Bab 73 : Kehilangan - 3

Romance Series 403934

"Macam mana kau kenal Sabrina Mulder?" Soalan dari Sam membuatkan Idris terpana.

Mana tidaknya, dia tidak pernah mengenali Sabrina Mulder. Hanya sekadar pernah mendengar namanya sahaja. Jadi apabila Sam menuntut jawapan dari dirinya, laju sahaja dia menggeleng.

"Kau tak kenal? Kelakar. Kalau betul tak kenal, kenapa dia cakap kau bakal suami dia? Kau tahu, seluruh anak buah dia dikerah untuk mencari tahu lokasi keberadaan kau. Berita bakal suami Sabrina Mulder diculik di London menjadi khabar berita terhangat buat masa ini. Tup tup, kau geleng kan kepala sebagai jawapan. Apa lawak yang kau cuba buat ni Ris?" Sam mencampakkan gelas minumannya tanda protes.

Mendengarkan kata-kata Sam, Idris menjadi semakin penasaran. Siapa Sabrina Mulder dan apa motifnya Sabrina berkata demikian? Bikin masalah perempuan ini.

"Masalahnya aku tak pernah jumpa Sabrina Mulder pun Sam."

Idris bersungguh mencuba meyakinkan Sam sehinggalah sekeping gambar melayang tepat diatas ribanya sebelum jatuh ke lantai berdekatan kaki kanannya. Idris menunduk lalu mencapai gambar itu sebelum dia melihatnya lama.

"Hebat kau Ris, dah jadi suami orang pun masih ada yang nak kan kau lagi. Paling hebat, kau mampu duakan isteri yang kononnya kau sayang sangat tu. Apa tu kau cakap dengan aku, dia destinasi hidup kau? What an act!" Sinis sahaja riak wajah Sam.

"Wrap him up. Apparently, we will need to deliver him to his future wife, unnotice."

Serentak tamatnya ayat dari mulut Sam yang sudah pun berdiri itu, dua pengawal Sam menyentak kedua tangannya dan dia ditarik keluar dari ruang tamu rumah agam Sam. Destinasi seterusnya? Entah kemana kerana beberapa saat setelah ditarik, kepalanya di hentak sesuatu yang menyebabkan matanya berpinar dan pandangannya terus gelap.

Sabrina meramas kedua tangannya dengan rasa yang bercampur baur. Bilik yang menempatkan Idris itu sesekali dijelingnya dengan penuh rasa ingin tahu. Entah bagaimana keadaan Idris yang sedang dirawat itu. Tangisan Anis bersilih ganti dengan suara hatinya sendiri, melatari pemikirannya.

Entah bila Idris dicampakkan di hadapan rumah agamnya. Berdasarkan cara kerja, dapat Sabrina membuat kesimpulan bahawasanya semua ini adalah kerja orang yang profesional. Sehinggakan pengawal keselamatannya juga tidak menyedari kemunculan Idris yang kemudiannya terlantar dengan kepala yang berlumuran darah.

"Madam, lunch is ready." Mary, pembantu rumahnya bersuara dengan nada yang teragak-agak.

Sabrina menepuk dahi. Sudah tengahari namun langsung tidak disedarinya. Sabrina melangkah mengikuti Mary. Walaupun sedang risaukan keadaan Idris, namun dia juga perlu menjaga waktu makannya sebelum dia sendiri jatuh sakit. Telefon bimbit sempat dicapai. Laju sahaja jarinya mendail nombor telefon Anis Rumaysa.

Ikutkan hati, ingin sahaja dia memaklumkan tentang Idris yang sudah ditemui. Namun, persoalan dan permasalahan lain pula yang akan muncul. Cuma, pada dia, Anis perlu ditenangkan. Mungkin dengan beberapa ayat yang tepat, boleh mengurangkan rasa sedih pada hati Anis yang masih belum menerima apa-apa berita tentang suaminya.

Sempat Sabrina menguntum senyum mengenangkan Anis. Bila sudah terjumpa orang yang tepat, sekejap sahaja luka di hati yang Azlan toreh itu sembuh. Digantikan dengan bahagia bersama Idris yang menawarkan cinta tanpa duka.

Berdenting bunyi sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan makannya menyebabkan Sabrina langsung tidak menyedari kelibat Idris yang semakin mendekatinya. Hanya setelah kerusi berdekatan ditarik barulah dia tersedar.

"Astaghfirullah hal 'azim! Kau dah kenapa senyap-senyap je berjalan tahu-tahu dah muncul!" Tempik Sabrina yang masih dalam keadaan terkejut.

Berdasarkan keadaan sewaktu ditemui tadi, boleh dikatakan Idris hampir nazak. Eh ni dah boleh berjalan-jalan pakej mengejutkan orang pula.

"Siapa kau sebenarnya?" Idris terus menyoal tanpa berbasa-basi.

"Aku Sabrina lah. Siapa lagi? Bukannya kau tak kenal aku siapa. Kan aku kawan dengan isteri kau." Sabrina mencapai sudunya semula, dengan perasaan geram yang masih berdongkol dia menyambung sesi makan yang tergendala.

"Kau Sabrina Mulder? Dah berapa lama kau sorok identiti sebenar kau ni dari Rumaysa?" Perli Idris.

"Lama ke tak, kejutan yang Anis akan dapat dari kau lebih besar dari perasaan terkejut dia pada aku bila dia tahu identiti kita. Aku tertanya-tanya, apa niat kau bila kahwin dengan Anis? Kau nak jadikan dia tebusan kau untuk dapatkan apa yang aku ada ke?" Tanya Sabrina.

"Gila!" Bantah Idris.

"Dah tu?"

"Aku tak pernah tahu pun kau siapa. Kalau aku tahu, tentunya aku tak minta nombor telefon Rumaysa dari kau." Idris bersuara keras.

Sekeping gambar yang ditemui diruang tamu rumah agam itu sewaktu merayau keluar dari bilik tadi menimbulkan persoalan. Diletakkan berdekatan pinggan makan Sabrina. Jangan-jangan...

"Ni siapa?"

Sabrina menjeling gambar itu dari hujung mata. Dia tidak risaukan apa-apa, kerana itu hanya sekadar gambar biasa. Gambar keluarga susuannya bersama dia sekeluarga.

"Kenapa sibuk nak tahu?"

"Ni gambar umi dan papa aku. Ni pulak, aku! Tentulah aku nak tahu mcam mana gambar ni boleh ada dengan kau. Melainkan..."

Idris jeda. Sabrina pula sudah terbuntang matanya.

"Serius ini gambar umi papa kau? Kau jangan main-main. Kalau ya pun nak balas dendam dekat aku yang dah sorok identiti asal, bukan macam ni caranya." Suara Sabrina naik setingkat.

"Aku tak main-main. Ni memang umi papa aku. Aku ada gambar yang sama di KL. Umi aku yang tolong lahirkan baby ni. Dan umi aku jugak adalah ibu susuan budak ni. Aku tengah cari budak ni jugak. Kau kenal dia? Atau, kau lah budak ni sebenarnya?" Teka Idris.

Sabrina jeda, sebelum dia akhirnya mengangguk perlahan.

"Aku pun tengah cari kau jugak. Syukur, dah jumpa tanpa perlu bersusah-payah. Tapi yang tu kita abaikan dulu. Kita kena fikirkan cara untuk hantar kau balik dulu. Tak sanggup aku tengok Anne menderita tunggu kau balik." Air diteguk perlahan.

Mata Idris mula memerah mendengarkan nama isterinya disebut.

"Rumaysa, macam mana keadaan dia?" Idris yang kini berdiri berdekatan dengan tingkap merenung jauh ke luar, melindungkan air matanya yang mengalir tatkala terkenangkan isterinya.

"Dia okey. Cuma tulah, hari-hari menangis. Tak makan, kecuali kena paksa. Yelah, isteri mana yang tak sayangkan suami, kan? Kau beruntung dapat dia. Kau cuma kena jaga dia baik-baik je, jangan sampai dia hilang kepercayaan dengan kau."

"Kalau dia tahu siapa aku yang sebenarnya, mesti perasaan dia pada aku takkan sama lagi."

"Jangan bagi dia tahu." Singkat jawapan Sabrina.

"Tentang berita yang dah tersebar yang kau adalah tunang aku tu, hanya orang-orang dunia gelap je yang tahu. Itu pun, sekadar untuk menyelamatkan kau. Aku rasa takkan ada yang berani untuk kacau kau lagi lepas ni." Sambung Sabrina.

"Tapi mereka tahu aku dah kahwin. Kau rasa, orang-orang yang memburu kuasa ni boleh terima ke kalau Sabrina Mulder memilih lelaki yang sudah beristeri untuk dijadikan suami? Aku dan Rumaysa tak akan diganggu?"

"Kita fikir yang tu nanti. So apa plan kau untuk balik ke Malaysia ni? And yes, untuk sahkan berita tu kita kena 'kahwin' dan biarkan mereka sebarkan gambar kita. Kalau tak buat macam tu, aku takut kau dan Anne jadi sasaran mereka."

Idris kembali melabuhkan duduk di kerusi berdekatan Sabrina tadi.

"I have no idea." Balas Idris singkat.

Enjoy reading! Slowly ya N update kisah bang Derih :) Love as always, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience