BAB 62

Romance Completed 175736

Rania mengusap perutnya yang semakin sarat.. Anak itu memberi tindak balas terhadap sentuhannya..dengan menendang lembut kembali.. Adakala tendangan anak itu agak kuat sehinggakan perutnya merombak..

"cik muda.."

"ya andi.. Masuklah.."

Masuklah seorang jejaka tinggi bertubuh sasa berjalan kearahnya.

"saya bawakan makanan.."

"andi.. Saya teringin mahu balik ke malaysia.."

"kenapa,cik muda nak kembali ke malaysia.."

"saya nak lahirkan anak saya di malaysia.."

"nanti saya akan pastikan dengan doktor dahulu.. Adakah boleh untuk cik muda kembali ke malaysia.." rania mengeluh..

Sangkanya bila dia melarikan diri ke sini, dia bebas menjalani kehidupan serba mewah berbekalkan duit yang diberikan haidan kepadanya.. Tapi malangnya.. Bila gibran tahu dia miliki sejumlah wang yang banyak.. Lelaki itu malah melarikan duitnya..

Untung nasibnya bertemu dengan andi.. Andi memperkenalkan diri sebagai pegawalnya. Diatas arahan papanya.. Dia hampir saja menjadi seorang pengemis di jalanan.

Lelaki yang sangat cinta dan sayangkannya, menjadi buta bila melihat duit yang banyak nilainya. Sanggup meninggalkannya dan bayi dalam kandungannya begitu saja. Rania pernah berfikir mahu gugurkan kandungannya.. Bila fikirkan apa yang sudah gibran lakukan terhadapnya.. Tapi bila dia merasakan tendangan bayi yang tak bersalah itu.. Hatinya luluh.

"makan dulu cik muda..."

"ya.." andi menolong membangunkan rania dari duduknya..

"hati hati.." kata andi.

"kamu baik sekali dengan saya andi.. Saya terhutang budi sangat kepada kamu.. Untung siapa yang bakal jadi isteri kamu nanti andi.." kata rania sambil tersenyum.

"saya biasa-biasa sahaja cik muda.." kata andi..

Andi mendudukkan rania di meja makan.. Dia kemudiannya berdiri di samping rania.. Melayan wanita yang sarat mengandung itu makan..

Sementara di malaysia...

Telefon di meja waheeda berbunyi.. Waheeda mengangkatnya..

" ya tuan aliff.. "

" Sekejap ya, saya pangilkan.. "

"shofie.. Tuan aliff.." Waheeda menyuakan gangang telefon. Memandangkan mereka berdua berkongsi talian yang sama..

"shofie.. Hantarkan saya perkembangan pejabat tuan syed saif kepada saya.. Sekarang ya.." kat aliff

"baik tuan aliff.. Saya kebilik tuan sekarang.." kata shofie.. Dia kembali menyuakan gangang telefon kepada waheeda.

"kenapa.."

"tuan aliff nak tahu progress pejabat tuan muda saif.." jawap shofie.

"fie pergi dahulu ya.." kata shofie sambil membimbit tab ditangannya.

"ya.." balas waheeda.

Shofie masuk ke ruangan bilik pejabat aliff.. Sebaik dipelawa masuk oleh aliff.

"shofie.. Kamu tahu tak.. Beberapa barangan di bagunan projek tuan muda saif tu dicuri.."

"hah.. Dicuri.." tanya shofie cemas.

"saya sedang siasat hal itu.. Lagipun projek tu hampir siap kan.."

"ya tuan.. Segala kerja kasar sudah selesai.. Sekarang mereka sedang wiring the whole building...tinggal aksesori dan last toup up saja tuan.." terang shofie.

"hm..bagus.. Kamu tinggal follow up sahaja nantikan.. Saya nak beri tugasan baru.. Dengar-dengar kamu suka design rumah berbanding bagunan.. So.. I give you this opportunity.. Lepas ni kamu akan lebih busy, dari sebelum ni. Memandangkan kamu akan jadi senior arkitek di syarikat ini...." kata aliff sambil ketawa.

"maksud encik aliff.." tanya shofie bingung.

"yes..you, get promoted.." kata aliff lalu mengeluarkan sekeping surat..

"terima kasih encik aliff" kata shofie, menerima surat dari atasannya.. jelas terpancar aura gembira diwajahnya..

"sama-sama.. Harap kamu akan berusaha lebih gigih lagi ya.." aliff memberi kata semangat.. Shofie mengangguk..

"for your first task.. As a senior architect.." aliff menyeret kan sekeping kad diatas mejanya.. Lalu diletakkan ke hadapan shofie..

"your first klien.. Seorang millionaires.. Baru kembali ke malaysia.. Dia baru belikan sebuah banglo.. Dan dengar - dengar dia nak tukar kesemuanya.. Memandangkan itu banglo lama..kamu nantinya terus kesana.. Ya" terang aliff serba sedikit. Shofie mengambil kad tersebut.

"ya tuan.. Saya cuba buat yang terbaik.." kata shofie.

"kalau ada apa-apa.. Just come to my office.. Incase you need guide.. Sebab klien ni.. Bukan sebarangan orang.. Harap shofie faham ya.." kata aliff.

"paham tuan..sekali lagi terima kasih.." kata shofie. Kemudian dia keluar dari bilik aliff..wajahnya dari tadi asyik tersenyum sendiri.

"hai seronok nampak.." tegur waheeda. Shofie malas menggelengkan kepala. Wajahnya masih tersenyum seperti tadi.

"iya lo.. Nanti ada olang mau joint duduk sama kami ma.." kata irene

"hah.. Siapa miss.." tanya waheeda sibuk.

"cali tau sendili ma.." balas irene.. Waheeda kembali memandang shofie.

"fie.. Kau ke.. Jangan tinggal aku.." sunyi lah aku nanti..

"ish.. Merepek saja lah kau ni.."

"betul la.. Nanti siapa nak duduk sebelah aku..." rungutnya.

"sama saja lah.. Kita satu ruang juga kan.." shofie duduk di meja kerjanya..

"jangan risau.. Kak akan bagi fie duduk bertentang dengan eda.." kata mira, yang bangun menghampiri mereka dengan perut besarnya.. Sesekali dia mengelus perutnya yang mengandungi cinta hatinya.

"ok kak.. Sayang kak..." balas waheeda.

"hai sayang je.."

"kak nak.. eda, buatkan air.." tanya waheeda seraya bangun dari duduknya.. Dia kemudiannya pergi tanpa menunggu kata balas dari mira.

Shofie membelek kad nama yang diberikan oleh aliff.. Dia melihat depan belakang kad tersebut.. Akhirnya dia memutuskan untuk membuat panggilan ke nombor yang terdapat di kad tersebut..

"Hello assalamualaikum.."

"saya shofie fitriyani dari MegahRaya boleh saya bercakap dengan tengku farhan.." shofie mengawal rasa gugupnya..

"boleh saya ke lokasi rumah tersebut.. Kalau tengku tak keberatan.."

"baik.. Saya akan kesana.. Terima kasih tengku.." panggilan ditamatkan.. Shofie melepaskan nafas lega.. Entah kenapa dia merasa gugup..

Shofie mengemas mejanya yang agak berselerak dengan peralatan melukisnya.. Menyusun kembali segalanya ke tempat asal..

Menyimpan tabnya kedalam beg.. Sketch books dan sedikit alat tulis didalam beg sebelum bangun.. Berjalan keluar.. Sempat dia memberitahu irene tentang urusannya.. Irene sudah mengetahuinya.. Meberikan kebenaran buat shofie keluar.

Shofie sampai di hadapan rumah banglo dua tingkat.. Dia berdiri dihadapan pagar besar tersebut.. Mengintai ngintai kedalam..

"ada orang ke fie.." tanya ruhaina.

"entah lah kak.. Sunyi saja.." kata shofie.

"tu..kejap kakak tekankan bell.." kata ruhaina menunjuk ke arah suis loceng.

Pintu pagar besar itu terbuka dengan sendirinya.. Shofie dan ruhaina kembali berpandangan.. Datang seorang pemuda berjalan ke arah mereka.

"assalamualaikum.. Maaf ni.. Rumah tengku farhan.." tanya shofie.

"waalaikummusalam.. Ya betul.." kata lelaki itu dengan senyuman.. Kemudian merenung shofie lama.

"saya shofie.. Shofie fitriyani.. Dari MegahRaya.." shofie memperkenalkan dirinya..

"saya tengku farid iskandar.. Silalah masuk.. Orang yang shofie cari ada didalam.." katanya.

"mari kak aina.."

"siapa ni.." tanya farid. Memandang kearah wanita yang bertudung yang berdiri di sebelah shofie.

"kakak angkat saya.." jawap shofie. Jawapan shofie membuatkan farid tergelak.

"maaf.. Maaf.. Maafkan saya.." katanya sambil mengawal gelaknya.. Cuba meredakan tawanya.

"marilah.. Papa saya ada di dalam.." farid mempelawa.. Dia sudah tahu tentang adiknya itu. Malah turut mengetahui tentang ruhaina..

Shofie melangkah masuk kedalam rumah yang dihiasi dengan banyak pokok-pokok di taman nya..dan ada satu kolam terbiar yang dibiarkan kosong disitu.. Melihat kearah kolam.. Membuatkan dia sedikit merinding. Lalu segera berjalan pergi dari situ..

"kenalkan.. Papa saya.. Tengku farhan.." kata farid menunjuk kearah farhan yang sedang jalan kearah mereka.

Mereka mula berbincang tentang konsep rumah yang dimahukan oleh tuan rumah..

"minum lah dulu.." datang satu wanita membawa dulang menegur mereka.. Shofie mendongak lalu bangun untuk bersalaman. Wanita itu, malah terus memeluk shofie.. Shofie dapat merasakan debaran didadanya..

"maaf saya buat kamu tak selesa.." kata wanita itu.. Seraya menyeka hujung matanya.. Yang mula berair.

"kenalkan.. Ini mummy saya...." kata farid ramah seperti selalunya.

"saya shofie.." balas shofie sopan.

"shofyna.."

Mereka kemudiannya meninjau keadaan luar rumah tersebut. Shofie mencatatkan segalanya didalam buku notanya.. Mereka kembali berhenti di kolam.. Shofie malah berhenti jauh dari situ.

"apa kita nak buat dengan kolam ni mummy" kata farid..

"apa kata shofie.." tanya shofyna.

"saya.. Kalau saya.. Saya tak minat dengan kolam.. Saya ada kenangan pahit dengan kolam.."kata shofie..

" kenangan pahit... "ulang shofyna dan farid... Shofie kemudiannya ketawa kecil..

" kalau shofie tak suka.. Kita buangkan saja kolam ni.. Kan mummy.. "kata farid.

" eh.. Tak.. Tak mengapa.. "kata shofie kekok..

" it's ok.. Kita buang saja kolam ni.. "kata farhan yang baru tiba diantara mereka..

"apa.. tengku sekeluarga akan menetap di Malaysia.. " tanya shofie..

" kami datang ke malaysia.. Ada sebab tertentu.. Tak pasti lagi nak menetap di sini terus ataupun tak.. "kata farhan.. Dia memandang kearah shofyna..

" oh begitu.. "kata shofie.

" apa kata kamu makan disini.. Sudah masuk makan tegah hari kan.. "kata shofyna.. Memegang lengan shofie..

" segan saya.. "kata shofie..

" usah segan-segan.. Buat saja seperti rumah sendiri.. "kata farhan.

Dua wanita itu berjalan masuk kedalam rumah.. Meninggalkan dua lelaki di luar.

" macam mana papa.. "

" biar mummy kamu ambil masa dia.. Bila sampai masa.. Biar mummy kamu yang beritahu kebenarannya.. "kata farhan. Farid mengangguk setuju.

Hari demi hari.. Shofie berulang kembali datang kerumah tersebut.. Membuatkan hubungan shofie dan shofyna menjadi akrab..

" tengku selesa ke tinggal dirumah yang sedang di baik pulih ni.. "tanya shofie melihat ke arah bahagian rumah yang separuh sudah dirobohkan..

" kenapa panggil saya tengku... Panggil mummy saja.. "kata shofyna..

Deg.. Deg.. Deg..

Jantung shofie berdegup.. Berdebar.. Seperti pertama kali dia berjumpa dengan wanita bernama shofyna dulu. Shofie memegang dadanya..

" kenapa.. Kamu tak sihat.. "tanya shofyna cemas.

" entah kenapa.. Rasa berdebar-debar.. " kata shofie.. Lalu menayangkan senyumannya.

" shofie tahu kenapa rasanya begitu.. " kata shofyna sayu..

" maksud.. Tengku.. Eh.. Mum.. Mummy.." tanya shofie.

" because your my daughter sayang.." kata shofyna selafaz.. Seraya itu air matanya gugur..

"tak.. Takmungkin.. Mama shofie dah lama meninggal.." kata shofie..

"jadi begitu ya.. Mereka ceritakan kepada kamu.. Shofie.. Anakku.." shofyna meraih tangan shofie.

"maaf. Shofie tak faham.." shofie bangun.. Dia mula tak selesa dengan keadaan sekarang.

"dengar apa yang nak mummy ceritakan dulu.." mohon shofyna.

Shofie perlahan-lahan duduk semula di sebelah shofyna.. Memandang wajah wanita itu yang sedang menangis. Hatinya terdetik rasa bersalah.. Membuatkan wanita itu sedih..

"demi cintakan ayah kamu shofie.. Mummy menikah dengannya, walaupun tahu dia sudah bernikah.. Kamj nikah secara sembunyi.. Sehingga kamu hadir menghuni rahim mummy.."

Ketika itu.. Shofie terbayangkan dirinya.. Seolah-olah dirinya senasib dengan ibunya.

"mummy akhirnya memilih untuk berpisah.. Tapi papa kamu mahukan kamu..dan mulalah campur tangan nenek kamu.. Dia tak merestui hubungan kami.. Dia siksa mummy sampai mummy melahirkan kamu sayang" shofyna mengelus pipi shofie.

"selepas melahirkan.. Kamu.. Papa kamu larikan kamu.. Dan mummy hampir gila.. Ditambah pula mummy disahkan takkan memiliki anak lagi selepas ini.. Mummy hilang pegangan hidup.. Sampailah mummy jumpa farid.." kini tangisan shofyna pecah.. Shofie memeluk erat tubuh shofyna.

" mahukah kamu maafkan mummy.. Mummy akan tebus masa-masa mummy dengan kamu.. Shofie fitriyani.."

Shofie diam tak berkutik.. Dia taktahu apa yang perlu dia katakan.. Sungguh mengejutkan berita yang diterimanya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience