Bab 38 : Janji

Romance Series 403830

Usai sarapan pagi itu, Anne menyelesaikan tugasan mencuci pinggan mangkuk di dapur sementara yang lain sedang bersantai di ruang tamu. Arshad yang paling seronok menerima menantu pertama. Menantu lelaki pula tu.

Sedang air dari paip mengalir melalui sela jarinya, Anne termenung melihatkan inai yang berwarna oren pada ruas atas di hujung jari, sebelum satu tangan datang dari belakangnya dan menutup paip air. Kemudian, kain lap tangan pula dicapai. Tangan Anne dikeringkan dengan berhati-hati.

"Nanti waktu kenduri, kita cari inai yang lebih cantik. Yang lebih terang warna merahnya. Ya? Kalau nak lukis-lukis pun boleh." Anne yang tadinya terbuai dan leka dimanjakan begitu tersentak.

Mudah sahaja dia membiarkan Idris memegang tangannya sedangkan, dia tidak pernah merasa selesa tangannya dipegang orang. Perlahan, Anne menarik tangannya semula. Pandangan matanya yang tadi galak merenung Idris, kini di tundukkan supaya memandang kebawah.

Eleh, malu konon!

"Errr, barang awak dah siap kemas ke?" Tanya Anne untuk mengalihkan topik perbualan.

Bukan warna inai itu yang membuatkan dia termenung lama. Inai itu sendiri yang menarik perhatiannya. Inai, maksudnya, dia betul-betul susah bertukar status me jadi isteri orang. Manakala Idris hanya tersenyum sebelum dia mengangguk untuk menjawab pertanyaan isteri.

"Betul awak tak nak ikut saya?" Tanya Idris lagi.

Anne terkebil-kebil mendengarkan soalan itu. Idris pergi untuk kursus. Tentulah tidak sopan untuk dia mengikut. Lagi pula, Idris akan tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak bomba di sana.

Walaupun dia sememangnya teringin untuk menjejakkan kaki ke sana, namun biarlah dia menggunakan duitnya sendiri untuk mengembara nanti. Menjejak setiap tempat penggambaran filem Me Before You yang paling disukainya.

"Tak nak. Saya kan kerja jugak dekat sini." Jawab Anne.

"Okey. Hmmm, kesian lah saya nanti. Mesti rindu awak sangat-sangat." Luah Idris.

Danggggg!

Mendengarkan sebaris ayat akhir itu, jantung Anne berdebar semakin laju. Haihhhh, lelaki ini tidak mengira masa dan ketika untuk dia luahkan sahaja apa-apa.

"Sayang..." Ya Allah, lemahnya kaki aku ni ya Allah.

"Tadi kan, masa saya dekat luar, ayah cakap suami isteri jangan lah berawak saya. Bunyi dia macam tak mesra. Saya panggil awak sayang, boleh?" Sambung Idris.

'Alahai, lembut betul dah kaki ini. Terasa seperti tidak mampu untuk menampung berat aku yang berat mata memandang berat lagi badan berjalan. Soalan pun, takkan lah aku nak cakap nak. Nampak gelojoh disitu!' Omel Anne.

"Diam tanda setuju kan? Saya anggap awak setuju ya." Ujar Idris lagi.

"Panggil saya Anne pun boleh. Anis pun tak apa. Awal-awal macam ni, mestilah kekok lagi kan." Balas Anne perlahan.

"Tak nak lah. Panggilan saya untuk awak, ada dua je. Kalau bukan sayang, saya panggil awak Rumaysa. Boleh?" Tanya Idris.

Anne terkebil-kebil lagi memandang Idris yang berada di hadapannya.

"Tapi awak, nak panggil saya apa ya sayang?" Bisik Idris.

Anne menggigit bibir. Tidak pernah walau sesaat pun jantungnya tenang berhadapan dengan lelaki ini. Agaknya, ini kali ke berapa ya lelaki ini bermanis mulut dengan perempuan begini?

"Kalau nak fikir dulu pun boleh. Tapi jangan lama-lama, ya?" Selesai sahaja Idris bersuara, terasa tangannya sudah ditarik untuk bergerak mengikuti langkah Idris ke ruang tamu.

Belum cukup 24 jam menjadi isteri lelaki ini, hatinya sudah berdentum-dentam begini. Mencair bagaikan salji disinari hangatnya matahari apabila musim bertukar.

*****

"Duit belanja bulan ni, saya dah masukkan dekat akaun sayang tadi. Untuk bulan-bulan seterusnya, saya akan masukkan bila saya dah gaji. Saya minta maaf. Baru je kahwin semalam, tapi hari ni saya dah tinggalkan awak untuk tiga bulan." Melihatkan orang-orang sekeliling mula menjauh untuk berikan mereka berdua ruang untuk berbicara, Idris mula bersuara.

"Saya dah ada kerja. Awak dekat sana yang kena guna banyak duit. Tak payah lah bagi dekat saya lagi." Balas Anne kekok.

"Sayang kan dah jadi tanggungjawab saya. Saya pun dah janji dengan ayah yang saya akan jaga sayang baik-baik. Saya kena lah tepati janji. Sayang pun kena tepati janji sayang dekat saya tau."

Anne mengerutkan dahi. Apa yang sudah dia janjikan dengan Idris?

"Bila jadi isteri saya, maksudnya sayang dah janji untuk setia pada saya, untuk terima saya sepenuhnya, untuk berikan sepenuhnya cinta dan percaya pada saya, untuk kita sama-sama bina keluarga kita. Sayang kena tepati janji tu, ya?" Terang Idris.

Pipi Anne terasa panas. Wajahnya sudah memerah. Apakah kata-kata yang perlu dia balas pada saat ini?

"Saya dah kena pergi dulu. Sayang tunggu saya balik, tau? Jaga diri, kalau ada apa-apa yang sayang nak, sayang beritahu saya." Spontan, Anne dipeluk dengan sebelah tangannya sedang tangan yang sebelah lagi sedang memegang beg.

"Nanti dekat sana, hati-hati. Jaga diri baik-baik. Maaf saya tak dapat ikut untuk jaga awak dekat sana." Balas Anne yang masih menggigil dipeluk suami begitu di tempat awam.

Mana pernah dia dipeluk orang berlainan jantina, apatah lagi di tempat awam begini. Malu!

"Nanti saya sampai, saya call sayang. I love you. Assalamualaikum."

Pelukan dirungkai, pipi dan dahi Anne diberikan ciuman selamat tinggal. Sepanjang berjalan masuk ke boarding area, Idris melambai ke arah Anne. Dibalas juga oleh Anne yang mukanya sudah memerah buat kali entah ke berapa bila dia terdengar suara mula mengusik dirinya.

"Pengantin baru dah mula rindu-rindu." Usik Anas.

Anehnya, Anne tidak lah marah seperti selalu. Kerana, ya, baru sekejap suami hilang dari pandangan, dia sudah mula rindu-rinduan.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

norsila
2022-01-20 14:50:58 

yolah 3 bulan huuu tk apo2 anne 3 bulan ni leh kuruskn bdn tu..nk naik plamin nti..ada can nmpk kurus dn cantikkk...biar k.ipar trcenggang..hahaha

Asmah
2022-01-20 00:46:18 

kena tinggal ...lama pulak tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience