Bab 27 : Plan

Romance Series 403910

"Syafie nak datang meminang kak long minggu depan. Bulan 12 nak kahwin. Sedang elok, Abang Anwar tu pun, Kak Malihah dah habis Phd." Fauziah mula bersuara, Anne yang sedang menyukat beras pulut untuk esok memandang Fauziah dengan penuh tanda tanya.

"Datang lah. Mak nak minta izin Anis ke ni? Kak Long dengan Abang Ngah bukan langkah bendul pun, datang jelah. Eh ke mak nak Anis tolong mak buat persiapan?" Tanya Anne apabila Fauziah masih berdiam diri.

"Mak ingat nak buat majlis sekaligus kamu bertiga." Tutur Fauziah.

"Bertiga? Siapa? Kak Long, Bang Ngah, lagi sorang siapa, Anas?" Tanya Anne lagi, entah mengapa hatinya merasa sesuatu yang buruk bakal berlaku.

"Anas pulak. Anis lah." Selesai sahaja Fauziah bersuara, Anne sudah berdekah tawanya.

"Mak jangan lah buat lawak. Mak ingat kelakar ke?" Selamba Anne membalas, bagi dia Fauziah hanya bergurau walaupun gurauan kali ini agak keterlaluan.

"Mak tak bergurau. Mak memang nak Anis kahwin."

"Masalahnya mana Anis ada calon pun mak. Anis tak nak kahwin dengan ayah Bibah." Balas Anis, namun disalah fahamkan oleh Fauziah.

"Dah tu kalau ada calon yang mak cadangkan, muda, Anis dan mak sama-sama berkenan, boleh teruskan lah ni?" Tanya Fauziah.

"Apa pulak calon yang mak berkenan. Calon tu kena Anis lah yang berkenan. Kan Anis yang nak kahwin dengan dia." Jawab Anis, kali ini tangannya pantas mencapai daun pandan dan di simpul erat.

"Tunggu Anis, entah lah..." Ayat Fauziah terhenti setakat itu.

"Mak rasa Anis ni menyusahkan mak ke, sampai mak suruh kahwin awal-awal ni?" Tanya Anis pula.

"Tak lah macam tu. Mana ada awalnya Anis, dah 28 nak masuk 29 tahun dah pun. Lagi pun, orang yang datang merisik Anis tu, mak berkenan. Rasanya rugi kalau dilepaskan peluang tu." Balas Fauziah.

"Hah merisik? Bila masa?" Tanya Anis.

"Pagi tadi." Jawab Fauziah.

Pagi tadi? Pagi tadi? Masa aku tengah melepak dekat kedai Bibah tu ke?

"Ada pulak orang merisik pagi-pagi. Mak jangan nak prank Anis." Balas Anis.

"Siapa cakap kalau merisik tu boleh datang petang, atau tengahari je? Malam pun boleh kalau nak merisik. Melalui telefon pun boleh kalau nak merisik." Tempelak Fauziah.

"Anis ni dalam plan nak sambung belajar dulu mak. Nak jadi pensyarah. Kalau kahwin, nanti kena sibuk jaga laki, jaga perut laki, jaga hati perasaan laki. Entah kemana study Anis nanti." Sempat Anne berhelah, semata-mata untuk lari dari topik kahwin.

"Kalau orang tu reda dapat isteri sambung belajar, kita teruskan majlis. Boleh?" Duga Fauziah.

"Tak nak. Anis ni kan..."

"Anissss, keluar, keluar lah, kau ni pandai betul menipu kan." Terdengar jeritan dari luar rumah.

Anis dan Fauziah berpandangan sesama sendiri.

"Apa hal pulak tu?" Tanya Fauziah.

Anis hanya mengangkat bahu. Macam suara Dalina, tapi takkan lah?

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience