sembunyikan dari papa.. Lambat laun papa akan tahu juga.." kata rahimi..

"sebenarnya.. Fie.. Papa.." rafie mengaru kepalanya lagi.. Dan kali ini lebih kerap.

"kenapa kamu ni.. Dah macam orang ada kutu dah papa tengok.. Nak cakap pun susah.. Cakap sajalah.." rahimi membaling pen yang ada di meja kerjanya kepada rafie.

"papa.. Nasib tak kena kepala rafie.. Kalau tak benjol.." kata rafie. Dia sempat menyambut pen yang dibaling oleh rahimi.

"kamu tu.. Cakap pun lambat.." kata rahimi tak puas hati.

"bukan macam tu pa.. Sulit sangat pa.."

"apa yang sulitnya.." tanya rahimi.

"papa akan dapat cucu baru.." kata rafie..

"cucu..? Raffiq..? Akan dapat adik..!! Alhamdulillah.. Memang patut pun abang kamu tambah anak... Tapi itu, bukan isunya sekarang kita sedang bincangkan tentang shofie..bukannya raffa" kata rahimi.

"hmm.. Yang Rafie cakapkan ni... Papa akan dapat cucu dari shofie.. Bukan dari abang raffa.." balas rafie gugup.

"shofie..?? "

"cucu dari shofie.?? ."

"anak shofie..??? "

"shofie mengandung..!!!"

Kata rahimi satu persatu.. Manakala.. Rafie mengangguk mengiakan apa yang dituturkan oleh rahimi tadi.. Kemudian rahimi tersenyum.. Memandang rafie. Tapi dia turut risaukan nasib bakal cucunya.. Kalau haidan ada niat buruk terhadap shofie.. Cucunya akan menerima nasib yang sama seperti shofie sebelumnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience