Bab 64 : Mungkir

Romance Series 403475

"Sabar dulu Ris. Aku rasa Anis tak beritahu bukan sebab dia sengaja nak rahsiakan dari kau. Tapi mungkin dia tak jumpa masa yang sesuai lagi?" Sambung Bahri mempertahankan Anis.

"Sampai bila dia nak sorok dari aku?" Soal Idris kesal.

"Mungkin dia sedang menunggu masa yang sesuai? Tapi itulah, berita yang dia terima tu sedikit sebanyak menganggu emosi dia. Kau dah tahu Anis tu memang jenis tak banyak cakap. Anas kan beritahu, yang kakak dia tu suka lari dari apa-apa masalah. Dia tak nak dan memang tak suka berdepan dengan apa-apa. Nanti anxiety dia menyerang semula." Jelas Bahri lagi.

Idris terdiam. Dia terlupa akan hakikat itu. Jujurnya banyak perkara yang dia terlupa. Banyak janji yang dia mungkiri. Banyak kali hati Anis dia sakiti. Idris mengeluh lagi.

"Cakap baik-baik Ris. Kau dengan Anis sekarang, tak sama macam waktu kau beria nakkan dia dulu. Apa yang mengubah perasaan kau dalam tempoh masa tu Ris? Aku tak tahulah nak cakap macam mana nak bagi kau faham.

Mungkin kau tak nampak. Tapi sebagai kawan, aku nampak. Apa yang kau buat ni salah Ris. Berilah alasan apa pun, itu tak membenarkan kau menganiaya isteri dengan cara macam ni." Hujah Bahri.

"Aku..."

"Masalah kita orang lelaki ni, masa nak kita beria. Bila dah dapat kita sambil lewa. Kalau aku jadi Anis pun, aku lari. Buat sakit mata sakit hati je tengok laki yang tak berfungsi." Tambah Bahri beria.

"Dah tu, aku kena buat apa?" Idris memandang tepat pada wajah Bahri.

"Terus terang lah pada Anis apa benda yang kau tengah buat sekarang ni. Bukannya buat apa-apa ikut kepala sendiri." Marah Bahri lagi.

Seminggu selepas kemalangan.

Anis menilik kedua kakinya yang berbalut, ada kesan darah juga pada balutan itu yang berdekatan dengan buku lalinya. Sengaja tidak di simen untuk memudahkan luka pembedahan dicuci. Keadaan kakinya yang sedikit tinggi beralaskan bantal itu menyebabkan pinggangnya terasa sedikit lenguh. Apatah lagi tidak boleh bergerak mahupun bergolek mencari posisi yang lebih selesa.

Bosan betul! Komik lawak kampus yang dibawa oleh Anif sudah dia khatam semuanya. Novel cinta yang dikirimkan oleh Bibah pula tak bersentuh. Tiada mood untuk melayan perasaan romantis dari mana-mana novel cinta kerana tentunya jalan hidup dia tidak seindah jalan cerita yang dibaca. Fikirannya melayang kembali mengingatkan wajah pertama yang menyapa mata sebaik sahaja dia tersedar tempoh hari.

Dalam keadaan mamai itu sempat dia tersenyum melihatkan Idris ada. Hanya selepas dia sedar sepenuhnya baru dia teringat yang dia masih dalam mood perang dingin yang dilancarkan sebaik sahaja dia melihat dengan mata kepala sendiri Idris sedang menjabat tangan Tok Kadi di rumah Rokiah. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia buat-buat gila lalu mengamuk dan menarik baju yang dipakai Idris biar rabak semuanya sebagaimana rabaknya hati dan perasaan dia ketika itu.

Namun sebagai manusia yang sudah letih berjuang, yang masih waras fikiran dan akal, cukuplah setakat itu. Perbuatan seseorang itu sudah cukup untuk menggambarkan hati dan perasaannya buat isteri. Tak perlu dia paksakan apa-apa. Kehadirannya cuma sekadar untuk membuatkan Idris tahu yang segalanya yang berlaku ada dalam pengetahuannya. Bukan dia bodoh sangat sehingga tidak tahu apa yang berlaku di belakangnya.

"Rumaysa!"

Ish, datang lagi. Sejak dia dipindah masuk ke wad biasa, wajah lelaki ini yang tersembul dahulu setiap kali waktu melawat tiba.

"Ni bubur dengan sup ikan merah, abang yang masak tau. Ada buah naga merah. Sayur brokoli kukus dan juga carrot. Mak tak dapat datang tengahari ni. Tapi petang nanti dia cakap insya Allah dia boleh datang." Mangkuk tingkat berwarna merah jambu di buka dan setiap bekas disusun rapi, mendedahkan isi makanan yang dikirim oleh Fauziah.

Baru sahaja dia mahu membuka mulut mengeluarkan kata-kata berapi seperti yang selalu dilakukan, Kak Nana, jiran katilnya dalam bilik wad kelas kedua itu ditolak masuk ke dalam bilik oleh suaminya. Kak Nana juga sama seperti dia, mangsa kemalangan. Anne menahan diri supaya kelakuan tidak senonohnya todak diketahui orang luar. Cukup Idris sahaja menjadi tempat dia menzahirkan amarah yang bersisa.

"Eh sampai tepat pada masanya seperti selalu ya Idris?" Tegur Borhan, suami Kak Nana.

"Ha ah bang. Bawak makanan dari rumah. Semalam saya tengok Rumaysa tak ada selera sangat nak makan makanan hospital. Rindu masakan saya agaknya." Balas Idris sopan namun sempat juga selitkan lawak hambar.

Anne menjulingkan matanya keatas tatkala mendengarkan ayat balasan Idris. Acah-acah prihatin!

"Itulah, semalam pun nasi petang tu dia bagi Abang Han makan. Tapi yalah, ibu mengandung kan, macam-macam ragam selera dalam keadaan macam ni." Sampuk Kak Nana yang sedang di alas kaki kanannya yang bersimen itu dengan bantal.

Anne tersenyum tawar sahaja. Dia menjeling kearah Idris yang sejak dari tadi sedang menatap tajam kearahnya.

"Makan Anne?" Sapa Kak Nana yang sudah pun memegang sudunya.

Hampir seminggu bersama-sama dalam wad, hubungan kedua mereka itu lebih rapat umpama kakak dan adik. Mendengarkan sapaan Kak Nana itu membuatkan Anne sedikit segan untuk membiarkan Kak Nana menikmati makan tengaharinya sendirian. Bekas bubur dicapai perlahan. Spontan, Idris menolak bekas berisi sup ikan merah itu supaya lebih dekat dengan Anne.

"Makan kak." Balas Anne perlahan sambil menyuap makanan.

Dalam kepalanya giat memikir bagaimana untuk dia mengusir dan menghalang lelaki ini dari terus-terusan muncul di depan mata. Menyampah, tahu tak?

"Nak tanya apa-apa ke?" Soal Idris melihatkan kerutan pada kening Anne.

"Huh?" Anne yang tercengang menggelengkan kepalanya.

Brokoli disuap

"Kalau nak tanya apa-apa, balik rumah nanti boleh tanya." Halkum Idris bergerak-gerak lagi, seolah mahu menyambung perbualan namun terhenti setakat itu sahaja dahulu melihatkan riak Anne yang masih bersahaja.

"Anne..."

Anne memalingkan wajahnya mencari pemilik suara yang memanggilnya. Berubah riak wajahnya melihat wanita itu lantas Idris dipandang sekilas.

"Awak dengan dia boleh sama-sama berambus dari bilik saya ni." Ucap Anne perlahan, sekadar boleh didengari oleh Idris yang kini sudah merah wajahnya, tentu sedang menahan marah dek perlakuan kurang adab Anne tadi.

"Anne, aku mintak maaf."

Enjoy reading! :) Part suspen incoming. Love, N

Share this novel

norsila
2022-03-20 18:01:00 

yelah benar idris nikah..kurang ajar idris dah lah nikah senyap2 ..nasib anne tau..klu tk di bodohkn joo..laki..lom dpt cm kkejaran cinta bangat konon..dah dpt nk pasang 2 huuu..tk setia langsung..aikk den yg emo lobih..bencilah dpt laki cmni..gi mninggal joo lah..tinggl joo idris tu anne..janji taik kucing..kono dio bbeza dri azman huuu

Ella Halim
2022-03-19 07:53:22 

betul ke idris kahwin lg satu


NovelPlus Premium

The best ads free experience