Bab 32 : Sana Sini

Romance Series 406411

"Assalamualaikum."

Anne mengangkat wajahnya.

"Waalaikumussalam." Jawab Anne senada.

"Nasi lemak satu."

"Bungkus ke makan sini?" Tanya Anne.

"Makan sana." Balas Idris sambil menunjukkan meja yang diduduki Bahri.

"Kalau makan sini nanti awak tak boleh ambik order orang lain pulak." Usik Idris.

Anne mengetap bibirnya tanda geram! Eeeeeeiiii lawaknya, lawak sangat-sangat. I sukaaaaa sangat you buat lawak macam ni. Buat lawak banyak-banyak ya, tak sabar nak jatuh cinta dengan you.

"Pagi-pagi dah masam, rezeki susah nak masuk. Cuba senyum seindah suria yang membawa makna, senyumlah dari hati duniamu berseri." Tegur Idris sambil menayang sebaris gigi yang cantik tersusun itu.

Anne sekadar menjeling. Sempat lagi bernyanyi-nyanyi di pagi hari ni. Ceria sangat macam tak ada masalah je hidup. Idris pula merenung Anne, dengan pandangan yang redup, namun seolah cuba menyampaikan sesuatu kepada Anne, bikin hatinya berdentum-dentam.

"Cepat lah ambik nasi ni. Lenguh dah tangan. Customer ramai lagi tengah beratur."

"My bad. I'm so sorry sweet lady. Janji tak buat lagi." Idris mengerdipkan matanya beberapa kali.

Anne masih begitu, mencuka gara-gara diusik oleh Idris. Bibah yang bertugas sebagai pembuat air hari ini hanya melihat telatah keduanya dan tergelak.

"Nak bayar." Ucap Bahri sepatah.

"Makan apa ya tadi?" Tanya Anne dengan sopan.

"Kopi o panas, nasi minyak lauk ayam masak merah, dan tiga ketul kuih pulut sambal. Kau?" Pertanyaan Bahri itu ditujukan buat Idris.

"Air suam, nasi lemak, sambal sikit, kacang sikit, bilis goreng sikit, timun dua keping, telur rebus separuh, dengan paru. Daun pisang tu saya tak makan tau, awak yang letak, jadi jangan kira eh." Ujar Idris.

Terhenti tangan Anne yang sedang mengira. Matanya memandang Idris yang sedang menunjukkan riak biasa, tiada senyuman, namun tidak lah juga serius.

"Tak kira pun!" Balas Anne dengan nada yang geram.

"RM12 semuanya." Sambung Anne.

Idris menghulur duit secukupnya.

"Keep the change, sweet lady."

"Mana ada bakinya pun, bagi duit cukup-cukup." Balas Anne, laju sahaja dia tergelak dengan keyakinan Idris itu.

"Lahhh, siapa cakap pasal baki duit? That's the change I'm talking about. Your smile. Keep it..., on your face. Okay?" Cia cia cia, hampir ternganga Bahri disebelah.

Betul ke ini Idris, dah pandai nak bagi pick up line dah eh sejak bertunang ni.

*****

"Tak ada saiz lah mak. Kita balik jelah. Anis okey je pakai baju kurung biasa letak manik sana sini sikit." Tebal sudah wajahnya.

Ini adalah kedai kesembilan mereka singgah untuk bertanyakan hal baju songket untuk bersanding. Namun rata-rata semuanya sudah pun kehabisan saiz untuk dirinya memandangkan bulan 12 adalah bulan kemuncak kenduri diadakan kerana cuti sekolah walaupun bagi negeri pantai timur ianya adalah musim tengkujuh ataupun monsun.

"Kedai banyak lagi untuk kita tanya. Kalau tak ada jugak, kita tempah. Mak tak kira, mak nak jugak baju songket warna krim tu untuk sanding kau." Jawab Fauziah, sekaligus memahamkan Anne bahawa Fauziah enggan berputus asa.

"Kak, nak kahwin bulan 12 kan? Sempat lagi kak kalau nak diet. Tukar jadi saiz XL pun okey dah. Kalau saiz XL serius banyak lagi baju ada. Warna pilihan pun banyak." Sampuk perempuan yang bertindak sebagai jurujual di butik itu.

"Tak nak lah. Tak boleh diet, bakal suami saya dah penat-penat gemukkan saya, takkan nak gagalkan usaha dia pulak." Balas Anne laju, sibuk ajelah kau pasal saiz badan orang.

Siap suruh diet lagi. Eleh pandai sangat lah. Kelat muka jurujual itu, namun cepat-cepat Fauziah sambung untuk mengelakkan pergaduhan yang lebih serius.

"Saya tempah lah untuk baju perempuan. Baju lelaki saya sewa, baju perempuan saya tempah. Berapa harganya agak-agak?" Tanya Fauziah.

"Sekejap ya puan, saya tanya bos dulu." Telefonnya di ambil lalu dia menghantar pesanan ringkas kepada bosnya, membiarkan Anne dan Fauziah berbual berdua.

"Apa tempah mak? Mahal tu. Mahu beribu." Marah Anne.

"Alah tak apalah. Lepas ni boleh pinjamkan pada siapa yang nak. Alang-alang susah sangat nak dapat saiz kau. Ada dia suruh anak aku diet. Kalau diet sekarang pun buat seksa aje. Hasilnya belum tentu.

Tambah-tambah kalau diet yang paksa. Kau dapat hidayah petunjuk dari Allah nanti pandai-pandai lah kau diet Anis. Bukan sebab nak pakai seksi meksi, tapi untuk mudah cari saiz seluar baju, mudah nak beribadah." Jawab Fauziah.

Bergenang air mata Anne. Tak lain bukan, tentu Fauziah terkenangkan masa-masa sewaktu dia menderita sehingga terkurus dan terkering tanpa sengaja.

'Maafkan Anis mak, selalu susahkan mak!'

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience