Bab 16 : Rezeki Jangan Ditolak

Romance Series 403830

"Ya Allah, kau dah kenapa Azlan? Kau dah kahwin, kau datang cari anak aku lagi buat apa? Kau nak ke orang-orang fikir anak aku ni pemusnah rumahtangga orang?" Kayu sebesar lengan lelaki yang dipegang Arshad dipegang hujungnya oleh Anas dari belakang Arshad.

Takut, kalau-kalau abah naik hantu dan kayu itu selamat mencium kepala Azlan. Kelibat adiknya Anif dicari. Saat-saat yang genting macam ni lah budak itu menghilang entah kemana. Anis pula berada disisi mak yang sedang memegang lengan kiri abah. Cuba menenangkan abah.

Melihat Anif yang sudah berlari mendapatkan mereka, hatinya terasa lega. Anas berbisik sesuatu. Anif hanya mengangguk dan kembali masuk ke rumah. Selesai membuat apa yang disuruh oleh Anas, dia kembali ke luar rumah semula.

"Kau balik, kau jangan datang sini lagi dah. Ya Allah, tak cukup lagi ke selama ni kau dah aniaya anak aku? Tak cukup lagi ke separuh mati Anis jadinya? Apa yang kau nak? Apa salah kami sampai macam ni sekali kau benci kan kami?" Arshad sudah terduduk di tanah.

Kayu yang dipegang, terlepas dari pegangan. Tangannya kini memegang dada yang terasa sesak dan sempit.

"Ayah, Lan datang nak mintak maaf dekat ayah. Dekat mak. Dekat Anis. Lan yang salah. Ayah tak salah apa-apa. Izinkan Lan tebus segala salah silap Lan pada Anis. Izinkan Lan kahwin dengan Anis. Bagi Lan tunaikan janji Lan pada Anis, walaupun dah terlambat." Azlan melutut di hadapan Arshad.

"Kau balik, kau balik sekarang. Jangan bagi muka kau muncul lagi depan muka aku. Kalau kau muncul lagi depan aku, aku sendiri yang akan pukul kau sampai kau balik. Kau balik, kau balik sekarang!" Tempik Arshad.

Azlan yang sudah terhinggut bahunya menahan tangis perlahan-lahan bangun dan terus berdiri. Baru sahaja dia mahu melangkah ke kereta, motor yang dinaiki Bahri dan Idris masuk ke perkarangan rumah Arshad. Rasa marahnya membuak semula, terutama apabila dia melihat betapa baiknya cara mereka berdua dilayan.

Sebal! Sial!

*****

"Nasib baik ada Anas yang menghalang. Kalau tidak, pak cik belasah dah dia cukup-cukup. Jahat punya manusia. Lepas tu, dia nak tarik anak aku jadi jahat macam dia.

Anis, kau dengar sini, aku tak izinkan kau berhubung dengan manusia tu lagi dah. Kalau kau berhubung lagi dengan manusia keji tu, aku kahwinkan kau dengan ayah si Bibah tu." Dadanya diurut perlahan oleh Fauziah.

"Jangan fikir yang bukan-bukan pak cik. Pak cik bertenang dulu. Rehat cukup-cukup, kalau tak, nanti sesak nafas lagi." Pujuk Idris.

Anas datang bersama segelas air suam untuk ayahnya. Dihulurkan kepada Anne yang kedudukannya lebih dekat dengan Arshad.

"Dari ayah kahwinkan dengan ayah Kak Bibah, baik kahwinkan dengan Abang Is. Terus ayah dapat menantu keja gomen. Bomba lagi. Kan bangga tu." Selamba Anas bersuara.

Anne yang mendengar bait-bait ayat dari mulut Anas terperanjat. Secara tidak sengaja, gelas yang dipegangnya terlepas dari tangan, membasahi bajunya dan baju Fauziah yang ada di sebelahnya.

"Bertuah betul anak ni. Disimbahnya kita dengan air." Usik Fauziah yang menyedari riak wajah Idris bertukar cerah dengan usikan Anas.

Pipinya juga kemerah-merahan menahan perasaan segan yang bertandang. Sedang Anne, kelam-kabut diusik begitu, apatah lagi depan-depan Idris dan rakannya Bahri. Sempat Anne melirik seketika, Bahri sedang giat mengusik Idris dengan melagakan bahu mereka berdua.

'Takkan lah orang handsome macam tu sudi mak oiii. Tengoklah anak mak ni saiz apa, siapa je sudi nak bela.' Omel hati Anne.

"Anis masuk dalam tukar baju dulu mak." Tanpa menunggu jawapan balas, Anne berlalu sahaja masuk ke biliknya.

"Jangan ambik hati Idris. Anas bergurau je. Haisy, pak cik ni marah tak habis lagi dekat Azlan tu." Kepalanya digeleng perlahan, cuma bertenang.

"Kalau betul pun apa salahnya pak cik. Orang tua-tua kata, rezeki jangan ditolak." Balas Idris perlahan sambil menunduk.

Kali ini dia memberanikan diri membalas usikan Anas tadi. Jujurnya dalam hati, walaupun tidak dia tahu apa hubungan Azlan dengan Anis, timbul rasa takut kalau-kalau Arshad berubah fikiran dan menjodohkan Anis dengan lelaki yang datang tadi.

Kalau itu terjadi, melepas lah dia yang sudah terlanjur menyimpan perasaan pada Anis.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience