BAB 14

Romance Completed 175736

Acara disambung lagi dengan jamuan makan.. Shofie yang baru meredakan kegugupannya dikejutkan lagi.. Bila namanya dipanggil lagi sekali. Dia memandang ke arah pentas.. Ainun yang sedang berada diatas pentas memegang microfon sambil tersenyum manis kearah para tetamu..

"dipersilakan shofie untuk membuat persembahan..." lalu dia menunjukkan ke arah piano yang sudah disorotkan dengan lampu. Jelas kelihatan dimata semua .. Sebuah piano hitam.

Pap.. Satu lagi lampu menyala dan tertumpu kearahnya.. Terkebil- kebil shofie dibuatnya..

'apakah semua ni.. Ni rancangan mama nak malukan fie. Depan orang ramai..tapi kenapa.. Kenapa mama jadikan fie sasaran mama'

Shofie memandang keatas pentas. Ainun yang sedang tersenyum.. Kemudia dia menepuk tangan.. Seraya tetamu yang lain turut menepuk tangan.

'papa.. Help me..' lalu shofie memandang papanya.. Namun rahimi membalas dengan senyuman dan anggukkan kecil kearahnya..

Dengan langkah kaki yang berat.. Dia melangkah kearah piano.. Lalu duduk di kerusi yang sudah disediakan.. Datang seseorang lelaki meletakkan stand microfon dekat dengannya..

Shofie menekan kunci pad piano.. Terkeluar lah satu bunyi yang binggit dan sumbang.. Lalu dia memandang keatas pentas.. Ainun yang sedang memeluk tubuh.. Tersenyum lebar kearahnya..

"maaf.. Maaf.. Rasanya puteri...."

Kata Ainun dipotong.. Jari jemari shofie mula menekan pad piano..dan mengeluarkan irama yang lembut dan mendamaikan... Shofie yang hanyut dalam lagunya sendiri.. Hanyut dalam iramanya sendiri.. Terlupa dia berada di dewan yang penuh dengan orang ramai.

Para tetamu yang hadir mula menghayati irama indah yang mereka dengari.. Sungguh sedap kena dengan hawa telinga mereka..

"sangat menarik.." kata haidan perlahan.. Sambil bibirnya tersenyum senget.. Matanya memberi tumpuan penuh kearah shofie yang sedang bermain piano dibawah sorotan lampu.. Sama seperti tetamu yang lain.

Sebaik saja irama indah itu tamat.. Seluruh dewan gamat dengan bunyi tepukkan.. Yang gemuruh.. Shofie bangun lalu menundukkan dirinya sebagai ucapan terima kasih.. Lalu berjalan semula ke tempat duduknya.

"I'm proud of you my dear" kata rahimi.. Bangga memeluk shofie..

"thanks papa.." balas shofie.. Sekali memandang kearah pentas..

Ainun dengan wajah sebal turun ke pentas.. Lalu duduk diam ditempatnya.. Lagi sakit dia terasa, bila memandang dan mendengar orang memuji-muji anak itu..

Acara diteruskan dengan anugerah kepada pekerja cemerlang.. Dan juga persembahan nyayian daripada artis jemputan tanah air...

Selesai majlis... Tetamu mula beransur pulang sedikit demi sedikit.. Ainun yang mulanya tadi bebesar hati melayan bakal besannya.. Sudah menghilangkan diri lebih awal.. Kerana rancangannya megenakan shofie gagal.

"datuk.. Kami balik dulu.. Meriah majlis datuk.." tegur mahira ramah.. Dibelakangnya berdiri tegak haidan..

"ah.. Ya.. Terima kasih.. Puan sri sudi datang ke majlis saya.. Terima kasih juga buat haidan.." kata rahimi berbasa basi.

"my pleasure datuk.." balasnya seraya bersalaman dengan rahimi.

"ah.. Saya tercari-cari mana.. Datin.. Tak nampak pula.. Rania pun.. Hmmm" mahira memandang keliling mencari bakal menantunya.. Namun hampa.. Orang yang dicari tiada.. Dia terpandang kearah shofie yang duduk tidak jauh dari situ.

"datuk... Kenapa tak kenalkan anak datuk.. Kepada saya.." tanya mahira berminat.. Menunjuk kearah shofie.. Yang sedang minum disamping rafie.

Berubah wajah rahimi ketika itu.. Lalu memandang shofie.. Hatinya berat untuk memanggil agar anak itu datang kearahnya.. Tatkala memandang kearah shofie.. Shofie juga terpandang kearah rahimi.. Akhirnya rahimi melambai memanggil shofie supaya datang mendekat kearahnya.

"kenalkan.. Ini puteri saya shofie fitriyani.." kata rahimi sambil memeluk bahu shofie erat. Bagaikan tak mahu lepas..

"shofie.." shofie memperkenalkan dirinya lalu menyuakan tangan untuk bersalaman..

Mahira tersenyum memandang wajah cantik shofie.. Lalu bersalaman dengan shofie..

"cantik.. Sesedap nama tuannya.. Ah.. Kenalkan.. Meet.. my eldest son.. Zayn haidan.." mahira mengenalkan, lalu menarik haidan sedikit kedepan..

Shofie menundukkan sedikit kepalanya sambil tersenyum.. Haidan merenung tajam gadis itu. Mahira tersenyum melihat haidan yang tak lepas pandang melihat shofie dari tadi..

" kami balik dulu yea datuk.. "pinta mahira.. Lalu berjalan keluar bersama haidan..

" fie.. Nak naik dulu lah pa.. Boleh.." pinta shofie sebaik melihat tetamu mula berkurangan..

" boleh.. Taufiq.. Bawa cik muda kamu naik.. "arah rahimi kepada taufiq.. Taufiq yang dibelakang shofie mengangguk.

" fiq.. Kamu makan tak tadi.. " tanya shofie.. Mula berjalan kearah pintu keluar.

"dah..fie.." jawap taufiq.

"betul ni.. Tadi fie tak nampak pun.." potong shofie laju.

Rahimi melihat shofie melangkah pergi diiringi oleh taufiq... Menggeleng kecil melihat tingkah anaknya itu.

Rahimi berjalan kearah kenalan rapatnya yang masih berada didalam dewan.. Pengawal peribadinya juga masih bersama dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience