Bab 34 : Mula

Romance Series 403830

"Ada urusan apa awak datang ni?" Tanya Anne melihatkan Idris yang terpacak di halaman rumahnya sedangkan waktu untuk berbuka tinggal 15 minit sahaja lagi.

"Anas cakap awak puasa hari ni. Saya buatkan kuih untuk awak berbuka." Puding karamel dihulur kepada Anne yang lambat-lambat mengambilnya.

Adehh, kuih puding karamel. Sedapnya, tapi manissssssss. Orang dah la tengah pantang gula ni. Uwaaaaa makkk, orang terliur. Tapi nak kurus!

"Susah-susah je. Tapi terima kasih lah jugak sebab datang bagi kuih." Balas Anne.

"Awak masak apa untuk berbuka?" Idris menongkatkan dagunya dengan menggunakan kedua tangannya yang siku diletak pada motor.

"Ikan bakar cicah air asam, lepas tu ada ulam-ulam sikit." Jawab Anne perlahan, malu kalau Idris tahu dia sedang berdiet.

"Oh sedap tu. Saya suka lauk-lauk kampung." Komen Idris sambil matanya masih menatap Anne, sebelum suasana bertukar menjadi kekok kerana diselubungi sunyi.

"Errr, awak tak nak singgah makan dulu kan?" Tanya Anne sekadar berbasa-basi dan bersopan.

"Eh boleh ke? Kalau boleh, saya memang nak." Idris sudah menurunkan tongkat motornya.

"Eh eh eh kejap, awak nak makan sekali ke, betul ke ni?" Tanya Anne pula, padahal dia yang dengan penuh rasa tidak ikhlasnya mempelawa tadi.

Sekarang jangan nak acah-acah terkejut apabila Idris menerima pelawaannya. Eeeeeiii, tak malu betul. Anak siapalah agak-agaknya.

"Yalah, kan awak jugak yang ajak." Balas Idris.

Di pintu utama rumah itu, Arshad sedang bercekak pinggang melihatkan drama hampir pukul tujuh itu.

"Cepat-cepat lah masuknya. Maghrib macam ni ada dekat luar rumah lagi, kena rasuk nanti haa satu hal pulak. Masuk Anis." Panggil Arshad.

Anne berlenggang kangkung sebaik mendengar panggilan Arshad. Serba salah jadinya. Takut Arshad marahkan dia kerana memandai-mandai mengajak Idris turut sama.

"Ayah, ni tadi Anis terpelawa dia makan sama-sama dengan kita, tapi dia tersetuju pulak. Tak apa ke ayah?" Maklum Anne.

Bulat mata Idris mendengar apa yang keluar dari mulut Anne. Terpelawa? Tersetuju? Tak ikhlas lah ni pelawa orang makan ya?

"Tak apalah pak cik, saya usik Anis je. Saya balik dulu lah. Datang hantar kuih tadi ni untuk Anis berbuka." Ucap Idris.

"Eh ada pulak macam tu. Masuk ajelah. Kamu bukan tak biasa dengan rumah ni." Lengan Idris di paut laju.

Idris sempat tersenyum lebar sambil menjeling ke arah Anne. Bangga, belum apa-apa bakal ayah mentuanya sudah bermanja mesra dengan dia.

*****

"Nampak susut sikit lah kau Nis. Kau ada rasa perubahan tak?" Tanya Bibah sebaik sahaja mereka selesai mengemas.

Termasuk hari ini, cukup tujuh hari Anne berpuasa setiap Isnin hingga Jumaat.

"Aku rasa tak mengah sangat dah. Tapi berat tak timbang pun. Perubahan lain aku tak rasa lagi. Ke, aku yang tak perasan pun tak tahulah. Tapi perut aku okey. Tak ada rasa lapar sangat pun lepas pantang manis macam kau cakap." Jawab Anne.

"Alah tak apa. Eh kau tahu tak yang sebenarnya bila berdiet ni, kita memerlukan masa empat minggu untuk kita sendiri nampak hasil diet kita, lapan minggu untuk orang lain mula perasan dan dua belas minggu untuk orang betul-betul nampak.

Kuatkan semangat, kau dah mula lah. Slow and steady tak apa. Laju-laju nanti cepat bosan." Pesan Bibah.

Anne hanya mengangguk, menyetujui apa yang diperkatakan oleh Bibah. Dalam hatinya, diam-diam dia mengucapkan terima kasih kerana Bibah tak henti-henti memberi semangat kepada dia.

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Roshasniah Mustafa
2022-01-12 15:39:26 

yey..Anne dah kuyus..Deris xtahu malu.. pantang pelawe

Asmah
2022-01-11 16:23:17 

ajak2 ayam ja tu.nasib bakal bapa mertua sporting


NovelPlus Premium

The best ads free experience