Bab 5 : Padan-memadan

Romance Series 403910

"Ris, tolong lah akak. Akak janji dengan Ris kali ni jeeeeee. Akak dah terlanjur berjanji. Please lain kali tak buat dah. Sumpah!" Khalisah merayu lagi.

Idris yang sedang membungkuskan dirinya dalam duvet itu merengus geram. Janji kali ni janji kali ni. Entah berapa kali janji dah ni. Semuanya kelaut. Namanya doktor, tapi peel macam scammer je.

"Risssssss, please dik. Kali ni jeeeeeeee." Rayu Khalisah lagi.

Idris bangkit dari pembaringannya. Duvet yang membaluti tubuh tercampak ke lantai.

"Akak tak pernah hormatkan Ris. Kenapa akak tak faham bila Ris cakap tak nak? Kenapa akak nak paksa-paksa?" Tanya Idris garang.

"Akak bukan apa, akak cuma tak nak Ris..."

"Tak nak apa? Tak nak Ris kononnya dapat pasangan yang salah? Come on lah kak. Sampai bila akak nak jadi matchmaker? Ris bukannya tak pandai menilai manusia." Rambutnya disebak berkali-kali. Serabut.

"Ris, kali ni. Kita dah janji, tak baik kalau tak tepat..."

"Akak yang janji, bukan Ris. Pandai-pandai akak lah menjawab dekat keluarga Salwa tu. Sekali lagi akak cuba kenenkan Ris dengan mana-mana manusia, Ris buat pengumuman dekat Fac nanti yang Ris ni gay.

Tak cukup dengan pengumuman tu, Ris tampal notis banyak-banyak dekat klinik akak." Idris kembali menyelimutkan dirinya dengan duvet berwarna kelabu itu.

Khalisah mendengus. Tidak pernah dijangka yang Idris berkeras menolak. Selalunya, Idris membebel sahaja namun masih mengikuti segala yang diatur oleh Khalisah selaku kakak yang paling sulung.

Bagi Idris pula, apabila dia mendapat cuti pada hujung minggu, ianya adalah hari dan waktu untuk dia meluangkan masa bersama ayah dan ibu. Bukan untuk dia keluar bagi sesi suai kenal dengan perempuan yang entah dari mana-mana sahaja Khalisah carikan.

"Hah, dah kenapa nak bentak-bentak macam ni?" Tanya Fadhli tatkala Khalisah menghempaskan diri di sebelahnya yang sedang membaca surat khabar.

"Adik ipar awak tu lah. Degil betul. Saya ni cuma nak pastikan dia dapat jodoh yang sesuai dengan dia. Alih-alih, dia tolak selamba je cadangan saya. Tak pasal-pasal hari ni saya nak kena menjawab dengan Salwa dan keluarga dia tu." Muncung Khalisah sudah panjang sedepa.

"Icah, Idris tu dah besar. Pandai-pandai lah dia nanti untuk cari orang yang sesuai dengan dia. Orang yang dia sayang. Kita tak payah campur hal urusan hidup dia." Fadhli melipat surat khabar yang dibaca sambil dia bersuara menasihatkan isterinya.

"Masalahnya, salah ke saya sebagai kakak, berusaha untuk carikan dia wanita terbaik untuk dia jadikan isteri?" Soal Khalisah yang masih masam mencuka.

"Bukan soal salah atau tidak Icah. Soalnya, Idris tu tak bersedia lagi. Jadi tak perlu lah kita cari orang sana, kenenkan dengan orang sini. Sampai masanya, haaa jumpa lah dia dengan jodoh dia tu. Masa tu nanti, kita berikan sokongan padu untuk dia supaya dapat dia hidup bahagia." Sambung Fadhli.

Fadhli yang sudah maklum benar dengan perangai baran Khalisah bila adik-adiknya gagal menunaikan keinginan yang sudah diaturnya hanya mampu menggeleng kepala apabila berhadapan dengan kedegilan Khalisah.

"Sayang, awak sebagai suami saya kena lah berpihak pada saya. Bukan berpihak pada adik-adik saya." Bentak Khalisah.

"Icah, awak sebagai isteri saya kena hormat saya tau. Bukan bentak-bentak saya macam ni. Tak bau syurga nanti." Balas Fadhli.

Khalisah terdiam. Keningnya sedikit terangkat apabila mendengarkan sebaris ayat yang di lontarkan oleh Fadhli. Lain benar peel Fadhli sekarang. Ada apa-apa ke?

*****

"Tak panggil Kak Long makan sekali Ris?" Tanya Rokiah yang sudah pun duduk di meja makan.

Idris yang sedang membawa hidangan dari dapur ke meja makan hanya mengangkat bahu.

"Dia lapar nanti pandai lah dia turun. Kan Bang Li?" Balas Idris.

"Merajuk lagi ke Ris? Kak long tu bukan apa, dia risau kan Ris je tu. Takut Ris solo sampai ke tua." Pujuk Rokiah.

"Ris bukan tua sangat mak. Baru nak masuk hujung 20an. Entah apa yang nak dirisaukan. Kalau dah sampai jodoh, umur 49 pun laku lah mak. Mesti jadi punya akad tu." Bidas Idris.

Kalau mak sudah buka mulut, semuanya hanya lah berpihak kepada Khalisah. Eeeeeiii, geram betul!

"Memang lah jadi Ris, tapi mak ni. Entah jadi tengok Ris pakai baju pengantin, atau dah jadi jenazah yang dah lama bersemadi. Jangan lama-lama fikir Ris, jangan memilih sangat. Mak ni entah esok bangun atau tidak lagi ha." Gemersik sahaja suara Rokiah membalas.

Idris menarik nafas panjang. Bersiap siaga untuk menghadapi emak yang sudah masuk ke mod bebelan manja tetapi berbisanya.

"Lebih afdal kalau semua pakat-pakat doakan Ris dari padankan Ris dengan orang yang Ris tak berkenan. Ris nak cari isteri mak. Bukan nak cari bibik." Idris meluahkan rasa yang terbuku dihati.

Ayat yang sama diulang berkali-kali. Sejak dari usianya mula menginjak ke 25 tahun.

"Dah macam musang berjanggut dah. Dok tekan-tekan sangat pasal nak cari isteri, bukan bibik. Esok-esok, orang hantar anak ke sekolah, awak tu orang cakap hantar cucu.

Perli Khalisah yang tiba-tiba muncul di ruangan meja makan itu. Anak-anaknya yang tiga orang itu sudah lama bersedia menunggu ibunya turun untuk makan bersama.

"Bukan musang je pandai berjanggut. Idris ni pun kalau bukan sebab cukur setiap minggu pandai jugak berjanggutnya. Tengok ajelah nanti, Ris bawak balik bidadari Ris. Haa masa tu semua melopong tengok dia." Nasi kosong yang diramas sesuka hati tadi disuap ke mulut, dikunyah berkali-kali dengan bayangan kepala kakaknya yang sedang dikunyah itu.

Ada sahaja benda yang Khalisah dengan sukarela mahu menolong susun atur.

"Dah, jangan gaduh depan rezeki. Makan ajelah. Nanti masing-masing nak balik tempat masing-masing dah." Tegur Rahimi yang jarang-jarang bersuara apabila berhadapan dengan isu-isu yang begini.

Bagi dia, pandai-pandai lah nanti anak lelakinya menguruskan segalanya bila masa untuk dia berkahwin tiba.

Slow-slow N update ya, kesihatan belum baik sangat lagi ni :) Terima kasih untuk doa yang baik-baik. Belum rezeki N untuk sambut baby tahun ni. Enjoy reading! Love, N

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience