BAB 50

Romance Completed 175736

Shofie yang sedang bersiap selepas selesai menunaikan solat berjemaah bersama haidan mendengar bunyi ketukan pintu.. Shofie keluar dari dalam bilik pakaian.. Melihat haidan sedang membuka pintu.

"tuan.. Ini airnya.." kata pelayan wanita itu..

"tunggu disana.. Saya panggilkan puan.." haidan menunjukkan kearah sofa..

"riya.." panggil haidan.. Shofie muncul dibalik pintu..

"ya.."

"minum ni.." arah haidan menunjukkan kearah pelayan yang sedang menunggunya di sofa menatang satu dulang ditangannya..

Shofie mendekat.. Melihat isi yang ada di atas dulang kecil itu.. Seraya menelan air liurnya.

'air ni lagi.. Sebenarnya, ni air apa.. Rasa pahit kelat..lekat ditekak.. Sampaikan mematikan seleranya makannya.. ' rungut shofie..

"minum riya.." ulang haidan.. Pelayan wanita itu sudah menunduk..

Shofie mencapai cawan tersebut. Lalu meneguknya.. Sehingga habis.. Lalu meletakkan semula cawan tersebut diatas dulang... Pelayan itu segera pergi keluar dari bilik..

"good girl.." haidan mengusap kepala shofie.. Seperti anak kecil. Kemudian dia menyuakan tali lehernya kepada shofie..

"pakaikan"

Bukan satu masalah baginya, untuk memakaikan tali leher buat haidan.. Kerana sebelum ni.. Memang pernah beberapa kali memakaikan tali leher buat papanya..

Shofie mengambil tali leher tersebut.. Memakaikan.. Haidan melihat shofie menjinjat kakinya... Dia segera mendukung shofie agar mereka menjadi separas..

"jangan jatuhkan.." shofie mengingatkan.. Risau bila merasa dirinya berada tinggi dan kaki yang dibiarkan tergantung begitu..

"tak mungkin.." jawap haidan dengan yakin..

"ok siap.." kata shofie..

Haidan tak melepaskan peluangnya.. Dan bibir mereka bertaut buat seketika.

"lunch nanti.. Idan nak makan di kondo fiya.." katanya..

"hmm.. Nak makan apa" tanya shofie..

"apa-apa saja.." shofie mengecilkan matanya merenung haidan..

"sekurang kurangnya bagitahu.. Haidan makan apa.. apa yang tak dimakan.. Mana tau nanti bila fiya masak nanti.. Haidan tak makan.. Mana tahu ada alergi kepada sesetengah makanan.........." bebel shofie..

Haidan mendengar saja bebelan shofie.. Bibirnya naik tersenyum..

'dia dah mula tunjukkan dirinya sebenar....kan.. Akhirnya.. Dia berkata tanpa ragu-ragu lagi..'

Haidan masih tekun mendengar bebelan shofie.. Dia kemudiannya membenamkan wajahnya di celah leher shofie.. Tapi bibirnya terhalang dengan baju turtleneck shofie.

"turunkan fiya.." pinta shofie..

"dah habis dah" tanya haidan.. Shofie mengangguk..

Lalu haidan menurunkan shofie..

"fiya masak saja.. Apa apa pun.. Idan akan makan.. Biarpun itu racun.." kata haidan..

Haidan mengelus lembut pipi shofie dengan belakang tangannya.. Shofie mengangguk..

'walaupun racun ya.. Ingat fie ni kejam sangat ke..'

"malam ni.. Boleh fiya balik rumah papa.." tanya shofie.

"lepas lunch nanti idan bagitahu.. Boleh atau tak.." jawap haidan..

Mereka berdua turun ke bawah.. Bersarapan bersama.. Disebabkan masih terlalu awal.. Hanya mereka berdua sajaha yang bersarapan.. Mahira muncul bila mereka sudah selesai sarapan ..

Mereka bersalaman dengan mahira.. Sebelum keluar untuk ke kondo shofie.. Ruhaina sudah menanti disana.. Begitu juga marwan..

Pasangan itu akhirnya berpisah di tempat letak kereta kondo tersebut.. Shofie memilih untuk berjalan kaki sahaja ke pejabat.. Memandangkan masih terlalu awal.

"kak.. Fie nak minta tolong.. Boleh?"

"tolong apa tu fie.."

"kat kondo tak ada barang basah kan.."

"hm.. Makanan ringan adalah.." balas ruhaina sambil menunduk tersenyum.

"haidan nak lunch di kondo.. Fie nak minta kak tolong belikan barang mentah.. Boleh?" tanya shofie..

"huh.. Lunch di kondo.." tanya ruhaina tergejut. Shofie pula mengangguk..

"kenapa kak..kondo ok kan.." tanya shofie.

"ok fie.. Tak apa... Nanti kak belikan barang basah.."

"kakak cucikan sekali ya.. Nanti fie balik.. Fie terus masakan saja.."

"ya..boleh InshaAllah.."

Ruhaina menghantar shofie ke lobby MegahRaya..

Dia kembali ke kondo.. Mengambil kereta dan terus ke pasaraya membeli barangan basah.. Selesai membeli barang basah dia membersihkan semuanya.. Seperti yang diminta oleh shofie..

Sekali dia mengemas.. Mengutip pakaiannya yang dijemur di balkoni... Dan megemas rumah sebersih bersihnya..

Shofie mendengar keluhan daripada beberapa arkitek yang lebih lama berkhidmat dengan MegahRaya..

"gagal lagi ke miss.." tanya mira kepada irene.. Gadis Chinese..tinggi lampai..

"ayo.. Saya banyak pening oo.. Ini orang kaya satu olang.. Susah saya.." rungutnya..

Shofie menjenguk kan kepalanya.. Mengintip apa yang mereka sedang bualkan..

"sudah enam kali oo.. Dia toolak.. Saya sudah tak mau pi aa.. Kasi olang lain pii lah.. Sudah penat oo.." dia menyambung lagi.

"kenapa miss..irene.."tanya shofie.

" ini la.. Olang kaya.. Sudah enam kali tolak kita punya design ma.. Bila tanya sama dia.. Mau apa machamm.. Dia tak lak mau kasi tau.. Mau kita juga design sama dia.. Kasi tunjuk sama dia.. Bila sudah tunjuk.. Toolak lagi.. Stress oo ini macham.." tambah irene.

" lepas ni..siapa lagi nak pergi jumpa dia.. "tanya mira..

" tukar orang sampai dia beritahu macam mana reka bentuk yang dia mahu.. "tegur satu suara garau..

" tuan aliff" paggil mereka serentak..

"siapa lagi yang tak pernah deal dengan tuan saif.. Lepas ni kita akan Tukar-rukar orang.. Sampai dia setuju.."putus aliff.. Dia kemudiannya berlalu pergi.. Sambil mengeleng kepala.

" miss boleh fie tengok enam design yang tuan saif tu tolak.. "kata shofie.. Waheeda disebelah turun bangun menghampiri mereka.

" boleh.. Ta da hal.. Ini ma.. " dia memberi shofie s
Kesemuanya maklumat yang diminta shofie..

" dia tolak ini miss.."tanya waheeda tak pecaya..

" iya ma.. Apa kata. Lu orang muda pula try.. Mana tau.. Boleh settle.. "cadang irene..

" macam mana fie.. "tanya waheeda..

" boleh miss... Esok kami pergi.. "

" buka macam tu ma.. Mau jumpa sama dia.. Kena call sama itu PA dia ma.. Tengok sama jadual dia.. Ikut mana dia ada ma.. " terang irene.. Membuatkan waheeda melopong dengan mulut turut membulat.. Shofie segera mengangkat rahang mulut waheeda.

Irene kemudiannya memberikan sekeping kad kepada waheeda.

" betul-betul anak raja ni... Tuan zayn aku pun tak demand sampai macam tu.."rungut waheeda.. Shofie yang sedang memegang pen pada tika itu mengosok-gosok hujung pen di kepalanya bila mendengar nama haidan disebut.

" eda.. Kau call PA dia.. Buat appointment esok.. Fie nak tengok design ni.. "fie menunjuk kepada fail yang baru diterimanya..

" ok boleh.. " waheeda ke tempatnya.. Lalu segera mendail nombor yang tertera di kat tersebut.

" ok fie.. Esok.. Dekat golf club.. "kata waheeda..

" golf club.. "shofie memandang dengan hairan..

'nak buat apa pula di golf club.. Takkan nak main golf pula..'

Irene sudah gelak kecil..

" esok.. Pakai baju yang sesuai ya.. Adik-adik.. Boleh main golf sama.. "kata Irene.

" tadi miss jumpa dia dimana.. "tanya shofie..

" di hotel.. Dia ada jumpa sama dia punya kawan disana tadi.. "terang Irene.

" oh.. Memang macam tu ya miss.. "tanya waheeda..

" iya ma.. Saya pernah sampai ikut dia ke satu event.. Sampai dinner sama itu event.. Punya mau kejar sama dia.. Tapi now.. Saya sudah tak mau.. "balas irene..

" so.. All the best ya.. To both of you" ucap irene memberi semangat.. Waheeda dan shofie saling berpandangan..

Bila sudah masuk waktu makan tengah hari.. Shofie antara yang terawal berjalan keluar.. Turun kebawah..ruhaina sudah menanti shofie..

"jom kak.. Nanti lambat.." ajak shofie.. Ruhaina berjalan mengekori langkah shofie yang sudah mahu keluar dari lobi utama.

Shofie melihat bahan mentah yang telah disiapkan oleh ruhaina..

"ahh.. Sayang kakak.."shofie memeluk ruhaina..

" shofie tinggal masak saja.. " sambungnya..

" oh yang itu.. "gelak ruhaina..

Dan mereka mula memasak.. Sedang mereka sibuk memasak.. Loceng rumah tersebut berbunyi.. Tahulah orang yang ditunggu mereka telah sampai..

"kak..kejap fie bukakan pintu.."

"biar akak ja fie.." shofie mengangguk.

Ruhaina membuka pintu.. Ternyata memang haidan datang bersama marwan yang berdiri di belakangnya.

"silakan tuan.. Pelawa ruhaina.." dia mengundur memberi laluan kepada haidan..

"assalamualaikum.." ucap haidan..

"waalaikummusalam.." jawap mereka.. Kedengaran juga suara shofie dari dalam..

Haidan melihat keadaan kondo tersebut.. Kondo tersebut sangat mewah dan selesa.. Kemudian dia memandang kearah shofie yang mengenakan apron bunga-bunga berenda cantik di tubuhnya.

Marwan mengisyaratkan agar ruhaina mengikutnya keluar dari kondo tersebut memberi ruang pasangan itu menghabiskan masa bersama..

"Ikut saya kebawah.. Disana ada taman.." kata marwan. Ruhaina tak menolak.. Dia mengikut sahaja.

Haidan memeluk tubuh shofie.. Mencium pipi shofie..

"miss you.." katanya perlahan.

Shofie mengosok pipi haidan.. Dengan lembut.. Mereka saling tersenyum..

"kita makan ya.." haidan mengangguk.

Haidan duduk di meja makan.. Menunggu shofie menghidangkan makanan.. Berasap asap kari ayam yang baru diletakkan shofie.. Kemudian shofie meletakkan sepinggan sayur campur..

"ini je yang sempat.." shofie menghulurkan sepinggan nasi kepada haidan..

"cukup lah ni..ni pun sudah banyak" kata haida..

Shofie seperti biasa menunggu riaksi haidan menjamah makanan yang dimasak olehnya .. Haidan menyuap makanan tersebut ke dalam mulut.. Mengunyap dengan perlahan.. Kemudian menyuap lagi..

"ok ke.." tanya shofie.

"ok.. Sedap.." balas haidan. Membuatkan senyuman shofie melebar..

"betul ni.. Rasa garam.. Ke tawar.." tanya shofie..

Haidan memandang shofie..

"rasa.."

"masin ke.." tanya shofie.

"tak.."

"jadi kari tu tawar.." tanya shofie lagi..

Haidan merenung shofie..

"secukup rasa.." dia sendiri hairan.. Apa jawapan yang sebenarnya yang mahu shofie dengar.. Haidan menjadi keliru buat seketika..

Shofie kemudiannya gelak.. Menutup mulutnya dengan tangan..

"FIYA"

Barulah haidan sedar.. Shofie sedang mempermainkan dirinya..

"malam ni ikut idan balik.." kata haidan.. Terus mati ketawa shofie.

"tapi....."

" persuade me.." goda haidan.. Sambil tayang senyuman nakalnya..

'ha sudah.. Sejak bila dia jadi gatal macam ni..' rungut shofie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience