BAB 73

Romance Completed 175736

Kereta memandu masuk kedalam rumah. Tanpa menunggu marwan turun, membuka pintu untuknya. Haidan terus membuka pintunya sendiri dan keluar dari kereta..

"jumpa esok marwan.." kata haidan.

"baik tuan" jawap marwan. Dia memandu pergi keluar dari perkarangan rumah besar tuannya.

Haidan masuk kedalam rumah.. Shofie tiada disitu.. Menyambut kepulangannya. Hanya ada pelayan seperti biasa. Menyambutnya.

"mana puan muda.." tanya haidan.

"rasanya puan diatas.." jawap pelayan tersebut dengan menundukkan kepalanya..

Haidan melangkah berlalu pergi.. Dia ingin segera naik ke atas..menuju ke biliknya..

"idan..." panggil mahira yang melihat anaknya melintasi ruang tersebut.

"bonda." jawap haidan.

"awal pulang hari ini.. Kenapa.." tanya mahira kepada haidan.

"tak ada apa bonda.. Idan balik awal sebab risaukan shofie.." jawap haidan.

"jangan risau.. Dia baik-baik sahaja.." kata mahira. Sambil tersenyum memandang anaknya.

"baik lah bonda.. Idan naik keatas dahulu.. Nak tengokkan shofie.." haidan meminta diri untuk pergi ke atas.

"nanti turun ya.. Kita makan bersama.." kata mahira sebelum haidan pergi meninggalkannya.

Haidan berjala kearah biliknya.. Membuka pintu dan menutup kembali pintu tersebut.. Dia turut menguncinya sekali.

"sayang.." panggilnya..

"haidan.. Kenapa balik awal hari ini" tanya shofie.. Dia bangun dari duduknya.. Berjalan kearah haidan.. Memgambil tangan haidan lalu mencium belakang tangan lelaki itu.

Haidan tidak menjawap.. Dia berjalan melintasi shofie. Kemudian duduk di sofa.. Melihat ada mangkuk yang terisi beberapa biji buah strawberi didalamnya..

Shofie hairan.. Mengapa haidan seperti tak mengendahkannya.. Dia turut berjalan kearah sofa dan duduk di sana. Kemudian menyambung makan buah strawberi nya yang masih bersisa beberapa biji lagi.

"fiya ambil ni.." haidan meletakkan sebungkus plastik kecil diatas meja kopi..

"apa ni.." shofie mengambil plastik tersebut. Lalu melihat isinya.. Matanya membulat..

"untuk apa ni..."tanya shofie.

" fiya buat test ni sekarang.. "arah haidan.

"tapi kenapa.. Ini tak mungkin kan.. Fiya minum air yang haidan suruh minum tu kan.." kata shofie.

"buat sekarang fiya.." haidan bangun lalu menarik shofie supaya bangun.

Shofie turut bangun bersama.. Mengambil beg plastik tersebut berjalan ke bilik air..

"haidan keluar dulu.. Baru fiya buat" kata shofie.. Menyuruh agar haidan keluar dari bilik air.

"apa bezanya.. Haidan keluar ataupun tak.. Haidan nak tengok.. Nanti takutnya fiya.. tak buat dengan betul.." alasannya.

Haidan mengambil kotak alat itu keluar dari beg plastiknya dan membaca cara penggunaannya.

"tak perlu.. Bagi fiya buat" shofie merampas kotak tersebut lalu menolak haidan keluar..

Dari cermin itu shofie melihat haidan sedang berdiri diluar bilik air.. Menunggu di hadapan pintu.

Shofie melakukan mengikut seperti arahan yang ditunjukkan oleh kotak tersebut. Seketika shofie duduk kaku memandang alat tersebut.

"buka pintu ni fiya.." haidan mengetuk pintu kaca tersebut. Sangat kuat..sampai begegar dinding kaca tersebut.

"FIYA!!"

Haidan mencari alat kawalan jauh didalam lacinya.. Lalu menekan butang di alat kawalan jauh tersebut. Dindinh kaca yang tadinya kelam menjadi jelas.. Dia melihat shofie yang sedang duduk diam sambil menunduk, memegang alat tersebut. Kemudian shofie menekan pelipisnya...

"fiya.. Buka pintu ni sayang.."

Plakk..

Pintu bilik air dibuka. Haidan memegang bahu shofie.

"mana alat tu fiya.." tanya haidan.. Tapi shofie tak menjawap.. Dia menayangkan wajah bingung.. Lalu berjalan keluar duduk di sofa..

Haidan melangkah masuk kedalam bilik air.. Melihat alat putih nipis tersebut ada diatas singki.

"apa.. Dua.. Maksudnya.." haidan mencari kotak alat tersebut.

"dua maksudnya pregnant.." dia melangkah keluar dari bilik air.. Berjalan kearah shofie yang sedang duduk di sofa..

"kenapa boleh macam ni fiya..."haidan menarik shofie bagun..

"fi..fiya tak tahu.." jawap shofie jelas perasaan takut mula menyelubungi dirinya..

"Aaaargghh.." haidan membaling alat tersebut.. Seraya menendang meja kopi sampai meja itu terbalik dan permukaan kacanya pecah.. Memenuhi ruang tersebut..

"kenapa boleh jadi macam ni..." haidan meraup wajahnya.. Sekali menyerabutkan rambutnya dengan kasar..

Shofie yang sedang takut. Bertambah takut melihat keadaan haidan mengamuk sebegitu rupa.. Wajah haidan berbeza kali ini.. Sangat menakutkan.. Wajahnya kelihatan kelam..dengan matanya yang memandang tajam kearah shofie. Haidan mencekam pegelangan tangan shofie..

"haidan.. Jangan.. Lepaskan haidan sakit.." shofie meronta bila terasa sakit di pegelangan tangannya.

"KENAPA FIYA!!!" jerit haidan di wajah shofie..

Shofie tiada jawapan untuk itu..dia sendiri sedang buntu.. Wajahnya bertukar menjadi pucat... Dia menjadi sangat takut.. Die meronta ronta merayu agar haidan melepaskannya..

"PERGI.. PERGI!!!" Jerit haidan mehempas tangan shofie kasar.. Shofie berlari keluar dari bilik tersebut.. Menuruni anak tangga dengan gopoh gapah..

"shofie... Nak kemana tu.." tanya mahira bila melihat shofie turun anak tangga seperti dikejar oleh sesuatu..

Shofie tak mengendahkan teguran mahira.. Kakinya terus melangkah pergi.. Keluar dari rumah tersebut..berjalan.. Berlari.. Dia sendiri pun tak sedar..

Mahira mendengar bunyi kaca pecah datang dari atas... Dia berlari naik keatas.. Menolak pintu bilik haidan yang sudah terbuka separuh.

" ya Allah idan.. Apa ni.." tanya mahira bila melihat lantai bilik tersebut bersepah dengan kaca..

"idan..kawal diri kamu.. Kenapa kamu buat macam ni.." tanya mahira..

"rancangan idan dah hancur bonda.."

“HANCUR SEMUANYA...!!!." jerit haidan.

Shofie berlari keluar.. Keluar ikut pagar belakang... Melintasi perbatasan... Berjalan sampai ke hujung tanjung.. Dengan air mata yang melimpahi pipinya .. Kakinya terhenti.. Bila tiada jalan lagi disitu.. Hanya ada curam tinggi turun kebawah.. Dia memandang ke bawah.. Penuh batu batu besar dibawah sana..

"jangan shofie.. Jangan jadi gila.." kakinya mengundur ke belakang..

Kakinya melangkah menukar arah ke tepi dimana ada jalan turun menuju ke pantai .. Berjalan turun.. Menyusur dicelah-celah batu yang tajam, sehingga melukakan kakinya yang tak beralas..

Shofie berjalan menyusuri pantai.. Berjalan tanpa arah tujuan.. Berjalan dengan perasaan yang dia sendiri tak tahu nak bayangkan...

'kenapa dia marah.. Sebab dia takut.. Dia tak tahu.. Aku lagi takut.. Aku ni perempuan.. Apa akan jadi nantinya.. Anak ni... Kenapa...' shofie duduk dipantai dan menangis teresak-esak disitu.. Menangis sampai dia sendiri terasa penat dan lelah..

'bukannya salah dia.. Salah kah aku....'

'maafkan ibu sayang..'

'maafkan ibu menangis ketika ini..salah ibu telalu mengikut emosi..' dia menyeka air mata.. Dengan hujung bajunya.

Shofie menyentuh perutnya yang masih rata..

'ibu janji tak akan nagis lagi sayang.. Ibu akan kuat.. Biar ibu akhiri semuanya.. Kamu tak terlibat dalam semua ni sayang... Biar ibu saja yang menanggung segalanya..'

'cinta.. Ahh... Ini bukan cinta...'

Shofie melipat lututnya rapat didada..dia meletakkan kepalanya di atas lutut..sambil bersandar di sebuah batu.. Dia memandang kearah laut..

'ibu tahu.. Hari ini pasti akan tiba.. Hari yang dia akan kata kan pergi..' shofie menyentuh dadanya yang terasa sakit dan pedih, ketika itu..

'kita akan pergi.. Pergi jauh dari sini..' hatinya berbisik sayu..

Mahira masih berusaha memujuk haidan di dalam bilik.. Namun dia juga risaukan keadaan shofie yang berlalu pergi begitu saja..Mahira berlari keluar.. Memanggil pelayan rumahnya..

"Nani.. Nani.." jerit nya lantang..

Terkocoh kocoh Nani melangkah menghampiri tangga di mana mahira sedang menunggu diatas sana..

"arah semua pelayan keluar mencari shofie.. Jangan balik ke rumah, selagi mereka tak jumpa shofie.. Faham!!" kata mahira lantang dan keras.

"baik saya faham puan sri.." nani berlalu pergi dan mengarahkan pelayan menghentikan kerja yang mereka sedang lakukan.. Dan pergi mencari dimana shofie berada..

Mahira kembali kedalam bilik haidan..

"idan.. Bagitahu bonda.. Apa yang sebenarnya terjadi.. Kenapa idan mengamuk sampai macam ni sekali.." tanya mahira.

"dia.."

"shofie.. Mengandung.." jawap haidan..yang sedang bersandar lesu disofa.

Mahira melihat benda putih nipis itu dalam timbunan kaca.. Mengambil benda itu dengan hati hati. Wajahnya senyum senang melihat keputusan yang ditunjukkan oleh alat tersebut.

"alhamdulillah" mahira menadah tangannya.. Bersyukur atas apa yang didengarinya dan dilihatnya..

"bonda.. Dia merosakkan rancangan haidan... Bukan masanya kami untuk ada anak.." bantah haidan.

"dia.... Siapa dia yang haidan maksudkan.. Tuhan.. Atau shofie.." tanya mahira.

"shofie..." jawap haidan lemah.

"kenapa haidan kata shofie.. Sepatutnya haidan, salahkan bonda.. Bonda yang tukarkan air yang shofie minum.. Ingat bonda tak tahu apa yang haidan buat.."haidan memegang tangan mahira.

" tapi kenapa bonda... Kenapa bonda buat idan macam ni.. "tanya haidan.

" haidan melampau..sampai bila lagi idan nak rahsiakan perkahwinan idan.. "marah mahira lalu menarik tangannya semula..

" kenapa bonda masuk campur urusan idan... "

" kalau perangai idan macam ni.. Bonda yakin.. Shofie akan pergi tinggalkan idan.. "ugut mahira.

" dia milik haidan.. Dia tak akan kemana-mana"jawap haidan yakin..

"apa yang idan takutkan.. Kalau cucu bonda hadir dalam hidup kamu berdua...jangan bagi alasan nenda pula.."kata mahira keras.

" bonda.. Nenda akan ambil anak idan nantinya.. Dan shofie... Dia... Dia tak cintakan haidan.. Semuanya akan jadi..."haidan mengusutkan rambutnya.

" selama ni.. Haidan balik kesini.. Dengan gosip-gosip haidan tu.. Penah kah, nenda ambil tahu.. Tak kan.."

" bonda tak sangka.. Zayn haidan seorang lelaki pengecut!! "

" kamu memalukan bonda.. "mahira menahan amarahnya.. Sehinggakan mukanya merah terbakar.

" haidan bukannya pengecut.. " bangkang haidan.

" jadi perjuangkan hak idan.. Kenapa idan sendiri takut.. Menyerah sebelum pergi berjuang.. " kata mahira lantang..

Haidan bangun berdiri.

"nak kemana.." tanya mahira.. Dia belum puas ceramah kan anaknya.

"mana fiya.."

"bukan idan suruh dia pergi.. Jadi dia dah pergi..." balas mahira.. Dengan nada sindiran.. Dia geram dengan tingkah haidan..

"apa.. Bonda..!!!" haidan berlari keluar.. Berlari sehingga melanggar barang perhiasan yang berada di ruang rumahnya..

"ahh... Anak ini.. Habis semuanya dia pecahkan.." rungut mahira....sambil memegang kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience