BAB 33

Romance Completed 175736

Satu demi satu majalah dibacanya.. Entah untuk yang keberapa kali.. Sampai dia sendiri, merasakan bosan. Keluhan demi keluhan dilepaskan.. Toilet pun entah berapa kali dia pergi..

Akhirnya dia melihat seseorang keluar dari balik pintu.. Marwan tersenyum kearahnya.. Lalu lelaki itu jalan menghampirinya..

"maaf cik muda.. Terpaksa biar cik muda menunggu lama" kata marwan menunduk.

"it's ok.." balas shofie.. Lalu bangun dari duduknya..

"sila.. Tuan muda sudah tunggu didalam biliknya" kata marwan.

Shofie berjalan mengikut langkah marwan.. Marwan mengetuk pintu beberapa kali.. Lalu memusingkan tombol pintu.. Membuka pintu bilik haidan..

"sila.." pelawa marwan lagi.

"ya.. Terima kasih.." shofie melangkah masuk..

Pintu kemudiannya ditutup semula.. Oleh marwan yang berada diluar bilik tersebut. Shofie kembali berpaling kearah pintu yang sudah ditutup. Kini mereka hanya berdua didalam bilik tersebut.

Shofie memandang kearah haidan yang sedang duduk di meja kerjanya.. Sedang menunduk melihat dokumen di atas mejanya.

"assalamualaikum.. Tuan muda.."

" panggil saja haidan"potong haidan.

" waalaikummusalam " jawap haidan. shofie menelan air liurnya payah. Terasa berpasir di tekaknya.. Dirinya tiba-tiba terasa gugup.. Mendengar cara haidan menegurnya, seperti tidak ramah dengannya.. Jelas lelaki itu memancarkan aura dingin.

" haidan.."

Haidan terus bangun dari tempat duduknya.. Sampaikan shofie tersentak tergejut.. Melangkah ke belakang selangkah.

'Allah hu akbar.. Kenapa dia ni.. Menakutkan..!!!' jerit hati shofie.

Mahu saja shofie berlari keluar dari bilik itu. Bila dia kembali teringatkan niatnya.. Shofie gagahi jugak berdiri disitu.. Dengan tangan yang sedang mengengam hujung cardigannya.

"duduk lah" pelawa haidan.. Haidan lalu berjalan kearah sofa dan duduk di situ.

Shofie perlahan lahan melangkah menghampiri ruangan yang terdapat sofa di sebelah ruang kerja tersebut.. Dan memilih untuk duduk di sofa tunggal.

"haidan.. Maaf.. Shofie.."

"datang mendadak macam ni.." shofie cuba mengawal nada suaranya.. Entah kenapa dia menjadi gagap pula ketika ini.

"hemm" hanya itu balasan dari haidan.

"shofie datang nak minta bantuan.. Mengenai MegahRaya.." ucap shofie.

Haidan merenung wajah manis shofie. Shofie menjadi serba salah.. Lalu dia hanya menunduk, memerhati fan memainkan jari jemarinya..

Keadaan menjadi senyap..

Sunyi..

Hanya bunyi jam di dinding sedang berdetik..

" bolehh.. " haidan bersuara. Membuatkan shofie mengangkat wajahnya. Memandang wajah haidan.. Sedetik, mata mereka bertemu.. Segera shofie melarikan anak matanya.. Sungguh di tak berani menatap mata lelaki itu. Entah kenapa.

"nak tak.." tanya haidan lagi.. Selepas melihat shofie memandang kearah lain.

"mahu.. Saya mahu.." jawap shofie cepat.

"dengan satu syarat..." kata haidan.. Sambil tayang senyumannya.

"syarat.. Syarat apa" tanya shofie.

"tak mungkin.. cik muda shofie sanggup tunaikan syarat saya..." sindir haidan.

"saya akan cuba.. Asalkan dapat selamatkan MegahRaya.." balas shofie dengan yakinnya. Haidan tersenyum senget,mendengar kata yang shofie ucapkan tadi.

"saya akan tolong stabilkan MegahRaya.. Seperti sediakala.. Dengan mengunakan pengaruh saya.. Dan meyakinkan para pelabur.. Saya sendiri akan memberi dana buat MegahRaya.." tawar haidan.

Shofie yang mendengar menjadi tertarik dengan tawaran yang dinyatakan tadi.

" sila nyatakan syaratnya.. " ucap shofie dengan tenang.. Dia mendapat sedikit kekuatan mendengar berita gembira tadi.

Haidan membetulkan duduknya.. Dari bersandar ke tegak.. Dia kembali dengan wajah seriusnya.. Shofie menanti ucapan yang ingin dikatakan oleh haidan.. Tak dinafikan.. Hatinya berdebar-debar..

" jadi.. Isteri.. Simpanan.. Saya.." kata haidan terang dan jelas.. Dia menyebutkan perkataan itu satu persatu.. Agar shofie faham apa yang cuba disampaikannya.

"isteri simpanan.. Maksud..?" tanya shofie.. Kebingungan.

'wah lelaki ni.. Takkan dia marah aku tolak lamaran dia untuk jadi isteri dia, sebelum ni.. Jadi tawaran ditukar menjadi isteri simpanan.. Apa maksud dia dengan isteri simpanan'

"memegang status isteri sama seperti orang lain..sama seperti pasangan lain.. Tapi penikahan kita dirahsiakan dari umum.. Itu bezanya.." terang haidan.

"tapi kenapa" tanya shofie..

"sebab tawaran yang sebelum ini dah dibatalkan.." jawap haidan santai.. Dia kembali menyandarkan tubuhnya ke sofa..

" pikirkan shofie.. Demi MegahRaya.." ugut haidan.. Berniat mahu menekan shofie.

"bagi saya masa untuk berfikir.." pinta shofie..

"boleh"

"terima kasih"

" sepuluh minit dari sekarang.." balas haidan.. Lalu bangun dari duduknya.. Lalu berjalan ke merja kerjanya.

Shofie mendengar tak pecaya apa yang keluar dari mulut lelaki itu..

'apa dia ni gila agaknya.. Sombong, angkuh.. Berlagak..' shofie mula menyumpah nyumpah lelaki itu. Matanya memandang lelaki itu tak lepas sampai haidan duduk di kerusi meja kerjanya.

"tik tok..tik tok.." kata haidan sambil jarinya mengetuk menunjukkan jam di pegelangan tangannya.

Haidan memandang wajah shofie.. Jelas-jelas menayangkan wajah tak puas hatinya. Haidan bersandar di kerusi kerjanya.. Lalu berpusing kearah lain.. Lalu memejamkan matanya, sambil tersenyum lebar.

"baiklah" kata shofie.. Lalu dia bangun. Haidan kembali memusingkan kerusinya memandang kearah shofie yang sedang berjalan menghampiri meja kerjanya .

"baiklah apa"

"saya terima.."

"good.. Lagi dua hari.. Kita nikah" terus terlepas beg tangan shofie, dari pengangan tangannya..

Haidan bangun.. Lalu mengambil beg tangan shofie...

"kenapa... Kenapa terlalu cepat"..

"saya tak nak.. Pengantin wanita saya kali ini.. Lari lagi.." alasan haidan.

Bila teringatkan ayat yang dikatakan oleh haidan itu.. Shofie merasakan dirinya hanyalah sebagai seorang pengantin peganti sahaja.. Mengantikan tempat adiknya, Rania.

"kalau shofie tak setuju.. Kita boleh batalkan.. Lupakan apa yang kita bincangkan tadi.." ucap haidan.

"tak.. Tak.. Saya, saya setuju.." potong shofie.

"esok nantikan berita gembira mengenai MegahRaya.. Itu sebagai jaminan atas persepakatan kita.." kata haidan.

"terima kasih.. Saya akan nantikannya" kata shofie.

"Lagi dua hari.. Saya akan menjemput shofie.. Harap bersedia.. Kita akan nikah di sempadan.."

"semuanya pihak kami akan sediakan.." sambung haidan lagi.

Shofie mengangguk saja. Apa lagi yang perlu dia katakan..

'Buat sahajalah semahu kamu.. Tuan muda haidan'

"shofie minta diri dulu..sudah lewat.. Maaf mengambil masa haidan.." kata shofie sopan. Dia hanya mahu pulang waktu ini.. Malas hendak fikirkan apa-apa lagi.. Kedepannya.. Apa nak jadi.. Biarlah terjadi.

"saya hantarkan.." kata haidan.

"hmm.. Tak perlu.. Saya nak ke hospital.." tolak shofie.. Tak nak berlama-lama lagi dengan lelaki itu.

"sebelum ke hospital.. Kita makan dulu" kata haidan. Haidan mengambil barangan peribadinya lalu menyimpan di dalam koceknya. Kemudian membuka pintu biliknya menunggu shofie untuk keluar.

"shofie" panggilnya. Shofie yang sedang berdiri kaku dari tadi tersentak..

"ahh ya. Saya" jawapnya.

"shall we"

"ya..ya" bagai dipukau... Shofie mengikut sahaja.

Mereka berjalan beriringan.. Marwan kemudiannya berjalan bersama di belakang mereka..

'sejak bila pula.. Tuan mula.. Bawakan beg tangan, cik shofie ni..' marwan menghulurkan tangannya meminta beg tangan tersebut dari haidan.

Sampai di hadapan lif peribadi. Marwan menekan butang ke bawah. Shofie yang memerhati situasi itu menjadi kekok.. Barulah dia tersedar yang beg tangannya berada di tangan haidan.

"maaf.. Saya terlupa" shofie mengambil semula beg tangannya.. Mukanya yang merah padam, ditutup dengan tangannya.

Haidan dan marwan memerhatikan wajah shofie yang sudah bertukar merah bak tomato.. Haidan menyiku marwan yang asyik merenung shofie dari tadi..

Terbatuk-batuk marwan bila menerima serangan kilat dari tuannya. Perutnya mula terasa sengal.. Namun dia bertahan juga. Seperti tiada apa-apa terjadi.

"kita kemana tuan.." tanya marwan sebaik semua sudah berada didalam kereta..

"kita pergi makan dahulu.. Makan dekat dengan kawasan hospital" putus haidan.

Marwan memandu keretanya menuju ke hospital.. Kemudian dia berpusing-pusing dikawasan tersebut.. Mencari tempat yang sesuai dimakan olej mereka bertiga.

"disana saja wan.." haidan menunjukkan kearah satu restoran yang agak tertutup..

"makanan thai" shofie tak sengaja berkata.. Lalu segera dia menutup mulutnya dengan tangan.

"kenapa.. Tak nak makan disana" tanya haidan..

"ah.. Bukan.. Bukan.. Boleh, kita makan disana.." sokong shofie. Ceria. Haidan senyum melihat tingkah shofie..

'tolong jagan kekok didepan saya shofie.. Hanya perlu beriaksi seperti biasa.. Kekalkan tingkah kamu yang seperti ini...' nguman haidan.

Mereka bertiga melangkah ke dalam restoran tersebut.. Haidan kali ini membiarkan saja mereka makan bertiga.. Dia tak mahu shofie kembali kekok bila mereka tinggal berdua nanti.

Pelayan datang mengambil pesan.. Haidan membiarkan marwan dan shofie memesan makanan terlebih dahulu.. Sedangkan dia kembali memandang kearah shofie..

"haidan.." panggil shofie.

"pesankan untuk saya.." arah haidan.

"saya" shofie mengarahkan jarinya telunjuknya menunjuk kepada dirinya sendiri.

'aku.. Kenapa aku.. Aku tak pernah tahu.. Apa yang dia suka.. Apa yang dia tak suka.. Mana lah tahu.. lepas makan nanti dia ada alahan.. Anak orang kaya ni kan..selalu banyak pantang larangnya..'

Shofie memandang kearah marwan.. Mencari pertolongan dari lelaki itu. Marwan hanya tayangkan wajah yang tersenyum kearahnya..

' help me marwan.. Saya rasa tuan kamu ni dah tak waras..kenapa tiba-tiba suruh aku pilihan menu untuk dia'

"hmm.. Apa kata yang ini.." shofie menunjuk kepada haidan, gambar yang tertera di menu tersebut. Haidan sekadar mengangguk saja.

"Khao Mok Gai" kata shofie

Seketika menunggu.. Pelayan datang menghidangkan makanan yang dipesan diatas meja.

Haidan memerhati makanan yang dipesan oleh shofie kepadanya.. Nasi yang dihidangkan bersama ayam, bawang goreng, dan sos masam manis dan pedas yang berwarna hijau. Ia turut disertakan bersama beberapa kepingan timun. Sekali pandang tak jauh beza dengan nasi ayam..

'makan sajalah idan...jangan malukan diri sendiri.. Sedangkan kau sendiri tak pernah nak pesan makanan masakan thai ni..'

Shofie melihat sahaja suapan pertama yang masuk kedalam mulut haidan.. Suapan kedua... Ketiga.. Dan seterusnya..

'oklahkan kalau diam saja.. Aku sendiri pun tak pernah makan menu yang itu..harap perut kau tak sakit.. Selepas makan makanan tu...' lalu shofie pun mula makan, makanan yang dipesannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience