Bab 55 : Musuh

Romance Series 403830

"Pengajaran atau 'ibrah dari surah Yusuf ini ialah, orang yang terdekat dengan kita, ada pertalian darah dengan kita pun mampu untuk mengkhianati kita, apatah lagi orang yang bukan darah daging kita.

Tapi adakah Nabi Yusuf A.S berdendam selepas peristiwa baginda di campak ke perigi buta? Selepas baginda terpisah dengan ayah dan keluarga kesayangan beberapa puluh tahun lamanya?

Tak. Baginda maafkan, dan baginda bantu pulak adik beradik baginda yang berada dalam kesusahan. Tapi yalah, bukan mudah memaafkan ni. Apatah lagi kalau kita bandingkan kita yang biasa ni dengan nabi.

Tak sama taraf untuk dijadikan perbandingan. Cuma, cubalah. Ambil masa untuk fikirkan dengan baik."

Idris termenung mendengarkan ceramah yang ditayangkan pada hari Jumaat itu. Situasi yang sama dia hadapi. Pengkhianatan dari orang-orang yang dia kenali. Mudah? Tidak sekali. Memikirkan apa tindakan seterusnya yang perlu diambil, dia keliru. Keluhan berat dilepaskan perlahan.

"Saya buatkan air." Segelas teh hijau kosong tanpa gula diletakkan di atas meja yang berada di hadapan Idris.

"Terima kasih sayang." Jawab Idris seraya menghadiahkan satu senyuman yang manis.

"Sekarang, apa plan abang?" Tanya Anne.

"Buat perangkap, bagi tupai-tupai jahat jatuh dan selamatkan keluarga kita." Idris tersenyum lagi.

Itu sahaja yang terlintas di kepalanya. Namun, bagaimana caranya masih belum terfikir lagi.

*****

"Berhenti kerja, lepas tu dalam keadaan kau tak ingat isteri kau lagi ni, kau okey ke Ris?" Tanya Bahri.

"Terpaksa okey. Memang lah aku tak ingat. Tapi surat nikah ada. Kad nikah pun dah siap. Video aku lafazkan akad pun ada. Nak tak nak, aku kena galas tanggungjawab tu dengan baik." Kedua tangannya meraup muka.

"Jangan sakit-sakit kepala. Minum dulu Ris. Nanti aku tolong kau angkat barang ni ke kereta." Balas Bahri.

"Okey. Sedap ni, lama tak minum teh tarik kau." Namun baru sahaja gelas itu dipegang dan mahu dibawa ke mulut, tangannya terlepas dari memegang gelas itu lalu semuanya tertumpah tanpa boleh diselamatkan lagi.

"Ya Allah Yie, aku mintak maaf. Aku tak sengaja. Maaf sangat-sangat." Idris lekas sahaja melangkah ke dapur untuk mengambil kain buruk.

"Eh tak apa. Aku okey je. Kau duduk je Ris. Biar aku lap kan. Lepas tu aku buat air lain ya." Bahri mengambil kain dari tangan Idris dan laju sahaja dibawa ke ruang tamu.

"Tak payah lah. Aku pun dah lambat ni. Aku dah janji dengan Anis nak bawak dia pergi cari barang dia nak buat kuih." Balas Idris.

Bahri tercengang seketika.

"Baik jugak kau dengan Anis ya?" Tanya Bahri.

"Dah tu, takkan nak buat musuh. Walaupun tak kenal, tak ingat, kena buat baik jugak. Tambah-tambah bila aku dah pindah duduk dengan keluarga dia ni. Takut pun ada. Dah lah keadaan tangan aku sekarang ni tak okey sangat. Kepala sakit-sakit. Aku macam tak kenal diri aku Yie." Adu Idris.

Bahri menepuk bahunya perlahan.

"Kau kena banyak-banyakkan bersabar. Doa jangan tinggal. Semoga kesihatan kau semakin baik dengan jagaan Anis." Balas Bahri.

"Aku pun doa macam tu jugak. Moga Allah bantu proses kesembuhan aku. Aku balik dulu Yie. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong aku kemas barang ni." Beberapa beg di bawa ke keretanya.

Bahri turut mengikuti langkah Idris dari belakang.

"Baik-baik balik. Ada apa-apa call je aku ya." Beritahu Bahri.

Idris hanya mengangguk perlahan lalu terus masuk sahaja ke keretanya dan dipandu perlahan keluar dari lorong perumahan itu yang menempatkan rumah sewa dia ketika bujang dahulu.

Sayu terasa walau tak lama dia menyewa disitu.

Maaf ya lama tak update. N baru sahaja discaj dari wad pagi tadi. Payah nak menaip sebab kedua tangan cucuk branula. Ada minor surgery sikit. Alhamdulillah getting better. Thank you for your du'a. Terima kasih juga sebab masih follow cerita N. Love, N

Share this novel

Diela Muhd
2022-02-11 11:15:27 

semoga cepat sembuh N.... dan dipermudahkan urusan dan dilindungi

Indah Nabiah Kanun
2022-02-10 16:35:56 

smoga cepat sembuh, tq update

norsila
2022-02-10 16:27:17 

Alhmdulillah..


NovelPlus Premium

The best ads free experience