Bab 20 : Lalu

Romance Series 403830

Azlan yang berada di HS Square di selang masa 10 minit untuk ke kelas seterusnya hanya melihat telatah Anne bersama tiga sahabatnya. Dari awal mereka berempat memasuki bangunan ini, mereka berjalan dengan keadaan kepala masing-masing terteleng ke sana sini, dengan kertas ditangan.

Dapat dia jangka yang mereka itu sedang mencari lokasi kelas mereka yang seterusnya. Lantas, Azlan menepuk bahu kawannya sebelum dia berdiri dan terus melangkah mendekati mereka berempat.

"Tengok tu, ulat bulu dah naik daunnnnnnnn." Perli Omar.

"Alaaaa, standard lah, depan adik-adik tunjuk baik dulu. Mana tahu, sangkut jadi calon isteri." Balas Farid.

"Hai, perlu bantuan ke?" Tanya Azlan yang kini sedang memandang tepat pada wajah Anne.

Anne yang terkejut tidak dapat menyorok riak tidak selesanya ditegur Azlan ditempat ramai-ramai orang begitu.

"Tak, kami okey je." Balas Anne sebelum Naya membuka mulutnya.

Sekarang, riak wajah Azlan pula yang berubah.

"Korang cari kelas apa?" Tanya Azlan pada Naya.

"Hmmmmm kelas HS TR..." Naya memandang tepat pada kertas jadual yang dicetak.

"Ohhh, kelas ini, kat depan tu tadi. Dekat dengan tangga yang nak naik ke department korang. Terlajak dah ni, kalau tak tengok elok-elok memang tak perasan ada kelas dekat situ." Terang Azlan sambil pandangan matanya terpaku pada Anne.

Anne yang terasa serba salah, pantas sahaja berpura-pura sedang membaca sesuatu pada buku catatannya.

"Terima kasih bro. Nasib baik bro tolong, kalau tak, mesti kami dah lambat. Dah lah ni kelas first kami untuk sem ni." Balas Hafisah tanpa apa-apa maksud tersembunyi.

Sebaik sahaja ketiga-tiga rakannya berjalan, Anne mengikuti mereka dari belakang. Baru saja menjauhi Azlan, terdengar derap kaki Azlan seolah dekat dengannya. Anne menghalang diri dari berpaling melihat ke belakang.

"Sama-sama. Jangan lah sombong sangat, sampai orang nak tolong pun tak nak."

Nah itu dia, buah smash pertama dari Azlan. Mengena tepat di hati Anne, sekaligus menerbitkan rasa malu dan bersalahnya. Namun mulut terasa berat untuk menuturkan maaf.

'LOL, nak minta maaf buat apa. Bukan hari raya pun hari ni Anne.' Suara kecilnya sempat menegakkan ego dalam diri Anne.

Menyebabkan perbualan itu berakhir setakat itu sahaja. Masuk sahaja ke kelas, dapat mereka lihat pensyarah mereka Miss Tania sudah pun bersiap sedia dengan slides untuk merasmikan kelas pertama mereka, Introduction to Poetry.

*****

"Weyyyy, aku suka gila dengan kelas tu. Dah la pensyarah kita tu tadi cantik gila. Darah campur weyyyy, bercakap English pun fluent je macam air mengalir. Cuba kalau aku, macam ada benda meletup-letup dalam mulut." Nazneen dan aksi dramanya memang tidak dapat dipisahkan.

"Samalah kita, tergagap-gagap macam dah setahun tak bercakap." Balas Naya.

Mereka sempat bergelak ketawa bersama-sama.

"Mungkin lepas empat tahun kita belajar, lepas dah graduate, English kita akan bertambah baik. Until then, bersabar jelah dengan letupan-letupan itu." Balas Myra.

Mereka semua mengiyakan apa yang diucapkan Myra. Namun tidak bagi Anne yang masih berfikirkan keterlanjuran sikap dan kelakuannya tatkala di dekati Azlan tadi. Aduh, kenapa dia gelisah lain macam tadi? Kan dah tersalah respon.

"Nak makan dulu tak sementara kita tunggu kelas seterusnya?" Tanya Naya.

Semua turut mengiyakan, kecuali Anne yang masih kelihatan seperti sedang serius memikirkan sesuatu.

"Anne, kita pergi berguling dalam sungai tu dulu eh? Lepas dah salut lumpur semua, baru kita masuk kelas balik." Duga Fisah.

"Okey. Aku ikut je. Best jugak tu." Balas Anne sambil matanya melilau mencari kelibat Azlan.

"Kau ni dah kenapa? Kepala kau ada dekat mana sekarang ni Anne oiiii?" Marah Nazneen yang disertai dengan tepukan pada bahu kanannya.

"Hah?" Anne terpinga-pinga lagi.

Bahunya yang terasa perit diusap perlahan. Nazneen ni kalau bercakap mesti tangan pun ikut bergerak. Geram betul!

"Dah la rakan-rakan sekalian, kita jangan bercakap dengan dia. Biarkan dia dengan dunia khayalan dunia impian dia tu." Umum Nazneen.

Enjoy reading! :) N tengah cuba nak siapkan satu projek penulisan kompilasi cerita pendek untuk hantar esok. Tapi tak tahulah sempat ke tidak XD Doakan ya :* Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience