Bab 53 : No!

Romance Series 403910

"No! Under whatever circumstances, you are not allowed to leave me." Tegas suara Idris.

"Kita kena beri ruang untuk diri kita. Beri masa. Buat masa sekarang, saya betul-betul perlukan masa sendirian. Tolong lah Idris, lepaskan saya." Pujuk Anne.

"No. No way. Saya tak nak. Awak isteri saya."

"Memang lah isteri. Tapi awak kan tak ingat saya lagi. Kita sekarang tak ubah macam orang asing. Rasanya lebih baik kita hidup berasingan dulu sekarang, kalau pun kita tak nak berpisah." Ujar Anne, masih berlembut.

Idris menggelengkan kepalanya tanda dia tidak bersetuju dengan idea Anne.

"Saya tak nak pisah. Saya tak nak duduk asing-asing. Kenapa beria sangat nak asing-asing ni? Awak benci saya eh?" Tegang nada suara Idris.

"Mana ada benci. Saya tak pernah benci awak lagi, setakat ni. Awak mungkin tak ingat. Tapi saya pernah terbuang, dibuang orang yang saya sayang.

Saya tak nak lalui keadaan itu lagi buat kali kedua. Sakit. Dan nanti akan menyusahkan mak dengan ayah lagi. Saya tak nak. Saya tak suka." Jawab Anne.

"Anis..." Seru Idris perlahan kemudian dia mengetap bibir.

"Saya, tak boleh izinkan. Awak kena selalu dekat dengan saya. Sebab I love you. I sincerely love you. Please Rumaysa, sayang tak boleh tinggalkan abang." Tubuh Anne sudah ditarik masuk ke dalam pelukannya.

Anne terkaget. Rumaysa? Sayang? Abang? Apa ni? Idris, dah ingat semula? Tapi bila? Apa yang terjadi sebenarnya? Banyaknya soalan yang memerlukan jawapan segera.

"Tiga bulan abang tinggalkan sayang, tubuh sayang dah susut banyak. Makin berseri dah kan sekarang. Tapi abang tak boleh nak puji depan-depan, dan abang pulak yang ada masalah.

Abang mintak maaf. Banyak benda yang jadi sekarang ni, abang tahu sayang perlukan penjelasan. Tapi itulah yang abang tak boleh bagi sekarang ni." Erat pelukan Idris pada isterinya.

"Abang tak boleh kehilangan sayang. But I don't want to risk your life either." Sambung Idris.

"Awak, dah ingat semula ke?" Tanya Anne perlahan.

"Abang tak pernah lupakan sayang pun. I may forget all the things, but you're not one of them.. Will never be." Bisik Idris dengan nada penuh romantis.

Air mata sudah bertakung di tubir mata Anne.

"Untuk sekarang, sampai satu masa yang abang beritahu sayang, abang kena teruskan lakonan ini. For you. For us. Percayakan abang, okey? I love you. I love you so much that I need to do this." Jelas Idris.

"Abang janji, tak lama. Sayang boleh tunggu abang, kan?" Pujuk Idris.

Anne terkesima. Apa yang berlaku sebenarnya ni?

*****

"Kenapa Ris berhenti dari kerja bomba? Tu kan kerja kerajaan. Tak cukup ke Ris dapat cuti tiga bulan untuk rehat? Habis lepas ni, nak kerja dekat mana?" Soal Khalisah bertalu-talu dan sudah pucat wajahnya.

"Ris ingat nak fokus pada pengurusan klinik. Sampai bila Ris nak biar Kak Long uruskan. Ris rasa Ris kena ambik tanggungjawab ni. Kak Long okey je kan?" Tanya Idris.

Khalisah pantas sahaja mengangguk, mengusir galau dihati yang sudah mulai bertamu semenjak Idris mengutarakan hasratnya untuk menguruskan klinik tinggalan kedua orang tuanya.

"Nanti Ris beritahu bila nak masuk klinik. Kak Long boleh uruskan semuanya sebelum Ris masuk." Ada getar pada suara Khalisah.

"Okey Kak Long. Mungkin bulan depan. Sebab bulan ni Ris nak balik rumah Anis. Kawan Ris cakap kena banyak-banyak tengokkan tempat yang Ris jumpa Anis. Mana tahu boleh ingat Anis." Balas Idris dengan nada monoton.

"Ada harapan lah ibu dapat cucu tahun ni Ris?" Usik Rokiah sementara Anne sudah mula terbatuk mendengarkan permintaan Rokiah.

"Boleh lah kot bu. Ibu doakan lah Ris ingat cepat-cepat. Tak adalah rasa bersalah nak sentuh-sentuh, dekat-dekat dengan Anis." Balas Idris lagi.

Wajah Anne diimbas sekilas. Nasib baik isterinya juga pandai berlakon mengekalkan riak wajah sayu seorang isteri yang dilupai suami.

"Sekarang ni Ris fokus lah pada ingatan Ris tu dulu. Nanti lah fikirkan pasal anak-anak." Tegur Khalisah.

"Sementara nak ingat, try jelah dulu. Mana tahu lekat. Mesti ibu suka dapat cucu lagi. Kan bu?" Balas Idris sambil dia memerhatikan riak wajah Khalisah yang sudah bertukar kelat.

Enjoy reading! ;) Love, N

Share this novel

Asmah
2022-02-05 10:30:21 

haha kan betoi ris tu berlakon

norsila
2022-02-05 09:59:10 

laaa blakon ruponya...hahaha..huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience