BAB 39

Romance Completed 175736

Sudah hampir sebulan ainun disini.. Namun tak juga di ketemu anaknya rania.

'kenapa anak sorang ni aku susah nak kawal.. Mana dia bersembunyi lagi.' keluh ainun..

'aku tak akan balik selagi tak jumpa kau rania..kau perlu balik dan nikah dengan haidan secepatnya. Barulah kita akan kukuh sepenuhnya rania.' kedengaran gelak ketawa ainun memenuhi ruang bilik hotel tersebut.. Ainun sebenarnya bukannya mencari rania dengan bersungguh.. Dia lebih kepada bercuti..

Bila waktu bertukar malam..di mula menaiki teksi.. Berpusing-pusing lagi di bandar raya besar itu.. Mencari kelibat rania.. Biar dia habiskan wang ringgitnya demi menuai hasil yang berlipat kali ganda nantinya..

Kemudian di terpandang kearah poster besar.. Menampakkan model- model cantik mengayakan beberapa perhiasan cantik ditubuhnya.. Dia yang tak memahami tulisan mandarin itu hanya mampu melihat gambar sahaja.. Semakin lama semakin banyak poster tersebut.. Sehingga dia nampak sekumpulan manusia berkumpul di satu tempat yang dihiasi cantik..

Ainun segera mengarahkan pemandu teksi agar berhenti.. Dia menunjukkan kearah kerumunan ramai manusia didepan mereka..

Pemandu teksi itu mengangguk faham.. Lalu memarkir teksinya di tepi jalan.. Lalu membenarkan ainun turun selepas membayar tambangnya.

Ainun segera ke tempat yang ramai itu.. Bertanya kepada seseorang mengenai apa yang mereka sedang saksikan.. Rupanya ada acara fashion of the year's dan sekaligus mempamerkan koleksi perhiasan oleh beberapa pereka terkenal dunia..

"wah... Untung sekali ni.. Sambil menyelam.. Minum air.. Kesempatan yang sangat jarang jarang sekali.." ainun mengikut untuk masuk kedalam bersama..

Acara masih belum dimulakan.. Dia memilih untuk duduk dikerusi yang terdapat disitu.. Untung yang lain belum memenuhkan bahagian hadapan..

Musik mula berkumandang... Lampu mula gelap hanya lampu utama dibahagian pentas saja yang terpasang.. Para peragawati dan peragawan mula berjalan menayang pakaian ditubuh mereka.. Berjalan sampai ke hujung pentas dan berpatah balik ke tempat asalnya tadi..

Ainun lebih tertarik dengan perhiasan yang dikenakan oleh mereka.. Matanya bersinar-sinar memancar melihat perhiasan yang berada di leher peragawati.. Dia mula berangan alangkah indahnya kalau perhiasan itu menjadi miliknya..berada di tubuhnya..

Selesai acara peragaaanyang berlangsung dalam tempoh hampir dua jam.. Para peragawati dan peragawan muncul lagi bersama-sama dengan pereka mereka.. Semuanya langsung ainun tak kenal..

Sehingga satu nama disebutkan.. Shofyna fakhirya.. Ainun terasa nama itu agak biasa dengannya.. Tapi dia tak dapat ingat dengan jelas dimana dia mendengar nama tersebut.. Sehingga pegatur cara majlis mengatakan bahawa Shofyna fakhirya adalah pereka perhiasan untuk malam ini disamping beberapa pereka yang lain.

Barulah ainun teringat akan set rantai yang ditayangkan beberapa bulan yang lalu oleh datin Malissa.. Sahabat bakal besannya yang sangat mengagumi pereka yang bernama shofyna tersebut.

"cantik juga pereka tu.. Memang sesuai dengan kerjaya dia.. Cantik, berkarisma dan kaya raya.." ucapnya.. Ainun merenung wanita itu yang sedang berfmdiri diatas pentas menyambut sejambak bunga yang diberikan kepadanya.

Selesai acara peragaan.. Majlis disambung dengan acara beramah mesra bersama para pereka.. Ainun turut tak melepaskan peluang tersebut.. Disebabkan dia hanya mengenali nama shofyna seorang.. Lalu kakinya melangkah mendekat kearah wanita cantik itu..

"hai.." tegur ainun..

"hai" Shofyna berpaling dan menjawap terguran yang diterimanya dari arah belakangnya, senyuman manisnya terus hilang diwajahnya.. Melihat wanita yang menegurnya.

"saya datin ainun.. Dari malaysia" ainun memperkenalkan dirinya..

Shofyna menyambut huluran tangan dari ainun..

"shofyna fakhirya" balasnya.. Tiada lagi senyuman manis diwajahnya.. Seperti tadi. Ainun yang perasaan akan itu.. Kini situasi menjadi agak kekok ..

"saya kawan kepada datin malissa.. Dari malaysia.." kata ainun.. Shofyna hanya mengangguk sahaja..

"mummy.." dengar seseorang memanggilnya.. Ainun turut berpaling.. Seorang jejaka kacak ..datang kearah mereka..

"yea sayang.." jawap shofyna..

"time to go mummy.." kata anak lelaki.. Berparas kacak tersebut..

"maaf ya.. Saya kena pergi" segera shofyna meminta diri.. Dia kemudiannya berjalan mengikut anak muda itu pergi..

"ianya satu kebanggaan dapat berjumpa dengan kamu.. Shofyna fakhirya.." kata ainun..sambil melambaikan tangannya di udara dengan sopan.

Shofyna yang sedang berjalan itu berpaling dan menunduk sedikit kearah ainun..

Ainun merasa hairan dengan tingkah pereka yang bernama shofyna itu.. Dia kemudiannya turut berjalan ke arah pintu utama melangkah keluar dari situ.

Sementara.. Di dalam kereta mewah.. Dibahagian kerusi belakang.. Farid menyuakan sebotol air mineral yang baru dibukanya kepada mummynya..

Shofyna menyambut huluran air mineral tersebut.. Menegup air itu rakus..

"siapa tadi tu mummy.." tanya farid.

"someone from my past.. " terang shofyna..

"mummy.." farid mengurut belakang shofyna.

"patutlah farid tengok muka mummy tadi terus berubah saja.. Sebab tu farid datang dekat dengan mummy.." kata farid.

"mummy.."

"Taknak balik Malaysia.." tanya farid..

"I'm not ready yet sayang... Mumny tak tahu bilanya mummy bersedia balik malaysia sayang.. Mummy takut.. Sangat takut.." shofyna mula menangis..

"jangan takut mummy.. Farid ada.. Daddy pun ada.. We be always be with you.. By your side.." seraya memeluk shofyna..

"one day.. Bila mummy dah ready.. Kita balik ya.. Mummy taknak tengok macam mana puteri mummy.." farid sengaja bermain dengan emosi shofyna... Iaitu mengenai puteri kandungnya.

"suatu hari nanti.. Farid.. Mummy janji.. When I'm ready.. I will meet my princess.." shofyna menyeka air matanya.. Dia kembali duduk tegak di kerusinya.. Farid menyuakan tisu kepada shofyna..

'farid tahu.. Mummy akan berhenti menangis bila mendengar tentang puteri tunggalnya.. Satu satunya anak yang di kandungnya.. Hanya itu kekuatan bagi mummynya untuk terus bangun.. Dari ditindas..' farid senyum memandang wanita cantik di sebelahnya.. Wanita yang sanggup menyusukannya disaat dia hampir kehilangan nyawanya akibat takdir yang menjadikan dirinya seorang yatim sejak dilahirkan.

' farid akan pastikan.. Mummy akan dapat semula puteri mummy... Kepada siapa yang menindas mummy, akan menerima balasan yang sepatutnya.. Itu janji farid, mummy' tekad farid.. Mengengam jari jemari shofyna.. Agar wanita cantik itu kembali tersenyum memandangnya..

Farid dapat melihat wanita yang bertemu dengan Mummynya tadi sedang berjalan keluar dari tempat majlis tadi.. Wanita itu sedang menahan teksi yang kebetulannnya lalu dihadapannya.. Farid mengeluarkan telefon bimbitnya.. Mengambil beberapa gambar wanita tersebut. Lalu menghantarkan kepada seseorang.

'Find information about this woman immediately' - lalu turut mengirimkan pesanan tersebut.

"kita balik ya mummy.." tanya farid.. Shofyna mengangguk setuju.

"by the way.. Mummy.. This is yours flowers." farid memberikan sejambak bunga kepada mummy nya.

"mummy dah dapat bunga kan tadi.. Kenapa farid belikan lagi..."kata Shofyna..

" itu lain.. Ini yang farid belikan khas buat mummy.. "katanya.. Kini dalam kereta tersebut sudah ada lima jambakan bunga.

" thanks sayang" Shofyna mengosok-gosok lembut pipi farid.. Sungguh farid anak yang tahu bagaimana caranya hendak buatkan dirinya terus tersenyum.

"kita balik ke hotel ya mummy" tanya farid..

"yes dear.." balas Shofyna mencubit pipi farid manja.

Farid keluar dari kereta.. Lalu duduk dibahagian pemandu.. Memandu sendiri untuk pulang ke hotel penginapan mereka..

Sedang dia fokus memandu.. Telefon bimbitnya berbunyi berkali-kali.. Membuatkan dirinya tersenyum sendiri..

Sebaik sampai ke hotel.. Farid akan memastikan Shofyna masuk ke hotel dahulu.. Barulah dia beransur ke biliknya.. Walaupun biliknya hanya bersebelahan sahaja dengan bilik Shofyna..

Farid duduk di sofa..menghidupkan komputer ribanya.. Membuka email yang dihantarkan oleh sahabatnya yang merupakan penyiasat yang boleh mendapatkan maklumat dengan ramai kenalannya diluar sana. Tak kalah juga dengan hal mengodamnya.

"datin ainun.. Puan besar Megahraya Sdn. Bhd.. Isteri kepada Pengasas MegahRaya iaitu rahiiiimi...hmmm..nice"

"mempunyai seorang puteri dan dua putera.."

"raffa"

"Rafie.. dan rania.."

Bacaannya terhenti disitu...

'Adakah rania ini anak mummy.. Mumny sendiri tak tahu siapa nama anak mummy kan..' farid kemudian membaca maklumat peribadi rania.

"cik muda kedua keluarga MegahRaya.."

"WHAT..!!!" jeritnya.. Dia kemudian melihat tarikh lahir rania.. Tiga bulan kebelakang dari tarikh lahirnya..

"tak mungkin.... Sepatutnya.. Kami hanya berbeza beberapa hari.. Jadi mana anak mummy sebenarnya.."

Tanpa menunggu lama dia terus mendail.. Tak lama panggilan disambungkan..

"heii alex.. Come on.. Bagilah detail.. Macam mana dengan puteri sulung mereka.."tanya farid.

"sorry bro.. Tak ada data tentang itu"

"jangan main-main.. Ni antara hidup dan mati tau.. I really need that information.."

"ya.. Tapi memang aku sudah check.. Sedangkan nama pun tak ada.."

"godam saja system diaorang.. Aku tak peduli.. Buat saja.."

"serius ni. Tapi aku rasa.. Mereka rahsiakan kewujudan dia la.. Mesti ada sebab.. Takkan nak main terjah saja.."

"she my sister.. I need to know.. Just do it"

"maksudnya.. Itu..."

"ya..ya.."

"give me 15 minute.. I try my best.."

Panggilan dimatikan.. Lima belas minit terasa terasa sangat lama... Dia kemudiannya masuk kedalam bilik air membersihkan diri.. Sebalik keluar dia.. Melihat lagi ke telefon bimbitnya.. Masih belum apa apa-apa..

"baru sepuluh minit farid.. Sabarlah.."

Selesai memakai pakaian.. Dia duduk lagi di sofa.. Waktu menunggunya diisi dengan melihat data yang diperolehinya tadi.. Menatap gambar-gambar mereka satu persatu..

Komputer ribanya.. berbunyi..

Dengan pantas dia membuka emailnya kembali..satu paparan imej keluar.. Membuatkan dia terdiam sendiri.. Dia menjadi kaku seketika..

"shofie.. Shofie fitriyani.." bibirnya bergerak gerak menyebut nama itu..

"ya allah.. Kamu cantik..sangat cantik.. Seperti mummy.."

"COPY PASTE MUMMY" jeritnya.. Lalu di mengeluarkan gambar shofyna yang memangku dirinya waktu kecil.. Lalu diletakkan dekat dengan gambar shofie.

"MUMMY... I found your daughter.." hatinya berbunga riang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience