"Gilaaaa, lepas tu kantoi tak kereta kau kena jual?" Tanya Bibah.
"Mestilah kantoi. Puncanya, sebab surat amaran aku tak pergi kelas yang pensyarah keluarkan terus sampai ke rumah. Aku ingat lagi ayah aku mengamuk gila masa tu. Tapi, sebab aku dalam keadaan 'sakit', ayah aku tak lah buat benda bodoh. Menitik jugak air mata dia masa datang ambik aku dekat hostel." Balas Anne.
"Kawan kau ke yang call ayah kau?" Tanya Bibah lagi.
"Ha ah. Dia mintak maaf dengan aku, ambik phone aku terus call ayah aku. Dia cerita dekat ayah yang aku dah dekat sebulan tak makan. Asyik menangis je. Hari-hari dah jadi macam rutin wajib, aku bangun je dari tidur terus mesej WhatsApp jantan tak guna tu dulu.
Aku ingat lagi, seminggu lepas kantoi tu aku siap merayu dengan dia untuk tinggalkan perempuan tu. Sampai ke sudah dia tak respon apa-apa. Aku je yang macam bodoh mesej-mesej dia. Merayu dia terima aku semula.
Minggu kedua, ada satu hari tu, dia mesej aku. Cakap nak jumpa. Aku excited gila nak jumpa, aku fikir dia nak mintak maaf dan pujuk aku semula. Tapi tak pun, dia hulur sampul yang ada duit je, cakap duit jual kereta hari tu dia ganti semula.
Kereta dah tak ada sebab kawan dia accident, total lost. Pesanan terakhir, jangan cari dia lagi sebab kami dah putus. Balik dari jumpa dia tu, aku sambung dua minggu lagi menangisi nasib diri. Sedih gila sampai tak pergi kelas sebulan. Bodoh betul. Tak pasal-pasal aku tangguh sem tu." Cerita Anne.
"Haisy, aku bila dengar cerita ni, membuak perasaan marah aku. Tapi tulah, kau pun kurang cerdik bila bercinta. Kita ni perempuan, kena mahal kan diri kita. Jangan kita yang terhegeh-hegeh dekat lelaki, biar dorang yang gila kan kita." Sempat lagi Bibah mengutuk Anne.
"Nak buat macam mana, ni jadi satu pengajaran lah buat aku. Mahal gila pengalaman ni sebab, aku ni sampai hilang kereta, kena tangguh belajar satu semester. Hampir hilang nyawa. Hari-hari mak ayah pujuk, bawak berubat sini sana." Balas Anne, kali ini tidak lah dia membangkang apa yang dikatakan oleh Bibah.
Jelas nyata dia yang bodoh, sebelum mempunyai apa-apa ikatan yang sah sudah mempercayai Azlan sepenuhnya. Hanya dengan alasan Azlan sudah cukup serius sehingga meminta izin dengan ayahnya. Hakikatnya, bagi lelaki munafik, mudah sahaja untuk menguntai kata bermadah bicara, memujuk mendapatkan percaya.
"Dah tu, apa perancangan kau seterusnya?" Tanya Bibah.
Anne mengangkat bahu.
"Entah lah, jadi mak cik kuih je lah kot sampai aku dapat kerja lain." Balas Anne selamba.
"Eh, kau ingat tak kakak sepupu aku yang ada taska tu? Dia ada nak pakai pekerja tau. Kau nak tak aku rekemenkan nama kau?" Tanya Bibah.
Anne menggeleng.
"Tak nak lah. Aku ada hantar resume dah ke tiga empat sekolah swasta. Kalau dapat, dapat lah. Kalau tak, aku mungkin akan besarkan lagi empayar kuih aku ni." Usik Anne.
Bibah sudah mencuka.
"Aku serius gila, kau boleh nak main-main pulak kan." Marah Bibah.
"Aku bukan tak serius. Terima kasih banyak-banyak Bah sebab kau nak tolong aku. Tapi tulah, aku sebenarnya dah putus asa dah pasal kerja ni. Dulu aku ada cita-cita, tapi sebab cinta aku hilang semuanya.
Dari nak jadi pelajar cemerlang, nak sambung Master, nak jadi pensyarah yang berwibawa kononnya, semua dah hilang terbang entah kemana. Study hari tu, asal habis je. Kerja hari tu dah seronok, dah bersemangat nak mulakan hidup semula, tiba-tiba datang kisah lama.
Punah-ranah semuanya. Cukuplah, aku dah syukur dengan apa yang ada ni." Jawab Anne.
Bibah pula yang bergenang air matanya. Wanita, bila tersalah mencinta, punah dirinya.
"Kau tak boleh putus asa. Orang yang berputus asa ni jauh dari rahmat Allah. Kau kena ingat tu. Ada sebab semuanya terjadi. Tapi paling syukurnya sebab Allah jaga kau, walaupun kau hilang kereta, maruah kau masih ada.
Masih tak terlambat nak bina kerjaya. Kau dah mohon nak jadi cikgu tu pun dah bagus. Langkah pertama dah tu." Bibah menepuk bahunya berkali-kali, tanda bangga dengan dirinya.
Dia sendiri pula, entah lah. Tak tahu apa yang perlu dibanggakan.
Enjoy reading! :) Love, N
Share this novel