BAB 84

Romance Completed 175817

Shofie menyukai perubahan baru pada dirinya.. Dengan rambut yang telah diluruskan. Anak rambut depan dipotong pendek betul betul atas keningnya.. Rambutnya yang panjang diikat ponytails tinggi di atas kepala..

Wajahnya, dioles makeup nipis menampakkan wajah itu semakin manis dan comel.. shofie senang menemani shofyna di setiap acara yang melibatkat ibunya..Shofyna selesa memperkenalkan shofie kepada umum.. Sebagai anak perempuannya.

"sayang.. Lepas ni boleh temankan mummy.. Mummy nak ke rumah keluarga angkat mummy.." kata shofyna.. Sambil menayangkan senyumannya kepada kamera..

"sure mummy..." jawap shofie pantas..

"shofie tak letih..? " tanya shofyna.. Dia risau juga.. Kena shofie menemaninya dari awal acara..dan sekarang masih setia menemaninya melayan wartawan yang hadir.

"hmm.. Tak pula mummy.. Shofie suka dengan semua ini.. Sampai tak terasa letih.. Entah kenapa rasa bersemangat saja.. Mungkin sebab asyik lihat benda yang berkilau di depan mata ni.. Agaknya.." shofie menunjuk kearah koleksi terbaru shofyna..

"mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. sayang.." kata shofyna memegang erat tangan shofie.

Dalam mereka berdua sedang beramah mesra.. Di hadapan kamera melayan wartawan.. Ada sepasang mata yang memerhati shofie dari jauh dengan pandangan mata helangnya..

Haidan tak sangka akan bertemu dengan shofie dalam keadaan begini. Dengam penampilan shofie yang berlainan. Nampak shofie seperti wanita berbeza di mata haidan.

Tidak terlalu susah untuk mencari shofie.. Dia hanya perlu menghadiri beberapa majlis yang melibatkan shofyna, ibu mertuanya . Pasti shofie turut munculkan diri di majlis begitu,dan tekaan betul.. Shofie memang selalu menemani shofyna..

"kau terlalu cantik sayang.. Dan kini kau semakin cantik.." haidan mengagumi shofie dari jauh.

Dia melihat mata bundar yang bersinar sinar sambil tersenyum manis disamping wanita yang tak kalah juga cantiknya.. Iaitu shofyna.. Ibu mertuanya.

"miss.." tegur satu suara lelaki memanggil shofie.

"yes.."

"this is for you" kata lelaki berbangsa asing itu kepada shofie. Sambil menghulurkan satu jambak bunga mawar merah kepada shofie.

"me..? Are you sure..? Tanya shofie hairan..

" yes miss.. I'm pretty sure about this.. " kata lelaki itu.. Shofie menyambut dan melihat ada kad di bunga tersebut..

'Fiya adalah wanita yang telah menyihir tubuh dan jiwa raga hubby, fiya adalah wanita milik hubby dan hubby tidak akan pernah mahu berpisah dari fiya bermulai hari ini dan kita akan menua bersama sampai keakhirnya..'

Shofie merasa debaran didadanya.. Sangat.. Sangat.. Dia mencari lelaki yang mengirimkan bunga tadi.. Lelaki itu sudah hilang disebalik orang ramai.. Mata shofie meliar.. Mencari kalau kalau dia ternampak kelibat haidan.. Dalam keramaian orang yang bermacam macam jenis itu.. Dia susah untuk meneliti satu persatu wajah yang ada disitu.

'kenapa dia disini.. Apa niat dia.. Adakah dia mahu sakiti aku lagi..' shofie seraya menyentuh perutnya yang sudah menampakkan bentuk sedikit menonjol itu.

"kenapa ni sayang.." tanya shofyna cemas bila melihat shofie diam memeluk bunga dan juga memegang perutnya.

"nothing mummy.." shofie segera mengeleng..

Kemudian dia terpandangkan seorang lelaki segak mengenakan tuxedo hitam sambil memegang kaki gelas memandang kearahnya.. Dengan senyuman yang menggoda.. Senyuman manis miliknya.

'dia.. Tersenyumm... Haidan tersenyum..' shofie tak dapat menahan dengupan jantungnya yang sedang giat beroperasi.. Sampaikan wajah shofie bertukar menjadi merah seperti tomato..

"mummy.. Fie.. Nak ke washroom.." kata shofie gugup..

'kenapa.. Kenapa aku gugup sekali..' keluh shofie.

"mummy panggilkan melly ya.. Temankan sayang.." kata shofyna.. Dia tak mahu shofie pergi sendirian.. Tapi wawancara masih belum selesai..

"tak mengapa mummy.. Washroom dekat belakang ni saja.. Tak jauh.." shofie bangun..dan berjalan pergi ke washroom sendirian.

Shofyna mengamit memanggil melly. Bila melly melihat isyarat shofyna, terus shofyna menunjuk ke arah shofie yang sedang melintasi orang ramai menuju ke luar. Haidan tak lepaskan peluang dia turut mengejar langkah shofie...

'ah.. Kenapa kau keluar shofie.. Lagilah senang dia jumpa kau.. Aduh shofie.. Kenapa kau gelabah sangat ni..' shofie berpaling semula untuk masuk kedalam..

Tapi dia bertemu dengan haidan terlebih dahulu.. Sebelum sempat dia melangkah masuk kedalam.

"assalamualaikum fiya sayang.." tegur haidan..

Shofie seumpama kehilangan nafas mendengar suara haidan.. Dia berdiri kaku memegang sejambak bunga pemberian lelaki itu. Salamnya hanya dijawap didalam hati..

"did you know.. How much I miss you.. Sayang..." kata haidan lembut.. |haidan menghampiri shofie.

"Kenapa.. Kenapa.. Boleh ada disini." tanya shofie gugup.

"because I miss my wife so much.. That why I'm here sayang.." haidan cuba mencapai dagu shofie.. Tapi shofie berundur kebelakang..

"kita sudah selesai haidan..!!" kata shofie tegas.. Dia cuba menghilang kan rasa gugupnya..

Haidan merasa sakit hati mendengar ucapan shofie baru tadi.. Sangat sakit seumpama wanita itu sedang menghiris dadanya dengan pisau yang tajam.

"Since when.." haidan melangkah setapak dan shofie berundur setapak..

Haidan masih melangkah.. Begitu juga shofie yang berundur kebelakang.. Sampailah shofie hampir terjatuh kerana terdapat lantai yang tidak sama parasnya disitu .. Haidan dengan pantas menyambut pinggang shofie..sampai terlepas bunga yang dipegang shofie. Lalu haidan membawa tubuh shofie kedalam pelukannya.. Haidan memeluk erat tubuh itu.. Seumpama dia tak mahu melepaskannya lagi.. Menghidu dalam-dalam, bau shofie yang dia sangat rindukan siang dan malam..

"lepaskan haidan.."shofie merasa sesak nafas dipeluk sekuat itu.. Nafasnya kian memendek dan temegah megah.. Lebih lebih lagi haidan menekup wajahnya di dada bidang lelaki itu.

" haii..dddann...leee..ppppasss.."shofie memronta didalam pelukan haidan.. Tangan shofie memukul mukul badan haidan.

" sssshhhh sayang.. Please..let me hug you.. "kata haidan..

"haidan..kamu..!!"

"my baby...!!!!!!" jerit shofie..

Haidan tersedar akan sesuatu.. Barulah dia melepaskan pelukannya.. Shofie terhuyung hayang.. Hampir terjatuh bila dilepaskan mendadak sebegitu.. Dengan segera.. Shofie menapak dengan betul.

"our baby sayang.."kata haidan.

"no..no.. It my.. Only my baby" kata shofie.. Lalu menolak bahu haidan dan berlalu pergi..

'dia ingat.. Dia siapa..' shofie melangkah dengan perasaan geram dan marah...

"sayang.." haidan masih mengejar..

"miss.. Are you ok?" tanya melly yang baru tiba.. Wanita itu telah menghabiskan masanya mencari shofie di bilik air.. Namun tak bertemu.. Mujur saja dia jumpa shofie disitu.. Kalau tak tentu saja majikannya akan memarahinya.

"I'm fine" shofie memilih untuk pergi bersama melly..

"sayang.. Sampai begini sekali kah fiya marahkan hubby.." tanya haidan..

"peluang yang diberi sudah tamat haidan.." kata shofie.

"sayang." haidan memanggil lagi.

Namun shofie tak menghiraukan haidan.. Dia berjalan masuk ke tempat acara beriringan bersama melly..

Selesai acara.. Seperti yang diberitahu oleh shofyna sebelumnya.. Mereka ke rumah keluarga angkat shofyna.

Shofie melihat rumah agam yang masih kukuh berdiri di hadapannya.. Seni bina classic seumpama istana dongeng cerita kanak kanak barat.. Membuatkan shofie tertarik untuk meneroka lebih dalam struktur bangunan tersebut.

Shofyna tahu yang shofie teruja untuk meneliti senibina rumah agam tersebut.. Tambah lagi dengan matanya yang bersinar sinar..

"apa kata kita bermalam disini sayang.. Shofie boleh tour rumah ni puas-puas.." cadang shofyna.

"malu lah mummy.. Rumah orang" shofie mengalih pandangannya dari terus memandang rumah agam tersebut.

" dia umpama seperti ibu buat mummy.. Jadi secara tak langsung.. Dia granny shofie.. Sebab dia nenek farid.. Ibu kepada ibu kandung farid.." terang shofyna.

"oh... Ya ka.. Jadi mummy diambil jadi anak angkat oleh ibu kepada ibu kandung farid.." tanya shofie masih ada kekeliruan dalam dirinya.

"ya.. Ibu farid meninggal semasa melahirkan farid.. Dan mummy kehilangan anak mummy.. Tapi diganti dengan farid.. Jadi.. Papa terus bawa mummy balik kesini..dan merawat mummy..."

"baik sungguh mereka mummy.." kata shofie.

"ya.. Mereka memang baik sayang.." shofyna memeluk anaknya..

Shofie terasa kerdil berdiri di hadapan rumah agam tersebut.. Matanya terkebil kebil melihat bangunan itu. Shofyna membawa shofie masuk kedalam..

"kita naik atas dulu ya.. Granny ada diatas.." shofie mengangguk.

Mereka sampai di hadapan bilik utama..pelayan mengetuk pintu bilik tersebut.. Kemudian membukanya untuk mereka.

"assalamualaikum, bonda.." tegur shofyna.

Wanita tua itu mengangkat wajahnya.. Melihat tetamu yang melawatnya.. Ada dua wanita di hadapannya..

"waalaikummusalam.. shofyna?? " kata wanita tua itu.. Walaupun belum jelas dimatanya wajah wanita itu namun suara wanita itu amat dikenalinya..

"ya bonda.. Ini fyna" shofyna berjalan mendekat.. Wanita tua itu segera mendepakan tangannya.. Meminta shofyna segera memeluknya.

"bonda rindukan kamu.. Adakah urusan kamu sudah selesai di sana" tanya wanita tua itu.

"alhamdulillah sudah bonda.. Kenalkan ini shofie.. Shofie fitriyani.. Anak perempuan fyna.." shofyna memperkenalkan shofie..

Wanita itu melihat shofie.. Rambut yang perang berwarna coklat diikat kemas di atas kepalanya.. anak mata coklat yang bersinar dengan bentuk mata yang bundar.. Sekali pandang.. Sangat seiras dengan shofyna..

Wanita tua itu teringatkan sesuatu.. Bila melihat wajah shofie.. Namun dia tetap tersenyum.. Mengamit shofie supaya menghampirinya..

"cantik seperti mummy kamu.." kata wanita tua itu. Sambil meraut wajah shofie.

"terima kasih granny..." kata shofie. Wanita tua itu mengoyanhkan jari telunjuknya di hadapan wajah shofie..

"bukan granny.. Tapi nenda.. Kamu lebih sesuai memanggil saya wanita tua ini dengan panggilan nenda.." kata wanita tua itu sambil ketawa kecil..

"baiklah nenda.." shofie senyum..

"bermalam di sini ya sayang.." kata wanita tua itu lagi..

Shofie memandang melihat mummynya.. Dan shofyna mengangguk kepada shofie.

"baik nenda.." kata shofie..

"macam tu lah.. Kamu anak yang baik shofie.." kata wanita tua itu.

Wanita tua itu mengarahkan pelayan supaya menunjukkan bilik buat shofie bermalam.. Manakala shofyna masih menemaninya didalam bilik.

"ada apa bonda..?" tanya shofyna.. Dia tahu wanita tua itu dari tadi asyik memberi isyarat kepadanya. Sepertinya ada sesuatu yang ingin wanita itu sampaikan.

"dia.. Sudah menikah..?" tanya wanita tua itu dengan senyuman.

'macam mana bonda boleh tahu.. Adakah bonda mengenali shofie..' shofyna hairan.

"ia bonda" shofyna mengangguk.

"dan dia sedang hamil.." sambung shofyna lagi..

"baguslah.. Kamu kenal siapa suami anak kamu, menantu kamu..?" tanyanya lagi.

"hmm.. Tak bonda.." balas shofyna..

Wanita tua itu mengangguk sambil tersenyum..

"boleh tinggalkan dia dengan bonda untuk beberapa hari.. Bonda sukakan dia.." kata wanita tua itu lagi.

"boleh bonda.. Apa salahnya.." balas shofyna..

Wanita itu tersenyum lembar.. Akhirnya shofie muncul datang kepadanya.. Dia tak menyangka shofie akan datang sebagai anak kepada shofyna..

Share this novel

Sara Ameilia
2020-06-25 14:07:14 

nie mesti nende haidan kn...x sabar tggu next cap...hehehehe...;)


NovelPlus Premium

The best ads free experience