Bab 58 : Berdua

Romance Series 403498

Hari kejadian Idris dan Paweena diserbu.

10.30 malam.

"Weena dah melampau. Ini kan klinik hasil titik peluh papa Abang Is. Kenapa dengan sewenang-wenangnya Weena curi duit dari klinik? Weena tahu kan dengan keuntungan klinik tu jugak lah Abang Is tanggung nenek dan dan keluarga Weena." Marahnya bukan main-main kali ini, terutama apabila dia melihatkan tiada riak penyesalan pada wajah sepupunya.

"Kita keluarga, bukan orang asing. Kenapa nak berkira sangat?" Balas Paweena tanpa rasa bersalah, bahkan sempat dia ke salon untuk menukar warna rambutnya sebelum dia datang berjumpa Idris.

Idris meminta dia datang pukul 9.00 malam. Itu pun dia sudah terlambat satu jam tiga puluh minit, apalah sangat. Mustahil Idris akan mengamuk. Idris bukan orang yang begitu. Namun ternyata jangkaannya salah belaka. Idris sedang menyinga di hadapannya.

"Keluarga, tapi bukan bermakna Weena boleh buat apa yang Weena suka. Terutama pada harta orang." Meja di hadapannya di tepuk garang.

Terhenjut bahu Paweena yang terkejut melihatkan Idris bertindak begitu.

"Lepas dah kahwin ni semua nak berkira. Abang Is tahu kan Weena tak ada ayah. Abang Is tahu kan yang papa Abang Is sendiri cakap dia dah anggap Weena macam anak dia. Kenapa sekarang semua berubah?

Mana ada anak yang tak boleh berbelanja dengan duit ayah dia. Kenapa Abang Is jadi macam ni? Sebab perempuan itu ke yang kawal semuanya?" Sinis Paweena bersuara.

"Even if she did, she has every right. Dia isteri abang. Unlike you! Macam anak tak sama dengan status anak kandung. Macam anak, tak sama dengan status menantu kandung. Kalau betul Weena anggap papa Abang Is tu ayah Weena, Weena takkan tergamak lah nak mencuri dari klinik ayah sendiri."

Menjadi-jadi marah Idris apabila nama isterinya dipetik, padahal sedikit pun Anis Rumaysa tidak pernah mencampuri urusan dirinya, apatah lagi berkait harta bendanya.

"Abang Is dah ingat siapa dia?" Tanya Paweena dengan sedikit rasa takut.

Takut, kalau-kalau usahanya sia-sia. Tapi kata Melissa, jirannya yang juga merupakan teman baik Idris sewaktu belajar di Malaysia, Idris masih belum mengingati apa-apa. Hanya beberapa kali dia bermimpikan salji. Sebaik terjaga, dia akan menggigil seolah-olah telah lama kesejukan.

"Ingat ke, tak ingat ke, bukan masalahnya. Status dia tu dah cukup untuk buat Weena sedar siapa diri Weena sebelum Weena hendak mempertikaikan dia. Dia tak ada kaitan pun dengan tindakan abang ambil alih klinik ni. Jadi tak perlu lah nak tarik dia dalam hal yang kita sedang gaduhkan ni." Marah Idris mulai mengendur, takut untuk bertindak mengikut amarahnya.

Kalau pecah segala rahsia, sia-sia sahaja. Bagaimana mampu dia melaksanakan apa yang sudah dirancang lama?

"Now..." Terhenti ayat Idris tatkala ketukan pada pintu pejabatnya kedengaran.

"Yes?" Sahut Idris kuat.

Terjengul kepala Syaikila dari sebalik pintu yang dibuka kecil sahaja.

"Bos, saya dengan Dr. Ilias dah nak balik. Dah pukul 10.30 ni." Maklum Syaikila.

"Okey Syai." Balas Idris pendek, yang sebenarnya dia tidak sabar-sabar mahu memuntahkan lahar kemarahannya pada Paweena.

"Bos tak nak balik lagi ke? Kalau kami balik, nanti bos tinggal dengan Cik Weena je." Tanya Syaikila.

"Sekejap lagi saya balik. Awak dengan Ilias boleh balik dulu." Banyak pula soalan yang ditanya oleh Syaikila, geram Idris dibuatnya.

"Okey bos. Assalamualaikum." Tutur Syaikila, kemudiannya pintu pejabat itu ditutup.

Fail hitam yang mengandungi maklumat senarai pembekal barangan klinik berserta invois belian dibuka kasar. Beberapa kertas tertanggal dari besi fail itu, berterbangan lalu jatuh ke lantai namun tidak dikutip oleh Idris.

"Ni, what can you say about this?" Tanya Idris.

Paweena yang tadinya sudah terkejut bertambah kecut perutnya. Terasa memulas dek jeritan Idris yang menyapa telinga. Kenapa sisi Idris yang pemarah dan baran begini tidak pernah dilihat sebelum ini?

"Mana Weena tahu apa-ap..."

Ketukan kembali bergema tatkala Paweena sedang mempertahankan dirinya.

"Apa lagi Syai?" Jerit Idris dari dalam bilik itu.

Pintu terbuka buat kali kedua. Kali ini bukan Syaikila, namun wajah Ilias yang menyapa pandangannya.

"Errr, ni saya bos. Ilias. Nak tanya, kalau kami balik ni, roller shutter depan tu nak tutup ke? Saya nak tutup, tapi Syai cakap jangan sebab bos berdua je. Tak manis dilihat orang." Panjang soalan serta huraian Ilias, sempat dia menjeling ke arah Paweena yang pemakaiannya boleh membutakan mata sesiapa yang merenungnya lama.

"Ikut awak lah Ilias." Suara Idris masih meninggi.

Dalam banyak-banyak masa, waktu dia sedang meluahkan marah yang meluap-luap inilah Ilias dan Syaikila mengetuk pintu berkali-kali untuk bertanyakan soalan yang remeh temeh.

"Okey bos. Sorry saya kacau." Pintu ditutup kembali setelah jawapan diperolehi.

"Macam mana Yas?" Tanya Syaikila dengan nada separuh berbisik.

"Bos cakap, and I quote directly, ikut awak lah Ilias. Mungkin maksudnya ikut cakap aku kot. Tutup roller shutter tu lah kan? Okey lah. Kira tutup jelah." Balas Ilias.

"Kau biar betul. Ikut awak lah Ilias, tu boleh jadi banyak andaian. Mungkin maksudnya ikut lah nak tutup atau pun tak, tengok pada apa yang kau rasa sesuai? Ke ikut lah macam mana eh?" Tanya Syaikila.

"Entah, tapi tadi aku terangkan dah yang kalau ikut aku, tutup je. Sebab kau cakap jangan tutup." Jawab Ilias.

"Tanyalah lagi Yas. Karang jadi apa-apa, tiba-tiba salah kita pulak." Bahu Ilias di tepuk perlahan.

"Eh kau gila? Kali pertama pun macam nak tercabut jantung aku bila bos jerit nama kau. Ini kan kali kedua. Dijamin tak selamat. Elok-elok dia nak marah Cik Seksi, terpindah dekat aku pulak perasaan marah dia tu sebab dari tadi asyik kacau perbincangan mereka. Tak nak aku. Kalau kau nak, kau pergi tanya. Aku nak balik, nak tidur." Ilias melangkah ke arah pintu kaca klinik itu.

"Kau kan doktor. Kau kena lah berani Yas. Dah tu kau lelaki pulak. Aku ni lainlah, perempuan yang lemah. Perlu dilindungi. Kau lah yang perlu melindungi aku dari kemarahan bos." Rayu Syaikila.

Ilias mendengus sahaja sebagai balasan. Gila! Lelaki tak lelaki, takkan dia gadaikan diri untuk menjadi benteng kemarahan Idris. Lebih baik dia biarkan sahaja Idris yang kelihatannya boleh menelan manusia melihatkan riak wajahnya tadi.

Ilias menunduk sedikit sewaktu melalui pintu kaca untuk mengelakkan kepalanya terhantuk pada roller shutter yang sudah ditarik separuh itu. Syaikila menurut dengan berhati-hati. Pintu kaca ditutup.

"Eh Yas, tak payah lah tutup. Tutup pintu kaca je lah. Aku tak sedap hati lah. Buatnya nasib tak baik, bos kena tangkap basah. Dah satu hal." Syaikila menegah Ilias dari terus menarik roller shutter itu sepenuhnya.

"Buatnya nasib baik, tak ada apa-apa yang terjadi tapi bila bos keluar dia tengok roller shutter tak tutup, lepas tu dia marah, haaa siapa yang akan menanggung marah dia?" Ilias mendengus lagi, pintu kaca dikunci, dan roller shutter itu ditarik ke bawah.

Syaikila menelan air liur yang tiba-tiba terasa kesat itu perlahan. Harapnya tiada apa-apa yang tidak baik berlaku. Enjin motor skuternya dihidupkan, helmet disarung ke kepalanya. Sebaik sahaja dia selesai membaca doa menaiki kenderaan, terus sahaja motor itu bergerak laju membelah malam untuk dia pulang ke rumahnya.

Pertengkaran yang bertahan hampir dua jam lamanya berakhir dengan tiada kata sepakat. Paweena beria menafikan penglibatannya secara langsung. Bahkan nama Khalisah yang dipergunakan untuk menanggung semua kesalahan sendirian.

Dia cuma memberitahu bahawa semua yang dilakukan adalah dengan arahan Khalisah. Idris pula kebingungan. Pertanyaan pada Khalisah sebelum ini pula meletakkan kesemua kesalahanan itu pada Paweena. Kepastiannya adalah, tentu keduanya bersalah.

"Pergi balik. I don't want to see your face here anymore. Let's have nothing to do with each other." Pelipisnya diurut perlahan.

Menyelesaikan isu ini tidak semudah yang disangka. Masing-masing enggan mengaku kesalahan sendiri walaupun diberi peluang untuk mengaku dengan baik dan dijanjikan tiada tindakan undang-undang akan diambil.

Paweena berdiri perlahan. Beg tangannya di hentak ke pintu. Sempat dia menunjukkan anginnya pula apabila dilayan sebegitu.

'Tak nak jumpa aku? Fine! Aku akan pastikan kau jumpa aku hari-hari.'

Langkahnya di hentak kuat ke lantai. Seakan mencuba untuk memprovok Idris dengan tindakannya itu. Idris yang masih lagi menahan bingkas bangun dari duduknya. Beg sandang milik Paweena ditarik kuat dan langkah mereka menuju ke luar, terus ke pintu.

Melihatkan pintu kaca dan roller shutter yang berkunci, sempat hatinya menyumpah diri sendiri kerana tidak memberi arahan yang tepat kepada Ilias supaya membiarkan sahaja roller shutter itu bertutup separuh sahaja.

Kunci simpanan pintu klinik diambil dari kaunter pendaftaran. Mudah sahaja tangannya yang panjang itu mencapai kunci yang terletak di dalam bekas kecil berdekatan bekas pen. Pintu kaca dibuka. Kemudian, roller shutter pula.

Siapa sangka, sebaik roller shutter dibuka sepenuhnya, mereka disapa satu suara yang mewakili sekumpulan manusia berpakaian rasmi dengan ves hitam lengkap berlogo, serta sudah bersiap sedia menunjukkan kad kuasa mereka sebagai penguatkuasa pencegahan maksiat.

Pada waktu itu Idris tahu, dia sedang berada dalam masalah yang besar. Wajah Anis Rumaysa terimbas di fikiran.

'Sayang, I'm so sorry!'

Enjoy reading! :) Sebarang kekurangan cerita ini N dahului dengan ucapan kemaafan. Terima kasih banyak-banyak kerana masih sudi meluangkan masa membaca. Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience