BAB 49

Romance Completed 175736

Mereka kembali kerumah.. Bila matahari sudah memancarkan sinarnya yang agak menyucuk kulit mereka.. Bakal menukar kulit putih mereka menjadi merah terbakar..

Terdengar riuh suara haikal sedang mengusik mahira di meja makan.. Disambut dengan gelak ketawa Annisa dan annaila..

"morning.." sapa haidan. Shofie dibelakang hanya tersenyum..

"morning.." sambut mereka yang lain.

"wah.. Pengantin baru.. Sepatutnya.. Tengah hari baru bangun.. Ni pagi-pagi dah hilang.." usik haikal.

"aiipp.." tegur mahira.. Haidan seperti biasa.. Beriak seperti tiada apa-apa.. Memasang kembali wajah dinginnya.. Dihadapan adik-adiknya.

"sudah.. Jangan usik abang kamu.. Makan makan kamu... Haikal." tegur mahira.

Haidan duduk disebelah haikal.. Dan shofie duduk bersebelahan haidan.. Shofie mengisi pinggan haidan dengan bihun goreng yang sudah terhidang dimeja..

"abang tak makan benda berat pagi-pagi.. Tambah pula, benda berminyak macam tu.." sindir annisa lantang membuatkan annaila menyiku kakak kembarnya..

Barulah shofie tahu.. Tentang itu.. Lalu dia mangambil pinggan haidan.. Menukar dengan pinggannya yang masih kosong.. Lalu diletakkan beberapa keping sandwic.. Menuangkan air kopi.. Buat haidan.. Annisa kembali ketawa... Mengeleng kembali kepalanya..

"susu.. Kak.. Susu.." kata annisa..

Baru shofie tersedar ada sekotak susu didepannya.. Shofie menayangkan senyuman.. Menuang susu tersebut kedalam gelas.. Lalu memberikan kepada haidan..

Sungguh kekok shofie terasa pagi itu... Memang dia tak tahu apa-apa tentang haidan.. Tambah pula cara annisa menegurnya dengan nada sindiran.

Haidan memandang annisa yang duduk didepannya.. Annisa segera menundukkan wajahnya.. Memandang makanannya..

"potong belanja bulanan kamu.." kata haidan.. Menunjukkan dengan sandwich yang ada ditanggannya kearah annisa.

"ABANG...!!"

"nisa.." tegur mahira.

"bonda.. Abang tak adil..." bentaknya. Dia melempar sudu makannya.. Menolak kerusi dan pergi meninggalkan meja makan.. Berlari naik keatas..

Shofie tak sangka.. Annisa akan memberontak sebegitu.. Mereka semua tercengang seketika.

"makan riya.. Kita nak keluar nanti" tegur haidan...

Shofie menyuapkan bihun goreng ke mulutnya.. Seleranya serta merta mati.. Namun dia menguyah juga makanan itu.. Perlahan-lahan.. Hanya tiga mulut, untuknya pagi itu.. Mulutnya terasa pahit.. Membuatkannya tak berselera untuk makan..

Haidan perasan shofie sudah meletakkan sudunya ke pinggan walaupun masih bersisa bihun goreng didalam pinggannya .. Shofie mula minum air kopi yang dihidangkan kepada haidan tadi.. Dihirup perlahan.. Sehingga habis..

"sudah makannya shofie.. Sikit sangat tu.. Tambah lagi sayang.." tegur mahira. Shofie hanya menayangkan senyumannya.. Kemudian menggeleng.

"nanti nak kemana.." tanya mahira kepada shofie.. Dia mahu mendengar suara menantunya.. Tak mahu shofie terus diam dan merasa kekok bersama keluarganya.

"ke mall kejap bonda.. Ada nak beli barang sikit, bonda nak pergi sama.." tanya shofie.. Membuatkan haidan berpaling memandangnya.. Mahira dan haikal mula menahan tawa.. Melihat riaksi haidan. Shofie memandang dengan pandangan yang tak mengerti.

'kenapa.. Adakah fie.. Salah cakap..' pikirnya.

" tak apa-tak apa.. Shofie pergi saja dengan idan.. Bonda ada nak jumpa ahli persatuan bonda.." kata mahira membalas dengan senyuman.

"ahli persatuan.." tanya shofie.

"ya.. Nanti bonda bawakan shofie kenalkan dengan kawan-kawan bonda ya.." kata mahira.. Membuatkan haidan yang sedang minum susunya tersedak..

"uhukk.. Uhukkkk... Noo..no bonda" bantahnya.. Shofie segera menuang air putih lalu diberikan kepada haidan, kemudian menepuk-nepuk lembut belakang haidan.

'tak boleh biarkan bonda bawa shofie ke persatuan.. Apa bezanya persatuan bonda dengan media... Status shofie akan cepat didedahkan kalau begitu' Haidan segera meneguk air yang dihulurkan oleh shofie.

"macam macam lah.. Yea lah-yealah.." mahira mengalah..

Shofie kemudiannya naik dahulu untuk menukar pakaiannya manakala Haidan masih duduk bersembang dengan bondanya..

Shofie yang sudah siap keluar dari bilik.. Sedang berjalan untuk turun ke bawah..namun terasa seseorang menariknya kasar..

"nisa.. Kenapa ni.." tanya shofie..

"diam.. Ikut saja lah.." kata nisa kasar.. Mereka sampai diruang rehat di lantai itu.. Nisa segera melepaskan tangan shofie..

"kau siapa.. Tiba-tiba masuk keluarga aku.." annisa menolak nolak bahu shofie.. Lagaknya kalah samseng lagi.. Shofie diam.. Dia tak ada jawapan untuk itu..

"kenapa diam perempuan.. Jawaplah aku tanya.." kalini annisa menolak shofie sampai shofie jatuh terduduk disofa..

Mata annisa terpandangkan sesuatu.. Dia dengan kasar naik keatas badan shofie.. Menarik narik kain bandana yang berada di leher shofie.

"nisa buat apa ni.. Jangan nisa.." kini berlakulah aksi rebut merebut kain bandana dileher shofie..

"kak jangan kak" annaila yang baru naik keatas tergejut melihat annisa sedang duduk diatas badan shofie.. Mereka berdua sedang tarik menarik kain bandana.. Annaila segera menarik kakaknya annisa..dan bandana itu akhirnya terlerai.. Sudah berada ditangan annisa..

Masing-masing terdiam bila melihat leher shofie yang penuh dengan tanda merah.. Annisa menarik leher baju shofie.. Walau ditempis oleh shofie. Sampaikan mereka berdua jatuh dari kerusi.. Tapi leher bajunya telah tersingkap.. Menampakkan baju kecilnya.. Dan lebih banyak tanda merah kelihatan disitu..

"aku dah agak.. Kau goda abang aku..."marah annisa..

" kau perempuan murahan.. "kutuk annisa lagi..

" kak.. Abang dah nikah.. Kakak jangan macam ni. Nanti kita juga yang susah.. "kata annaila. Sekali memandang ke bawah.. Takut haidan naik keatas..

" kak sudah la... "annaila menekan katanya.. Masih menarik annisa yang agresif terhadap shofie.. Manakala shofie diam.. Tak membalas.. Shofie hanya membetulkan kembali bajunya.. Menutup agar tak terdedah.

" KENAPA NI!!!"

Haidan melihat tiga wanita yang berada didepannya kini.. Annisa bangun melepaskan tangannya dileher baju shofie.. Seraya melempar bandana di lantai.. Manakala shofie duduk dilekuk di lantai.. Menunduk mencapai bandana.. Haidan memerhati tangan shofie yang mengambil bandana tersebut.. Sebelah tangannya lagi menutup lehernya..

"naila.. Apa yang berlaku.." tanya haidan kepada annaila.. Malah annaila mengeleng..

"jadi bulan ni akan ada dua orang yang akan dipotong duit belanjanya.." ugut haidan.. Shofie sudah duduk di atas sofa.. Kini.

"naila tak buat apa abang.. Bila naila naik.. Benda dah jadi macam tu.." annaila menunjuk kearah sofa dimana shofie sedang duduk.

"kenapa abang nikah dengan dia... Abang sengaja kan.. Macam mana dengan kak yumna.." kata annisa..

Haidan tersentak.. Rupanya annisa memikirkan tentang yumna.. Sehingga dia membantah pernikahannya dengan shofie.. Tak dinafikan yumna dan dua adik perempuannya sangat akrab. Haidan berlutut didepan shofie.. Melihat keadaan shofie.. Mengikat kembali bandana di leher shofie.. Lalu menarik tangan shofie untuk bangun..

"abang tak ada apa- apa hubungan dengan yumna..kami hanyalah sahabat.. Lagipun, dia cuma calon dari nenda.. Bukannya siapa-siapa bagi abang.. Kalau sesiapa berani campur tangan lagi dalam kehidupan abang.. Abang akan tarik balik semuanya.. Segalanya.. Nak lihat..Cubalah.. "ugut haidan..

Haidan membawa shofie masuk kebiliknya.. Mengunci pintu bilik tersebut.

" salin baju lain.. "arah haidan.. Melihat butang baju shofie sudah tercabut dari bajunya..

Shofie masuk kedalam bilik pakaian.. Mengantikan pakaiannya.. Kemudian dia keluar semula..

" kenapa fiya diam tak melawan tadi.. "
tanya haidan..

" fiya.. Tak boleh masuk campur kan antara urusan keluarga zayn.." jawap shofie.. Haidan memejamkan matanya rapat-rapat..

'ah.. Kau boleh hiraukan saja perjanjian kita.. Kalau kau dalam bahaya.. Kenapa kau biar sampai nisa tindas kau fiya..' rungut haidan..

Haidan segera memeluk tubuh shofie.. Mengurut belakang rambut wanita kesayangannya itu..

"lepas ni.. Jangan biar dua kembar tu buli riya.." bisik haidan di telinga shofie. Shofie mengangguk kan kepalanya..

Mereka bertolak ke mall.. Sebelum keluar.. Haidan mengenakan topi, cermin mata hitam dan penutup muka.. Dan kali ini.. Shofie turut menjadi mangsa.. Turut memakai topi dikepalanya..

Telefon bimbit haidan berbunyi.. Ketika mereka sedang membuat pembayaran..

"ya marwan.. Kenapa.." tanya haidan.. Sekali dia memandang shofie yang berada di sebelahnya.. Sedang menerima beg baju yang baru dibelinya..

"saya dengan shofie.. Di mall.."

"apa.." nada haidan sedikit tinggi.

"kamu pergi cari.. Siapa yang postkan berita tu.. Kami balik sekarang.." haidan memutuskan panggilan.. Dia segera menarik topi shofie kebawah dan hampir membuatkan pandangan shofie terhalang..

"tak nampak" rungut shofie.

"just hold my hand.."kata haidan.. Mereka bergegas keluar dari mall.. Masuk kedalam kereta dalam keadaan tergesa-gesa..

" kenapa ni.. Kenapa kita kena lari.. "tanya shofie.. Sebaik mereka masuk kedalam kereta..

Haidan membuka topi dikepala shofie.. Dikepalanya..dan membuang penutup muka..

" ada paparazzi.. " jawap haidan.. Sebelum memecut laju keretanya keluar dari tempat letak kereta..

Shofie diam dikerusinya.. Dia tak menyukai kehidupan yang begini.. Ini bukan kebebasan baginya..

"hantar fiya balik kondo.. Esok fiya dah kerja.." kata shofie..

Haidan memandang shofie.. Dia tahu apa yang shofie rasakan.. Dengan apa yang berlaku hari ini.. Pasti shofie akan cuba menghindarinya.. Haidan mengeluh perlahan..

"esok idan yang akan hantarkan fiya.." jawap haidan.

Shofie diam.. Dia kembali memberikan senyuman kepada haidan bila lelaki itu mengambil tangannya dan mencium belakang tangannya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience