Bab 7 : Mundur

Romance Series 403916

"Macam orang tak ada akal yang waras. Memalukan!" Tengking Tarmizi.

"Siapa suruh dia pandai-pandai nak dekat dengan laki orang? Tak sedar diri tu badak air, ada hati nak ber abang sayang dengan laki orang. Padan muka dia lah. Bukan salah Ina." Balas Dalina dengan riak wajah bersahaja, menambah lagi perasaan marah Tarmizi.

"Yang kau ni pun satu, tak pandai langsung didik isteri sampai biar je dia buat perangai mengarut. Satu hal pulak nak kena menjawab dengan pihak atasan." Bebel Tarmizi sambil memandang Azlan bersilih ganti dengan Dalina.

"Ayah ingat dia tu ajar mengaji, baik sangat lah? Kalau baik, dia tak kacau laki orang tau. Puas hati orang, esok-esok, kalau dia kacau lagi, orang simbah asid terus kat muka dia." Balas Dalina.

"Hah, elok lah. Lepas tu masuk penjara terus. Tak payah aku susah-susah nak bela korang berdua. Padan sangat lah, yang lakinya dayus, yang isterinya sewel. Sampai ke tahap menuduh, buat benda jahat dekat orang macam-macam, ada bukti ke?" Hambur Tarmizi.

"Ayah tengoklah dalam telefon abang tu. Terang-terang dia letak nama Anis. Anis mana lagi yang ada dalam hidup dia?" Perli Dalina.

Tarmizi merenung Azlan lama, seraya menggeleng kepalanya, tidak percaya anak menantu yang baru sahaja dua tahun mendirikan rumahtangga sudah mula berantakan semuanya. Betul ke Anne terlibat sama?
Tengok, tak pasal-pasal dia sebagai bapa turut terheret, dan terpalit sama dengan perbuatan yang tidak membanggakan ini.

*****

Surat berhenti kerja dalam tangannya direnung lama. Hati yang masih berbolak-balik membuatkan Anne sukar memilih keputusan yang betul. Berhenti, balik kampung, menganggur untuk beberapa ketika sehingga dia mendapat pekerjaan lain.

Atau,

Teruskan bekerja. Tebalkan muka seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun, ada mulut-mulut jahat yang masih memerli dirinya gara-gara peristiwa dia disimbah air oleh anak bos.

Atau,

Cari kerja lain mulai dari sekarang, dan berhenti sahaja nanti.

Huarghhhh. Payahnya nak buat keputusan. Azlan ni memang bawak malang sahaja selama dia berkenalan dengan lelaki terpaling menyampahkan perasaan itu.

"Kenapalah kau muncul balik Azlan? Aku ni dah tenang elok dah kerja dekat situ. Kalau gaduh pun, setakat dengan Kelly je. Tapi sebab kau, sebab isteri kau yang senget tu, aku dah jadi bahan manusia dekat office tu membawang." Bantal ditekup ke muka sebelum dia menjerit kuat melepaskan perasaan.

"Kenapa Anne?" Tanya Yusra yang terkejut dengan jeritan Anne sewaktu dia kebetulan masuk ke bilik yang mereka kongsi bersama.

"Anne buntu Yus. Sebab Azlan tu lah hidup Anne ditimpa malang. Dasar jantan taguneeeee!" Bebel Anne lagi.

"Salah tu Anne. Apa yang terjadi dalam hidup manusia ni Allah yang tentukan. Tak ada pun hidup kita jadi malang sebab manusia." Tegur Yusra.

'Aduh, salah orang pulak aku ni, nak bergurau meluah perasaan sikit pun payah dengan Yusra yang lebih lurus dari bendul.'

Anne garu kepalanya yang tidak gatal.

"Errr, bukan itu maksud Anne. Maksud Anne, Azlan tu banyak menyusahkan hidup Anne. Entah apa yang diberitahu pada isteri dia sampai tahu-tahu je Anne dah kena simbah." Rungut Anne.

"Dah tu, jadi ke tak nak berhenti kerja ni?" Tanya Yusra.

Anne tayang riak wajah keliru. Seketika kemudian dia bangun dari pembaringan. Menyandar pada dinding. Kemudian, dia mengangkat bahunya dan menggeleng.

"Nak berhenti sayang, gaji situ okey. Tapi kalau tak berhenti, jadi bahan membawang. Hmmmm." Anne kembali berbaring, merenung siling bilik tidurnya.

*****

"Berhenti jelah. Balik kampung. Kalau setakat duit topap, duit beli pad, duit beli bedak sabun mandi tu, boleh lagi mak bagi. Tapi mak tak nak kau terpalit dengan fitnah rumahtangga, berskandal dengan laki orang." Balas Fauziah.

"Hmmm, tapi kalau balik, Anis menganggur tak apa ke mak?" Tanya Anis.

"Menganggur tak apa. Jangan kau malas sudah lah Anis oii. Kerja rumah banyak yang kau boleh buat. Tolong aku ni haaaa. Hantar ajelah surat berhenti tu. Jangan nak fikir lama-lama. Kalau betul kau tak nak Azlan tu, berhenti aje terus.

Kalau setakat block nombor telefon, tak cukup lagi usaha kau nak menghindar dari laki orang tu." Fauziah memberi amaran.

"Okey lah mak. Esok Anis hantar surat berhenti tu. Mak jaga diri. Ada apa-apa nanti Anis telefon balik. Bye. Assalamualaikum."

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

meskikah
2022-01-28 09:07:26 

ok la tu Anne. gemuk2 pun dituduh ada scandal. org lain cun2, sunyi je sorang2...


NovelPlus Premium

The best ads free experience