Bab 13 : Sabrina

Romance Series 403916

Idris yang sedang berbaring tersenyum sendiri mengingatkan kisah dia menegur perempuan itu tadi. Kakak Anas rupanya yang membuat kuih kegemarannya sejak sekian lama. Telefon bimbitnya dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka, pantas dia mencari nama Anas. Pesanan pendek ditaip dan dihantar kepada Anas.

"Senyum sana, senyum sini, teringat pembuat kuih ke tu?" Usik Bahri.

Idris menyambut pertanyaan itu dengan senyuman sahaja. Mana boleh sesuka hati dia luahkan apa yang dia rasa. Tak macho lah.

"Siapa yang bakal jadi kakak ipar aku tu?" Tanya Idris selamba.

"Hmmmm adalah, tengoklah. Ada masa nanti aku kenalkan dekat kau. Tapi, aku tak tahu kalau dia boleh terima aku. Sebab kekurangan aku ni." Bahri melepaskan keluhan.

"Tak cuba tak tahu Yie. Cubalah dulu." Balas Idris yang sudah berdiri.

Telefon yang berbunyi menandakan ada mesej yang diterima, cepat-cepat diambil dari sisi bantalnya. Sebaik sahaja dibaca, air mukanya berubah mendung. Namun dibalas sahaja, mencuba nasib lagi.

"Dah kenapa pulak sedih ni. Baru je tadi galak mengusik aku. Ni dah sedih pulak." Tegur Bahri.

"Tak ada apalah. Aku nak keluar sekejap. Pergi kedai. Ada nak kirim apa-apa tak?" Tanya Idris.

Bahri hanya menggeleng. Mencurigakan betul budak Idris ni. Kejap senyum, kejap mendung. Mesti ada kaitan dengan kakak si Anas.

*****

"Sampai hati kan, lupa terus aku. WhatsApp tak balas, PM dekat Fb pun kau abaikan je. Kau tu ingat sikit, kau resign tempat kerja je, bukan resign dari persahabatan kita. Ni kalau aku tak datang, entah-entah sampai ke bila-bila lah aku tak tahu khabar kau." Omel Sabrina.

Sebaik sahaja Anne tiba di rumah setelah keluar mendapatkan bekalan bahan-bahan untuk membuat kuihnya, kelihatan Sabrina sedang bercekak pinggang di hadapan rumahnya. Kata ayah, berkali diajak masuk namun Sabrina enggan.

"Aku bukan sengaja. Aku sibuk sikit. Aku kan tak kerja sekarang. Jadi, untuk menampung kos sara hidup aku ni, aku buat kuih. Buat kuih ni, kau tahu-tahu jelah, penat, kena bangun awal. Lepas hantar kuih, aku kena beli barang untuk esok pulak.

Lepas Zohor, aku tidur kejap untuk menambah tenaga. Malam pun aku tidur awal sebab nak buat kuih tu kena bangun awal. Haaa gitulah kitaran hidup aku sekarang. Sorry eh, bukan sengaja. Aku kerja bukan 8.30 sampai 5 lagi dah. Clash masa dengan waktu kau rehat untuk mesej-mesej ni ha." Anne memberi alasan yang kedengaran logik pada perkiraannya.

Sabrina hanya mencebik.

"Azlan selalu tanya aku kalau aku ada contact kau." Sabrina membuka bicara pada topik yang paling pantang singgah di telinga Anne.

"Kau datang Kuantan ni berapa lama?" Tanya Anne, mengubah topik perbualan.

"Plannya seminggu. Kau teman aku jalan-jalan boleh ke?" Tanya Sabrina.

"Aku ni tak boleh nak janji apa-apa. Sebab kau tahu lah, macam yang aku cakap tadi, aku sibuk. Kau stay mana?" Tanya Anne lagi.

"Dekat Zenith Hotel. Anne, kau tak nak settlekan hak ni dengan cara yang baik ke dengan Azlan? Aku kesian pulak dekat dia bila dia tanya-tanya pasal kau." Pujuk Sabrina.

"Sab, pertamanya, tak ada istilah settlekan cara baik. Azlan dah tinggal aku lama sebelum aku jumpa dia semula dalam keadaan dia dah kahwin dengan Dalina. Kisah kami dah selesai.

Kedua, dia suami orang. Tak ada sebab untuk aku berhubung dengan dia. Aku resign sebab tak nak dengar cerita pasal dia. Tapi kalau aku tetap dengar cerita tentang dia, mungkin betul aku kena resign dari persahabatan kita sekali." Jarang-jarang sekali dia bertegas begini, apatah lagi dengan Sabrina.

Suasana di ruang santai di luar rumah itu hening seketika. Tiada sebarang bunyi, hatta bunyi angin sekalipun.

"Aku mintak maaf Anne. Aku cuma rasa serba salah. Aku ingat kau perlu bantuan untuk selesaikan hal ni. Supaya korang masing-masing boleh move on dan bahagia dengan pasangan masing-masing." Ucap Sabrina.

Anne masih mendiamkan dirinya. Seketika, perbualan lampau bersama Sabrina sewaktu dia sedang menunggu LRT untuk balik ke rumah terimbas kembali.

~Flashback~

"Kau tak nak kahwin ke?" Tanya Sabrina.

"Hah?" Anne melabuhkan duduknya semula.

"Yelah, kau selalu doakan supaya kau dapat kerja shift supaya kau boleh bangun lambat. Kau tak nak kahwin? Perempuan bila dah kahwin, sebolehnya cubalah untuk tak kerja shift. Siapa nak bela anak-anak kau nanti? Laki kau, jangan sampai dia jadikan itu alasan untuk cari lain pulak nanti." Jelas Sabrina.

"Sab, kau tengok aku ni..." Kedua pipi Sabrina dipegang dengan kedua tapak tangannya, dialihkan supaya Sabrina menghadap wajahnya pula.

"...kau rasa, ada ke manusia yang nak kahwin dengan aku ni?" Bisik Anne, seketika kemudian, dia melepaskan pipi Sabrina.

*****

'Macam mana aku nak kahwin, kalau satu-satunya manusia yang aku sayang dah ada orang lain yang mampu memberi dia kebahagiaan?'

"Sab..."

"Anne..."

Mereka berdua diam seketika setelah keduanya bersuara secara serentak.

"Kau cakap dulu." Ujar Anne.

"Azlan ke punca kau jadi rendah diri sampai kau selalu cakap benda yang bukan-bukan pasal diri kau?" Luah Sabrina.

Anne, masih berdiam diri lagi. Mencari-cari perkataan yang sesuai untuk dia luahkan tanpa menyalahkan sesiapa.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience