BAB 31

Romance Completed 175817

Hari ini ni rahimi akan melakukan operasi pembedahan jantungnya.. Rafie, shofie dan sabri setia menanti rahimi diluar bilik pembedahan. Menunggu dengan sabar. Agar bila doktor keluar nanti , mereka dapat mendengar berita gembira dari doktor itu. Dari jauh berlari-lari seseorang kearah mereka..

"assalamualaikum" tegurnya.

"waalaikummusalam" Mereka yang berada disitu.. Menjawap salam.

"maaf abang lambat.." kata raffa.. Perlahan lahan mengatur nafasnya supaya kembali teratur.

"abang..tak perlu datang.. Macam mana kak fiya.. Abang tinggalkan kak fiya.. Tak mengapa ke.. Apa pula kata mertua abang nanti.." tanya rafie.. Sofie juga mengangguk setuju.

"kak liya.. Alhamdulillah.. Semua ok.. Baby pun ok.. Mertua abang faham.. Mereka yang nak abang ke sini. " terang raffa..

"nak tengok gambar baby.." pinta shofie.

"ya Allah.. Abang lupa nak sent kat korang.." raffa menepuk dahinya. Mebuatkan dua adiknya tegelak dengan gelagat abangnya yang makin menjadi-jadi sifat cuainya sejak begelar bapa kini..

Raffa mengeluarkan telefon bimbitnya dari koceknya.. Lalu membuka galeri nya.. Lalu menunjukkan imej bayinya yang baru dilahirkan kepada dua adiknya.. Sabri yang turut berada tak jauh dari situ turut di panggil bersama.

"wah.. Comelnya raffa junior.. Makcik teringin nak dukung si comel ni" kata shofie memuji wajah kecil yang baru lahir ke dunia.

"nanti selesai semua.. Fie boleh saja pergi lawat baby dekat rumah keluarga kak fiya.." raffa mengosok-gosok kepala adik perempuannya. Kini giliran rafie pula membelek imej, raffa junior bersama sabri.

"lupa.. Abang dah pesankan makanan.. Kejap lagi sampai lah tu.. Lepas ni semua makan ya.." kata raffa. Mereka hanya membalas dengan anggukan.

Seharian menunggu diruangan itu.. Sambil berselang seli mereka pergi menunaikan solat.. Akhirnya doktor lelaki yang di pertanggungjawabkan melakukan pembedahan rahimi keluar.

" kepada waris datuk rahimi.. Boleh ikut saya ke ruangan saya.." pinta doktor yang bernama hassan tersebut.

Raffa segera melangkah mengejar doktor lelaki itu pergi. Manakala rafie dan shofie menunggu rahimi keluar dari bilik pembedahan tersebut bersama sabri.

Seketika raffa sudah datang semula menyertai mereka.. Sedangkan rahimi masih berada didalam..

"kenapa abang.. Doktor bagitahu apa" tanya rafie.

"ya abang.. Doktor kata apa" sampuk shofie.

"papa ok..cuma.. Doktor pesan seperti sebelum ni.. Kena jaga papa.. Jangan bagi dia tertekan.. Kita tak pasti, sama ada papa sesuai untuk tempoh permulihan ni.." terang raffa.

"pakcik.. Tolong jangan biar papa tahu apa-apa tentang MegahRaya.." pesan raffa kepada sabri.

"baik.. Tuan muda.. Saya akan ingat pesan itu.." balas sabri.

Pintu bilik pembedahan dibuka.. Mereka mula mengundurkan diri.. Memberi laluan kepada para petugas melakukan kerja mereka. Sehingga rahimi siap ditolak ke bilik rawatannya..

Dua hari berlalu..

Rahimi pun semakin pulih.. Namun masih ditahan di hospital untuk rawatan selanjutnya.. Sabri yang menjaga rahimi sepenuhnya. Sepanjang sabri menjaga tuannya.. Dia menyembunyikan sebarang gajet didalam beg pakaiannya.. Supaya dia, tidak memberitahu sebarang perkembangan syarikat MegahRaya..

Shofie pula dari pagi tak kelihatan di hospital mahupun rumah mereka.. Dia hanya meninggalkan mereka pesan..bahawa dia ada urusan yang perlu diselesaikan.. Dan meminta sabri menjaga rahimi seharian hari ini.

Kini shofie berdiri di hadapan tapak rumah yang sudah tinggal abu akibat hangus dijilat api.. Shofie memandang tidak percaya. Lalu kemana penghuni rumah tersebut sekarang tinggal.

Kakinya gagah melangkah mencari sesiapa yang mampu memberitahu nya apa yang sebenarnya terjadi kepada rumah tersebut.

"assalamualaikum pakcik.. Pakcik" panggil shofie kepada lelaki separuh baya yang sedang menaiki motosikal.

"waalaikummusalam.. Ya nak.. Kenapa tahan pakcik ni" tanya lelaki itu.

"pakcik.. Boleh saya tahu.. Rumah yang didepan tu.. Bila.. Hmm.. Kenapa terbakar.. Mana orang-orang yang tinggal dalam rumah tu pergi.." tanya shofie.

"anak ni siapa.."

"saya shofie.. Tunang kepada taufiq.." shofie memperkenalkan dirinya.

"oh tunang taufiq.. Maaf la.. Pakcik tak kenal anak .."

"rumah mereka terbakar.. Tiga hari yang lepas..kemudian.. Mereka pindah.. Entah kemana.. Pakcik pun tak tahu.. Tak siapa pun yang tahu nak.." katanya.

Shofie memicit pelipisnya.. Kepalanya mula berdenyut..

"terima kasih.. Pakcik.." shofie. Lalu beredar dari situ.. Dan berjalan semula ke tapak rumah tersebut.. Dimana teksi sewanya setia menunggunya.

Shofie masuk kedalam teksi.. Tersandar di kerusi bahagian belakang..

'kemana lagi harus aku cari kau fiq.. Kenapa menghilangkan diri macam ni.. Apa.. fie ada, buat salah kepada fiq.. Sekurang-kurangnya.. bagitahulah fie dimana salah fie.. '

"nak.. Kita kemana" tanya pemandu teksi.melihat shofie masih diam, tersandar dikerusinya.

"hantarkan saya balik ke lapangan terbang pakcik" arah shofie. Dia merasa kesal dengan taufiq. Pergi tanpa memberitahunya apa yang sebenarnya terjadi. Dia sudah perasan akan kelainan dari taufiq sejak lelaki itu balik dari kampung tempoh hari lagi.. Seperti menyembunyikan sesuatu darinya.. Tapi.. Apa.

Sementara tak jauh dari situ.. tanpa shofie sedari.. Ada sepasang mata sedang memerhati kan gerak gerinya sejak dari awal lagi..

Di hospital dimana rahimi sedang dirawat.. Doktor kini, sedang memeriksa keadaan kesihatan rahimi..

"boleh saya balik harini" tanya rahimi. Membuatkan doktor yang sedang memeriksa keadaannya ketawa kecil.

"dah tak suka duduk hospital ya datuk.." tanya doktor lelaki tersebut.. Sambil menulis sesuatu di laporan kesihatan rahimi.

"saya rasa lama sangat.. Saya tinggal disini.. Rasa terperuk.. Tak dapat berhubung dengan dunia luar.. Lagipun saya rasa saya sudah semakin sihat" alasan rahimi.. Sebenarnya dia sendiri sedang tak sabar hendak ke syarikatnya.. Syarikat MegahRaya.. Merupakan sebahagian dari dirinya..

"kita tengok dulu ya.. laporan kesihatan datuk nanti macan mana ya.. Nanti saya maklumkan bila datuk boleh discharge ya.." terang doktor tersebut. Rahimi pasrah.. Dia mengangguk mengiakan sahaja..sabri dan rafie hanya memandang dengan senyuman..

Doktor itu kemudiannya meminta diri untuk keluar.. Rafie mengikut langkah doktor tersebut.. Turut keluar bersama.

" doktor.."panggil rafie.

" ya.. " kini mereka berdua, sudah berada di luar bilik rawatan rahimi.

" seperti yang kami minta sebelum ini.."

"ya..saya faham.. Jangan risau..saya akan ikut rancangan kamu, adik beradik.. Untuk menahan datuk lebih lama disini..saya pun tak mahu datuk kembali memikirkan hal syarikat untuk masa terdekat ini.." ucap doktor lelaki tersebut dengan ramahnya.

Lega rafie mendengar ucapan doktor lelaki tersebut..

" terima kasih doktor "bersungguh kata rafie.. Lalu mengambil tangan doktor itu lalu menepuk nepuknya perlahan. Menyentuh tangan yang menyelamatkan papanya. Doktor Husain tersenyum mendengar kata yang diucapkan oleh anak muda tersebut.

Rafie kemudiannya masuk semula kedalam bilik rawatan papanya.

"rafie..mana shofie.. Seharian papa tak nampaknya dia.."tanya rahimi kepada anak leleki keduanya.

" fie ada hal papa.. Mungkin selepas selesai urusan dia nanti akan kesini" kata rafie.

" hmm.. "rahimi membalas santai.. Lalu menyandarkan badannya di kepala katil.

Marwan memerhati haidan yang sedang duduk di depannya yang sedang menyemak dokumen dan masih berada di helaian yang sama.. Sudah hampir satu jam.. Marwan tahu.. Tuannya, haidan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya sejak beberapa hari kebelakangan ini. Manakan tidak.. Tempoh tiga hari yang diberikan oleh haidan sudah lama tamat..dan berlalu begitu sahaja.

" tuan.."

"hemm"

"ada masalah dengan dokumen itu.. Saja akan suruh gina buatkan semula.." kata marwan.

Haidan tak menjawap. Dia menutup dokumen tersebut.. Lalu memicit pelipisnya..

'shofie.. Hanya kau yang mampu menentang aku.. Lagi payah aku nak dapatkan kau.. Lagi buat aku bersemangat untuk terus mengejar.. Sampai kau jadi milik aku.. Harus aku akui.. Kau buat aku tak senang duduk.. Kerja aku semuanya serba salah.. Entah dimana silapnya'

Haidan kebelakangan ini.. Kerap menghamburkan amarahnya kepada para pekerjanya. Walaupun atas kesalahan - kesalahan kecil. Sungguh dia tak dapat megawal emosinya kini.

" macam mana MegahRaya.."

Marwan menaikkan hujung bibirnya.. Sudah dia jangka, pertanyaan itu akan muncul juga akhirnya.. Mesti haidan sudah sedaya upaya menahan dirinya dengan susah payah untuk tidak mengendahkan MegahRaya..

"mereka sudah jualkan dua buah villa, milik keluarga mereka... Sekarang mungkin mereka sedang mencari pelabur baru.. Atau tutup salah satu cawangan yang ada..dan menumpukan sepenuhnya kepada ibu pejabat MegahRaya.." terang marwan.

"cari pemegang saham yang ada.. Beli semua saham mereka.. Rahsiakan identiti saya" arah haidan dengan tegas.

'aku nak tengok.. Sejauh mana kau mampu terus mendongak tanpa memandang aku..' haidan tersenyum sendiri.. Lalu bangun.. Berjalan menghampiri ke cermin kaca yang mehidangkan pemandangan ibu kota..

"baik..saya akan buat seperti yang diarahkan.." kata marwan.

Shofie sudah selamat sampai di ibu kota.. Dia sudah seperti orang hilang kewarasan.. Naik turun kapal terbang seharian.. Dia tidak terus ke hospital melawat papanya.. Kerana pikirannya sekarang ni agak kusut. Tak mahu papanya melihat keadaannya yang sedang tak terurus sekarang ni.

Dia sudah tak mengendahkan apa yang berlaku di sekelilingnya.. Yang dia tahu.. Dia perlu merebahkan dirinya.. Mendapat tidur yang cukup.. Supaya dia bangun esok.. Dia akan kembali bersemangat semula.

Sekembalinya shofie dirumah milik keluarganya.. Keadaan rumah itu menjadi semakin sunyi sepi .. Sepertinya sudah tidak mempunyai penghuni lagi. Semasa dia ingin melintasi ruang antara ruang tamu dan ruang makan.. Dia mendengar sesuatu.

"macam mana dengan kita.."

"kenapa.."

"dengar tak.. Tuan muda. Sudah jualkan dua villa datuk.. Dan berhentikan penjaga yang bertugas disana"

"ya ka.. Allahuakbar"

"apa nasib kita nanti"

"dengar-dengar syarikat datuk.. Dia cawangan utara tu akan ditutup"

"mana kau degar ni"

"ya.. Jangan sebar benda yang takpasti"

"ini betul..semua sedang bercakap benda ni"

"takutnya nanti.. Kalau, rumah ni pun kena lelong.. Kena jual.. Apa akan jadi dengan kita.."

Dengar suara mereka mengeluh bersama.. Manakala shofie yang mendengar itu.. Sekali lagi.. Merasa serba salah. Seolah-olah dirinya tak berguna.

'tapi.. Tempoh tiga hari tu dah tamat... Adakah masih ada peluang.. Ya aku, akan cuba.. Mana tahu dia berubah hati nak menolong.. Sekurang kurangnya beban keluarga ni dapat diringankan.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience