Bab 51 : Lupa Terus

Romance Series 406411

"Hai adik ipar. Lama tak jumpa kan." Ujar Khalisah sambil menghulurkan tangannya untuk disalami oleh Anne.

"Errr..." Anne terkelu, hendak memberi salam dia takut kalau-kalau menjatuhkan air muka Khalisah yang tadinya sudah seronok ber hai bye-bye.

"Ris, jom masuk. Weena ada dekat dalam, dia rindu sangat dengan Ris. Yelah, lama tak jumpa dengan sepupu dia ni kan." Lengan kanan Idris sudah di rangkul oleh Khalisah.

Mereka berdua berjalan meninggalkan Anne terkebil-kebil sendirian. Rokiah yang melihatkan situasi itu sudah merasa tidak sedap hati melihat Anne dilayan begitu. Maka, laju sahaja dia merangkul tangan Anne pula mengajaknya masuk ke dalam rumah.

Rahimi pula membantu membawa beg baju mereka masuk ke dalam rumah. Tiba sahaja diruang tamu, Idris sedang seronok bersembang dengan Paweena. Anne yang janggal melihatkan situasi itu mencari idea untuk masuk ke bilik tidur.

"Ibu, kat mana Anis boleh tumpang solat Asar ya?"

"Isy, Astaghfirullah hal 'azim. Maaf ibu lupa pulak nak tunjukkan bilik Idris. Sini Anis, kita masuk bilik Idris." Tangan Anne dipaut sekali lagi, membuatkan Anne menurut sahaja ke mana Rokiah melangkah manakala Idris hanya melirik sahaja ke arah kedua mereka itu.

"Anis nak mandi ke, nak solat ke, dekat sini lah. Sejadah cari dalam almari ya. Anis rehat lah dulu. Jauh perjalanan tadi."

"Terima kasih ibu."

*****

"Rumaysa..."

"Hmmm..." Satu senyuman terukir di bibir Anne.

"Tak nak bangun lagi?" Terasa pipinya diusap lembut oleh tangan kekar, mungkin milik suaminya.

"Ngantuk lagi lah abang. Saya tidur sikit lagi eh?" Gumam Anne.

"Okey."

Idris dah balik! Oh rindunya dekat Idris. Nak marah dia, pergi mana lama-lama tinggalkan orang menangis bagai nak gila dekat sini?

Eh, Idris dah balik? Abang!

"Uikk, seronok tidur petang nampak?" Tegur Idris yang sedang menyikat rambut di hadapan cermin sebaik sahaja mata Anne terbuka.

"Lama ke saya tidur?" Tanya Anne dengan pandangan mata yang berbalam dek mamai yang masih bersisa.

"Dekat sejam jugaklah." Balas Idris sambil melihat jam dinding.

"Lamanya." Gumam Anne yang tanpa sedar sedang diperhatikan oleh Idris melalui cermin di hadapannya.

"Malam ni saya nak keluar dengan Weena dan Kak Long. Awak nak ikut?" Tanya Idris.

"Pergi mana?"

"Shopping kot."

"Tak nak lah. Saya nak rehat. Badan saya rasa penat lagi." Balas Anne yang sudah membetulkan kedudukannya di katil itu, bersedia untuk bangun.

"Betul ke?" Soal Idris tiba-tiba.

"Apa yang betul?" Dahi Anne berkerut memandang Idris yang sudah duduk bersebelahan dirinya.

"Betul ke awak tak mengandung? Makan buah yang masam-masam, badan penat. Tu simptom orang mengandung je." Komen Idris.

"Betul lah tak. Apa lah soalan awak ni. Hari ni kahwin, esoknya awak dah pergi London. Mana nak datang anak tu?" Bebel Anne.

Tak habis lagi topik mengandung ni rupanya.

"Malam lepas kita kahwin tu?"

"Ya Allah! Mana ada apa-apanya yang berlaku. Dah lah. Saya nak pergi mandi."

"Serius tak ada apa-apa berlaku?"

'Ni kalau lempang aci tak, biar karang terus ingat semuanya. Biar dia rasa nak cancel kan hilang ingatan.'

Anne menggeleng kepalanya.

"Peliknya." Balas Idris.

"Apa yang pelik?"

"Yelah, dah kahwin tapi tak buat apa-apa."

"Mungkin suami saya, Idris yang dulu tu lebih penyabar orangnya." Balas Anne selamba membuatkan Idris terpana.

*****

"Ris, Ris betul ke tak ingat Anis lagi?" Tanya Khalisah sewaktu Paweena sedang mencuba pakaian yang mahu dibelinya.

"Tak. Rasa kekok pun ya. Yelah, tak kenal, tapi tiba-tiba sebilik."

"Kalau Ris tak suka, biar dia tidur dengan Weena dekat bilik tetamu nanti. Ambik masa betul-betul untuk pulih dulu baru fikirkan tentang hubungan Ris dengan Anis.

Anis pun tak boleh lah pentingkan diri. Tak boleh lah dia nak paksa-paksa supaya ingatan Ris tentang dia cepat pulih." Sambung Khalisah lagi.

"Hmmm, betul lah tu." Balas Idris pendek.

Dalam diam, Khalisah sudah tersenyum kecil. Semoga Idris terus lupakan Anis. Kan lebih baik begitu.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-02-03 22:51:34 

nak la lagi N....

Hawani Hashim66
2022-02-03 22:42:38 

dalam sesebuah rumah tangga mesti ada yg mcm hati kakak Idris apasal ya ...walhal anne pun berpelajaran jugak orngnya...


NovelPlus Premium

The best ads free experience