Bab 30 : Hilang

Romance Series 403498

"Assalamualaikum." Tutur satu suara sedang Anne duduk melepak di buaian yang terletak di belakang rumahnya.

Dengan berpakaian cantik untuk pertunangannya. Gila tengahari buta macam ni pakai baju kurung ber lace segala. Panas! Sama panas dengan hati dan perasaan sekarang ini. Anne sekadar memberikan jelingan menandakan kehadiran lelaki itu disedari olehnya. Salam juga dijawab, walau hanya dalam hati.

"Saya Idris." Sambung Idris lagi, ketar bibir oooooo.

'Saya pulak adalah saya. Eh sibuk nak beritahu nama. Siapa tanya?' Omel Anne dalam hatinya.

Mak dan ayah rupanya dari awal lagi sudah tahu siapa yang merisik dan meminangnya. Cuma tidak diberitahu nama. Sengaja dirahsiakan. Orang yang sama juga pernah menghantar mesej kepadanya. Orang yang sama pernah menangkap 'ular' dalam biliknya.

"Maaf saya kacau awak. Tapi harapnya dalam masa kurang dari dua bulan lagi yang tinggal, kita sempat berkenalan dan tahu lebih lanjut tentang diri kita." Melihatkan tiada balasan dari Anne, Idris membuat keputusan untuk masuk ke dalam rumah semula.

"Encik!" Panggil Anne.

Idris berpaling dengan satu senyuman, sehingga kelihatan lesung pipitnya yang dalam disebelah kanan pipi.

"Saya bukan tak sedar diri sampai sesuka hati nak reject orang, tapi saya tak rasa saya boleh teruskan semua ni. Saya dah beritahu mak saya, tapi mak cakap dia terlanjur berjanji." Luah Anne.

"Okay, so?" Tanya Idris, menanti kata-kata selanjutnya dari mulut Anne.

"Kalau encik cancel kan boleh ke?" Tanya Anne dengan penuh mengharap.

"Kenapa?" Tanya Idris lagi.

"Encik nak ke kahwin dengan orang tanpa rasa cinta? Dah lah tak cinta, tak cantik, tak segala-galanya. Saya tak boleh dengan encik, tak sesuai. Tak mampu." Jawab Anne.

"Tak mampu dari segi macam mana?" Soal Idris lagi, memancing supaya Anne terus-terusan bercakap.

"Tak mampu untuk berikan hati saya pada orang lagi dah. Saya dah tak ada hati."

"Mana tahu. Kita belum cukup kenal lagi, tapi awak dah cakap macam tu. Awak tak nak kenal saya dulu?" Duga Idris dengan nada yang lembut.

"Nak jatuh cinta pun perlukan masa encik. Inikan nak berkenalan, nak menjatuhkan cinta antara kita dengan tempoh masa kurang dua bulan ni, pejam celik pejam celik, sampai masanya. Tapi waktu tu kita tetap tak serasi. Rugi." Hujah Anne.

"What if, kalau saya cakap saya mampu buat awak sayang saya dalam masa dua bulan ni?"

Anne terangkat keningnya. Yakinnya kamu? Tanpa sengaja, Anne tergelak.

"Kita bukan dalam drama encik. Mana ada secepat itu nak jatuh cinta. Terlanggar bahu, kertas jatuh, mata bertentangan, terus cinta memanah perasaan. Mengarut."

"Mengarut bagi yang tak percaya. Saya percaya pada cinta. Saya juga percaya jika cinta itu cukup ikhlas, tak perlu kita memerah otak dan memujuk beria, Allah yang akan bantu bukakan hati dia untuk kita. Saya percaya, sebelum kita kahwin, awak mampu buka hati awak untuk saya."

"Hati saya dah sesat encik. Nak buka macam mana kalau hati pun tak ada?" Anne tergelak lagi.

"Better. Ada peluang saya jadi hero awak. If you're lost, I will find you but I will not ask you to come back just yet. I will sit with you in your lost place and maybe I will understand why you're still lost.

I will find you but I will never force you to come back, unless you're ready. Maybe then I will get to know you a little better. Maybe we can get lost together." Senafas sahaja Idris tuturkan bait-baik kata itu.

"Hah?"

"Awak bijak Anis. I know very well that you understood my words."

Anne masih terpinga-pinga. Kenapa rasanya lain macam je ni?

*****

"Betul-betul punya pinang sebab makan kuih lah eh?" Tanya Bahri.

"Ada sebab lain jugak. Tapi itu salah satunya lah." Balas Idris.

Seperti biasa, sekiranya tiada panggilan kecemasan yang diterima, mereka akan memeriksa alatan dan kelengkapan untuk menjalankan tugas nanti. Ada juga antara mereka membersihkan alatan sebaik sahaja selesai bertugas. Pelbagai panorama dapat dilihat di dalam balai bomba itu.

"Aku tertanya-tanya lagi sebenarnya. Selalunya orang macam kau ni, mesti pilih orang yang tak jauh beza cantik. Tapi kau selamba pinang Anis tu."

"Kau nak cakap dia tak cantik ke?" Idris mengeras kan suaranya, mengusik Bahri.

"Bukannnn, cuma masyarakat kita ni kan sinonim kalau nak diisytiharkan cantik tu mesti kurus, mesti putih, mesti mekap tebal kalau tepuk berjerebu satu Malaysia. Haaa macam tu."

"Nak isteri putih, nak isteri kurus, kahwin dengan bihun jelah. Kalau nak kahwin dengan manusia, mesti tahu yang manusia tak sempurna. Ada macam-macam jenis rupa. Lebih dekat sini kurang dekat sana. Kita pun bukan sempurna sangat."

"Tapi aku..."

"Bahri, Idris, rombongan budak-budak tadika dah sampai. Jom mulakan lawatan." Panggil salah seorang rakan mereka sekaligus memotong percakapan Bahri.

"Kita sambung nanti." Pendek sahaja ayat Idris.

"Yes, kita sambung nanti."

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience