Bab 26 : Instagram

Romance Series 403831

Idris dan Anas duduk di bangku yang disediakan. Mereka yang baru sahaja selesai bermain futsal mengambil keputusan untuk terus duduk disitu walaupun rakan-rakan yang lain sudah pun balik setelah tamat game mereka. Idris meneguk air dari botol yang dibawa.

"Abang serius ke suka dekat Kak Anis tu? Dia tu garang macam singa kot. Jadi adik dia pun boleh serik, ini kan nak jadi suami." Anas terkekeh-kekeh melihatkan Idris tersipu malu apabila diajukan soalan itu.

"Perempuan memang lah sebelum kahwin tu ada perangai dia tersendiri. Dah kahwin nanti, haaa dari jadi singa tu boleh jadi anak kucing dengan suami tau. Tak rugi pilih perempuan garang ni, sebab lepas kahwin dia lah jadi makhluk paling manja tau." Balas Idris dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya, terutama apabila dia menyebut perkataan kahwin dan suami.

"Kalau sama-sama cinta, mungkinlah. Kalau bertepuk sebelah tangan macam sekarang, macam tak yakin sangat je. Akak tu dulu bukan macam tu pun. Dan, dia pun tak gemuk macam sekarang. Dia pernah putus cinta. Masa tu sengsara betul kalau kita tengok dia. Dekat sebulan tak makan betul-betul, tak mandi betul-betul, masa ayah pergi ambik dia dekat hostel, dia macam mayat hidup je bang.

Kering. Lelaki tu paw dia habis-habisan. Sampaikan kereta yang ayah bagi dekat akak pun kena jual macam tu je untuk lelaki tu buat modal business. Elok business dah naik, lelaki tu lari cari orang lain padahal akak yang ikat perut dengan dia.

Lepas bekerja, apa yang dia rasa nak makan, dia makan. Stress makan, penat makan, ada masalah je makan. Balik kampung pun makan. Mana tempat makan viral, dia ajak kami pergi makan. Sedar-sedar dah comel macam sekarang ni.

Betul kot abang cakap, walaupun dia garang, dia bila cinta, cinta betul-betul. Kalau abang betul suka dia, Anas boleh tolong. Anas boleh buat semua orang tolong abang, tapi abang kena janji yang abang akan ikhlas. Jangan sakitkan akak lagi." Tutur Anas dengan penuh harapan.

"Insya Allah, abang usahakan yang terbaik untuk Kak Anis. Tapi tulah, sebenarnya, dalam hati ni takut jugak nak mendekat dengan dia. Ada cara tak eh?" Tanya Idris.

Anas menggeleng kepala. Tak lama kemudian, dia menggaru kepalanya pula. Buntu, bagaimana boleh dia bantu Idris mengorat kakaknya yang satu itu? Kalau Kak Aneesa, tak susah sangat. Tapi ni Kak Anis, hmmmmm.

"Entah lah. Abang takkan tak pernah bercinta sebelum ni?" Tanya Anas.

"Tak." Jawab Idris pendek.

"..." Aduh, jujur betul Idris ini.

"Hmmmm, boleh bagi nombor telefon dia tak?" Tanya Idris.

"Nak buat apa?" Tanya Anas.

"Nak mengorat Kak Anis lah. Dengan cara abang sendiri. Tanya Anas, tapi abang lupa, Anas pun single." Balas Idris sambil mengusik Anas.

"Single single jangan sebut bang. Jadi badi nanti kang, elok dengan abang sekali single sampai ke tua." Balas Anas dengan nada yang tegas, memanjangkan usikan Idris.

"Hahaha. Dah lah, jom balik. Abang ada misi penting malam ni." Bahu Anas ditepuk perlahan.

*****

Anne membaca mesej yang terpapar di skrin telefonnya. Gurauan ke apa ni? Terus sahaja matanya melihat sekeliling. Ada kamera ke dalam bilik? Lepas tu mereka akan jerit prank ramai-ramai? Takkan macam ni je, betul ke nak berkenalan? Macam main-main sahaja.

Telefonnya diletakkan kembali ke meja kecil di sebelah katilnya. Dia mengambil keputusan untuk mengabaikan sahaja mesej yang dihantar entah sesiapa. Tersalah nombor barangkali. Sedang Idris melayan debaran perasaan sendirian. Mengharapkan adanya balasan dari pihak sana.

Anne terkebil-kebil memandang dinding. Bantal panjang dipeluk erat. Tak boleh jadi ni. Dengan mata yang tidak mengantuk, Anne bangkit semula. Dia mencapai telefonnya. Instagram dibuka. Berharap adanya posting terbaru dari Ansori. Hatinya berbunga-bunga.

Ada! Meskipun hanya sekadar gambar dan kata-kata bukan kepunyaannya. Walaupun pelik rasanya bila Ansori yang selalunya menulis tentang kehidupan, pada malam ini menulis tentang cinta. Ansori ke ni? Ke, IG Ansori telah digodam?

I crave a love that drowns oceans
-k.azizian

Tanpa sempat ditahan jarinya, Anne pantas menaip di ruangan komen itu. Menyertai ribuan komen manusia yang turut sama bermadah puisi, minimum dua baris ayat. Sedang dia hanya menulis dua patah perkataan.

Me too ;(

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience