Bab 35 : Putus

Romance Series 403498

Khalisah masih mencuka. Kebetulan cuti Idris jatuh pada hujung minggu, jadi dia mengambil peluang untuk balik ke rumah keluarganya di Gombak, Khalisah pula mahu menggunakan peluang ini untuk menukar fikiran Idris dari meneruskan perancangan untuk bernikah dengan gadis chubby itu.

Namun Idris hanya berdiam diri. Tidak memberi apa-apa respon sehinggakan Khalisah sakit hati sendiri. Idris sendiri kehairanan, entah apa yang telah Anne lakukan kepada kakaknya itu sehingga sanggup Khalisah mengambil tindakan yang agak melampaui batas demi memastikan ikatan pertunangan itu terputus.

"Ris dengar tak akak cakap apa ni?" Desak Khalisah.

"Dengar. Telinga Ris ni tak pekak pun lagi kak." Di tangannya ketika itu, ada sebuah buku Merantau Ke Deli yang ditulis oleh Buya Hamka.

"Dah tu, putuskan lah. Cari lah orang lain yang lebih sesuai dengan Ris. Malu lah, akak doktor, tapi adik ipar tak pandai jaga kesihatan." Desak Khalisah yang sudah mula berlembut.

Fikirnya, Idris sudah mahu mula membincangkan hal yang begitu besar pada mata Khalisah. Orang gemuk nak jadi adik ipar dia? Eeeeuuwwww, memang tak lah!

"Ris dengar, bukan bermaksud Ris nak ikut cakap akak. Macam ni lah kak, akak terlalu cepat judge. Orang lain pun doktor jugak tapi tak adalah mudah bersangka buruk sangat macam akak ni. Mana akak tahu dia tak sihat? Akak dah buat full body check up ke dekat Anis?

Dah check kadar gula dalam darah dia? Dah check kadar kolestrol dia? Entah-entah akak yang kurus ni lagi tak sihat dari keadaan dia yang berbadan comel itu. Dah lah, tak payah serabutkan hal ni. Ris yang pilih dia, pandai lah Ris jaga dia nanti." Selesai sahaja Idris bersuara, Khalisah sudah mencuka.

"Entah apa yang dia dah jampikan dengan Ris sampai Ris dah tak boleh nak timbang tara mana yang baik mana yang buruk." Bebel Khalisah lagi.

"Dah tak payah nak jampi-jampi. Ingat Anis tu jenis mudah percaya benda khurafat macam akak ke?" Tempelak Idris, Khalisah suka betul menguji kesabarannya.

"Tengok, sebab dia Ris dah mengata akak macam-macam. Mana tak kena jampinya." Balas Khalisah semula, geram.

"Yalah yalah, biar lah dia nak jampi ke apa ke, asalkan Ris dapat kahwin dengan dia. Boleh peluk dia yang gebu tu malam-malam, makan masakan dia, bangun pagi tengok muka dia, nak tidur malam tengok dia. Mimpikan dia, oh bahagianya." Ujar Idris dengan penuh perasaan, mahu membangkitkan lagi rasa marah Khalisah.

Khalisah kini memandangnya dengan penuh perasaan menyampah. Dia segera bangun dan berlalu ke bilik tidurnya sendiri. Haaaa, itu baru sikit orang balas dah menggelupur geram sendiri. Rileks sudah lah. Kalau sudah tertulis Anis adalah untuk dia, datang lah apa halangan sekali pun, Anis tetap akan jadi miliknya.

*****

"Ris, nanti jangan lupa beritahu keluarga belah arwah papa Ris tu. Beritahu awal sikit. Mereka kan jauh. Nak datang tu kena buat persiapan dulu."

Idris hanya mengangguk mendengarkan arahan Rokiah. Entah mereka mahu menerima undangan itu dan datang ke majlis perkahwinannya, entah kan tidak. Sudah lama dia tidak berhubung dengan keluarga arwah papa sejak dia tinggal bersama keluarga Rokiah dari umurnya tujuh tahun.

"Kalau mereka tak nak datang?" Tanya Idris.

"Tak nak datang tak apa. Yang penting kita tak lupa nak jemput mereka. Tak baik putuskan hubungan silaturahim." Pujuk Rokiah.

"Tengoklah nanti macam mana mak." Pendek sahaja jawapannya, malas memanjangkan perbualan apabila terkait dengan hak keluarga arwah papanya.

"Ya, mak pesan bukan apa, mak tak nak nanti orang cakap mak rampas Ris untuk mak sorang je. Lagi pun, atuk nenek belah sana kan ada lagi. Ris pun dah lama tak balik ziarah kan.

Balik lah hantar kad tu nanti. Bawak buah tangan sikit. Mesti mereka seronok nanti." Sambung Rokiah.

"Ya mak, tengoklah cuti akan datang nanti macam mana. Kalau tak ada perubahan cuti, nanti Ris balik hantar kad. Terima kasih mak, sebab selalu ingatkan Ris." Balas Idris yang kemudiannya tersenyum manis kepada Rokiah.

"Sama-sama. Mak ingatkan buka sebab mak tak sayang. Tapi mak tak nak hubungan Ris dengan keluarga belah sana renggang." Rokiah menjelaskan niatnya agar tidak disalahertikan oleh Idris.

"Ris faham mak."

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-01-14 20:20:55 

tq update next ya...


NovelPlus Premium

The best ads free experience