BAB 69

Romance Completed 175736

Pagi tu haidan bagun.. Pertama kali dia bangun melihat kabut di depan mata.. Selalunya pemandangan itu hanya di luar negara atau ditempat tinggi..

Nyaman terasa suasana pagi itu.. Dia keluar ke laman rumah melakukan senaman ringan.. Daun-daun semua penuh dengan embun.. Bila dia lalu dibawah pohon.. Basah bajunya terkena titisan embun.

"abang.. Mari makan dulu" panggil balqis.

"ya.." jawap haidan.

Dia duduk di meja makan.. Abi sudah siap duduk disitu.. Dia melihat makanan yang dimakan abi.. Dikoyak dan mencicah ke kuah sambal ikan bilis.. Dia memerhati shofie yang sedang berdiri di dapur.

Shofie datang membawa pinggan yang berisi lempeng..diletakkan ke hadapan haidan..

"ni lempeng.. Kena makan dengan sambal.."shofie menyendukkan sambal ke pinggan haidan. Haidan diam.. Dia mengangguk sahaja.. Dan mula makan seperti mana dia melihat idlan makan..

" hmm.. Sedap.. "kata haidan. Idlan ketawa mendengar pujian haidan.

" makanlah.. Makan banyak sikit.. "kata Idlan. Shofie menuangkan air kopi di cawan haidan.. Dia kembali ke dapur membuat beberapa lagi lempeng..

" dengar kata shofie.. Petang ni dah nak balik ya " tanya ruzana.. Yang datang dari dapur..

" ya ibu.. "jawap haidan.

" kenapa sekejap sangat baliknya haidan.. Tinggallah lama sikit sini.. "kata idlan.

" lain kali kami balik lama sikit ya abi.. "

" atau.. Abi dan ibu datang kerumah saya.. Boleh kenal dengan bonda haidan.. "sambung haidan lagi.

" InshaAllah.. "kata ruzana.

" kalau abi dan ibu nak datang..beritahu saja.. Haidan akan hantarkan orang untuk jemput abi dan ibu.. "kata haidan bersungguh..

" ya... InshaAllah kalau berkesempatan.. "balas idlan.

" qis.. Kejap lagi ikut kakak.. "kata shofie..

" oh yang itu ya.. Ok. Ok.. "kata balqis sambil menayangkan jari telunjuk dan ibu jari dicantumkan menjadi bulat..

" apa saja kamu berdua ni.. "tegur ruzana.

Kedua mereka tidak menjawap.. Malah sama-sama ketawa. Kemudian mereka berdua berjalan keluar ikut pintu belakang..

" yang mana akak nak.. "tanya balqis.

Shofie mendongak memandang buah yang sudah gemuk-gemuk kemerahan banyak tergantung di atas pokok.. Sambil menelan air liurnya .

" ambik yang besar-besar.. Kakak nak bawa balik " shofie menunjuk nunjuk beberapa biji..

" kejap qis ambik galah.. "

" kakak panjat.. " shofie sudah memeluk batang pokok tersebut.

" jangan nanti, ibu marah... "larang balqis.

" haiiip.. Buat apa tu.. "nyaring suara ruzana di muka pintu belakang..

" kakak ni mak.. Dia nak mangga apel.."kata balqis

" jangan berani-berani nak panjat.. Tu ada galah.. Nanti bagi haidan saja yang kait.. "kata ruzana.

Tersedak kopi yang diminum haidan bila namanya disebut..

" allah kamu ni.. " tegur idlan kepada isterinya.

" Tergejut menantu saya.. "idlan menepuk belakang haidan..

" kait.. Kait apa abi.. "tanya haidan

" kait buah.. Shofie nak buah mangga aple.. Kebetulan berbuah lebat pokok dibelakang tu"kata idlan. Haidan mengangguk.. Dia masih tak faham.. Tapi dia mengangguk saja.

Haidan menjenguk ke pintu belakang.. Dua wanita itu sedang menjolok kayu panjang kearah buah yang sedang tergantung diatas.. Kemudian mereka menarik tali bersama sama... Jatuh buah dari pokok.

"yeaay.." mereka bersorak bersama.. Sambil melagakan tapak tangan.

'ni dua wanita atau dua kanak-kanak perempuan..' haidan mengeleng kepala.. Di masuk kembali kedalam rumah.

"abi.. Haidan keluar kejap ya.. Pergi tolong mereka" kata haidan

"ya pergilah.. Hati-hati" pesan idlan.

Haidan keluar ikut pintu hadapan.. Memakai kasut selipar abinya dan berjalan ke arah belakang rumah..

"mari sini.. Bagi abang buat.." haidan meminta galah yang di pegang oleh dua wanita itu..

"boleh ke.." tanya shofie.. Sekali melepaskan galah kepada haidan.

"berat juga galah ni.. Patutlah angkat dua orang.." kata haidan.. Dua wanita itu ketawa.

"qis.. Pergi ambilkan plastik.." pinta shofie..

"ok.." balqis kembali lari masuk kedalam rumah.

"hati-hati.. Masukkan ranting disini macam ni.. Lepas tu tarik tali ni.. Sampai putus.." shofie memberitahu.

"boleh.."

"boleh.. Senang saja ni.." kata haidan yakin..

Walaupun permulaannya haidan agak kekok.. Lama kelamaan dia boleh membiasakan diri bila dia sudah tahu caranya..

"cukup.. Cukup.. Dah banyak.." shofie memberitahu.. Bila melihat banyak buah sudah banyak ditanah.

"ada banyak lagi diatas tu.." kata haidan.. Masih bersemangat nak mengait buah-buah yang masih tergantung dipokok.

"cukup lah ni...banyak-banyak siapa pula nak habiskan.. Yang lain tu.. Bagi orang lain saja yang makan.." shofie mula mengutip buah mangga apel tersebut.. Balqis meminta untuk menyimpan kembali galah.. Tapi haidan melarang,dia akan tolong simpankan.

Petang itu mereka bertolak balik.. Haidan sempat menanda lokasi rumah idlan..dan memberikan kepada marwan..

" macam mana.. Duduk kampung.." tanya shofie dalam perjalanan pulang.

"hmm ok.. Not bad.. Tak seteruk yang shofie katakan tu.." jawap haidan.

"serius.." tanya shofie lagi.

"ya.. Haidan suka.." jawap haidan jujur.

"baguslah.." shofie menjawap dengan senyuman..

Perjalanan kali ini.. Shofie tak tertidur lagi.. Mereka bersembang-sembang.. Sampai tiba dibandar.

Kehidupan kembali seperti biasa.. Masing-masing sibuk seperti selalunya..

"marwan..masuk" panggil haidan melalui interkom.

"tuan.." tegur marwan bila masuk ke ruang kerja haidan.

"saya nak renovate bilik saya.." kata haidan, yang sedang berdiri memandang sudut biliknya. Terkebil kebil marwan memandang haidan..

"perlu saya panggilkan puan untuk itu tuan.." cadang marwan..

"tak perlu.."

"Ruang kamu disana akan dipindah kan ke luar.. Bersama gina.." kata haidan.. Sambil menunjuk kearah sudut yang selalu diduki oleh marwan.. Kalau berurusan dengannya.

Marwan tak membantah.. Dia mengikut sahaja kata haidan.. Mencatat apa yang haidan katakan.. Dia keluar bila, haidan selesai menerima arahan.

"tuan..ada seseorang dibawah nak jumpa tuan.." kata gina..

"siapa.."tanya haidan.

"tuan saif.. Dari Sinardaya.." kata gina.

"boleh.. Minta dia naik keatas.." arah haidan.

Seketika.. Saif sudah melangkah masuk kedalam ruang pejabatnya.. Haidan menyua tangannya.. Bersalaman dengan saif.. Huluran tangan itu disambut baik oleh saif.

"sahabat.." kata haidan.

"apa khabar sahabat" balas saif.

"sihat, mimpi apa kemari wahai sahabat.." tanya haidan.

"aku kebetulan berada di area sini.. Jadi aku singgah kesini.. Apa kata kita lunch sama.." ajak saif.

"ya boleh.." haidan bersetuju.

Mereka memilih restoran yang berada di sekitar itu sahaja.. Lebih mudah dan cepat.

"maaf hal tempoh hari.." kata haidan.

"naa.. It ok.. Aku, mulanya agak kecewa.. Tapi untuk mengejar isteri orang.."

"Itu bukan cara aku.. Aku masih waras.. Ok.. Tapi.."

"tapi..???" tanya haidan.

"datuk rahimi.. Sedang mencari calon menantu lelaki..dan aku tercalon untuk itu..haidan.." saif tersenyum memandang wajah haidan.

"maksud kau.. Kau calon datuk rahimi untuk shofie.. Macam tu.." tanya haidan dengan perasaan cemas. Saif mengangguk.

"hmmm.. Ya.. Tapi aku dah tarik diri.. Tapi tak mustahil, nanti akan ada calon lain.. Siapa yang nak menolak wanita secantik shofie.." usik saif.

"aku ada alasan aku sendiri..aku bukannya suka-suka nak rahsiakan.. Semuanya rumit" keluh haidan..

"apa pun alasan kau haidan.. Jangan sia-siakan apa yang kau telah miliki, mungkin diluar sana ada seseorang yang sangat mahukan shofie, untuk menjadi miliknya.." saif menasihati. Sambil tersenyum penuh makna.

"terima kasih atas nasihat kau.. Aku akan ingat tu.." balas haidan.

Dalam mereka sedang menjamu selera.. Seseorang menegur mereka..

"assalamualaikum.. My Cousin and friend.." tegur lelaki itu..

"is.." kata haidan dan saif serentak.

"bila kau balik malaysia.." tanya saif.. Iskandar bersalaman dengan saif dan haidan. Lalu duduk semeja dengan mereka.

"dah sebulan macam tu.." jawapnya santai.. Dia memandang kearah haidan yang diam saja..

"urusan apa kembali ke malaysia" tanya haidan.. Serius.

"ahh.. Haidan masih sama.. Masih sedingin salju.. Santai lah cousin.. Is disini ada urusan keluarga.. Is tak ada urusan perniagaan disini.. Jangan risau.." kata lelaki itu sambil tersenyum miring.. Sengaja mengusik emosi haidan..

"baguslah kalau macam tu.."balas haidan.

" is.. Takkan ganggu Zayn Holding.. Jangan risau.. Itu adalah janji.. "
kata iskandar lagi.. Tak mahu kalah dengan haidan.

" baik. Aku pegang janji kau" balas haidan.. Iskandar tambah melebarkan senyumannya.

" eh sudah.. Tolonglah.. Dari kecik sampai besar panjang..Korang berdua tak serasi.. Kalau jumpa mesti ada yang tak kena.. . Tolonglah ok.. Kita lelaki dewasa.. Bukan budak-budak lagi.. "saif meleraikan perang mulut antara mereka.. Dia perlu mencegah sebelum menjadi lebih parah..

" baik.. Baik.. Saif.. Is mengalah.. Memandangkan is yang paling muda disini.. "iskandar mengangkat kedua tangannya keatas.. Menyerah.

Haidan memandang kearah lain.. Malas dia nak melayan sepupu kebanggan nendanya.. Haidan banyak diam bila dua lelaki itu berborak.. Dia hanya habiskan makanannya.. Sambil mendengar merekah berdua berbual kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience