BAB 95

Romance Completed 175736

"nisha.. Umi tak sedap hati ni.."kata melati.

"kenapa umi..?" tanya tarnisha.

"umi dengar, ada suara perempuan dalam bilik abang kamu.. Kamu pergi masuk tengok ada siapa dalam bilik tu.. Kamu buat-buatlah nak ambil baju kotor dia nanti"..cadang melati.

"tapi umi.. Abang masih ada didepan tu.. Macam mana nisha nak masuk...nisha takut.. Tengok muka abang tu masam saja.." kata tarnisha.

"hmm.. Umi suruh dia ke kedai.." melati mengelap tangannya yang basah di kain yang tergantung di dinding. Lalu berjalan ke tengah rumahnya, dimana ada taufiq sedang duduk disitu, menonton televisyen.

"taufiq.. Tolong umi belikan gula.. Sekali, berikan barang untuk esok.. Umi nak buat nasi lemak.. Kamu kan suka makan nasi lemak sambal sotong kering.. Boleh kamu ke kedai sekejap.." kata melati.

"umi.. Esok sajalah taufiq ke kedai.."

"boleh lah taufiq.. Lagipun boleh umi rendamkan sotong tu malam ni.. Esok dia akan jadi lembut.. Kalau esok liat pula.." melati mencari alasan.

"hmm.. Yealah umi.. Kedai pak teh buka lagi ke.?? ."

"buka lagi.. Kalau tak buka.. Kamu pergi kedai depan sikit tu.. Kedai india tu dia tutup lewat.."

Taufiq bangun dan berjalan keluar kearah pintu.. Memandangkan rumahnya agak dalam dan jauh dari rumah-rumah yang lain.. Taufiq menghidupkan enjin kereta dan pergi..

" nisha.. Cepat..abang kamu dah keluar."panggil melati.

" kejap.. Umi" tanisha mengunci pintu biliknya dari luar..

"kenapa kamu kunci pintu bilik kamu?" tanya melati.

"entah..umi..nisha rasa ada yang tak kena dengan kak hayfa.. Jadi untuk langkah berhati - hati.. Kunci dulu pintu tu" jawap tarnisha.

Mereka berdua perlahan lahan membuka pintu bilik taufiq.. Bilik itu gelap kerana tak dibukakan lampu.. Melati meraba dinding mencari suis lampu.. Bila lampu dibuka.. Bilik itu menjadi terang benderang..

"ya allah.. Umi tengok tu.." tarnisha menunjukkan kearah sekujur tubuh yang tak bergerak tidur diatas lantai kayu..dengan bajunya yang koyak dan mendedahkan bahagian atas tubuh tersebut.

"apa abang kamu dah buat ni.." suara melati bergetar..

"ni kak shofie.." tarnisha mengangkat kepala shofie dan diletakkan di atas pehanya..

"kamu.. Kamu pergi ambil air tu.." kata melati. Tarnisha bangun.. Melati menyambut kepala shofie..

"bangun shofie.." panggil melati..

"ini umi.." tarnisha menyuakan air yang berada didalam gelas..

Melati menyambut lalu merenjis renjiskan air itu di wajah shofie... Shofie mula memberi tindak balas bila merasa sejuk diwajahnya.. Matanya dibuka perlahan lahan..

"argggghhh" mulut shofie ditutup oleh melati, sebelum jeritan shofie menjadi lebih kuat.

"sssshhhh.. Ini umi.. Jangan takut.. Umi minta maaf ,anak umi sakitkan kamu.. Mari umi tolong kamu bangun.." kata melati..

"umi.. Tolong shofie.. Taufiq culik fie.. Tolong lepas kan fie... Tolong umi..tolong fiee.." rayu shofie.. Memaut tangan tua itu.. Dengan tangannya yang terketar-ketar..

"culik!??" kata dua wanita itu serentak.

"Allahuakbar..!!!." melati menangis mendengar kata yang diucapkan shofie..

"nisha..ambil telefon kamu.. Cari baju kamu yang elok sikit.. Gantikan baju kak shofie kamu.."

"umi.. Kita bawa kak shofie ke bilik umi dulu lah.."..

Seraya itu mereka membawa shofie keluar.. Dan menukar pakaian shofie yang sudah koyak rabak..

"ni telefonnya umi.." tarnisha menyerahkan telefon bimbitnya.

"ambik ni shofie.. Kamu telefon keluarga kamu.. Bagitahu kamu disini.." melati menyuakan telefon bimbit tersebut..

Shofie mengambil telefon tersebut.. Lalu membuat panggilan..

"hubby!!" tangisan shofie pecah..

"sayang..!" suara haidan kedengaran disebelah sana.

"sayang tunggu.. Hubby dalam perjalanan.. Bertahan sayang.." shofie mengangguk..

Diluar kedengaran enjin kereta berhenti di hadapan rumah..

"abang kamu dah balik.. Cepat nisha.." kata melati..

"shofie duduk diam disini ya.. Diam-diam saja.." shofie mengangguk.. Dan panggilan dimatikan.

Haidan melihat telefonnya.. Bila panggilan diputuskan begitu saja.

Tarnisha mengambil kembali terlefon tersebut lalu mengirimkan lokasi rumah mereka kepada nombor haidan. Dia berlari keluar membuka kunci pintu biliknya.. Mujur saja,hayfa masih tidur didalam..

"umi..ni barangnya.." kata taufiq melangkah masuk kedalam rumah.. Meletakkan beg plastik di meja dapur.. Dimana uminya dan tarnisha berada.

"nisha.. Kamu isikan gula.. Dan buatkan kopi untuk abang kamu.." suruh melati..dia takut taufiq masuk ke dalam bilik.. Dan melihat shofie tiada disitu.. Tentunya anak itu akan mengamuk..

"nak kemana tu taufiq?"

"taufiq nak masuk ke bilik kejap ambil barang.." jawap taufiq.

"jangan..!" kata mereka berdua.. Taufiq berhenti melangkah..

"jangan masuk dulu.. Teman umi disini.. Bukannya, kamu selalu balik kesini.. Umi ada benda nak bincangkan dengan kamu.." kata melati..

"sekejap saja umi.." taufiq bekeras. Dia tetap mahu ke biliknya.

Tarnisha dan melati saling berpandangan.. Mereka melihat taufiq hilang disebalik pintu tersebut.

"umi..!" panggil tarnisha cemas.. Sambil mengoyang tangan melati.

"buat seperti tiada apa-apa berlaku nisha.. Kita diam saja seperti tak ada apa apa berlaku." pesan melati.

Taufiq membuka pintu biliknya.. Dia masuk dan menutup pintu kembali.. Tangannya menekan suis lampu bilik itu.. Bila keadaan bilik itu menjadi terang.. Dia mencari di sudut tempat terakhir shofie berada.. Matanya membulat bila melihat shofie tiada di situ.. Dia melihat ke arah tingkap.. Dan melihat ke bawah..

'dia betul- betul terjun? Tak kanlah' taufiq gelabah dan berlari keluar..

"umi!!! Nisha..!!" jerit taufiq.

Melati duduk di kerusi meja makan dengan tenang. Manakala tarnisha sedang mengacau kopi yang sedang dibancuhnya.

"kenapa kamu jerit-jerit ni taufiq?? .." tanya melati.

"umi dan nisha ada masuk bilik taufiq tak.. Ada buka pintu bilik taufiq tak!" tanya taufiq keras.

"tak taufiq.. Kenapa perlu kami masuk bilik kamu.." balas melati.

Taufiq ke bilik tarnisha.. Dimana ada hayfa yang sedang tidur.

"hayfa bagun.." gerak taufiq.

"kau ni kenapa... Bagilah aku rest.." taufiq menarik bahu hayfa bangun.

"bangunlah.. Kau ni boleh tidur pula.. Shofie dah lari.." kata taufiq.

"kau gila ke.. Dia kan ada dalam bilik kau.. Dia nak lari kemana pulak.." rungut hayfa.. Lalu bangun berdiri..

Mereka berdua keluar dari bilik dan berada diruang tengah..

"cuba kau cari dulu.." kata hayfa sambil menguap..

"mari kita cari dia.. Dia pasti belum jauh.." kata taufiq..

"kamu nak kemana pula ni.." tanya melati.

"umi..." belum sempat taufiq menghabiskan ayatnya.. Telinganya menangkap bunyi derapan kaki di luar rumahnya..

'dia masih diluar..' teka taufiq..

"kawasan ini telah dikepung..!!!"

"sila beri kerja sama.. Dan serah diri sekarang!!!"

Kedengaran suara dari pembesar suara.. Diluar rumah mereka.

"kenapa ada polis disini..!" taufiq melihat tiga wanita di hadapannnya satu persatu..

Melati dan tarnisha sama-sama mengeleng..

"kau.. Kau khianat aku hayfa.." taufiq mencekak rambut hayra.. Menarik sampai wanita itu mendongak keatas..

"hey.. Bukan aku lah.. Aku tak buat apa pun.. Aku tidur kan.. Sakit la taufiq... Lepas lah.."

"kalau bukan kau.. Takkan umi dengan nisha pula..."

"bodoh.. Aku kata bukan aku.. Bukan aku lah.." hayfa memukul tangan taufiq yang melekat di kepalanya.

Taufiq geram lalu melepaskan hayfa dengan kasar.. Sampai hayfa jatuh tersembam ke lantai..

"arrghhhhh..." jerit hayfa.. Melati dan tarnisha menolong mengangkat hayfa bangun..

"sila keluar dan angkat tangan.." bunyi suara itu lagi.

"taufiq jangan.. apa yang kamu buat ni..!! Kalau kamu bersalah.. Keluarlah..serah diri, Jangan buatkan benda ni jadi kacau bilau.. Taufiq.."rayu melati.

Taufiq melihat uminya..

'bersalah.. Kenapa umi kata dia bersalah..'

Taufiq menggila.. Dia mengeledah rumah tersebut.. Dari semua sudut yang ada. Sampai dibilik melati dia menolak pintu bilik itu tetapi, pintu bilik itu dikunci dari dalam.

" kenapa pintu tak boleh dibuka.. Umi..?!!!" tengkingnya..

Melati tersentak mendengar taufiq menengkingnya begitu..dia diam tak menjawap. Tarnisha ketakutan lalu memeluk uminya.. Dia seperti, melihat bayangan ayahnya berada didalam tubuh taufiq..

Taufiq menendang pintu bilik itu sampai terbuka..

"disini ya sayang..." taufiq tersenyum lebar.

"jangan dekat taufiq.." kata shofie.

"kan aku dah cakap sebelum ni... Aku tak terima arahan dari sesiapa!!!" tengking taufiq.. Lalu menarik tangan shofie.. Menarik shofie keluar dari bilik tersebut.

"umi dan nisha khianat taufiq.. Kenapa umi.. Taufiq hanya ambil apa hak taufiq.. Salah kah umi.. Umi juga yang nak lihat menantu umi kan.. Susah payah taufiq bawa shofie kesini.. Dan kamu semua sia-siakan segalanya.." kata taufiq lantang.. Dia memeluk shofie dari belakang.. Memeluk erat tak mahu shofie lari darinya shofie pula menempis tangan taufiq yang melilit tubuhnya..

Brakkk.....

Pintu utama rumah tersebut pecah dengan sekali tendangan.. Masuk beberapa anggota polis siap berpakaian serba hitam dan bersenjata menyerbu kearah mereka..

"lepaskan wanita itu..!! " arah salah satu mereka..

Taufiq tak mengikut arahan lelaki itu.. Dia menarik shofie ke ruang dapur..

"ambik pisau tu shofie.." bisik taufiq di telinga shofie.. Shofie mengeleng..

"ambik!!" jerit taufiq.. Lalu mengeratkan lagi pelukannya.. Di pingang shofie..

"cepat.." katanya lagi..

"kau ni" taufiq merengus kasar.. Lalu dia mencapai pisau dengan sebelah tangannya..

"keluar dari rumah aku.. Kalau tak.. Mati perempuan ni aku kelar.."ugut taufiq. Dia meletakkan pisau dia leher shofie.

" lebih baik encik lepaskan perempuan tersebut.. "

" taufiq.. Sudah lah tu.. Lepaskan shofie.. Kenapa perangai kami macam ni nak.. Kamu.. Kamu sama macam ayah kamu.. Lepaskan shofie nak.. "rayu melati lagi.

" kamu semua cabar aku ya.. Ingat aku tak berani nak kelar leher dia.. " kata taufiq sambil ketawa kuat.. Pisau itu didekatkan ke leher shofie.. Kemudian jelas kelihatan darah mula mengalir dipisau tersebut..

"dengar shofie.. Kalau aku tak boleh dapatkan kau.. Jadi lebih baik kita, mati sama-sama.." bisiknya di telinga shofie..

Taufiq mengheret shofie keluar dari rumah itu.. Bila mereka mula membuka ruang untuknya keluar.

Haidan yang berada di luar melihat taufiq keluar dengan membawa shofie..

" kenapa mereka tak seleaaikan lagi.. " marah haidan. Dia bangun dari tempat persembunyiannya yang terdapat beberpa orang polis bersamanya..

" encik jangan.. "kata pegawai polis tersebut.

" saya sudah tak boleh tunggu..!! "

" dengar encik.. Kalau encik pergi.. Ianya akan lagi mengeruhkan keadaan.. Dengarkan saya.. Mereka disitu mahir dalam bidang ni.. Kita tunggu saja disini.. " haidan mengepalkan penumbuknya..

Dari situ dia melihat shofie.. Wajah shofie yang membengkak dan ada kesan darah di bibirnya.. Hati haidan sakit.. Tambah pula dia tak boleh melakukan apa-apa disitu..

" bagi aku pergi.. Aku nak kereta..!! "jerit taufiq.

Mereka disitu mengikut sahaja.. Memberikan laluan..dan menyediakan kereta untuk taufiq. Taufiq memasukkan shofie di kerusi penumpang..

Bang..

kedengaran bunyi tembakan memecah kesunyian ketika itu.. Taufiq jatuh ketanah.. Bila bahunya terkena tembakan... Mengerang kesakitan.

Satu anggota bolis segera menekan tubuh taufiq menirap ke tanah dan mengarinya..

"lepaslah.. Sakit bodoh.." jerit taufiq. Anggota yang lain memberi isyarat bahawa keadaan sudah selamat..

Beberapa anggota yang lain keluar bersama haidan dan marwan. Haidan berjalan dekat kearah kereta tersebut. Dimana taufiq sudah diangkat berdiri. Oleh salah seorang anggota polis.

"kau lelaki tak guna.. Berani kau culik isteri aku.." marah haidan. Lalu melepaskan penumbuk di wajah taufiq..

Beberapa anggota polis yang lain menangkap haidan..membawa haidan menjauh dari taufiq.

"puih" taufiq meludah darah yang mengalir di mulutnya..

"isteri..?? Dia perempuan milik aku!! Kau yang rampas dia dari aku.. Aku hanya ambil dia kembali... Dia hak aku!!" jerit taufiq.

Haidan tak mengendahkan taufiq yang sedang menjerit macam orang gila.. Dia mencari shofie yang sedang dikerumuni olehnya pegawai yang sedang merawatnya..

Melihat keadaan shofie yang lemah..baju yang dipakainya ada darah dileher membuatkan hati haidan sakit.. Dia berpaling memandang taufiq..

Dengan langkah yang cepat.. Dia mencekam baju taufiq.. Menumbuk wajah itu sampai berdarah.. Taufiq jatuh ke tanah.. Haidan masih meneruskan membelasah lelaki itu.

"tolong.. Tolong hentikan.." terdengar suara wanita merayu kepada haidan. Haidan melihat ada satu wanita tua sedang bersujud tak jauh dari mereka..

Haidan melepaskan cengkaman baju taufiq.

"ini untuk shofie..kalau ibu kau tak merayu.. Aku sendiri akan belasah kau sampai hilang myawa kau.!! " kata haidan berrbisik di telinga taufiq.

"dia.. Dia.. Sungguh.. Nikmat.. Aku.. Dah.. Rasa dia.." kata taufiq.. Dengan nafas yang tersekat sekat .

Haidan dapat melihat.. Walaupun muka taufiq penuh dengan darah.. Lelaki itu tersenyum.. Tersenyum menyindir kepadanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience