BAB 10

Romance Completed 175736

Setelah dua minggu shofie menghabiskan masa tinggal di rumah ibu dan abinya.. Tibalah masa untuk dia balik semula ke pangkuan papanya.

"sekejap saja ibu rasa.. Dua minggu berlalu tak terasa sayang.." ruzana mengelus pipi shofie.

"betul tu kak.. Bila kak nak balik lagi.. Kakak selalu datang kejap saja.. Lepas tu pergi lama.. Baru nak datang balik ke sini.." renget balqis memeluk lengan shofie.

"fie janji.. Ada masa fie balik lagi.." shofie mengangkat tangannya berikrar.

"janji tau.. Tapi kalau shofie, sibuk.. Ada hal.. Tak mengapa.. Ibu faham.." kata ruzana.

"alahai.. Kenapa buat drama depan pintu ni.." tegur idlan yang baru datang dari dalam rumah.

"shofie tu.. senang.. Nanti dia balik lah.. Abi yakin.. Anak abi ni.. Takkan lupa kan kami disini.. Betul tak shofie" kata idlan.. Mengosok kepala shofie lembut.

"betul.. Shofie sayang abi.. Ibu.. Dan balqis...."

"man.. Fie tak sayang ke.." tegur satu suara. Yang baru tiba dari belakang. Tersenyum kearah sofie.

"eh iman.. Hahaha.. Kenapa perlu fie sayang man.." tanya shofie.

"kita kan kawan sejak dari kecil.. Takkan kau lupakan aku.." iman menunjukkan wajah sedih.. Sampaikan yang lain terus tegelak suka. Tau sangat dengan perangai iman..

"ok.. Ok.. Fie sayang.. Ok puas dah sekarang....sayang sangat dekat tok iman.." kata shofie.

"apa.. Tok man.. Tok imah.. Sampai hati.. Tak apa lah.. Iman tau siapa man ni.." jauh sungguh bunyi rajuknya.

"ok.. Ok sorry.. Fie dah nak balik ni.. Nanti kita jumpa lagi yea.." kata shofie.

"balik.. Kenapa balik arini.. Man baru sampai kampung kemarin... Tak sempat nak sembang dengan fie" kata iman.

"dengar kata tok imah.. Man kerja dekat bandar kan.. Nanti kita jumpa lah disana.." putus shofie.

"oh.. Ya.. Kalau kita ada jodoh.. InshaAllah kita akan jumpa disana.. Amin" kata iman. Menadah tangan lalu mengaminkan doanya..

"amboi.. Kamu.., Berjodoh ya.. Kamu tak nampak kami yang tegah bediri didepan kamu berdua.." tegur idlan..

Iman mengaru kepalanya.. Dia yang tergesa-gesa menengur shofie tadi, terlupa yang mereka bukannya hanya berdua.

"maaf pakcik..." kata iman.

"dahla.. Kami nak hantarkan shofie ke lapangan terbang.. Kamu nak ikut.." tanya idlan. Ceria iman menerima pelayaan tersebut.

"abi.. Jangan.." kata shofie.. Melarang idlan mempelawa iman.. Terus wajah iman bertukar dari ceria bertukar masam..

"dah.. Dah. Kamu ikut saja..jangan degarkan Shofie, dia melawak saja tu dengan kamu.." idlan menarik tangan anak lelaki itu.. Mengikutnya melangkah.

Shofie tegelak suka dapat mengenakan iman.. Ruzana mengeleng.. Lalu menepuk bahu shofie.. Memang dari kecil mereka berdua tu rapat.. Usik mengusik itu adalah perkara biasa..

Sampai saja di lapangan terbang.. Ada seseorang sudah menunggu shofie disana.. Iman pada mulanya agak pelik melihat seorang lelaki berpakaian kemas mula menghampiri mereka..

Shofie segera mengangkat tangannya memberi isyarat agar lelaki itu tidak terus menghampiri mereka.

"ibu. Abi.. Sampai sini saja.." kata shofie.

Lalu dia bersalaman dengan idlan.. Dan ruzana.. Ruzana menarik shofie.. Memeluk erat anak itu.. Pipi gebu shofie diciumnya.. Dengan penuh kasih sayang.. Seperti anak itu masih kecil..Kemudian balqis pula berpelukan dengan kakaknya..Iman pula mendepakan tangannya.. Namun mendapat cubitan daripada balqis. Mereka berpisah..

Dalam asyik babak melambai-lambai.. Shofie teringatkan sesuatu.. Lalu dia mengambil sesuatu didalam beg galasnya.. Lalu berlari semula kearah keluarganya.. Lalu menyerahkan sampul kecil kepada idlan.. Lalu shofie berlari pergi.. Sambil melayangkan fliying kiss berkali kali.. Sebelum hilang di balik gerbang pelepasan.

"abang.." tegur ruzana.. Kepada suaminya.

"anak kamu tu.. Tadi abang dah menolak.. Dirumah.. Ni dia bagi jugak.." idlan menunjukkan sampul..

Setiap kali shofie pulang.. Dia memang akan memberikan keluarga itu sejumlah wang kepada mereka.. Walaupun berkali kali ruzana dan idlan menolak.. Anak itu masih degil..

Wang yang diberikan.. Bukanlah sedikit.. Idlan dan ruzana takut mereka dikira mengambil kesempadan atas shofie.. Sebab itulah mereka berusaha keras menolak..

"jom lah.." ajak idlan.. Kerana sudah tidak lagi melihat shofie dimatanya..

Mereka pulang kerumah.. Kali ini iman mempelawa dirinya untuk memandu.. Memandangkan tadi idlan tak membenarkannya memandu..

"cik.." tegur lelaki yang tadi mengekori shofie..

"panggil shofie saja.. Kita ditempat awam.. Papa tak ada disini.. Kalau awak nak terus ikut saya.. Ikut sebagai seorang kawan.. Saya lebih selesa begitu.." tegas kata shofie.

Shofie dapat melihat lelaki didepannya menjadi kekok.. Menunduk sahaja dari tadi..

" saudara... Oh.. Encik.. "panggil shofie. Lelaki itu mengangkat wajahnya.

" boleh saya tahu nama.. "tanya shofie.

" maaf.. Saya belum kenalkan diri..saya taufiq.. Datuk arahkan saya untuk jemput cik .. "kata taufiq.

" hanya jemput saya.. Tak lebih dari tu kan.. " tanya shofie..

'kenapa papa hantarkan orang jemput shofie.. Papa takut shofie tak balik ke sana.. Tepat pada masanya ke..' keluh shofie.

" sebenarnya saya.. Akan menjadi pengawal peribadi cik .. "terang taufiq.

" apa.. Apa awak kata.. Pengawal peribadi.. " bentak shofie tak puas hati

' alamak.. Kenapa dia marah.. Belum pun sehari aku bertugas.. Dia dah tak suka.. Nampaknya, tugas kalini.. Taklah mudah..' nguman taufiq sendiri.

" kenapa papa.. Tiba-tiba nak upah bodyguard untuk saya.. "tanya shofie.

" yang itu saya tak pasti cik.. Saya hanya mengikut dan menerima arahan sahaja.. "taufiq memberi jawapan selamat.

" terangkan.. tugas awak.. "tanya shofie lagi..

" saya akan ikut.. Kemana sahaja cik pergi mulai ketika ni.. " lalu taufiq melihat, sekilas jam di tangannya dan mengangguk sedikit.

" ya.. Kecuali jika cik, berada dirumah.. "

" selain itu.. Tugas saya melindungi cik shofie.. Sebagai pemandu.. Dan kalau cik perlukan apa-apa.. Saya lah orang yang akan di pertanggungjawabkan untuk menyelesaikannya.." jawap taufiq.. Panjang lebar.

"lebih kepada pembantu peribadi pulak kamu ni.." rungut shofie..

"saya ada satu syarat.." kata shofie.

"ya cik.. Saya akan cuba untuk memenuhi syarat yang cik minta.." kata taufiq.

"be my friend.. Not my bodyguard.." sebaik saja shofie berkata begitu dia menyuakan tangannya.. Untuk berjabat tangan.. Dengan lelaki tegap, berkulit sawa matang didepannya..

Taufiq menjadi serba salah.. Dia buntu.. Huluran tangan dari shofie dipandang lama.. Perlukah dia sambut.. Kalau tak disambut.. Apa akan terjadi.. Dia menarik nafasnya dalam.. Dengan memejamkan mata.. Lalu tangannya menerima huluran tangan didepannya.

"ya bagus.. Jangan risau..fie tak akan ganggu kerja kamu.. Tapi di tempat umum, seperti ini.. Kita sahabat.. Macam orang lain.. Boleh kan.." jelas shofie.

Taufiq diam tidak membalas.. Hanya menerung gadis bermata bundar didepannya.. Dengan mempamerkan wajah kekok.

Sebaik tiba dirumah keluarga cik mudanya.. Dia mengiringi shofie masuk kedalam..

" cik muda.. " tegur sabri.. Menunduk hormat kepada shofie..

"pakcik.." tegur shofie ceria.

" taufiq.. Datuk ingin berjumpa dengan kamu di bilik bacaan.." tegur sabri yang menyambut mereka di depan pintu..

"baik.." kata taufiq.

Sebaik saja menghantar shofie kebiliknya.. Taufiq menuju ke bilik bacaan.. Sabri sudah menunggu di depan pintu bilik itu.

Sabri membuka pintu.. Mempelawa taufiq untuk masuk.. Sebaik taufiq masuk.. Dia turut masuk kedalam.

"datuk.. Taufiq dah datang.." sapa sabri.. Rahimi yang sedang dengan laptop nya terhenti.. Lalu berpaling memandang lelaki muda disamping sabri..

"datuk".. Tegur taufiq.

"ah.. Kamu taufiq.. Macam mana.. Dah jumpa shofie.." tanya rahimi.. Lalu bangun kearah sofa..

"dah datuk.. Cik, dah ada di dalam biliknya.." balas taufiq.

"duduk lah.." pelawa rahimi.. Sebelum dia sendiri melabuhkan punggu di sofa.

Taufiq teranguk kecil sebelum turut mengikut rahimi duduk di sofa.

"saya harap kamu dapat anak saya macam kamu jaga nyawa kamu.. Shofie ada menghalang kerja kamu.. Adakah dia tahu kamu.. Penjaga dia.." tanya rahimi.

"saya akan jaga puteri datuk semampu saya.. Seumpama nyawa saya.. Hmmm cik muda tahu.. Yang saya ni pengawalnya.." taufiq menjawap yakin pada mulanya.. Kemudian kembali kendur dihujung ayatnya.

"kenapa.. Ada yang kamu tak selesa.. Atau apa-apa.." tanya rahimi.. Melihat taufiq menjadi kekok.

"cik.. Hmm.. Dia minta saya.. Jadi sahabat dia kalau dekat tempat umum.." balas taufiq.. Membuatkan rahimi tegelak besar.. Dan membuatkan sabri menutup mulutnya menahan gelak. Kini wajah taufiq berubah sepenuhnya.

"buat saja apa yang dia minta.. Tapi kamu kena tahu.. Tugas kamu.. Kalau kamu tak nak formal dengan dia.. Kalau nak jadi shabat dia.. Semuanya terpulang.. Asalkan.. Kamu sentiasa bersamanya.. Melindungi dia.. Sebab sebelum ni.. Dia menolak keras untuk menerima pengawal peribadi.. Penat dah saya paksa dia.. Nanti dia akan susahkan pengawal tu.. Kesian pulak.. Seperti pengawal yang sebelum-sebelum ni.. " kata rahimi..

'apa.. Pengawal.. Pengawal sebelum-sebelum ni.. Susahkan.. Susahkan yang macam mana tu..' taufiq menelan liurnya sendiri. Dia memandang rahimi yang sedang tersenyum, kearahnya. Senyuman yang penuh makna.. Merunsingkan hati taufiq.. Adakah itu pertanda buruk atau sebaliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience