BAB 24

Romance Completed 175736

"KAMU"

Shofie melihat gerangan si pelaku yang menariknya masuk ke dalam kereta..

"turunkan saya.. Saya nak turun.." marah shofie kepada lelaki itu.. Dia tambah cemas lagi bila kereta itu telah bertolak ke jalan raya.. Malah pintu bahagiannya sudah dikunci.

"tuan.." panggil shofie..

Diam...

"tuan" suara shofie sedikit meninggi.

Masih diam...

Shofie jadi tak keruan.. Bila lelaki di sebelahnya langsung tak memberi sebarang tindak balas.. Shofie memukul bahu lelaki itu..marwan yang sedang memandu dihadapan mencuri pandang melihat melalui cermin pandang belakang.

"panggil saya haidan.." akhirnya dia bersuara..

"kenapa.."

"sebab itu nama saya"...

"haidan.. Tolong turunkan saya.."

"teman saya makan.." katanya

"what... No!!" bantah shofie.

" No one ever says no to me .. You're the first .." kata haidan memandang tepat menikam anak mata shofie..

"yes I am.. Sekarang turunkan saya.." bentak shofie.

Haidan tersenyum senget.. Suka melihat wajah shofie begitu..dalam banyak-banyak perempuan.. Hanyalah shofie yang mampu menarik minatnya..

"teman saya makan.. That all.. Selepas tu saya hantar cik muda shofie balik.." terang haidan.

Shofie melipatkan tangannya memeluk tubuh.. Menunjukkan tanda protes.. Keadaan menjadi hening seketika.. Marwan yang sedang memandu sekali lagi, memerhati melalui cermin pandang belakang.. Dia mengemam bibirnya.. Menahan tawa dari terus meletus.. Kalau tawanya pecah.. Dalam keadaan kekok sekarang.. Pasti bertambah parah dia kena. Haidan memberi tatapan tajam kepada marwan.. Melalui cermin tersebut.. Segera marwan membetulkan duduknya.. Dan fokus memandu.

Krieukkk... Krieukk..

Bunyi perlahan itu didengari oleh haidan.. Membuatkan haidan tersenyum sendiri. Segera shofie menutup perutnya dengan handbag nya..

'cis.. Kau mengkhianati tuanmu.. Perut.. Kenapa waktu sekarang juga kau nak berbunyi..' marah shofie kepada dirinya sendiri.. Manakan tidak perutnya berbunyi.. Hari ini dia hanya makan satu kali sahaja...

"baik.. Selesai makan.. Saya nak segera balik" putus shofie..

"memang begitulah dari tadi" kata haidan dengan senyuman sinisnya.

Mereka berhenti di restoran makanan barat.. Shofie memandang nama yang terpampang di luar kedai tersebut.

'barat pun baratlah.. Lapar dah perut ni.. Makan sajalahh' pujuknya.. Sungguh dia sudah puas makan makanan barat sejak tinggal diluar negara.. Sebelum ini.

Shofie hanya mengikut langkah haidan masuk kedalam restoran tersebut.. Sehingga mereka masuk kedalam ruang vip di lantai dua.. Ruang tersebut hanya ada satu meja untuk dua orang makan.. Shofie duduk dikerusi yang telah ditarik oleh haidan..

"terima kasih.."

Lalu haidan ke tempat duduknya. Shofie memandang haidan kekok.. Namun lelaki itu terus memandangnya tanpa jemu sejak dari tadi..

'mana pelayan ni.. Bukankah sepatutnya mereka datang memberikan menu untuk membuat pesanan makanan.. Tolonglah sesiapa masuk.. It Awkward'

Terdengar bunyi pintu dibuka.. Shofie bernafas lega.. Namun dahinya kembali bekerut melihat pelayan datsng dengan makanan ditangan mereka.. makanan sudah siap terhidang di meja..

'wait..what's... Belum order kan.. Tapi makanan dah terhidang di meja.. Seriously..' shofie memandang pelayan yang menghidangkan makanan.. Namun pelayan itu hanya tersenyum kepadanya .. Sehingga dia selesai menyusun makanan di meja mereka.

"Enjoy your meal .. Sir .. Madam.." katanya menunduk.. Dan perlahan lahan mengundur pergi.

Shofie mengangkat sebelah tangannya.. Ingin saja dia menegur.. Kenapa pelayan tu memanggilnya madam..

"makan" tegur haidan.. Melihat wayah shofie yang masih tak puas hati..

Shofie mengambil sudunya.. Dan memerhati makanan yang terhidang penuhdi atas meja didepan matanya..

"kena habiskan semuanya.." arah haidan.. Mata shofie membulat penuh. Memandang haidan.. Namun haidan tersenyum melihat mata bulat milik shofie memandangnya..

'gila laki ni... Ingat aku ni pelahap ke apa.. Dengan spegetti.. Dua jenis.. Chicken chop.. Beefsteak.. Tu tak kira lagi dengan pencuci mulut..'

"boleh.. Tapi.. Ajak sekali lelaki yang bawa kita ke sini tadi.."

"siapa..."

"maksud kamu.. Marwan.." tanya haidan. Shofie mengangguk.. Walaupun dia tak kenal lelaki yang bernama marwan itu.. Dia yakin lelaki itulah yang memandu kereta tadi.

"dia dah saya siapkan makanan dia diluar.. Mungkin sekarang dia sedang makan.." kata haidan mengambil napkin lalu meletakkan di atas pehanya.

Shofie malas lagi nak bertegang urat lagi dengan lelaki dihadapannya.. Tambah pula perutnya sudah tidak sabar minta diisi.

Sesi menjamu selera.. Berlaku dengan sunyi sepi.. Setiap kali shofie mengangkat alis matanya.. Memandang haidan.. Haidan sentiasa memandang kearahnya.. Shofie akhirnya banyak memandang kearah luar cermin kaca kedai tersebut.. Melihat orang-orang sedang berjalan di bawah sana.

'nampaknya orang diluar tu lebih menarik perhatian dia.. Dari aku yang berada didepan mata dia.. Namun dia kelihatan comel.. Mulut yang penuh mengunyah makanan.. Dengan mata yang bulat.. Terkadang pandang aku..' haidan tersenyum sendiri.. Tangannya menyuap makanan.. Sedangkan matanya masih terpaku memandang gadis bernama shofie fitriyani di hadapannya.

"terima kasih belanja saya makan malam.. Sedap sangat.." kata shofie sopan dan menunduk sedikit kepalanya.

"my pleasure.. Saya tak kisah kalau cik muda shofie nak saya temankan lagi untuk makan malam pada hari-hari berikutnya.. Dengan senang hati.. Saya menerima.." balas haidan.

'lain kali.. Tak ada istilah lain kali..' mata bundar milik shofie menyepet sedikit.

" sekarang.. Boleh hantarkan saya balik.. Kita sudah selesai makan.. "pinta shofie.

Melihat haidan tidak memberi balasan.. Shofie mula bangun dari duduknya.. Keluar dari lingkungan meja.. Terasa pegelangan tangannya di pegang.

" haidan.. Apa awak buat ni.. Lepas.. " shofie berusaha menarik tangannya semula..

Dengan sekali rentapan.. Shofie masuk kedalam dakapan haidan.. Sebelah tangan haidan menyentuh dagu shofie.. Membawa wajah cantik itu mendongak memandang wajahnya.. Seketika mata mereka menikam antara satu sama lain.

Wajah mereka sangat rapat..sampaikan dapat merasakan hembusan nafas Masing-masing.. Shofie menolak dada bidang haidan.. Dan mereka terenjak sedikit.. Walaupun haidan masih kukuh memegang sebelah tangan shofie.

"lepaskan.. Awak tu bakal adik ipar saya... Tak manis kalau macam ni.. " kata shofie.. Kembali mendongak menikam anak mata coklat jernih itu..

Haidan yang mendengar bicara shofie merasa tercabar.. Rahangnya mula mengeras.. Urat urat hijau mula kelihatan timbul di lehernya..

Shofie menelan ludahnya.. Terasa seperti katanya tadi bagai menyimbah minyak ke api yang sedang marak..

'mati aku.. Apa aku salah cakap ke.. Kenapa cara dia pandang aku.. Sangat menakutkan'

"kalau kau tak suka dengan gelaran adik ipar.."

"aku akan tukar gelaran tu menjadi bakal suami kepada shofie fitriyani.." kata haidan tegas dan jelas.. Lalu dia melepaskan tangan shofie dengan kasar. Haidan melangkah pergi meninggalkan shofie sebaik selesai berkata.

Shofie terdiam di tempatnya.. Otaknya masih tak dapat menerima kata yang keluar dari seorang lelaki yang bernama zayn haidan itu..

Seketika kakinya menjadi lemah.. Lalu dia terduduk semula dikerusi tempatnya makan tadi..

'gila.. Dia memang gila..' jerit shofie tanpa suara..

Matanya memandang ke arah bunyi pintu yang dibuka dari luar.. Marwan datang berjalan menghampirinya.

"cik muda.. Boleh kita berangkat pulang sekarang.." tanyanya sopan..

Shofie hanya mampu mengangguk.. Lalu bangun mengikut langkah marwan.. Sampai dia sendiri tak menyedari dia sudah berada di depan kereta..

"cik muda.." tegur marwan.. Sebaik membuka pintu kereta untuk shofie..

"ah yea.. Terima kasih" balas shofie.. Lalu masuk kedalam kereta..

Shofie langsung tidak berani memandang ke arah sisinya.. Dimana haidan berada.. Dia hanya memandang ke luar cermin kaca.. Melihat air hujan mula turun renyai-renyai pada waktu itu...perlahan-lahan dia hanyut.. Tanpa dia sedari jari jemarinya menempel ke cermin.. Mengikut aliran air hujan yang mengalir di luar kaca tersebut.

"kita dah sampai.." tegur marwan sebaik sampai di hadapan apartment shofie..

Seperti orang bingung.. Shofie memandang keluar.. Bagaikan tak percaya .. Dia sudah sampai ke apartmentnya.. Walaupun dia langsung tak memberitahu mereka.. dimana dia tinggal..

'perlu aku tanya.. Jawapnya.. Tak perlu.. Benda akan bertambah rumit.. Peluang untuk aku menang semakin tipis.. Malah akan mengeruhkan lagi keadaan..' shofie pasrah.

"sekali lagi terima kasih.." kata shofie sebelum dia berlari keluar begitu saja.. Marwan yang sedang mencari payung tergejut.. Kerana dia sendiri belum sempat membuka pintu untuk shofie.

Haidan memerhatikan sahaja belakang tubuh.. Gadisnya berlari pergi, shofie menjunjung beg tanganya di atas kepala..melindungi dirinya dari terkena air hujan..

'kenapa kau suka buat begitu haidan..' Jelas terpampang.. Riak takut shofie diwajahnya..namun dia rasa tercabar dengan ucapan shofie tadi.. Mahu saja dia memeluk gadis itu untuk memohon maaf.. Semasa gadis itu berada disebelahnya tadi.. Tapi dia takut.. Gadis itu akan menjadi lebih takut kepadanya. Akhirnya haidan memilih untuk diamkan sahaja.

"tunggu saya disini" haidan melangkah keluar dari kereta.. Megejar langkah shofie tadi. Marwan tidak menjawap.. Dia hanya memerhatikan sahaja haidan pergi.

"buat apa disini.." tanya shofie cemas. Melihat haidan disebelahnya.. Sedang mengibas ngibas bajunya yang basah terkena air hujan dengan tangan.

"saya iring kamu sampai ke atas" kata haidan.

"tak perlu.."

TING..

Pintu lif terbuka.. Ada beberapa orang keluar dari lif tersebut.. Haidan yang pertama masuk kedalam lif tersebut, sebaik sahaja lif itu tak berpenghuni.. Shofie membalikkan matanya tak percaya.. Dengan langkah yang berat dia melangkah masuk kedalam lif..

Punat yang tertera nombor lapan belas ditekan oleh shofie... Lalu menekan butang untuk menutup pintu lif berkali kali.. Dia nak segera sampai ke rumahnya..

TING..

"ok dah sampai.. Byeee...." namun ucapannya tergantung.. Bila haidan sudah melangkah keluar dari lif.. kata-katanya tadi dibiarkan seperti angin lalu..

"suka hati lah.." shofie berjalan melintasi haidan.. Lalu ke koridor menuju ke apartmentnya..

'anggap saja seperti dia tiada.. Ya.. Anggap saja macam tu..' ngomel shofie sendiri

Sampai didepan pintu.. Dia membuka pintu grill rumah tersebut.. Membuka kasut.. Lalu meletakkan kedalam almari kasut ..

" baik tuan haidan.. Cukup sampai disini.. Sekarang mohon tuan pulang ya.. Tak elok kalau jiran jiran lihat nanti.." shofie cuba menghalau haidan dengan cara halus.

"as you wish.. Assalamualaikum.." haidan mula melangkah pergi..

Hatinya puas dapat melihat gadisnya selamat sampai ke tempat tinggalnya.. Manakala shofie melepaskan keluhan nipis.. Sebelum masuk kedalam rumahnya.

Sementara marwan yang menunggu di dalam kereta menggeleng geleng kepala.. Dia mula ketawa kuat.. Puas dirinya menahan tawa sejak dari tadi lagi. Sungguh tak disangka.. Cinta membuatkan seseorang buta.. Sampaikan tuan mudanya hampir hilang akal warasnya.. Sepanjang dia kenal tuan mudanya.. Lelaki itu tak pernah bertindak terburu-buru dan terlalu mengikut hatinya.. Ping dia tak percaya.. Bila cik muda shofie senang - senang memukul tuannya.. Dan haidan tak sedikitpun marahkan tindakan tersebut.

Sebaik mendengar bunyi pintu dibuka.. Marwan terbatuk-batuk.. Cuba mengendurkan gelak tawanya tadi..

'tamat riwayat aku kalau dia tahu.. Apa yang aku buat tadi' marwan mengutuk dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience