Bab 69 : Hidup Semula

Romance Series 403910

"Kiranya, kau dengan dia dah baik lah ya?" Usik Bibah dengan senyuman yang mempunyai maksud tersirat.

"Entah." Balasan Anne cuma sepatah, dia masih memikirkan status perasaan dan hatinya buat masa sekarang.

"Kan kau cakap dia dah cerita semuanya pada kau. Kenapa kau masih berkira-kira untuk memaafkan dia?" Soal Bibah lagi dengan perasaan yang bercampur baur, hairan dengan apa yang baru sahaja Anne luahkan.

"Bah, memang dia dah luahkan. Tapi kau tak rasa ke yang semua ini sudah sedikit terlambat? Dia perlu beritahu aku lebih awal tau. Sebab nyawa aku pun salah satunya yang menjadi taruhan orang-orang dari dunia dia yang pelik-pelik tu." Balas Anne.

"Memang lah. Tapi akhirnya dia ada beritahu jugak, kan? Baguslah dari langsung tak beritahu apa-apa. Ke, kau nak keadaan jadi macam mana sekarang ni?" Tanya Bibah perlahan.

Dari tadi bila dia tersalah tinggi sedikit nada suaranya sahabatnya ini pasti mencuit pahanya. Eleh, takut sangat kantoi suami dia tu orang dunia gelap.

"Aku tak tahu lah Bah. Aku sebenarnya dah serik ditipu. Aku rasa macam diperbodohkan. Orang kata bila kahwin perlu mempercayai satu sama lain. Macam mana aku nak percaya bila banyak sangat benda yang dia sorokkan dari aku? Orang yang sepatutnya buat aku rasa dilindungi yang membuatkan aku cedera macam ni. Kalau kau, apa perasaan kau bila jadi begini?" Duga Anne.

Bibah terdiam seribu bahasa. Serentak kemudian, dia menggeleng kepala perlahan sambil mengangkat bahunya.

"Kau rasa, ada lagi yang Idris sembunyikan dari kau ke? Mungkin kau je yang overthinking?" Pujuk Bibah.

"Tak lah, sebab dia belum beritahu apa yang berlaku semasa dia hilang di London." Bantah Anne.

"Tak cuba tanya dia?"

"Dah, dia cakap belum masanya untuk aku tahu. Agaknya dia nak tunggu aku masuk kubur dulu baru nak beritahu agaknya..."

"Rumaysa!"

Belum sempat Anne menghabiskan ayatnya, dia dikejutkan dengan sergahan dari Idris yang sedang berdiri di sebalik pintu bilik Anne melalui bukaan kecik pintu itu. Jantung Bibah sudah berdebar kencang. Janganlah pasangan suami isteri ini bergaduh di hadapan dia. Suami isteri bergaduh berlawan, Bibah yang masih bujang di tengah-tengah tersepit sendirian.

Bibah memanjangkan tangannya untuk mencuit lengan Anne.

"Baik kau mintak maaf sekarang. Mahunya nanti dia tak bagi aku berkawan dengan kau, kesian aku." Pujuk Bibah lagi.

"Tak payah. Aku tak salah apa-apa. Bukan aku yang berahsia. Bukan aku yang jahat." Bangkang Anne dengan suara perlahan.

Sekilas, Bibah kerling sahaja wajah Idris yang sudah kemerah-merahan itu dek kerana sedang menahan marah. Demi keselamatan, rasanya lebih baik jika dia memohon diri terlebih dahulu. Bibah cepat-cepat berdiri. Sempat dia berbongkok lalu berbisik kepada Anne.

"Mintak maaf cepat Nis. Kau tu mengandung, dah nak bersalin, jangan nanti kau susah nak bersalin sebab dosa dengan suami berlambak. Masa tu neraka pun kirim salam, haa baru kau tahu langit tinggi ke rendah!"

Anne mencebik bibir. Pandai pula si Bibah ni beri ceramah bab nikah kahwin. Cuba kalau dia yang mengalami, mahu dia yang merentan meroyan dahulu.

"Errr, saya balik dulu. Jangan gaduh-gaduh. Allah amrah suami isteri gaduh. Syaitan suka nanti jadi geng dia. Bye, assalamualaikum." Perlahan langkah kakinya diatur menuju ke luar bilik, seterusnya ke luar rumah lalu terus balik tanpa sempat dia berpamitan dengan Fauziah.

Idris masih begitu riaknya, masih menahan marah yang bersisa tatkala terdengarkan ayat isterinya barusan. Mana ada suami dengan sengajanya mahu membahayakan keselamatan isteri. Begitu juga dia. Itu juga antara sebab kenapa dia cuci tangan dari terus-terusan terlibat dengan anak-anak buah papanya. Semuanya semata-mata untuk Anis Rumaysa.

"Kenapa nak sangat tahu apa yang berlaku di London ni?" Tanya Idris sebaik sahaja dia menutup pintu bilik mereka.

Hal pertengkaran dan pergaduhan suami isteri sebaiknya biar di bilik itu sahaja supaya tidak tersebar aib mereka berdua.

"Tak ada apa-apa. Sebelum ni, ya. Nak tahu. Sekarang dah tak nak. Dah tak kisah." Balas Anne senada sambil dia mencapai buku komik Lawak Kampus keluaran terbaru.

Kedudukan bantalnya dibaiki sedikit supaya selesa. Dengan kedua kakinya masih bersimen begini, dia hanya boleh baring terlentang dengan kedua kakinya dialas bantal sederhana tinggi supaya kurang lenguhnya. Apatah dengan keadaan kandungan yang semakin membesar, adakalanya Anne menangis di waktu malam dek sakit pada pinggangnya semakin kritikal.

Selalunya, Idris lah yang akan berjaga malam untuk menyapu minyak, kadangkala mengurut dengan lembut pinggangnya. Pernah juga Idris perlahan-lahan membantu dia mengiring supaya kurang bebanan pada pinggangnya. Namun, entahlah. Perasaan marahnya tetap membuak-buak. Rasa percayanya sudah tiada.

"Rumaysa, boleh tak percaya pada abang yang ada sebabnya kenapa abang tak boleh beritahu. Boleh tak sekarang kita fokus pada proses kesembuhan kaki ni dulu sebelum kita fikirkan hal-hal lain yang tak penting ni." Suara Idris mengendur.

"Saya tak kisah. Buatlah apa yang awak nak buat. Tapi awak kena ingat, awak yang mula berahsia. Apa-apa jadi selepas ini, bukan salah saya. Awak yang bertanggungjawab sepenuhnya." Pandangannya pada buku itu kosong, sekadar berlakon membelek buku sedangkan hatinya sudah berdegup kencang memikirkan kemungkinan Idris bakal mengamuk.

Idris menarik nafas panjang, lalu dilepaskan perlahan-lahan. Mencuba untuk bertenang dalam menghadapi kerenah Rumaysa kesayangannya.

"Rumaysa, waktu di London..."

"Lalalalalalalalala, tak dengar. Lalalalalalalalala, tak nak dengar." Keduanya telinganya, Anne tutup menggunakan bantal sambil berterusan bersenandung supaya tiada sepatah kata pun dari mulut Idris mampu memasuki telinganya.

"Rumaysa! I did it for you. All of my life is for you. Everything that happened in London was for me to earn my life back. For you." Kedua tangan Anne ditarik menjauhi telinga supaya apa yang bakal diperkatakan olehnya dapat didengari oleh Anne.

Anne terdiam apabila telinganya disapa kata-kata Idris itu. Apa maksud Idris?

"Orang dalam dunia gelap, bukan semuanya berkuasa untuk mengatur hidup mereka sendiri. Ada sesetengah perkara, abang hanya mampu ikut sahaja ketetapan orang-orang yang lebih berkuasa demi keselamatan diri abang sendiri.

Apatah lagi pada waktu tu abang buat kerja yang memerlukan abang untuk menyelamatkan orang.
Tapi semua itu berubah selepas abang nampak sayang buat kali pertama. Sayang ingat tak pertemuan pertama kita? Kelakar betul pertemuan itu. Sampai sekarang abang ingat." Idris menguntum senyuman yang kelihatan kekok sekali, tubir matanya juga kuat menahan air mata dari mengalir.

"Macam mana orang yang memilih kerjaya bomba yang mulia boleh terlibat dengan dunia yang tak menghargai nyawa manusia? Awak hipokrit Idris!" Sahut Anne yang enggan melayan Idris bersembang.

"Sayang ingat tak waktu dekat Pustaka Rakyat dekat Gombak Prima tu, sayang tengah pilih komik. Abang tengah cari buku. Lepas tu kunci kereta abang terjatuh. Masa tengah cari kunci tu, selamba je kan abang langgar sayang."

Anne hanya tekun mendengar tanpa membalas apa-apa. Hanya kenangan sewaktu itu berlegar di fikiran sewaktu dengan tenangnya Idris menuturkan kisah pertemuan pertama mereka yang tidak disedarinya.

~Flashback~

"Dah mana pulak kuncinya ni?" Hampir setiap ceruk Pustaka Rakyat itu dikelilingi dan dicari kunci kereta yang tercicir.

Dua juruwang yang bertugas di kaunter juga sudah kelihatan penat melayan setiap pertanyaan dia sementelah hampir sejam dia mencari kuncinya. Hendak dihubungi Khalisah namun baru dia teringat, kunci pendua kereta ada di Kuantan. Dahinya ditepuk beberapa kali. Cuai!

Kali ini adalah kali terakhir dia mencari kunci ini. Jika tiada juga, terpaksalah dia menghubungi tukang kunci. Sedang Idris tersenget-senget kepalanya itu untuk mencari kunci, dia terlanggar seorang perempuan yang sedang khusyuk memilih komik Lawak Kampus. Dek keserabutan kepalanya, tanpa meminta maaf, Idris berjalan sahaja melepasi gadis itu.

"Eeeiii, muka handsome tapi nak cakap minta maaf pun tak boleh." Bebel Anne.

"Dia ada masalah kot Anne. Dari tadi dok pusing dari atas sampai ke bawah. Tak payah lah bising." Pujuk Yusra.

"Sayang betul, dah handsome mulut pulak berat." Omel Anne lagi, namun hanya disambut dengan pukulan manja Yusra.

Sampai sahaja di kaunter pembayaran, dapat Anne lihat Idris yang sedang susah hati memikirkan hal kuncinya, walaupun ketika itu dia sedang menelefon tukang kunci. Perlahan, segugus kunci dikeluarkan dari beg tangannya dan diletakkan di kaunter itu.

Namun sebaik sahaja Idris mahu mengambil kunci itu, laju sahaja tangan Anne mencapai kunci itu. Terbuntang mata Idris melihatkan kelakuan Anne.

"Mintak maaf dulu. Dua kali awak langgar saya tadi." Ujar Anne.

Idris menelan air liur. Betul ke ni?

"Saya mintak maaf sebab langgar tadi. Kalau awak nak, saya boleh belanja awak dan kawan awak makan tanda saya minta maaf dan berterima kasih. Boleh bagi kunci balik?" Idris menghulurkan tangan kanannya.

Kunci kereta bertukar tangan.

"Okey, saya maafkan. Tak payah belanja makan." Balas Anne.

Idris mengerut kening. Biar betul budak gebu ni menolak hajat orang untuk belanja dia makan?

"Kalau saya belanja aiskrim?" Soal Idris lagi.

Anne menggeleng kepalanya. Eh tolak lagi?

"Cukuplah awak jadi manusia yang berbudi bahasa. Kita ni kalau kaya budi bahasa, orang nak tolong pun tak fikir panjang. Okey bye." Anne berjalan keluar dari Pustaka Rakyat itu bersama Yusra, terus sahaja menunggu bas untuk balik kerumah sewa mereka di Pinggiran Batu Caves.

Cukuplah satu komik untuk bulan ini. Manusia tadi sudah cukup untuk menghiburkan dirinya petang ini.

~Flashback ends~

Enjoy reading! :) Good night. Ramadan Kareem everyone <3 Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience