Bab 33 : Turun

Romance Series 406411

"Bah, aku rasakan, aku nak diet lah." Luah Anne.

Bibah terbuntang matanya. Biar betul?

"Kau siapa? Apa kau dah buat pada kawan aku? Kejap aku nak pergi ambik lada hitam dengan garam kasar kat dapur. Nak picit ibu jari kaki kau biar keluar setan dan iblis yang merasuk." Usik Bibah.

Anne sudah mencuka.

"Okey okey, kau nak kurus sebab apa? Sebab nak kahwin ke?" Tanya Bibah.

"Entah, sebab aku nak diri aku yang baru, kot? Bukan semata-mata sebab nak kahwin." Jawab Anne.

"Nak kurus ni boleh je. Tak susah. Kau tahu apa yang susah?"

Anne menggeleng.

"Untuk kuatkan semangat, kena ada tekad, azam dan disiplin. Mampu kuatkan semua tu, Insya Allah, boleh kurus." Terang Bibah, nadanya sudah bertukar lebih lembut, mesra pada telinga.

"Semalam, aku ikut mak pergi Kompleks Teruntum. Aku cari baju saiz XXL je pun, tak ada. Lepas tu, promoter yang kerja dekat butik tu cakap dekat aku yang aku kena kurus. Terasa jugak, tapi aku reda jelah.

Tebalkan muka acah-acah aku tak bersalah. Tapi jauh di sudut hati aku, aku tahu mak mesti segan bila orang tegur macam tu depan-depan. Macam hina sangat bila kita gemuk." Luah Anne lagi.

Bibah terdiam, merangka jawapan yang sesuai bagi meredakan emosi Anne yang berkecamuk.

"Gemuk tak hina pun. Orang yang hina orang gemuk tu, kata macam-macam dekat orang gemuk tu yang hina. Gemuk tak semestinya sebab makan banyak je. Ada orang gemuk sebab waktu makan dia tak teratur. Ada orang gemuk sebab tak cukup sayur yang dia makan.

Ada orang tak sesuai makan karbohidrat banyak. Atau sebab tak banyak bergerak. Kita kena kenali dulu apa punca kita gemuk, lepas tu barulah mudah untuk plan usaha-usaha untuk kita mula turunkan berat. Lagi satu, dalam tempoh nak turunkan berat ni, tak boleh lah tengok berat semata. Karang kalau tak turun, lemah semangat pulak.

Tengok pada ukuran baju kita lepas lama diet. So saiz baju kau sekarang XXL kan? Tinggi dan berat kau berapa?" Tanya Bibah.

"Tinggi 168 cm, berat aku, 85 kot?" Jawab Anne.

"Okey, maksudnya berat kau tak boleh lebih 68. Tapi, kalau diet betul-betul, ada aje kemungkinan berat kau lambat turun tapi saiz baju kau dah bertukar.

Kita bukan heret penimbang pergi mana-mana, jadi inchloss tu lebih penting dari weight-loss.
Kau dah ada baca-baca tak untuk decide nak diet cara mana?" Tanya Bibah lagi.

"Banyak sangat, aku tak berapa faham. Aku pun tak pasti nak pilih. Kalau aku mula dengan puasa je dulu boleh tak? Masa berbuka tu nanti aku makan lah makanan ikut kaedah pinggan sihat yang kena ada sayur lauk nasi sikit tu." Tanya Anne.

"Boleh sangat-sangat Nis. Sekurang-kurangnya adalah jugak usaha kau. Baguslah Nis, kau mula langkah pertama ni pun adalah satu pencapaian dah aku bangga dengan kau. Yang penting, jangan buat untuk orang. Buat untuk diri sendiri." Belakang Anne di tepuk perlahan.

"Eh aku balik dulu tau. Kalau lambat nanti Yang Berhormat Puan Fauziah cakap aku saja je melepak dengan kau sebab nak balik. Aku tak selesai lagi beli barang hantaran."

Anne sudah tergesa-gesa mencapai beg dan payungnya, terus sahaja dia melangkah untuk pulang ke rumah yang terletak kira-kira 1.5KM dari kedai Bibah.

"Haaa yelah. Kalau perlu bantuan aku, kau cakap je." Laung Bibah

Anne hanya menyambut dengan menunjukkan tanda bagus.

*****

"Ris serius ke ni nak kahwin dengan budak tu?" Tanya Khalisah melalui panggilan telefon lewat petang itu.

Idris mengeluh, baru sekejap tadi mereka berbual mengenai sesuatu yang lain, kali ini tiba-tiba soalan Kak Long bertukar.

"Serius lah. Apa tak seriusnya? Kan dah bertunang dah pun."

"Tak ada ke bagi hint dekat dia untuk kurangkan sikit bebanan berat dia tu?" Tanya Khalisah lagi.

"Kak long..."

"Bukan apa, Ris tu bomba. Sentiasa fit. Jaga badan, jaga makan, sekali bakal isteri...hmmm bukan nak cakaplah, tapi entah apa kata orang nanti."

"Kita ni kalau ikut cakap orang, nanti orang terjun lombong kita pun nak ikut terjun sekali? Macam tu? Tak apalah Kak Long, dia dah jadi isteri Ris nanti pandai lah Ris jaga dia. Buat masa sekarang, seposen pun pendapat orang lain tak penting sebab, perasaan Ris pada dia yang paling utama."

Khalisah terkulat-kulat sendirian apabila Idris terus sahaja menamatkan panggilan antara mereka berdua.

Eeeeiiii, mana dia nak letak muka bila orang-orang pakat tengok adik ipar dia waktu kenduri nanti? Apa kata orang bila Idris menolak orang yang lebih cantik untuk orang yang...

Enjoy reading! :) Love, N

Share this novel

norsila
2022-01-10 22:30:53 

hehehe .minta2 time nikah anis dah kurus sikit 86 jadi 60..hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience