BAB 76

Romance Completed 175736

Marwan mengiringi shofie naik ke pejabat haidan selepas menjemput wanita itu dari MegahRaya..

"sila puan.. Berehat dahulu di bilik tuan didalam bilik rehatnya.. Tuan akan selesai mesyuarat sekejap lagi.." kata marwan sopan.

" dan ini pakaian untuk puan. " marwan menyuakan tali beg kertas kepada shofie.

Shofie menyambut dan melihat isi yang terdapat didalam beg kertas itu.

"pakaian??"

"ya puan.. Tuan takut puan tak selesa kalau puan terus kesana.. Jadi dia sediakan pakaian untuk puan.. Dan segala kelengkapan yang puan perlukan sudah disediakan didalam.." marwan membuka pintu bilik pejabat haidan dan menunjuk kearah pintu ruang rehat haidan.

" terima kasih.. "kata shofie dan berjalan masuk.. Terus melangkah ke arah bintu bilik rehat suaminya.

Marwan kembali menutup pintu.. Dia melihat gina tidak ada di meja kerjanya.. Yang berada disebelah pintu masuk bilik haidan..marwan duduk sementara di kerusi gina.

Shofie meletakkan beg pakaian yang diberikan oleh marwan tadi di atas katil.. Di membuka pintu bilik air..

"bilik air pun dah ada shower.. Boleh lah mandi dulu.." kata shofie.. Sebaik melihat barangan mandian yang biasa digunakannya ada di bilik air tersebut..

Haidan keluar dari bilik mesyuarat sebaik mesyuaratnya selesai.. Diiringi oleh gina.. Dia masuk ke dalam lif untuk naik ke bilik pejabatnya..

" seperti biasa gina.. Esok hantarkan minit mesyuarat tadi.." kata haidan sebaik pintu lif terbuka..

Haidan melihat marwan yang duduk di meja kerja gina.. Sambil tangan marwan laju menaip sesuatu di telefon bimbitnya disitu.

"wan.." tegur haidan. Marwan yang mendengar suara haidan menegurnya, mendadak bangun berdiri..

"tuan.." jawapnya.. Sambil melepaskan telefon bimbitnya di meja gina.

"mana puan..??" tanya haidan.

'puan.. Siapa puan..???' gina berwajah bingung berdiri di antara dua lelaki kacak itu.

"puan didalam bilik rehat, tuan.." kata marwan. Sambil tangannya menunjuk kearah pintu bilik haidan.

"kamu boleh balik dulu wan.. Berikan saya kunci kereta.." marwan mengeluarkan kunci kereta dari poket seluarnya.. Lalu menyerahkan kunci tersebut ditangan haidan.

"kamu pun sama gina.." kata haidan.. Kemudian tangannya membuka pintu bilik kerjanya.

"baik tuan.. Terima kasih.." ucap gina. Melihat haidan sudah melangkah masuk kedalam biliknya.

"tuan marwan.. Siapa puan??" tanya gina.

"puan..lah..kamu patut tahu siapa puan kepada tuan kamu gina.. Supaya kamu tak buat salah dikemudian hari.." kata marwan sinis sebelum berlalu pergi..

'adakah itu.. Cik hayfa.. Aku selalu baik melayan cik hayfa kan.. Rasanya aku tak salah kan..' gina tersenyum sendiri. Tapi, dia masih belum puas.. Selagi tak tahu.. Siapa 'puan' yang dimaksudkan oleh marwan.. Jadi dia mengambil keputusan untuk menunggu di ruang kerjanya dan menyelesaikan beberapa kerja yang masih tertangguh.

Haidan masuk kedalam bilik kerjanya.. Tiada kelibat shofie disitu.. Dia membuka pintu bilik rehatnya.. Melihat ada beg tangan shofie diatas katil.. Bunyi titisan air dari bilik air menandakan shofie masih ada di dalam bilik air..

Haidan melonggarkan tali lehernya. Lalu berjalan ke almari yang ada di dalam bilik tersebut.. Mengeluarkan baju yang lebih santai untuk dipakainya nanti..

Klekk.. Pintu bilik air terbuka..

Shofie berjalan keluar dengan mengunakan tuala yang melilit di tubuh shofie..haidan yang ada di almari berdiri kaku memerhati shofie sambil menelan air liur..

Shofie mengambil pakaian yang berada didalam beg kertas.. Meletakkan pakaian itu di bahunya..

"argggghhh.." seraya shofie membaling baju tadi kepada haidan.. Haidan menyambut baju yang dilemparkan oleh shofie kepadanya.

"ke..kenapa... Sejak bila ada disitu".. Tanya shofie gugup.. Melihat haidan turut berada di dalam bilik tersebut bersama dengannya.

"siapa.." tanya haidan..

"kamu.." shofie menunjuk kearah haidan..

"kamu tu siapa ya.."

"haidan lah.." jawap shofie dengan perasaan kesal. Dia tahu haidan cuba mempermainkannya.

"siapa haidan.." kalini haidan dengan senyuman sinisnya.

"tuan muda zayn haidan.." jawap shofie sambil melipat tangannya ke dada..

"siapa tuan muda zayn haidan bagi fiya.." haidan berjalan selangkah mendekat.

'itulah yang dia nak aku jawap dari tadi kan..'siapa tuan muda zayn haidan bagi pandangan shofie fitriyani'

"siapa fiya" haidan melangkah mendekat lagi.

"suami.."jawap shofie sambil membuang pandangan kearah lain..

"really.." kata haidan mendekat lagi dan mencium dahi shofie.

"enough haidan.." haidan tak mengendahkan shofie.. Dia memeluk pingang shofie..

"haidan.. Give me some space.." kata shofie.. Walaupun lembut.. Membuatkan hati haidan terguris.

"hmm.. In one condition..." haidan memberikan penawarannya..

"what..??" shofie juga tak mahu mengalah.

"don't call me haidan.." kata haidan. Bekerut dahi shofie mendengar..

"dah tu..what should I call you dear.." shofie memaniskan wajahnya...

Haidan tahu.. Shofie sedang menyindirnya.. Tapi dia juga, tak melepaskan peluang.. Tangannya malah mengeratkan lagi pelukan di pinggang shofie.. Membuatkan shofie mendongak memandang wajah kacak haidan dengan lebih dekat.

"call me.. Hubby.. Bee..suamiku..besides haidan.." kata haidan dengan senyuman lebar di wajahnya.

Shofie membalikkan matanya.. Memandang kearah lain..

"choose it.. Sayang"

"haidan.. Lepas.." shofie meronta minta dilepaskan.

"jawapan yang salah sayang.." kata haidan.. Lalu mencium pipi shofie sekilas.

"hubby...." kata shofie.. Memandang kearah lain..

"macam tu lah.." haidan melepaskan pelukkan di pingang shofie.. Lalu mencuit hidung mancung shofie..

"hubby.. Mandi dulu ya.. Lepas solat nanti kita pergi.." haidan berjalan masuk ke dalam bilik air.

Shofie menunduk.. Menyembunyikan wajahnya yang memanas..

"kau dah kenapa shofie.." shofie memegang pipinya sendiri.. Sambil menepuk nepuk lembut pipinya..

Selesai solat haidan dan shofie keluar dari bilik pejabat haidan untuk ke klinik..

"kamu tak balik lagi gina.." tanya haidan. Bila melihat gina masih duduk ditempatnya sedang menaip.

"tuan.. Sekejap lagi, saya dah nak habiskan kerja saya.." kata gina sambil melirik kearah wanita yang ada di sebelah haidan..

Gina tergejut melihat wanita yang berdiri disebelah tuannya, haidan.

'alamak..bukan cik hayfa ke.. Kenapa boleh cik shofie...' muka gina berubah pucat..

" puann.... "tegur gina sopan.. Shofie sekadar tersenyum kearah gina..

" mari sayang.. Nanti kita lambat.. "ajak haidan..

" gina.. Dah lewat.. Baik kamu balik.. Sekarang.. " kata haidan sebelum meraka berjalan ke arah lif.

" baik tuan.. Saya balik sekarang.." balas gina.

'adoii.. Selama ni aku salah la.. Bukan cik hayfa..tapi cik shofie.. Mati aku kalau dia complain dekat tuan.. Cara aku layan dia..' gina mengaru kepalanya.. Sambil merungut.

Haidan dan shofie tiba di klinik pakar wanita, tanpa menunggu lama.. Jururawat terus memanggil mereka.. Masuk kedalam bilik rawatan.

"assalamualaikum tuan dan puan.. Sila duduk.." kata doktor itu ramah.. Mempelawa pesakitnya duduk di kerusi didepannya.

"waalaikummusalam" jawap shofie dan haidan..

"saya doktor yasmin.. Saya mengantikan doktor yang bertugas malam ini.. Kerana ada emergency.. Harap tuan dan puan tak kisah.." kata doktor itu.

"tapi doktor arif dalam hal ibu dan anak.." tanya haidan.. Meminta kepastian.

"Insya Allah.. Saya boleh.." kata doktor wanita itu tersenyum manis..

Doktor yasmin melihat kearah shofie.. Merenung lama wajah shofie.. Kemudian dia membaca nama shofie yang tertulis didalam rekodnya.

'kalau tak salah.. Ini puteri kepada datuk rahimi.. Kenapa dia boleh datang sebagai isteri kepada lelaki yang bernama Zayn haidan..' yasmin keliru..

"boleh saya dapatkan tarikh akhir puan datang bulan.." tanya doktor yasmin.

Doktor yasmin mengira usia jangka kehamilan shofie.. Kemudian menerangkan kepada pasangan tersebut mengenai perkembangan janin diusia kandungan shofie..

"harapnya.. Tuan dan puan faham apa yang saya terangkan tadi.." kata doktor yasmin.. Senyuman tak lekang diwajahnya yang manis.

"doktor.. Saya ada soalan.." kata haidan..

"ya silakan.. Tuan.."

"apa bahaya.. Hubungan intim diwaktu sekarang ini.. Maksud saya.. Kandungan isteri saya masih baru.. Adakah bahaya untuk anak kami.." tanya haidan tenang..

'apa.. Soalan apakah itu... Haidan.. Kamu tak tahu malu...' shofie memandang haidan tajam.. haidan,malah santai sahaja..

"jagan segan puan, kita perlu lebih terbuka bila membicarakan hubungan seks, ianya bukan perkara yang pelik atau lucah, apatah lagi jika ia berkaitan kesihatan."

"Dalam konteks hubungan kelamin semasa hamil, ia tidak boleh diambil ringan oleh pasangan suami isteri terutama bagi ibu yang pernah mengalami masalah sepanjang kehamilan,”

“Kantung amnion dan otot uterus yang kuat turut melindungi bayi. Oleh itu, jika ibu dan janin dalam keadaan sihat, aktiviti seks boleh dinikmati seperti biasa sepanjang kehamilan. Tidak ada istilah ‘berpantang’ sama ada pada awal mahupun akhir kehamilan,”

"namun begitu, pada peringkat awal isteri akan berasa tidak selesa atau hilang selera seksual jika mereka mengalami alahan teruk terutama bagi ibu yang pertama kali hamil." doktor yasmin memandang ke arah shofie yang duduk diam di kerusinya. Sedangkan haidan sedang tekun mendengar maklumat yang sedang disampaikan oleh doktor wanita itu.

"Bagi ibu yang pertama kali hamil, saya sarankan agar sentiasa mendapat pandangan doktor termasuk soal hubungan kelamin sepanjang kehamilan bagi mengelak sebarang kemudaratan. Hubungan suami isteri perlu dihentikan jika berlaku pendarahan semasa aktiviti berkenaan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan keguguran."terang doktor yasmin dengan panjang lebar.

Haidan bertanya lagi tentang keadaan shofie yang kerap muntah dia awal pagi..dan persediaannya sepanjang kehamilan isterinya.

Shofie melihat saja doktor yasmin dan haidan khusyuk berbincang tentang kehamilannya.. Wajah haidan kelihatan sangat serius membincangkan topik kehamilannya..

'adakah dia bersungguh-sungguh ikhlas.. Menerima bayi yang berada didalam janinnya..' shofie menyentuh perutnya.

"sayang.. Mari.." shofie tersentak..dari lamunannya.. Bila melihat doktor yasmin dan haidan sudah sama-sama berdiri.

"kemana??" tanya shofie gugup.

"kita scan ultrasound.." jawap doktor yasmin..

Haidan mengambil tangan shofie.. Membimbing shofie untuk ke ruang ultrasound yang disebelah bilik rawatan..

Sepanjang di proses tersebut.. Haidan sangat teruja.. Walaupun ketika itu masih belum kelihatan apa-apa.. Di dalam rahim shofie.. Hanya tompokan yang diterangkan oleh doktor yasmin..

"doktor pasti.... Saya tak nampak apa-apa".. Tanya haidan dengan wajah cemas.. Melihat ke paparan skrin monitor yang ditunjukkan oleh doktor yasmin..

"usia kandungan isteri tuan baru 7 minggu.. Sekarang panjang embrio dalam 1.25sm.. Lebih kurang sebesar saiz sebiji kacang kuda.. Masih terlalu awal kita dapat melihat pembentukannya secara menyeluruh.." terang doktor yasmin. Tapi wajah haidan masih juga tetap tidak berubah..

" semua baik-baik saja kan doktor" tanya shofie.. Shofie tahu haidan tidak puas hati.. Mungkin dia tak senang bila dipanggil anaknya kacang kuda.

"ya.. Alhamdulillah.. Dari pandangan saya.. Semuanya baik-baik sahaja.." kata doktor yasmin..

"ini gambarnya.." doktor yasmin menyerahkan gambar hitam putih kepada shofie...tapi dengan pantas haidan menyambar sebelum sempat shofie menyambutnya. Doktor yasmin tersenyum sahaja melihat perangai haidan..

Selesai urusan mereka.. Pasangan itu berjalan keluar dari klinik tersebut.. Seorang lelaki yang sudah menunggu mereka diluar itu terus mengambil gambar pasangan itu dengan belatar belakangkan nama klinik yang baru saja mereka kunjungi.. Lalu menghantar gambar tersebut jauh ke orang di seberang laut sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience