BAB 77

Romance Completed 175736

Kereta BMW dipandu oleh ruhaina..menuju ke rumah utama keluarga rahimi membawa shofie pulang seperti hujung-hujung minggu sebelumnya.

Shofie banyak menghabiskan masa di bilik bacaan rahimi..kerana ainun sudah kembali.. Dia tak lagi menjejaki kaki nya masuk ke bilik tidur papanya. Dia tahu ainun tak akan selesa dengan kedatangannya.. Bukan sahaja ke bilik itu.. Malah kedatangannya didalam rumah besar itu.

Baru separuh hari dia dirumah itu.. Dia sering disindir oleh ainun bila rahimi tak ada bersama mereka.

Shofie akhirnya memandu sendiri ke rumah mummynya tanpa pengetahuan ruhaina.. Pada mulanya dia cuma ingatkan sekadar singgahan.. Shofie tak mampu menolak bila shofyna memujuknya untuk bermalam disana..

"ni yang mummy sayang sangat dengan shofie.." shofyna memeluk shofie erat.. Dan mencium pipi shofie kiri dan kanan..

"shofie nak makan apa.. Mumny masakkan.." tanya shofyna. Dia senang sekali dengan kehadiran shofie pada waktu itu.

"boleh saja apa-apa mummy.. Masakan mummy semuanya sedap-sedap.. Shofie suka.." balas shofie.

"malam nanti.. Tidur dengan mummy..ya.."

"tapi mummy.. Kan ada.."

"jangan risau.. Papa farhan akan faham.." kata shofyna..

"ya.. Malam ni.. Shofie tidur dengan mummy.. Papa biar mummy lepaskan rindu.." kata farhan.

"baiklah mummy.."balas shofie.

Keesokannya.. Bangun pagi menunaikan solat..selepas itu shofie mahu tidur semula. Tapi tidurnya terganggu, Shofie belari ke bilik air..

" sayang kenapa ni.. Kenapa muntah-muntah sampai macam ni... " tanya shofyna cemas lalu mengurut belakang tekuk anaknya itu.. Membawa rambut shofie yang terjuntai didalam genggamannya dari terkena muntah..

"sayang..kamu menakutkan mummy.. Agaknya masakan mummy kemarin.. Buat kamu muntah teruk sampai macam ni.." shofyna serba salah.. Dia tak sanggup melihat shofie muntah teruk begitu. Shofyna berlari keluar dari bilik mencari minyak angin.

"kita ke klinik ya sayang.." pujuk shofyna..

"tak mummy.. Fie.. Tak apa-apa.." kata shofie yang baru selesai membasuh mulutnya..

"kamu allergic makanan.. Ah.. Mummy terlampau cuai..maafkan mummy.." tangannya menyuakan botol minyak angin kepada shofie.

"bukan salah mummy.. Mummy tak perlulah minta maaf.." kata shofie. Menyambut botol tersebut.. Tapi dia tak tahu itu untuk apa.. Lalu dia hanya mengengam sahaja.

Kini dua beranak itu saling dirundung dengan perasaan serba salah..

"mummy.."

"ya sayang.." shofyna memegang tangan shofie..

"sebenarnya.. Shofie.." shofie menggigit bibir bawahnya..

'mummy.. Fie takut.. Boleh ke fie ceritakan semuanya kepada mummy...' bibirnya bergetar seperti seorang kanak-kanak sedang menahan tangisannya.

"sayang.. Mummy ada disini sayang.. Mummy akan sentiasa disamping anak mummy... Menyokong shofie. Pecayakanlah mummy sayang.." shofyna menarik shofie kedalam pelukannya.

"mummy.." shofie menyeka air matanya dari terus tumpah.. Dia sudah berjanji kepada bayinya.. Tak akan menangis.. Dia tak mahu emosinya yang buruk mempengaruhi anak yang didalam kandungannya.

Shofie menceritakan semuanya daripada mula.. Bagaimana dia boleh berkahwin dengan haidan dan kini dia bakal menyandang status bakal ibu..
Shofyna faham apa yang dilalui oleh shofie. Situasi anaknya tak jauh beza dengan dirinya dulu.

"ikut mummy balik sayang.. Tinggal dengan mummy disana.. Mummy jamin.. Tiada siapa yang akan sakitkan anak mummy.. Mummy akan berikan pampasan untuk suami shofie.. Mummy bayar balik apa yang telah dia laburkan dalam MegahRaya.." kata shofyna.

'ikut mummy pergi.. Adakala kalau fie rasa lemah..dan menyerah.. Mahu saja fie ikut mummy.. Tinggalkan semua ini..tapi.. Bila difikirkan balik.. Hati fie berat untuk pergi..'

"tapi mummy.. Papa tak betul-betul sihat lagi.. Fie takut.. Kalau terjadi apa-apa nanti.." kata shofie.

"shofie terlampau baik sayang.. Memikirkan orang lain.. Sedangkan shofie sendiri sakit menanggung semuanya.."kata shofyna bangga.. Tapi dia juga tak sanggup melihat anaknya disakiti sebegitu..

" kalau shofie perlukan pertolongan dari papa.. Hanya perlu katakan saja sayang.. Papa akan membantu.. Kamu juga anak papa sayang.. "kata farhan yang berdiri di muka pintu bilik mereka..

" eh.. Apa ni.. Curi dengar cerita orang perempuan ni.. "kata shofyna.

" I tak curi dengar.. Tapi tu lah.. Pintu ni dah terbuka dari tadi..dan perut I dah lapar sayang.. " kata farhan sambil mengusap perutnya sendiri.

" oh.. Ok.. Sorry.. Sorry.. Fyna turun sekarang buatkan breakfast.. Mari kita turun dulu.. Jangan kacau my baby girl.. " kata shofyna manja.. Menarik lengan suaminya.

" fie.. Jangan kunci pintu ya.. Mummy risau kalau jadi apa-apa nanti.. Fie boleh bersiap sendiri.. Nak mummy tolong.. "kata shofyna.

" fie boleh ja mummy.. Kejap lagi lepas mandi fie turun.. "kata shofie.

Shofie melihat telefon bimbitnya.. Dari semalam haidan asyik menelefonnya.. Lalu dia menukar telefon itu didalam mod senyap tanpa getar..

" assalamualaikum... " panggilan telefonnya disambung.

" waalaikummusalam sayang.. Where have you been dear.. You make me heart attack...." nafas haidan kedengaran kasar disebelah sana.

"kenapa call dari semalam.. Fiya nak tidur pun tak senang.. Call almost every five minute.." balas shofie rimas.

"I'm worried.. That's why.."

"haidan.." shofie mengetap bibirnya.. Haidan tak menyahut di sebelah sana..

"hubby..."

"yea sayang.." haidan menyahut.

"fiya and baby.. Ok disini.. We are fine.." kata shofie.

"betul.. Ada muntah tak pagi ni.." tanya haidan lagi ..

"hmm.. Tak.." bohong shofie..

"sayang dimana.. Hubby on the way.."

"tak perlu... Fiya driveee.." shofie menutup mulutnya.

'aggh... Mulut..'

Pap..pap..shofie menampar mulutnya..

"don't hit your lip sayang.. Hubby tak izinkan.." haidan bersuara perlahan di sebelah sana..

"ok bye.." shofie ingin menamatkan panggilan.

"I love you so much sayang.." kata haidan.

Shofie bedebar.. Dia terus mematikan pangilan.. Dia tak mampu membalas kata haidan itu.. Entah kenapa.. Entah kenapa hatinya keras sekali untuk menerima haidan..

Selesai sarapan sofie meminta diri untuk kembali kerumah papanya.. Bukan senang mummy nya nak melepaskan shofie pergi, selepas dia mendengar cerita anaknya tadi.. Tapi dia tahu.. Dia tak boleh memaksa shofie. Itu akan menjadi lebih buruk ditambah pula dengan keadaan shofie yang sedang berbadan dua sekarang ini.

"nanti datang lagi ya sayang.." shofyna memeluk shofie dengan penuh kasih sayang.

"ya mummy.." shofie merasa nyaman bila berada didalam pelukan hangat mummynya..

Shofie memandu keluar dari rumah tersebut menuju ke rumah utama keluarganya..

"shofie.. Mari ikut abang.." rafie menarik tangan shofie.. Supaya mengikutnya..

"kenapa abang.. Kenapa abang tarik fie macam ni.." kata shofie.. Dia risau dengan anak yang sedang dikandungnya..

"diam dulu.. Ikut saja.." arah rafie. Dia tak mahu siapa pun mengetahui perkara tersebut.

Rafie menarik shofie masuk kedalam keretanya..

"kita nak kemana ni abang.." tanya shofie cemas.. Bila melihat rafie menayangkan wajah garang seperti itu.

"diam dulu shofie fitriyani.." kata rafie

Shofie memasang tali pingang keselamatan.. Bila rafie mula memandu keluar dari perkarangan rumah..

"abang.." panggil shofie.

"diam shofie.." kata rafie.

"fie.. Ada buat salah.. Kenapa abang marah.." tanya shofie.

"jangan naikkan emosi abang.. Fie..I'm driving right now" ada ketegasan dalam ayat yang disampaikan oleh rafie..

Shofie memilih untuk duduk diam di tempatnya..tak berani nak bertanya lebih lebih lagi..

Shofie melihat jalan yang diambil rafie.. Makin lama.. Makin dia keliru..

'Kenapa.. Kenapa kita.. Kesini..' shofie memandang rafie yang masih fokus dengan pemanduannya.

"abang kenapa kita kesini.." tanya shofie cemas..

Rafie diam.. Dia menekan hon yang panjang diluar pagar di bahu jalan.. Meminta agar pagar itu segera dibuka..

"abang.. Jangan macam ni.." pujuk shofie..

Rafie malah tersenyum sinis.. Menekan hon kereta berkali kali.. Sampai menjadi bingit dan beberapa pengawal mula keluar berjalan kearah mereka..

"maaf tuan..ini kawasan peribadi.. Harap tuan segera beredar.." kata pengawal tersebut.

Rafie membuka tali pingangnya.. Dan turun dari kereta..

"baik kau buka.. Sebelum aku langgar.." kata rafie lantang..

"kalau tuan tak mahu beredar.. Kami terpaksa bertindak kasar.." kata pengawal lelaki tersebut..

Dua orang pengawal mula menghampiri rafie..dan menyerang rafie secara serentak.. Shofie cemas lalu membuka tali pinggangnya dan turun dari kereta..

"CUKUP HENTIKAN!!!"

Jerit shofie.. Para pengawal melepaskan rafie.. Bila melihat shofie.

"jadi kau nak buka ke tak pagar ni.." rafie menolak kasar bahu salah seorang pengawal tersebut.

"maafkan saya tuan.." lalu lelaki itu memberi arahan untuk membuka pagar.

Rafie berpaling.. Sambil menggerakkan jari telunjuknya menunjuk kearah shofie,dengan kepalanya mengeleng..

"now you know.. Huh.." kata rafie.. Kembali mengheret shofie duduk di dalam kereta..

Kereta rafie memandu laju menyusuri jalan masuk kedalam rumah selepas pagar dibuka..

Kini dia berada si hadapan pagar kedua.. Dimana pagar yang memagari rumah besar yang didiami oleh keluarga tersebut.

Kali ini rafie dapat masuk kedalam pagar itu tanpa perlu membuat kecoh seperti tadi..

Sebaik keretanya masuk kedalam perkarangan rumah tersebut.. Seorang lelaki sudah menunggu mereka disitu.. Tegak berdiri gagah, mendabik dadanya yang bidang.. Dengan sorotan mata hanya tertumpu kepada wanita disebelah rafie.. Iaitu adiknya, shofie fitriyani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience