Bab 40 : Jauh

Romance Series 404033

Idris: Assalamualaikum Sayang. Sayang, saya dah sampai. Dah check-in hostel. Dekat sini sekarang pukul 3 pagi. Saya nak rehat sekejap, pagi nanti kena masuk kursus dah. Sayang kerja baik-baik ya. Saya rindu sayang. Nanti bila free, sayang balas mesej saya, okey? I love you.

Anne tersenyum lagi membaca mesej yang dihantar oleh Idris. Jam sekarang menunjukkan waktu satu tengahari. Dengan perbezaan waktu selama lapan jam dan Malaysia lebih awal dari London, tentu sekarang ini di sana pukul lima pagi. Idris pasti sedang berehat.

Sayang Rumaysa: Alhamdulillah, dah sampai dengan selamatnya. Saya dah habis kerja. Baru nak balik. Maaf saya lambat balas mesej. Selamat berehat. Terima kasih sebab tak lupa mesej saya, beritahu dah sampai.

Mesej itu dihantar sahaja. Terasa bangga pula menaip mesej formal untuk suami. Kalau dengan Bibah, hentam sahajalah asalkan Bibah faham. Tak perlu fikir lama-lama.

"Bibah, aku balik dulu tau." Tutur Anne perlahan sambil mengambil beg yang dibawa untuk kerja.

"Ya, jangan lupa kuih yang orang tempah esok tu. Nak 100 bekas. Yang jual dekat kedai pun jangan lupa." Balas Bibah.

"Ya Allah, nasib baik kau ingatkan. Aku terlupa dah tadi. Okey, balik ni aku terus pergi beli barang." Kepalanya diketuk perlahan, menyesali kecuaian diri sendiri.

"Orang dah bersuami, mestilah ingat suami je. Tambah-tambah lagi pengantin baru. Tak apa, walaupun aku single, aku faham." Usik Bibah.

"Kau pun dah sama macam mak ayah aku. Asyik nak mengusik aku je kan." Omel Anne.

"Alahhh, usik-usik manjahhh gitu. Dah lah, pergi balik. Aku pun nak rehat ni. Mengantuk." Bibah menanggalkan apron yang dipakainya.

Anne pula melangkahkan kaki kearah rumahnya, bunyi mesej yang diterima dibiarkan sahaja dulu. Sampai dirumah nanti lah baru dia baca. Mustahil mesej itu dari Idris, jadi dia tidak terlalu teruja mendengar bunyi mesej diterima itu.

"Assalamualaikum, mak." Sapa Anne melihatkan Fauziah yang sedang duduk di beranda rumah itu.

"Waalaikumussalam. Anis, boleh ke kita pergi beli barang sekejap lagi? Macam penat sangat je mak tengok." Balas Fauziah.

"Boleh je mak. Memang nak kena keluar pun, Anis nak beli barang untuk buat kuih yang orang tempah esok. Mak nak beli apa? Kita senaraikan dulu lah, nanti pergi senang cari barang terus. Tak adalah lupa itu lupa ini."

Telefon dari dalam kerja dicapai. Sebaik sahaja digeser skrin telefon itu, mesej dari Idris terpampang di hadapan mata. Anne tersenyum gembira. Fauziah yang melihat riak wajah anaknya yang bertukar turut tersenyum.

Idris: Saya ingat nak tidur sekejap tadi. Tapi tak boleh tidur. Asyik teringatkan sayang je. Ni dah sampai rumah ke?

'Eeeeeiii, pandai kan bermain kata-kata yang buat orang suka.'

Sayang Rumaysa: Dah sampai. Sekejap lagi saya nak bawak mak pergi kedai beli barang dapur. Lepas tu saya nak beli barang buat kuih jugak. Boleh?

Kali ini, giliran Idris pula tersenyum. Anis Rumaysa yang sentiasa serius pada awalnya, bila menjadi isteri automatik berubah menjadi isteri yang Insya Allah, taat dan setia.

Idris: Mestilah boleh. Asalkan perkara yang sayang buat tu tak bertentangan dengan agama, saya izinkan semuanya. Saya percayakan sayang. Tapi, terima kasih sebab masih beritahu saya. Saya hargai sangat-sangat apa yang sayang buat ni.

Anne terus sahaja berdiri untuk melangkah masuk ke biliknya. Terasa segan pula untuk tersenyum-senyum dengan kewujudan Fauziah berdekatan dengannya.

"Malu lah tu nak mengaku dah mula rindu-rindukan suami. Mak dah cakap, patut kahwin awal-awal. Boleh lebih bahagia dari sebelum ni. Bukan senang nak jumpa orang macam Idris. Dah dapat, jangan nak lepas main tarik tali malu-malu." Usik Fauziah yang melihatkan Anne masih menahan dirinya dari tersenyum.

"Mak niiiii!"

"Jangan nak mak ni mak ni, patut kau cakap terima kasih dekat mak sebab dah carikan suami yang menyenangkan mata dan hati." Sambung Fauziah lagi, seronok mengusik.

"Cepat sikit Solat Zuhur tu. Lambat-lambat karang dah habis semuanya dekat kedai tu." Fauziah juga sudah berdiri, masuk ke dalam rumah untuk bersiap.

"Ya mak. Kejap je ni." Sahut Anne.

Sebaik masuk ke bilik, Anne duduk di katil seketika. Sempat juga dia merenung gambar nikahnya yang sudah dijadikan wallpaper bagi skrin telefon.

'Ya Allah, selepas segalanya yang berlaku, kali ini aku mahu betul-betul bahagia. Maka berikanlah aku kekuatan untuk menerima segala kekurangan suami aku. Berikan juga kekuatan kepada suami aku untuk menerima kekurangan aku. Jadikan rumahtangga kami kekal bahagia sehingga ke syurga-Mu.'

Sayang Rumaysa: Terima kasih abang, sebab izinkan saya keluar.

Moga-moga langkah pertama ini mampu menggembirakan Idris yang nun jauh di sana.

Sementara itu, di London.

Idris menatap mesej itu berkali-kali. Diulang baca bait-bait kata yang disusun isterinya menjadi ayat balasan bagi mesejnya tadi.

'Aku tak salah baca? Yeayyy, yahoo!' Sorak Idris dalam hatinya.

Tak perlu menunggu lama, Rumaysa sendiri yang memilih untuk menukar panggilannya. Abang, panggilan biasa bagi orang-orang tapi luar biasa bagi suami yang menanam harapan.

My Boo: Baca mesej sayang, rasa macam tak jadi nak masuk kelas. Nak terbang balik Malaysia sekarang lah. Nak dengar panggilan abang dari sayang tu depan-depan.

Sayang Rumaysa: Untuk panggil depan-depan, abang kena tunggu. Sebab saya kena berlatih dengan lebih gigih dan cari kekuatan sebelum sebut abang :p

Melihatkan emoji menjelir lidah yang dihantar Rumaysa, Idris tersenyum lagi. Dah pandainya dia nak manja-manja!

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience