Bab 22 : Izin

Romance Series 403866

"Saya suka dia. Sebab tu, bila saya terserempak dengan ayah dan mak dekat kafe, saya rasa yang saya kena mintak izin ayah dan mak untuk terus berkawan dengan Anne sehingga kami berdua habis belajar, lepas tu Insya Allah, saya nak jadikan dia isteri saya."

Masing-masing sedang terkedu dengan perbuatan Azlan yang diluar jangkaan. Mana tidaknya, tadi sewaktu mereka terserempak di kafe fakulti Pendidikan, Azlan hanya menegur mereka, sekadar bermanis mulut dengan keluarga Anne.

Awal-awal cuma memperkenalkan diri serta namanya. Arshad dan Fauziah pula seronok melayan Azlan yang pandai bersembang dengan orang tua. Disebabkan itu, mereka tidak menolak apabila Azlan menghulurkan bantuan memandu kereta Kancil yang baru sahaja dihantar oleh agen ke dalam kampus itu, untuk dibawa ke hostel Anis.

Panggilan kepada emak dan ayah Anis juga sudah bertukar dari pak cik mak cik kepada mak dan ayah. Cepat betul Azlan berjaya mendapatkan keizinan ayah. Dalam diam, Anis terasa kagum akan keberanian Azlan.

"Errr..." Arshad melihat wajah Fauziah dan Anne bersilih ganti.

Kemudian pandangan matanya jatuh pada Azlan.

"Insya Allah, ayah izinkan awak berkawan dengan Anis. Tapi, jangan buat benda yang mengarut. Jangan buli Anis, jangan khianati kepercayaan ayah pada awak untuk bantu Anis selama belajar ni.

Yang penting, jangan buat apa yang Allah tak suka. Jangan jumpa berdua-duaan, mengundang fitnah pada kamu berdua, pada keluarga kita. Kereta ni, nanti Anis dengan Azlan guna sama-sama. Kalau ada rosak ke apa ke, Anis beritahu ayah. Ayah usahakan duit untuk baiki." Kepala Anis diusap perlahan.

"Terima kasih ayah." Wajah Anis yang tadinya memaparkan wajah terkejut, sudah berganti ceria.

"Terima kasih ayah. Sebab izinkan Lan berkawan dengan Anis. Insya Allah, Lan takkan khianati kepercayaan ayah pada kami." Azlan mengukir senyuman lebar.

Tidak disangka, begitu mudah berhadapan dengan ayah Anis. Tidak disangka juga, dia berani mengakui perasaan istimewanya pada Anis, walau pada awalnya kehadiran Anis hanyalah dirasakan biasa baginya.

*****

"Kata tak nak couple?" Tanya Naya.

"Ikutkan memang lah tak nak. Tapi dah dia mintak izin dengan ayah, lepas tu ayah izinkan. Aku pun macam, have to go with the flow." Anne mengubah riak wajahnya untuk kelihatan seakan dia terpaksa.

Giliran Naya pula mencebik.

"Eleh, have to go with the flow konon. Blah lah. Menyampah betul aku dengan kau semenjak dua menjak ni. Pandai betul berlakon. Ni dah couple ni, jangan leka pulak bab belajar. Jangan selalu dating." Naya memberi peringatan.

Anne mencebik lagi.

"Naya, kau sebenarnya jealous kan, sebab bila aku masuk sini, aku ada Azlan. Jangan risau lah. Aku tetap akan utamakan kau sebab kau kawan baik aku." Pujuk Anne.

Naya mencebik.

"Aku tak jealous. Sumpah, sikit pun tak. Cuma aku ni ingatkan. Couple macam mana sekali pun, jangan lupa diri, jangan leka, jangan letak sepenuh kepercayaan kepada orang lain selain Allah.

Aku ni bukan apa, takut kau hampa dan kecewa. Patah hati ni, silap gaya, boleh membawa mati Anne. Sebab tu, aku ingatkan awal-awal. Lagi satu, jangan terhutang budi. Takut tergadai body." Ujar Naya.

"Choiiii, jangan lah doakan yang buruk-buruk. Doakan yang baik-baik supaya dipermudahkan urusan kehidupan aku." Balas Anne.

Naya cuma mengangkat bahunya. Sekadar mengingatkan rakan supaya tidak terleka diusia muda.

*****

April, 2012.

"Mana ada duit lagi dah Lan. Anne kena bayar yuran belajar dan yuran hostel jugak ni. Dah keluar dah arahan bayar yuran, kalau tak bayar nanti Anne tak boleh masuk final exam." Balas Anne perlahan.

"Bukan Lan nak ambik terus. Nak pinjam je untuk ambik stok. Lepas Lan jual stok tu, dapat balik duit, Lan pulang lah balik duit Anne. Lagi pun, lusa dah dapat gaji kan untuk tuisyen tu, bukan sikit, RM1200 kan. Lan tahu lah, tak payah sorok." Balas Azlan berang.

Dengan hati yang berat, Anne mengeluarkan RM1000 yang telah dikeluarkannya dari ATM tadi. Diserahkan kepada Azlan. Sementara menunggu gaji, terpaksa lah dia mengikat perut lagi.

"Kunci kereta?"Soal Azlan.

"Jangan lupa isi minyak. Kalau tak nanti Anne tak boleh pergi mengajar tuisyen esok." Pesan Anne.

"Tahulah, tak payah nak arah-arah!" Sekejapan sahaja, Kancil berwarna maroon itu hilang dari pandangan matanya.

Azlan, oh Azlan! Sejak terjebak dalam Multilevel Marketing ni, berubah terus perangainya.

Enjoy reading darlings! :) Maaf tau lambat. Hujan lebat sangat, line tak elok dekat kawasan rumah N :( Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience