Bab 36 : Tunda

Romance Series 403830

"Awak diam je?" Tanya Idris.

Anne cuma mengangkat bahunya.

"Saya okey je." Jawab Anne.

"Awak marah kan? Saya tahu awak marah sebab awak diam je dari tadi lepas saya beritahu yang saya kena pergi kursus tu." Balas Idris.

Sebaik sahaja menerima berita bahawa namanya serta beberapa rakan terpilih untuk mengikuti kursus latihan menyelamat untuk kenaikan pangkat di London, Idris terus sahaja memaklumkannya kepada Rokiah dan keluarga Anne.

Menghadiri latihan itu, bermaksud majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung dalam tempoh sebulan sahaja lagi pada Disember itu perlu ditunda. Terasa berat hati Idris untuk menyampaikan berita itu. Takut kalau-kalau pihak perempuan menganggap dia saja-saja mahu menunda majlis yang penting bagi mereka.

Tapi ini adalah peluang yang bagus. Bagi Idris, ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup untuk dia memajukan diri dalam kerjaya. Rezeki juga untuk mereka yang baru mahu memulakan kehidupan berumahtangga.

"Berapa lama dah tadi awak cakap awak kena pergi untuk kursus tu?" Soal Anne kembali.

"Tiga bulan. Hujung Februari, Insya Allah saya balik sini semula." Jawab Idris.

"Okey."

"Okey je?"

"Awak nak saya cakap apa?"

"Kot lah awak nak cakap dekat saya jangan pergi tinggalkan awak kat sini ke. Atau awak nak cakap dengan saya supaya percepatkan tarikh nikah kita ke, bila dah jadi isteri senang lah nak bawa awak sekali." Balas Idris.

"Ya Allah, jauhnya lah pemikiran awak. Saya tak kisah. Saya okey. Kerja kan. Bila kena pergi?" Tanya Anne.

"Hari Isnin minggu depan. Anis, awak janji tau." Tutur Idris.

Anne mengangkat keningnya pula.

"Janji? Janji apa?" Tanya Anne.

"Janji yang awak akan rindukan saya je bila saya pergi kursus nanti." Jawab Idris perlahan, membuatkan suaranya kedengaran sedikit, romantis?

Eeeuuuuu, meremang!

"Merepek je lah." Balas Anne.

"Apa yang merepek? Saya tak nak bila saya balik nanti awak tiba-tiba nak cancel kan pertunangan kita ke. Sedih saya nanti." Idris tayang riak wajah sedih.

"Tak ada maknanya. Jangan fikir yang pelik-pelik. Insya Allah, awak balik nanti kita boleh langsung kan majlis semula. Itu pun, kalau awak sudi lagi." Balas Anne perlahan.

"Sekarang awak pulak yang merepek. Awak, nanti hantar saya dekat Airport Kuantan ya?" Walaupun di lontarkan soalan itu kepada Anne, hakikatnya Idris amat mengharapkan kehadiran Anne nanti.

"Insya Allah boleh."

Seketika kemudian, kedua-duanya berdiam diri. Seakan sedang menikmati lembut dan nyamannya angin yang bertiup petang itu.

"Alhamdulillah kan bang, budak berdua tu nampak serasi." Komen Fauziah dari dalam rumah.

Mereka berdua sedang berselindung di sebalik langsir tingkap rumah mereka, memerhatikan Anne dan Idris yang sedang berbual di kerusi batu yang ada di laman rumah itu sebaik sahaja Idris selesai menceritakan situasinya.

"Idris tu memang baik. Payah nak jumpa sekarang ni." Balas Arshad.

*****

"Ada perlukan apa-apa lagi tak Ris?" Tanya Bahri tatkala melihatkan Idris sedang melipat baju dan mengemas bagasinya.

"Tak ada dah setakat ini. Aku bukan apa, kemas sikit-sikit sebab takut lupa. Lagi pun, bila buat sikit-sikit ni, boleh plan baik-baik apa yang nak bawa. Tak nak lah sia-sia je bayar bagasi yang terlebih beratnya." Jawab Idris.

"Mesti kau sedih kan nak tinggalkan keluarga." Komen Bahri.

"Aku bukan tak biasa jauh dari keluarga." Balas Idris sambil tersenyum lagi.

"Memang lah. Tapi tahun ni ada pertambahan ahli keluarga. Tu, tunang kau tu." Usik Bahri.

"Ada je nak kenakan orang kan."

"Hahaha. Yalah, apa kata kau kahwin dulu sebelum pergi sana. Sekurang-kurangnya bila dah kahwin, nak telefon nak bergayut bagai tiada esoknya tu, tak adalah segan sangat. Sempat lagi ni Ris, kahwin lah dulu sebelum pergi. Majlis lambat tak apa." Usik Bahri lagi, kali ini dia seperti bersungguh-sungguh memujuk Idris agar Idris bersetuju dengan ideanya.

"Merepek! Aku nak kahwin, bukan nak bawak lari anak orang mudah-mudah je sampai kau suruh tergesa-gesa kahwin sebelum pergi kursus." Balas Idris lagi.

"Aku terima nikah Anis Rumaysa binti Arshad dengan maskahwinnya satu ribu dua ratus tujuh ringgit tunai."

Eh?

Enjoy reading! ;) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience