BAB 59

Romance Completed 175817

Seperti biasa.. Mak nani akan datang pagi-pagi memberikan air yang harus diminum oleh shofie.. Haidan memang tak pernah melepaskan peluang untuk menyentuh shofie..

Sampai di ruang makan.. Yumna sudah menunggu disana bersama mahira.. Dan kali ini.. Shofie terus mengambil tempat duduk disebelah mahira.. Tanpa menunggu yumna memohon untuk duduk disebelah haidan.

Mahira perasan akan hal tersebut.. Malah haidan juga.. Pagi ini shofie banyak diam sahaja.. Namun wajah cantik itu masih boleh tersenyum dengan baik..Shofie melihat sahaja yumna melayan haidan makan..

'kenapa fiya.. Kenapa kau diam saja.. Kalau kau tak suka semua ni.. Aku akan hilangkan semuanya.. Aku mahu dengarnya fiya.. Aku mahu dengar sendiri darimu berkata.. Yang kau tak sukakan semua ini..' haidan memandang shofie lagi.

"abang.. Makanlah ni.. Sandwich yang yumna buat.. Abang kan suka sandwich yang yumna buatkan .." katanya manja.. Haidan kemudiannya mengangguk. Mahira menggeleng, sebelum berpaling memandang menantunya yang diam saja disebelahnya.

"idan.. Esok bonda bawakan shofie ke yayasan.. Untuk temankan bonda.." kata mahira.. Haidan memandang shofie yang sedang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya..

"baiklah bonda.." kata haidan.

Yumna menghantar mereka sampai ke kereta.. Sekali pandang macam seorang isteri yang sedang menghantarkan suaminya yang hendak pergi kerja.. Shofie memandang yumna yang sedang membetulkan kan baju haidan.
Mahira datang menghampiri menantunya.. Dia tahu apa yang dirasakan oleh shofie..

"shofie.." panggil mahira lembut. Mengosok gosok belakang menantunya.

"jangan ambil hati dengan yumna.. Dia masih belum matang.. Perangai masih seperti anak-anak.. Haidan layan dia tak lebih sebagai adik.. Cumanya yumna tu manja sikit.."

"jangan ambil hati ya sayang.." kata mahira lagi.

"tak lah.. Bonda. Shofie tak ambil hati.. Shofie baik-baik saja.." shofie menyalam tangan mahira.. Mahira malah menarik shofie.. Memeluk menantunya, sambil menepuk nepuk belakang menantunya.. Shofie melangkah masuk kedalam kereta.

"bye abang.. Jumpa nanti ya.." kata yumna diluar.. Sedang tersenyum manis sambil melambai kepada mereka.. Haidan sekadar mengangkat tangannya kepada yumna.

"jalan marwan.." arah haidan.

Marwan pun mula memandu keluar dari perkarangan rumah.. Shofie hanya memandang keluar..

"saya. Balik rumah papa malam nanti.. Boleh.." tanya shofie masih memandang ke luar..

"tak boleh" jawap haidan.

"ok" shofie menyandar belakangnya ke kerusi.. Mengeluarkan telefon bimbitnya..dan mula sibukkan dirinya dengan telefon nya.

"fiya sedang mengelak dari haidan.." tanya haidan.. Shofie malah mengeleng.

"mana mungkin.. Haidan.." kata shofie perlahan..

"jadi kenapa dari tadi diam saja.. Sampai tak beritahu idan, nak Ikut bonda ke yayasan.. Kenapa perlu bonda yang beritahu haidan.. Fiya tak boleh beritahu sendiri.." suara haidan sudah meninggi dari kebiasaannya..

Marwan yang sedang memandu turut tersentak.. Sekali mencuri pandang melihat melalui cermin pandang belakang..

Shofie malah diam.. Dia langsung tak suka kan situasi sekarang ini.. Haidan mengengam kuat tangan shofie.. Sampai shofie merasa tangannya sakit..

"haidan.." shofie memandang wajah haidan.. Ternyata lelaki itu sedang marah..

"JAWAP SHOFIE..."

"kenapa kamu marah haidan.. Apa salah fiya.."

"kenapa mengelak..dari haidan.."

"maaf.." kata shofie lemah.. Tapi masih boleh tersenyum kepadanya.

Haidan melepaskan tangan shofie.. Dia lemas dengan perangai shofie yang pandai menyembunyikan emosinya.. Malah menutup dengan senyuman manisnya..

"boleh fiya balik rumah papa.. Lepas balik dari yayasan bersama bonda.." tanya shofie..

"kenapa nak balik kesana.."

"selalu hujung minggu.. Shofie akan balik kesana.. Minggu ni, abang raffa balik bersama family dia.." kata shofie

"hemm" balas haidan.

"terima kasih.."

"hmm"

Kemudian.. Keadaan menjadi sunyi semula.. Sampailah shofie turun di kondo..

Terdetik dihati shofie.. Hubungannya dengan haidan.. Seumpama pasangan yang sedang melakukan kesalahan. Mencuri untuk bertemu. Seperti mempunyai hubungan gelap yang terlarang. Masing-masing sedang menutup antara satu sama lain.. Padahal hubungan mereka halal..dan tak ada salahnya.. Shofie menggeleng kepalanya.

"kenapa fie.. Pening ke.." tanya ruhaina.

"tak kak.. Kadang fie fikir.. Kenapa nasib fie macam ni.. Kenapa fie pilih jalan macam ni..kenapa fie setuju untuk semua ni.. Kenapa fie.... Fie.." nafas shofie semakin pantas.. Terasa sesak didadanya..

"sabar shofie.." ruhaina segera memeluk tubuh shofie..

"shofie dah penat kak.. Penat jadi kuat di depan dia.. Fie tak tahu.. Sampai bila fie boleh tahan lagi.." shofie memeluk ruhaina erat.. Terdengar esak tangis shofie dibahu ruhaina..

Shofie tak masuk ke pejabat pagi itu.. Dia duduk di kondo.. Menangis.. Meluahkan rasanya kepada ruhaina.. Ruhaina menjadi pendengar setia buat setia buat shofie..

" terima kasih kak.." ucap shofie.. Bila puas meluahkan semuanya.. Namun dia masih menjaga aib suaminya.. Shofie hanya banyak menangis.. Dari bercerita.. Sampai matanya bengkak..

"fie.. Mata fie bengkak.. Fie off sajalah sampai petang.." cadang ruhaina. Shofie mengangguk saja.. Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik..dan memilih untuk tidur sebentar..

Malam itu haidan mengambil shofie.. Dia memandu kereta itu sendiri.. Shofie berjalan kearah kereta ditemani oleh ruhaina.. Oleh kerana agak kelam.. Haidan tak melihat shofie dengan baik pada ketika itu.

Sampai saja dirumah.. Shofie terus ke bilik.. Malah terus ke bilik air.. Membersihkan diri.. Shofie melihat wajahnya di cermin bilik air.. Masih berbaki sisa-sisa sebam matanya..

'ahh.. Shofie.. Kenapa kau menangis teruk sangat..' walaupun tadi dia sudah menempelkan karung ais di matanya semasa di kondo.. Shofie kembali membasuh mukanya.. Lagi dan lagi..

"fiya.. Buat apa dalam tu lama-lama" haidan sudah mengetuk pintu bilik air..

"kejap.. Fiya dah nak siap.." shofie membetulkan suaranya yang kedengaran serak..

"fiya.." haidan mengetuk pintu kaca itu dengan kuat..

Shofie segera membuka pintu bilik air.. Sebelum pintu itu menjadi kaca yang berderai dilantai.. Haidan menarik lengan shofie..

"kamu.. Menangis.." tanya haidan.. Shofie menggeleng..

Haidan mengelus pipi shofie yang basah dengan air itu.. Jelas kelihatan sebam di mata shofie.. Walaupun shofie menafikannya..

Haidan memeluk tubuh shofie.. Shofie malah menolak dada haidan.. Malah haidan mengeratkan lagi pelukkannya sehingga shofie mengalah dan membiarkan dirinya dipeluk haidan..

"haidan.. Fiya letih.. Fiya nak tidur.. Please" kata shofie.. Perlahan dan lembut ditelinga haidan.

"I'm sorry.. Maafkan haidan.. Buat fiya menangis.." kata haidan.. Haidan mencium pipi shofie lama..

"haidan please.." shofie menolak tubuh haidan.. Namun itu tak memberikan kesan apa-apa.. Malah pelukan itu semakin erat..

"kita makan dulu.. Teman haidan makan.." shofie mengeleng..

"lepas dulu haidan.." haidan melepaskan pelukan..

"tunggu haidan mandi kejap.." haidan masuk ke dalam bilik air..

Walaupun shofie menolak untuk makan malam bersama.. Tapi akhirnya, shofie turun juga bersama haidan..

"abang.. Kenapa lambat turun.." yumna segera manarik lengan haidan.. Manakala shofie mula mengatur langkahnya ingin pergi kearah mahira.. Namun haidan segera menangkap tangan shofie.. Mencium belakang tangan shofie..

"duduk dengan idan.." kata haidan. Shofie mengangguk.. Yumna memuncungkan mulutnya.. Tapi masih erat memegang lengan haidan.

Mereka duduk bertiga.. Dengan haidan duduk di tengahnya.. Mahira memandang dengan senyuman..

"sayang.." panggil haidan.. Shofie segera berpaling. Memandang haidan..

"suapkan.." kata haidan. Tangan haidan malah menyentuh peha shofie.. Membuatkan shofie tersentak.. Mukanya sampai bertukar kemerahan.

"sayang.." panggil haidan lagi.

"ya baik.." jawap shofie. Mahira tersenyum senyum sendiri.

Shofie mencapai sudu lalu menyendukkan makanan..

"sayang.. Guna tangan.. Lebih sedap.." kata haidan..

'kenapa dia ni..' shofie menjatuhkan sudu disisi pinggan.. Mengambil air basuh tangan lalu membasuh tangannya.. Kemudian menyuap haidan..

Yumna memandang dengan tak puas hati.. 'Kenapa tiba-tiba.. Sebelum ni abang layan aku.. Baik saja.. Dan harini.. Aku seperti tak wujud didepan dia.. Tak boleh jadi ni.. Tak boleh jadi ni.. Aku kena buat sesuatu..'

Yumna mengepalkan penumbuk di tangan kirinya.. Yang berada di bawah meja.. Sedangkan disebelah sana.. Tangan kiri shofie sedang menangkap tangan haidan yang sedang asyik tak duduk diam sekejap di peha.. Sekejap di pingangnya.

Keesokannya.. Mahira dan shofie sudah bersiap-siap mahu ke yayasan.. Sampai saja di yayasan.. Mereka disambut oleh anak-anak kecil yang sedang bermain di perkarangan rumah tersebut..

Mereka malah memanggil mahira dengan panggilan yang sama iaitu bonda .. Mereka bersorak ramai-ramai.. "bonda datang.. Bonda datang.." lalu memeluk kaki mahira..

"wah.. Bonda datang dengan kakak cantik.." kata satu budak yang bertubuh gempal.. Shofie tersenyum kearah budak lelaki yang memujinya.

"terima kasih sayang.. Kamu pun tak kurang comelnya.." balas shofie.

"kakak cantik nama apa" tanya satu budak perempuan yang bertocang dua.

"nama kakak shofie.." kata shofie.. Melayan kerenah anak anak disitu..

"siapa tu puan sri" tanya wanita yang bertudung labuh kepada mahira..

"itu menantu saya.." kata mahira..

"oh.. Yang puan sri selalu ceritakan tu ya.. Akhirnya dapat juga saya berjumpa dengan menantu puan sri tu ya.."

"cantik menantu puan sri.. Sama padan dengan anak puan sri.." kata fatimah selaku ketua yang menjaga yayasan tersebut.

Seharian shofie di yayasan.. Dari bermain dengan anak-anak.. Makan bersama.. Dan dia turun memandikan mereka.. Mahira senang melihat shofie bebas gelak ketawa bersama anak-anak itu..

" shofie.. Bonda rasa.. Kita patut balik dahulu.. Nanti kita datang lagi.." kata mahira... Menegur shofie.. Yang sedang mendukung seorang anak perempuan yang baru boleh berjalan..

"oh.. Ya bonda. Shofie terleka.. Seronok sangat bermain dengan mereka.." kata shofie ceria..

Mereka pulang bersama... Sepanjang perjalanan mahira dan shofie tak putus-putus bersembang didalam kereta..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience